Aku Dan Nescafe

by - June 01, 2017


Sakit kepala.

Kepala pening bervertigo.

Peluh bercerau-cerau.

Benda ini jadi balik. Biasanya akan datang time petang-petang. Aku selalu akan sambar panadol actifast. Telan dan 2 minit kemudian akan lega. Tapi kadang ambil masa agak lama untuk reda. Aku tau bukan elok pun kalau ambil panadol ni. Tapi itu je la solution yang aku selalu buat. Eh tak tak. Solution terpantas aku selalu ambil adalah NESCAFE.

Okeylah aku terpaksa buat pengakuan. Aku dan Nescafe memang kawan baik pun. Sehari aku tak nikmati nescafe badan dah lesu semacam. Sekurang-kurangnya kena ambil 2 cawan nescafe sehari. Pagi dan petang. Itu sekurang-kurangnya, kalau selebih-lebihnya bercawan-cawan, bergelas-gelas, bertin-tinlah nescafe setiap hari.

Teruk kan? Aku ni dah tahap addicted tahu.

Korang mengalami macam aku tak? And ada solusi tak terhadap permasalahan ini? Kalau ada cer try bagi suggestion tengok.




You May Also Like

7 comments