Sesi Monolog Dalaman

Friday, February 3, 2012

Anda Di Mata Orang Lain







Assalamualaikum w.b.t

Terima sebuah cerita di kantung email. Sebuah kisah pedoman yang sangat bagus rasanya untuk aku berkongsi bersama di sini. Baca di bawah dulu. Nanti aku ulas.



***********




Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”

Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



***********



Ulasan Aku

Setiap daripada kita pernah mengalami jatuh bangun. Malah ditimpa dengan kesulitan yang amat sangat. Sehingga dirasakan diri useless, tak berdaya, sampah dan berbagai lagi. Seperti merelakan mati daripada terus hidup.

Mengucap panjang-panjang. Fikirkan kembali. Hidup kita memang perlukan Allah. Tanpa Allah, hidup kita akan terus terumbang-ambing. Ujian Dan Manusia Itu Ibarat Satu. Dan yakinilah bahawasanya Ujian Hidup Aku, Kamu Dan Mereka Tidak Pernah Sama. 

Manusia memang akan sentiasa buat dosa. Jika sedari yang kita buat dosa, lekas-lekas bertaubat. Seteruk-teruknya kita, belajarlah hargai diri sendiri. Terus berdiri teguh dan yakin pada diri. 




Wassalam.

Hami Asraff:

"Belajar untuk menerima diri sendiri seadanya. Belajar memaafkan diri sendiri. Dari situ kita akan lebih memahami hakikat hidup."



18 comments:

wanie mn said...

betul tu. ;)

eszyamin said...

semangat baru dirasakan..thanks for sharing

didikilmu said...

motivasikan diri kita adalah jalan yang terbaik untuk kita bangun menghadapi apa yang berada didepan kita :). Allah Maha Adil setiap yang terjadi itu ada hikmahnya :)

~cik atin~ said...

walau macam mane orang menilai diri kita. nilaian kita pade diri sendiri itu lagi penting. tapi nilaian ALLAH adalah TERPENTING !!

nur farahin binti sulaiman said...

bagus msg yg disampaikan nie..=)

Soffeatul Raunaqiah said...

LIKE LIKE LIKE!! I used to same story for my latest blog post, just in English (sorry, tak mohon izin dulu)..Here is the post :) -->

http://anasoffea.blogspot.com/2012/02/full-sea-roars-and-thundersand-calms.html

+qasih nadira+ said...

sy pon penah baca pasal citer ni and lepas baca sy rasa satu semangat lain y muncul utk betolkan diri sy semula.semoga Allah kukuhkan iman kita utk hadapi ujian y mendatang~

NooR AzLen BinTi HaRoN said...

assalammualaikum

sebuah kisah yg menarik

"Langkah kita di sini menentukan Langkah kita di sana"

Terima kasih atas perkongsian kisah ini d blog.

Natasya Naslin said...

huhu .. nice post .
learning something.. >_<"

AtieAbid said...

1 of my fren pernah nasihat atieabid time atieabid down sangat². tiap hari dia mesti akan mesej "I love myself more and more everyday"

Cinta Misteri said...

Nilai diri kita hanya kita sahaja yang tahu bersama Tuhan yang Maha Pencipta....

Nilai diri kita hanya akan dinilai oleh orang2 yang kenal rapat dan sayang pada kita.....

Nilai diri kita juga adakalanya dipandang tinggi oleh musuh kita sendiri tanpa kita ketahui.

Entry yg sama:
http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/10/nilai-diri-kita.html

Cinta Misteri said...

Nilai diri kita hanya kita sahaja yang tahu bersama Tuhan yang Maha Pencipta....

Nilai diri kita hanya akan dinilai orang orang2 yang kenal rapat dan sayang pada kita.....

Nilai diri kita juga adakalanya dipandang tinggi oleh musuh kita sendiri tanpa kita ketahui.

Entry yg sama:
http://cintaitumisteri.blogspot.com/2011/10/nilai-diri-kita.html

Syafiq Ahadin said...

gambo last semat... haha!

niesa said...

Allah sentiasa mengasihi hambaNya biarpun hambaNya berlumuran dengan dosa. Tapi manusia sekeliling seringkali memandang manusia yang berdosa dengan pandangan hina. Mulut yang mencaci lebih ramai dari tangan yang menghulur. Maka yang berdosa mudah luntur semangat untuk bersamaNya semula.

Liyana Rahim said...

Salam...nice info..thanks for the sharing :)

Hani Ju said...

hrm betul tu....hidup menang mati syurga....yang membezakan seseorg tu adalah iman kita...

sitizarina mahamdnor said...

memberi satu motivasi baru dalam diri :)...setelah rasa terjatuh 2 hari yang lalu..semoga Allah tabahkan hati ini..Thanks Hami..

Amir Luqman said...

Assalamualaikum bang,abang masih aktif ke? Blog ni masih berjalan ke? Maksud saya abang selalu ke online blog?