Rasa Yang Tidak Ingin Dilepaskan

May 23, 2017

Melewati saat sepi ini hati kian kosong. Galau. Kontang. Bagaimana ingin ke masa hadapan andai kaki tidak pernah berganjak dari tempatnya. Tubuh di sini, jiwanya entah di mana. 

Keadaan itu buat hati makin pilu. Beribu cara telah dikoyak, diredah, dihampar, namun semuanya hampa. Langsung tidak memberi kesan pada hati ini. Malah ianya kian parah sekali.

Ini bukan sesi untuk salahkan kau, salahkan aku. Bukan. Ini masanya untuk kita muhasabah. Muhasabah tentang apa yang telah kita jalani. Biar semua tahu, rasa itu bukan dibuat-buat. Tetapi ianya hadir tanpa kita sendiri sedar.

Acapkali kita mula bergerak ke hadapan, bayangan itu akan sentiasa mengekori perlahan. Adakalanya kita mula berlari laju, bayangan itu pun tampak maju. Kita bukan buat salah. Tetapi hati ini berbalah. Antara mahu lepas, antara mahu buang, antara mahu simpan dalam genggaman. Pilihlah kau mahu yang mana.

Bukan kita tidak mahu seberang sana. Tetapi seberang sini tampak lebih menawan. Seberang sini seperti mengikat kaki. Seperti digertak, "Kau jangan lari ke mana-mana. Duduk diam di sini."

Mungkin itu sebabnya. Bukan tidak punya rasa yang lain. Tetapi rasa yang lalu itu sukar dilepaskan. Beri masa. Mungkin tiba masanya, kau akan lepaskan rasa itu perlahan-lahan.


Sang Nukilan Rasa,

Hami Asraff | 23052017 | 1203



You Might Also Like

2 Comments

  1. seronok tengok Hami Arsaff dah kembali menulis di blog. teruskan menulis ya!

    ReplyDelete
  2. Biarkan rasa menukilkan coretan di hati..
    Tidak perlu digusarkan tentang sesiapa yang berdiri..
    Seberang sana mahupun seberang sini..
    Jangan berlelah untuk berlari ke sana dan ke mari..
    Jangan berbalah dengan kata-kata hati..
    Apa yang dilalui adalah episod hidup untuk kenangan abadi..
    Simpanlah, abadikanlah, jangan disesali..
    Kelak akan mengajarkan kita menghargai yang ada di depan sini..


    😉
    Shuhada
    060617 / 0146



    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe