Surat Untuk Encik Maxis

March 02, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kesamaran mungkin ada cahaya menyuluh jalan? Merujuk pada update di Facebook dan Twitter aku sebelum ni. ( Kalau ada yang perasan la ). Bunyi kelihatan serius di situ. Taklah serius sangat. Sebenarnya tak ada kaitan kot dengan apa yang bakal aku persembangkan di bawah ni.

Lately, ( wah teringat entry Lately sebelum ni ) aku disimbahi dan dilimpahi dengan berpuluhan mesej ke kamar henponku. Oh keterujaan aku untuk membaca terhalang dengan mesej-mesej yang tak ku upaya layani. Keterujaan hilang dalam kelemasan. Kelemasan membuahkan kerimasan sekaligus proses penyah arus-ulang alik berlaku. ( Kepada yang tak faham, sila abaikan! )

Siapakah yang telah membuat onar itu? Siapa lagi kalau bukan Encik Maxis yang ku sayangi. Nak tengok Encik Maxis hantar mesej padaku? *sedang buka dan mencari-cari mesej yang bertimbun yang telah dihantar oleh beliau*


Servis Baru : Aktifkan MMS/GPRS & dapatkan video 3GP/MP3 yang sensasi! Utk aktifkan 3G/GPRS, sila sms ON MMS ke 32221. Pendaftaran percuma!

Ada lagi...

Sebagai tanda penghargaan di atas kesetiaan anda, nikmati wallpaper dan nada bunyi/video terbaru tanpa yuran pengaktifan! Muat turun sekarang!

Oh cukup la ye 2 contoh. Hemm, *sigh* Mengeluh sat. Okey sambung. Maka, aku dapat la idea untuk tulis entri ni. Aku ingat nak tulis surat untuk Encik Maxis la. Okey, aku cuba karang kat bawah :


Kehadapan Encik Maxis yang dikagumi dan disayangi. Sudah lama tidak ketemu Encik ( ceh bila masa ku ketemu beliau ). Aku sangat, eh tukar tukar, bagi sopan sikit. Okey, okey. Saya sangat berbesar hati dan berulam jantung dengan kesudian Encik Wimax menghantar berpuluh-puluh SMS sehingga memenuhi ruangan 'dalam kotak' mesejku. ( Eh aku cakap Encik Wimax? Err, layan sudah! ). Memang tidakku mampu membalasi anjakan paradigma Encik. Bukan aku tak cuba. Aku dah cuba dan usaha sedaya upaya aku untuk memberikan yang terbaek punya untuk Encik Maxis. Tapi ketahuilah wahai Encik Maxis yang budiman lagi baik hati, diriku bukan tapak sulaiman tapi diriku seorang insomnia. *ini ialah iklan*. Okey serius! Diriku hanya mengguna pakai henpon seperti gambar yang tertera di bawah :





Henponku ini diberi nama Cik Nokia 1110. Tetapi henponku tidaklah seanggun seperti gambar di atas. Keypadnya sudah hancur luluh sehingga tidak meninggalkan kesan langsung nombot yang tertera menyebabkan aku SMS sambil pejam mata sahaja. Tambahan pula, hanya 63 mesej saja yang sanggup dimasukki ke dalam 'dalam kotak'. Jenuhlah aku mendelete untuk memberi peluang pada kemasukkan mesej yang baru. Dipendekkan cerita ini, henponku tidak berskrin kaler, tidak boleh gigi biru, tidak boleh mengeluarkan lagu Faizal Tahir dan diyakini tahan lasak *hempap kat simen tetap cool*. Ringtone di dalam henponku masih mengekalkan lagu Classicnya ( ala, buat-buat tak tau pulak ). Oh itu saja aku rasa. Diharap Encik Maxis faham situasi yang menjatuhkan aku sikalang ni. Err, okey full stop!


*Dan secara tiba-tiba mesej dengan banyakknya meluru masuk* (-__-")

Sekian entri suka-suka dariku. Sebelum menggostankan diri, janganlah anda lupa mengenai Contest di bawah. Kalau lupa juga nasib la. Tak mampu aku membantu mengembalikan daya ingatan anda. Oh ini betul sekian. Sekian.

Wassalam ~

Post Script --> Sebenarnya Encik Wimax dan Encik Maxis adik beradik. Lorh hampa tak tau ka?


You Might Also Like

32 Comments

  1. wakaka...
    siot je an..
    siap boleh ko buat iklan handfhone..
    2 la..maxis byk buat onar la.
    lau celcom lak.
    berukbands lembab cam kura2...
    aku suka ayat ni..

    Keterujaan hilang dalam kelemasan. Kelemasan membuahkan kerimasan sekaligus proses penyah arus-ulang alik berlaku.

    ReplyDelete
  2. haaaaa, i dah kena dgn celcom T________T

    ReplyDelete
  3. lor adik bradik ka?sapa mak ngan pak dia?heheh

    ReplyDelete
  4. haha,,itu tndanya enchik maxis sayangkan kamo.sbb tu die x sudah2 anta msg kat kamo..:)

    ReplyDelete
  5. aduh... baca ur post baru teringat... ada esemen kene buat pasal Wiimax access.. cess!

    ReplyDelete
  6. kalau camtu kita tukar ke orang kaler kuning lah... hahaha

    dorang adik beradik ker? aku ingatkan kazen jauh..

    ReplyDelete
  7. banyak sungguh iklan yerr.. :)

    promote la tuhh.. hahaha

    ReplyDelete
  8. i like da henpon...coz xyh jaga die lek lok...cbb "die ttap cool...wlau d baling2(kt kedah kn??;p)"...heh3...encik celcom pn rjin gk bg bnda2 cenggitu..hu3...bt nyemak henpon je...klu yg org kunin 2,kiut gk...emmm...t time boring2 leh tgk die menari2 dpn kte cm dlm iklan 2 kn...hak33...comei jee....k...chau sin chee..

    ReplyDelete
  9. huh..sama phone kita..
    tahan btul..jatuh la mcm na pun, xkan rosak aih..
    haha..

    ReplyDelete
  10. btol2
    maxis ske antaor msj entah ape
    rse mcm nk cepuk je
    haha

    ReplyDelete
  11. nset ne ryn wat hiasan dinding da coz da rosak...huhuhu

    ReplyDelete
  12. penggunaan kata nama aku dan saya membuat saya keliru sekejap..hehehe

    ape pun terima kasih utk entry ni.baru tau pakcik maxis[pakcik yg sy sayang] dengan wimax tu adik beradik..hehehe

    ReplyDelete
  13. yup..jup aku..jup saye..tp xpe..stay menarik lagi...=p

    lenkali suh pakcik maxis anta kedit free lak...xbyk pon xpe..rm3 pon jadi la..sbb mane2 fon leh trima n sgt befungsi dgn baek bile trima kedit free...hehehe

    ReplyDelete
  14. baca tajuk je dh tergelak, hahah. ;p

    ReplyDelete
  15. Hahaha...

    Belum try celcom lagi ... siap bagi panggilan misteri 22290 - Sekarang ignore je bila dapat panggilan daripada nombor tersebut.

    ReplyDelete
  16. Wah! akak baru tahu En Wimax dan En Maxis adik beradik. Sapa bapak nyer? sama tak mak nyer? hehehehe :)

    ReplyDelete
  17. biasalah maxis

    mesti cari cowok-cewek cute cam kamu
    hehe

    nak laris niaga...

    ReplyDelete
  18. patutnya surat ni kena direct ke t. ananda krishnan
    erk888

    ReplyDelete
  19. huh..pakai telep0n tu la sedap...
    nak hemp0k mana2 p0n xkisah

    ReplyDelete
  20. owh...nasib kite sama laa...
    huhuhu..memang nak suh kite upgrade lagi hanset nie...

    tapi hanset nie memang tahan lasak...
    if jatuh pun tak de laa terasa sangat..cume rase kecewa je laa kot..
    hehehe...=)

    ReplyDelete
  21. hahahaha...

    encik celcom jugek begitu!
    tp celcom tetap d hati...LoL

    ReplyDelete
  22. hehe,nak tahu tak,saya ada bwa simkad maxis ke india.hm on la number tu,.tapi xdelah topup.so akan tggu smapi 3bulan baru topup..so in da meantime.maxis asik antar je.. anda akan dapat ini itu dan bla2.mcm2 promosi.. kekal setia bersama maxis.tpi bila balik msia.tak ada plak promosi tu.sengal tak.


    wah kontest.menarik.rasa mahu join.hehe.. bahasa melayu boleh kan?

    ReplyDelete
  23. blue pon ok gak lor.......mean..celcom.

    ehh yeke wimax n maxis to sedarah daging?
    loh.........igatkan bau2 bacang je..

    ReplyDelete
  24. haaa???

    ye ke,

    xtaw la plk dua2 tuh adek bdik,.,

    mmmm,.
    wimaxis,.,
    ade kesinambungn,.

    wimax=wireless maxis,.
    yeke,.(wat teori sndiri nih,.)

    ReplyDelete
  25. yeke wimax dgn maxis adik beradik?

    sape lagi tua?

    ada adik beradik lain x?

    haaha..

    ReplyDelete
  26. haha..lawak la baca ni..
    tp kan..walau hset tk seberapa..tp skurang2nya tahan lama n setia ngan tuan dia.. :P

    p/s : ada tag utk kamu..kalau sudi, watla..tiada paksaan..eheh..:)

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. macam henset aku la wei, celcom best!

    ReplyDelete
  29. "diriku bukan tapak sulaiman?"

    takuase layanT____T !!!

    ReplyDelete
  30. teringin jugak nak tgk hpon yg tade nombor keypad ni. ngape xpost gambo??

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe