Sesi Monolog Dalaman

Sunday, May 21, 2017

Jangan Pernah Berhenti Di Saat Kau Diuji


Bila terasa sunyi, telefon bimbit menjadi teman sejati. Buka sosial network. Scroll up, scroll down, tersenyum sendiri. Punya ramai kawan kononnya, hakikat sebenarnya tidak. Kawan di laman sosial, ternyata berada di situ. Nampak seperti dekat, tetapi jauh. 

Aku scroll Instagram. Terjumpa satu akaun. Dah lama aku follow.

@wanmars

Dia lukis komik. Kadang-kadang mesej yang disampaikan agak deep. Ada juga yang memberi inspirasi. Post beliau mengenai "Ujian" memang buat aku terinspirasi. Jom ushar kat bawah.












Bagaimana? Tersentuh bukan? Begitulah kita. Tak pernah terlepas diuji. Bila diuji, mulalah kita rasa serba tak kena. Semua perkara rasa tak menjadi. Kecewa, sakit hati, sedih, down, dan mahu berhenti dari buat apa-apa.

Aku letak pada situasi aku sekarang. Ramai yang bertanya,

"Kenapa Hami dah tak menulis blog?"

"Bila nak keluarkan buku lagi?"

"Kenapa dah berhenti menulis?"

Sebenarnya, aku tak pernah berhenti menulis. Menulis ini terapi bagi hati. Dan blog ini jiwaku. Cuma banyak perkara membatasi. Kerjaya diutama. Dan terlupa. Idea itu banyak saja. Tapi biasalah, bila dibiarkan semuanya hilang. Ya insyaAllah aku akan keluarkan buku kedua. Doakan aku ya.

Ujian akan terus hinggap. Kita hanya perlu bertahan dan mencari jalan. Penghujungnya kita akan temui kebahagiaan.





No comments: