Minta Maaf Atas Keterlanjuranku Berkata Sebegitu Dahulu

by - April 30, 2010

Assalamualaikum w.b.t
Suasana hiruk pikuk kota, pekik tawa bergema, manusia sedang bercanda. Ya itulah yang dirasa di saat entri ini ditaip. Di saat entri ini ditaipku di sebuah pasaraya terkemuka. Ah tipu sahaja terkemuka. Tapi yang pastinya terletak nun jauh di utara. Bagaimana boleh aku menaip tika berada di pasaraya? Hemm, biarlah jadi tanda tanya. (aku suka sebegitu)
Perkara ini sudah lama terperam. Sudah lama tertangguh. Sudah lama terbiar. Mungkin hari ini segalanya akan diceritakan di sini. Biarlah. Aku dah penat. Dah sarat menanggung segalan tekanan. Aku dah capek. (capek is penat)
Banyak-banyak tempat, suasana hingar bingar ini juga yang dirasakan masa yang sesuai untuk meluah segala. Ya suasana ini seolah-olah mendesak aku. Desakan yang kuat untuk melancarkan penaipan. Aku terbejat. Jiwa terdampar.
Justeru permonolongan dalaman segera berlaku.
Ah, perlukah aku mengkhabari segalanya di sini? Adakah aku akan berpuas hati setelah aku coretkan di sini? Bagaimana sekiranya sebaliknya yang berlaku? Aku sanggup menanggung risiko? Sanggup atau tidak belakang cerita. Yang penting biarlah semua orang tahu. Biarlah satu dunia tahu. Biarlah segala pekikan hati yang tiada siapa mendengar ini terlepas di sini.
Jadi, aku perlu ambil risiko. (berfikir sedalam-dalamnya)
Baiklah. Aku akan cuba bercerita. Akan cuba sedaya upaya. Walaupun masih teragak-agak. Aku bulatkan tekad. Aku sematkan fikiran dan pasakkan keazaman. Sebelum segalanya hilang dari lintasan minda, aku perlukan segera.
*sigh* (mengeluh berat)
Begini. Aku tidak akan berselindung lagi. Benda ini berlaku 2 bulan yang lalu. Tetapi hanya 1 bulan sahaja dapat bertahan. Entah. Aku terpilu.
1 bulan yang begitu mengujakan. Begitu membuahkan rasa. Sangat menggembirakan. Sangat menggembirakan sehingga aku sanggup meninggalkan CM. CM yang begitu setia di sisi saban hari.
Itulah yang terjadi setelah ku dapat CL. Aku telah ‘bersama’ CM hampir 12 tahun. Ya 12 tahun bukanlah 1 tempoh yang singkat. 12 tahun CM membantu aku sehingga aku ke menara gading walaupun tiada gading sebenarnya di sini. Ah tiada masa nak buat lawak.
Aku dengan rakusnya sanggup meninggalkan CM hanya kerana CL. Hanya 1 bulan bersama CL tapi aku telah meninggalkan CM. Bukankah itu dinamakan kejam? Ya, aku sedar aku bersikap kejam. Tapi segalanya berlaku diluar kawalan. Aku tak mampu menahan.
Segala bentuk alasan memang sukar diterima sekarang ini.
Aku faham. Aku mengerti. Aku juga sedari. Itu yang sering terjadi. Aku faham dengan situasi. Aku mengerti dengan sekeliling. Aku juga sedari dengan mata hati. Adakah aku belum terlambat untuk segalanya?
Diam tanpa kata nista.
Sekarang aku perlukan CM. Minta maaf CM atas keterlanjuranku berkata sebegitu dahulu. Apa yang aku telah katakan?
“Aku dah tak perlukan CM. Aku dah ada CL. CL lebih memberikan kepuasan. Ya! Selamat tinggal CM”
Itu sahaja. Hilang kata-kata.

********

Err, kenyangnya. *tetiba*
Eh apa khabar readers semua? Sudah makan? Sudah minum? Amacam hari ini?
(cuba tidak mahu hubungkait dengan cerita di atas)
Wey wey, apa ni cerita tak habis.
Cerita apakah? (masih cuba berselindung)
Siapa CM dan siapa pulak CL? Cepat bagitau! Kami tak suka hang cerita tak habih ni.
CM? CL? Apa hampa semua merepek ni? Cari Makan? Cari Lubang? (masih dan masih bersembunyi di sebalik kebenaran)
PANGGG!!!! (sebilah penampar kepunyaan Mak Cik Senah hinggap di pipiku)
Err, baiklah baiklah!(sambil berjalan terhoyong-hayang) CM dan CL ialah ……
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---
---


CM = Cermin Mata & CL = Contact Lense


Okey, puas hati korang?
Aku rasa aku perlu chow dahulu sebelum penampar Mak Bedah pulak singgah di muka gebuku ini. Okey, cancincalok!
Wassalam ~
Post Script 1 : Sebenarnya entri ini ialah kesinambungan daripada entri Aku Nekad. Nak tahu? Klik di sini --> [link]
Post Script 2 : Kepada sesiapa yang masih berminat nak exchange link dengan blog tak seberapa ini, bolehlah berbuat sedemikian di sini --> [link]


Share/Bookmark

You May Also Like

50 comments