Sesi Monolog Dalaman

Sunday, April 11, 2010

Surat Daripada Syaitan


Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t

Okey fine! Aku mencuri. Aku terpaksa. Aku terdesak. Semuanya hanya sebab blog ini. Aku tak nak ianya terus bersawang walaupun pada hakikatnya tak nampak pun sesawang itu. Woi woi hampa toksah dok pikiaq yang bukan-bukan. Aku mencuri masa untuk mengupdate blog ini la. Apa daa.

Tajuk entri kelihatan menggerunkan bukan? Err, tak pun. Kelakar ada la. Perghh dia sebut kelakar tu. Sat nah, aku nak setori kat bawah.

Sebelum tu, perasan tak entri aku bawah yang sebelum ni? Itulah entri terpendek pernah aku hasilkan. Saja nak mencuba sesuatu yang baru :) Entri-entri aku ni tak mencecah 50km sejam memang tak sah. Ceh tak laju langsung!

Okey begini. Sila jangan takut lagi. Dulu aku pernah hasilkan entri Surat Untuk Encik Maxis. Now Surat Daripada Syaitan pula. Oho!

Mari teruskan pembacaan. Sila khusyuk ye membaca.

Hai manusia yang tersayang,

Sewaktu engkau mahu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi. Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah untuk tidur bukan untuk membaca dan mengingat apa-apa. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa tidurmu.

Pagi ini aku melihat engkau tidak mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! Engkau telah membuktikan bahawa engkau sahabatku yang budiman. Jangan engkau susah-susah bangun dan memendekkan masa tidurmu. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Janganlah engkau pedulikan azan subuh yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku juga melihat engkau suka memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Bagus sahabatku. Seharusnya engkau perlu mengikut fesyen semasa tanpa perlu terikat dengan sebarang peraturan. Pasti mata-mata juga terpesona melihat kecantikanmu. Sesungguhnya kecantikan yang dikurniakan kepadamu hendaklah ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Aku juga melihat engkau jarang membaca Bismillah sewaktu menjamah makanan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Aku juga melihat engkau makan dengan lahapnya. Makanlah sepuas-puasnya sayangku. Inikan rezeki dari Tuhanmu.

Sahabat, aku juga melihat engkau bergembira menghabiskan duit dengan bershopping dan membeli kemewahan dunia. Syabas sahabatku. Engkau telah membelanjakan rezeki yang kamu perolehi dengan jalan yang betul daripada memberi sedekah kepada orang lain. Duit engkau hanya untuk engkau. Tidak perlulah bersusah-susah untuk orang lain.

Aku lihat engkau bertemu sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan 'Assalamualaikum', tetapi engkau mengucapkan 'Hi...Hello...Oitt...'. Ini juga bagus kerana engkau seorang yang seorang tidaklah nampak kekampungan. Engkau telah mengikut 'trend' semasa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat bersama-sama berjalan. Kita berpegangan tangan menuju ke neraka jahanam. Betapa terharunya aku memiliki sahabat sehidup semati sepertimu duhai sayangku.

Sahabatmu yang tercinta...

Syaitan

Siapakah di antara kalian sahabatnya? Sila angkat tangan! Err, siapa la berani angkat tu bertuah sangat la. Actually artikel ini aku terjumpa dekat Fakulti aku. Dah lama dah. Baru sekarang terasa nak mencoret di sini. Disusuli ada penambahan sedikit dari aku :) Tujuan? Memperingati diriku terlebih dahulu dan kalian yang membaca. InsyaAllah.

Maka, janganlah kita menjadi sahabat Syaitan ini. Nak jadi jugak? Silalah. Sekian.

Wassalam.


Ini pun gambar hiasan juga

Post Script : Penutup terpendek pernah dihasilkan.


Share/Bookmark

49 comments:

madihah said...

salam...
memang entry yg gerun..huhu..tapi ada mesej yg begitu berguna yg nk disampaikan...bagus..betul tu..manusia slalu lalai walaupun bnda yg remeh temeh..so selalulah kita memperingati diantra satu sma lain..
i/allah...

aqamz said...

angkat tgn,
turun tgn.
:)
terima kasih kerana memperingati
:)

manna_salwa said...

..بسم الله الرحمن الرحيم

salam saudara tuan blog..
peringtan yg baik dlm pnympaian yg menarik..
terima kasih ats entri ini..
:)

Hasrol Nizam said...

Biarpun dah pernah baca, tapi setiap kali baca mesti terkesan kat hati ni.banyak sangat leka dengan duniawi..Trimas sebab kongsi..

reen_sofee said...

like like like!
suka sgt entri neh!
suke suke die jek pgl sahabat!
sapa ntah sahat dia tuh!!
tak mau tak mau!

'AQILAH said...

thanks hami.

Nur Mudrikah said...

best entry..
ade keinsafan~

ashrafi said...

gerun membacanya....

kinsyakrn said...

fuh takuttt....xmoh jd camtu. tq bg peringatan dr masa ke semasa.

Mimie.Candy Cane said...

huhuhu..kadang teralpa dengan tanggungjawab sendiri..thanx for this entry..takmo kawan ngan setann!

Fakhrur Razi said...

hak2 xmo kawe ngn setan lgik..
hahaha

deekkyy said...

hallo...blognya keren pengunjungnya juga banyak...
kunjungi blog ku

zoelhilmi said...

Semoga kita beringat :)

HaiDa HiDa said...

salam..
entry terbaik..
walaupun curi masa, tpi curi masa tuk sesuatu yg berguna wat kita smue saling ingat mengingati..
sebenarnya perkara tu smue terjadi tanpa kita sedar yg kita hmpir berkawan ngan syaitan.. itulah yg amat ditakuti, menjadi sahabat syaitan tanpa sedar... nauzubillah..

Nabiel said...

adehhh~
trase gak nie~
setan btui syaitan nie~hehehe
nway,thnks for the letter~
jgn pos kt almt aku suda~hehehe=)

maCy said...

dlu ase cm ade cerita katun sal staitan2 ni.. katun bebudak..katun nasihat..huhu

mamawana said...

Salam dari mama

Mama follow dah....

qasih nadira said...

peringatan y bguna utk umat masa kini~terima kasih ngn surat ini~

Secret Garden. said...

beringat selalu.....entri yang sungguh menarik

Secret Garden. said...

beringat selalu.....entri yang sungguh menarik

Malwana said...

Salam, kemas bro entri..tak sempat nak skip baca tgk2 dah habis baca..peringatan yg bagus dari masa ke semasa,,nice one..

fathiahRAIHANA said...

rindu nak bc asuh :D

aneszailani said...

errr..kalo angkat tgn sparuh je kira x?? huhu..
takmo la kwn dgn setan lagi..setan jahaaaattt~ =(

zulkbo said...

salam..
entri menarik..
terima kasih mengingati
perkara yang kadang kala
terlupa...

Wanie-san said...

erkkk...dah penyet rase idungku ini..asyik terkena batang idung jew...
nice entry~~

Cik Peanut said...

salam...
maaf ye mencelahh di sini
peanut tunggu sidebar load..
nak cari shoubox..
tapi tak load2 gakk
hehhhe
salam ziarah kembali ye incik hamiasraff,,,
:)

Nur -al- Ain said...

Tersentap hati membace entry ni.. Aaaaa.. Tq ;)

~ ( LayDee_N ) ~ said...

sy x nak kwn dgn dier... tp dier yg thegeh2 gak nak kwn dgn sy.. ishh.. muka x malu. :p
makasih krn mngingatkn hamba yg stiasa leka n plupa ni.

Lin Creshk said...

fuh... memang sesuai entry ni dgn gua yang rock... yearghh!!!!
http://cicaktonjeng.blogspot.com

✿bieyra dhamira✿ said...

gambar syaitan ni slalu da dlm majalah pe tah hat islamic 2..
asuh ek?hehehe..

.zulaikhabukanpenggoda. said...

folo u. folo me. nice blog. nice pix.

takde chatbox ke?

Athirah Ibrahim said...

=)))

tidak mau berkawan dehngan dia lagi.

terima kasih kerana memperingatkan.

shameel Iskandar said...

Mengerunkan secara tersurat tapi menginsafkan secara tersirat. Godaan syaitan memang berbisa dan tak kenal sesiapa. Baik manusia yang jahil mahupun abid yang sempurna ibadatnya. Janji Syaitan utk menyesatkan keturunan Adam pasti ditunaikan dengan gigihnya. Sesaat terlupa, kita akan menjadi mangsanya.

Nurul Harun said...

thanks bro!~ :)

cikTi said...

tuan blog,.,.

ntry yg mnarik.,.
memang mengena,.,


tp,,ni nk mntak izin nk share kat facebook,.,


bolehkan,.?

jejak rantau said...

best ;)

jejak rantau said...

nak copy gak leh x?? huhuu

Sarah Zulkefli said...

nice2 :)
tq singgah blog sarah td

cemomoi said...

ramai betoi kawan setan nih... (errr nak angkat tangan ke tak nih?)

UmiDAnisH said...

huhuhu.... singgah sini juga..nnt selalula datang bertandang ke blog umidanish erk..

Arra JaSmY said...

salam..

Thanks for diz entry..its a kind of reminder for me.huhuhu

© bLurr said...

fuh.. nasib baik x terima surat ni hari ni. haha

NARDtheNERD said...

dulu kecik2...selalu bace tatiih ke ape tak igt..ade katun syaitan mcm tu..=)

A'iyn Raidah said...

info sejenak =)
good2..
keep it up dude =)

mR.sYaH said...

terasa plak dgn surat tu.. heheh..

zulhilmi bdk blur said...

thankz..
terbaek la..

hans said...

aku xmau kawan dgn diorang
tapi diorang nak
cam ner nih?
ajhhaha
apa aku merepek nih
nice entry

محمد فردوس سعد said...

salam sahabat..lama x menjengah ke sini..

erm..tak tau lah..kdg2 berkawan dgn dia ni..knp jadi mcm tu..sbb hati ni x kuat lagi nk melawan..kdg2 tewas jugak ngan godaan dari dorg..

ya Allah..aku kata aku takut ngan azabMu tapi dlm masa yg sama aku ikut perintah musuh yg paling nyata bagiku..beriku kekuatan ya tuhan untuk menghadapinya

MerpatyPuteh said...

peringatan yang berguna hami. syukran jaziilan