Tak Macho Pun Pakai Benda Alah Ni. Tetapi HANCUR. Percayalah!

May 12, 2010



Assalamualaikum w.b.t

(tenguk air dulu)

Done!

Telah diuar-uarkan di Twitterku bahawa entri kali ini menyentuh perihal lelaki. Wah wah wah. Apakah? Rileks rileks. Tapi kalau dah baca tajuk entri pun sedikit sebanyak dah dapat beri gambaran kepada anda apa yang bakal ku persembahkan ini.

Cerita bermula. Bertempat di sebuah rumah perkahwinan.

"Bangle kat tangan RM500 lebih-lebih, cincin emas RM400 lebih-lebih, rantai emas tu RM100 lebih-lebih jugaklah. Total kira sendiri."

Kata sang sahabat padaku.

Aku hanya mampu meng'OOO'kan sahaja di samping senyuman sinis singgah di pinggir bibir. Juga diikuti dengan gelengan kepala 180 darjah.

Sang sahabat seolah-olah kagum dengan barang perhiasan yang dimilikinya. Sang sahabatku itu ialah seorang insan yang mempunyai jantina serupa denganku. Ya kaum Adam. Lelaki maskulin walaupun dia tak pernah masuk dalam Majalah Maskulin edisi terbaru.

*sigh*

Persoalan yang berlegar di otak si pemakai barang kemas! (lelaki la, bukan perempuan)

"Huih gua terasa diperhati ni. Bangga bangga! Tak sia-siaku pakai barang-barang kemas ni semua. Tampak gah di situ" (sambil mendabik dada yang tak berapa bidang)

Jawapan orang yang memandang insan yang rasa bangga tu. Aku la, sapa lagi!

"Lor, aku ingat mak nyah mana la tadi. Muka brutal gila. Pakai rantai pulak. Uweaak! Sumpah hancus gila!" (hanya telahan di dalam hati)

Cukup la kutukan itu dilakukan. Selebihnya aku simpan sendiri.

Wahai kaum Adam, ya kamu yang bernama Adam pun dengar sini. Hampa semua tau dak lelaki diharamkan memakai segala bentuk perhiasan yang menyerupai emas. Eh eh bukan menyerupai. Tetapi emas. Diulang! HARAM!


Dalam hadis Nabi ada menyebut :

Saidina Ali Abu Talib ra berkata :

"Rasulullah saw mengambil sutera, lalu meletakkannya di sebelah kanannya dan mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas Baginda bersabda : kedua-dua ini haram buat orang lelaki dari umatku (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah). Dalam riwayat Ibnu Majah, ditambah : "Halal kedua-dua ini bagi perempuan".

Jangan tanya aku HARAM tu apa pulak. Dah sah-sah haram, kalau kamu buat juga apa maknanya murid-murid...?

BERDOSA CIKGU!!

Anak-anak murid Darjah 3 pun tahu jawapan dia. Ni kamu yang baru nak masuk umur 33 pun masih terkapai-kapai kelemasan. Malulah beb! Siapakah yang berumur 33 itu? Err, contoh la. Gua tak mention sapa-sapa pun. Harap mereka yang sedang berumur 33 tahun ini tidak terasalah ye.

Selamat selamat. Nasib baik aku pakai rantai silver. Yay! Aku tak berdosa. (melonjak keriangan)

Haih, dia pikiaq kot situ la pulak. Sabaq sat.

Berdasarkan hadis, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah berkata :

"Sesungguhnya haram (orang lelaki) menyerupai mereka (orang perempuan antaranya ialah) dengan memakai perhiasan yang khusus bagi mereka lagi yang lazim menjadi hak mereka seperti memakai gelang tangan, gelang kaki dan seumpama keduanya."

Mengerti kamu?

So, tak kisah la kamu pakai emas ke, suasa ke, silver ke dan apa-apa saja. Kalau barang perhiasan anda itu menyerupai kaum wanita, maka dilarang dan ditegah sama sekali.

Ada juga yang cakap macam ni :

"Muka aku nampak macam wanita ke pakai rantai ni?"

(Muka kongsi gelap stok pecah rumah. Sah sah tak nampak wanita)

Haih, soalan sebegitu tak perlulah tanya jikalau hanya untuk nampak gah. Itu lebih soalan yang sudah tahu jawapannya. Lebih kepada ingin menampakkan kebanggaan yang tidak perlu dibanggakan.



Gambar Hiasan

Gambar Dosh Duhamel memakai rantai. Mamat ni takpa la. Bukan Islam. (Gambar Hiasan)


Entri ini sebenarnya kesinambungan entri seorang sahabat blogger yang telah terlebih dahulu menulis entri mengenai ini. Ini blog sahabat FIRDAUS. Bagus rakan blogku ini. Antara blogger yang keep in touch dalam penghasilan buah fikiran. Juga kupasan entri-entri di dalam blog beliau sangat membina dan memungkinkan mendapat manfaat bersama.

Kesimpulan yang dapat aku katakan ialah sikit pun anda tak nampak macho bila memakai sebegitu. Hancur yang aku nampak. Serius sangat sangat mengjengkelkan sesiapa yang melihat anda apabila memakai benda alah itus. Maka, percayalah cakapku. Hukum tetap hukum.

Tak usah terlalu nak ikut trend peredaran zaman sehingga menghalalkan yang haram dan sebaliknya. Sangat sedih melihat muda-mudi yang sebegini. Ya aku sedih. Anda bagaimana? Silalah jangan kata anda gembira melihat gejala tidak sihat ini. Tak untung pun. Mungkin anda dipandang hebat oleh rakan seangkatan. Tetapi anda akan dipandang jelek oleh masyarakat sekeliling.

Ini yang sering kita lihat. Artis lelaki dan pemakaian benda alah ini. Aku tidak melabelkan mana-mana artis. Anda lihat, anda kaji, anda nilai. Itu pun masih ramai yang cuba menjadikan artis sebagai idola. Adakah mereka yang sebegini mampu menjadi idola anda? Jawapannya pada anda.

Aku tidak mengatakan diriku baik dan sempurna. Hakikat tiada yang sempurna selagi ia insan yang bergelar manusia. Jesteru, aku menasihati diriku terlebih dahulu. Yang baik kita jadikan panduan dan sandaran. Yang tak baik buang jauh-jauh (macam ada yang tak kena dengan pepatah ni)

"Peliharalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapatiNYA dihadapan kamu. Kenalilah ALLAH ketika kamu senang, nescaya ALLAH mengenali kamu ketika kamu susah. Ketahuilah pertolongan berserta dengan kesabaran, kelapangan berserta keperitan dan bersama kesusahan mendapat kesenangan" [Riwayat al-Tirmizi]

Wallahu'alam.

Wassalam ~

Post Script : InsyaAllah sekiranya ada kelapangan, akan ku cerita perihal Kaum Hawa pula.

Share/Bookmark

You Might Also Like

71 Comments

  1. x suka jgk lelaki pakai aksesori melebih2. jam sudah la. yg pompuan pun tak bape nk pakai rantai tibe2 laki sibuk2 plk nk pki? aduhailaaaa =.="

    ReplyDelete
  2. hnn nyampah gak laki pakai gelang rantai sume tuh.
    tak macho pon!
    cam samcrng ade laa!
    yukks!

    ReplyDelete
  3. sangatlah setuju
    hukum tetap hukum!
    tapi ade je sesetengah tu yg perlekehkan hukum

    ReplyDelete
  4. salam..

    saya setuju dengan hujahan hami..sangat jelek bila melihat lelaki yang pakai benda alah ni semua..langsung tak lawa dan wat sakit mata je tengok..+_+

    ReplyDelete
  5. ai yang femfuan neh pong tak minat dgn eksesoris, apesal pulak lelaki lagi ebrminat?

    lempangkan aje lelaki yang cenggitu =.=

    ReplyDelete
  6. entri yang amat bagoss.. thanks for this exposure.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..

    entri yg sangat bagus, dan membuka minda..
    sekarang ni mmg banyak lelaki yg seolah2 bangga memakai rantai, dan seumpamanya..
    semoga mereka dan keluarga mereka mengambil pengajaran..
    =)

    ReplyDelete
  8. yes..mmg haram bila lelaki menyerupai perempuan termasuklah memakai gelang atau pun rantai sebab nk tunjuk macho..tp sebenarnya bila tengok takde la macho pon takat pakai rantai cm tu

    ReplyDelete
  9. okay..kalo sampai pakai emas tu geli..

    ReplyDelete
  10. pakai rantai kadang2 stylo
    cuma jgn pakai emas
    itu memang haram
    lagi satu kenapa tak tegur jer member ekau tu
    dah memang dia pakai emas
    maybe dia jahil bab tu
    lagipun ekau kawan dia
    just tegur cara elok
    then terpulang pada dia nak terima or tidak

    ReplyDelete
  11. sangat btol ape yg dikatakan brader hami asyraf..haram lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya. so, secara tak langsung pengkid pon haram kerana wanita menyerupai lelaki.

    walaupn tiada perhiasan mcm rantai tu sume, tapi kalo dari lenggok dan bahasa badan mcm pmpuan walaupon dia laki. mmg mendorong sesuatu yg tak baik la tu. ade ke sesorang tu dilahirkan dia terus2 ditakdirkan jadi lembut? hmm..

    ReplyDelete
  12. salam.. entry y bagus sbagai bhan pbacaan untuk kaum3 lelaki "....." buat kaum lelaki y tersesat fahaman dan fahamilah smua ini.. hrgailah dri anda sbgai LELAKI. -admin blog: gd job- ^_^

    ReplyDelete
  13. aku kalau nampak lelaki pakai barang kemas ni memang agak tak boleh blah~

    ku sendiri pakai cincin platinum je satu~
    huhuhu~

    nak pakai boleh, tak salah~
    cuma pakailah yg dibenarkan~
    ni tak, anting2 oun sebat~

    melampau ah~

    ReplyDelete
  14. Serius la pasal mende nie...Tadi baca entri pasal masuk disko...Dah normal utk bdak2 skang masuk kelab katanya...huhu~~~Ni plak entri pasal rantai. Serius dow kawan aku pakai nampak ensem n lebih menarik sbb dia putih rantai tali warna itam....2 orang plak tue....Aku x pakai sebab aku pilih haram dari hensem....

    ReplyDelete
  15. nasib baik disertakan juga hadis yang ke dua tu. Kalau tidak, ada yang salah anggap nanti.. =)

    ReplyDelete
  16. salam..
    true,
    yg haram ttp haramm.
    no excuses..

    ReplyDelete
  17. sw cukup tak suka lelaki pakai rantai...mcm tak ada agama pun ada..

    ReplyDelete
  18. nmpak serabutla lelaki pkai rantau n gelang sgale..xsmart n kacak..hoho.

    p/s ikhlas ini drpdku supaya lelaki2 kat lua sne tue sdar yg korg xlbeh hensem nye pon klau pkai gelang+rantai 2..hikhik..

    alamak..terEMO sudah..hahak..nice entry bro.. :)

    ReplyDelete
  19. aku nk kongsi sikit, dulu aku mmg suke pakai rantai+bangle lebar 2 jari tu tapi semenjak aku kene sambar sepintas dengan kilat terus aku dah x pakai, nasib baik x de pape jadi.tp berase jugak kejutan tu. mybe ade hikmah.so bende2 yg x perlu ni x ya la pakai

    ReplyDelete
  20. Nak minta pendapat... mcm mana pula dgn cincin PERKAHWINAN utk lelaki..... selalunya pasangan bertukar2 cincin kan.....

    ReplyDelete
  21. siapa kata lelaki nampak macho pakai rantai? bagi aku lelaki nampak macho pakai songkok / serban, harap maklum :)

    ReplyDelete
  22. kpd deylla:
    rasanya ada kekeliruan kat situ ye.
    lelaki boleh pakai cincin. malah itu sunnah. Nabi s.a.w sendiri pon pakai cincin tapi bukanla cincin berlian ataupun emas.

    ReplyDelete
  23. macam mane pulak kalau lelaki yang pakai cincin? boleh ke tak eh?
    sebab pernah ade terbace yang lelaki dibolehkan memakai cincin..

    ReplyDelete
  24. Alynn Notnot :
    Perempuan tidak suka, apatah lagi lelaki. Tak gitu?

    reen_sofee :
    Saya menyampah juga.

    aly :
    Ya hukum tetap hukum. Tetapi berapa ramai yang peduli akan hakikat ini?

    ♥CIK SHA♥ :
    Sangat tidak lawa dan menyakitkan mata. Setuju!

    N.A.B.H.M.M :
    Jom lempang mereka. Sekali besar daa..

    0sh!Nz d' sen0r!ta :
    Sama-sama. Peringatan bersama :)

    mengenaldiri :
    Waalaikumussalam. Thanks. Moga bermanfaatkan bersama. InsyaAllah.

    atoyis :
    Tidak macho! Tidak macho!

    chokio_nia :
    Yeah, geli geleman.

    'AQILAH :
    Ya sangat tidak manis!

    hans :
    Eh silap hang kata lagu tu. Kan aku dah bagitau kat atas. Baca sekali lagi!

    NiZaM Limited :
    Yup haram. Juga haram jikalau perempuan menyerupai lelaki.

    encik tikus :
    Moga beri keinsafan bersama. InsyaAllah.

    nurcahaya :
    Memperingati diriku ini terlebih dahulu.

    LORD ZARA 札拉 :
    Memang melampau dengan golongan sebegini.

    si LauT Mati :
    Betul-betul. Pilih hukum dari hensem :)

    Hasrol Nizam :
    Memang dah ada yang salah anggap pun.

    manna_salwa :
    No excuse at all! :)

    Nuraisyyah :
    Takpa emo anda bertempat :)

    snow white :
    Betul. Mereka ini mengetepikan agama sewenang-wenangnya.

    sUfFeR8zInE :
    Mungkin itu balasan daripadaNYA. Siapa tahu kan?

    Deylla :
    Sudah menjawab di blog anda :)

    b a r | n e :
    Jom pakai serban!

    NiZaM Limited :
    Terima kasih sudi jawab. Tapi telah dijawab di blog beliau :)

    ReplyDelete
  25. sebagai sorang perempuan, sy rasa sangat menyampah ngan laki yang pakai benda alah rantai bangle segala. nampak sangat buruk and ala-ala tak berpelajaran.

    Ape pun, as expected entri anda sangat best..=))

    ReplyDelete
  26. Salam Hami,

    I agree with you. Apa kes la mereka-mereka ini ingin sangat nak tunjuk macho dengan cara sedemikian, better you tunjuk macho dengan jaga setiap tingkah laku. Lelaki jadilah lelaki dan wanita jadilah wanita.

    ReplyDelete
  27. btol2..makin rmai laki yg pakai benda alah nih sumer.kira ok lg, truk lg,yg laki pakai baju pompuan yg makin btambah tu yg makin menjadi...

    ReplyDelete
  28. XD

    baik...kitorg tunggu yg perempuan punya plak...jgn risau, bukan nak serang..nak blaja :D

    ReplyDelete
  29. fatinAfifah :
    Orang berpelajaran pun dah ramai buat gejala tak bermoral ni. Tak pahe kawe.

    Dayah :
    Salam.

    Tu la konon2 habis macho la bila pakai sedemikian. Tapi sangat hampes!

    JMR :
    Perempuan tak yah cakap la. Begitu banyak sangat perkara mengjengkelkan yang dilakukan. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan ku kupas perihal wanita pula.

    Iocus Theoda :
    Amboi nak tunggu. InsyaAllah nanti saya buat sekiranya ada kelapangan :)

    ReplyDelete
  30. pernah gak org laki pakai rantai, subang..

    tapi xdelah sampai barang kemas..
    pelik2..

    ReplyDelete
  31. salam.. bagus n3 ni. ;) salam singgah kembali!

    ReplyDelete
  32. mR.sYaH :
    Tak kisah la barang kemas tu emas ke tak. Janji ianya haram untuk kaum Adam.

    hans :
    Err, tiada kesilapankah? Mungkinku yang silap. Hehe.

    Anarif_88 :
    Waalaikumussalam. Terima kasih. Moga beri manfaat bersama. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  33. salam 'alayk..

    malu ah bila ada nama dgn font besar tuh..huhu

    btw..kupasan bro lebih menarik..tahniah..moga manfaatnya pada yg membaca..

    buat yg membaca, sebar2kan pada kawan2 anda yg mungkin ada tergolong dalam ni, mungkin masih tidak mengetahui hukum, so sampaikanlah..

    neway, trimas bro Hami :)

    ReplyDelete
  34. محمد فردوس سعد :

    Waalaikumussalam. Tak dak apa pun sahabat. Perkongsian bersama. Kamu pun berkongsi juga kan? InsyaAllah moga manfaatnya di kongsikan sesam kita :)

    TUKANG KATA :

    Err, statement anda meragukan! Layan je!

    ReplyDelete
  35. salam asraff,,
    setuju dengan entri ni,,
    memang dh berleluasa trend ni,,bagi lelaki,,^^,

    ReplyDelete
  36. singgah sini juga..nice blog..good info~

    ReplyDelete
  37. salam assraff..
    memang betul tu,,sekaran trend seperti ini sudah berleluasa,,
    kerana pengaruh sekeliling yang kuat,,^^,

    ReplyDelete
  38. salam dari akak..ehmmm payahlah orang lelaki ni..ego tinggi bebeno..bagus jugak bagi nasihat camni.

    ReplyDelete
  39. lelaki sekarang memang banyak yang pakai perhiasan ni. tatau ape motif diorang. saya memang tak suka. awal2 dah reject. dari situ dah nmpk keperibadian mereka..

    ReplyDelete
  40. Hye Asraff,

    Entry yang membina. Teruskan!

    Tak suka juga pada mereka yang tebuk lidah sana-sini. Mekasih.

    ReplyDelete
  41. setuju sangat...sesetengah tu bukan xtau pun hukum tp sengaja memperlekehkan hukum agama.ingat bes sangatla kot pakai hiasan segala tu..

    ReplyDelete
  42. emmm....kurang gemar nengok lelaki yg pakai subang @ rantai nih...

    ReplyDelete
  43. tak minat pun pakai rantai.
    tapi kalau tak silap,lelaki pakai cincin tu sunnah.

    ReplyDelete
  44. kdg2 pakaian tk melambangkan diri seseorg

    aku pernah jumpe org2 mcm ni
    tp dorg pling alam antara klngn teman2 yg nmpk baik

    ReplyDelete
  45. masalah betol orang yang terlalu gilakan fesyen nih.. kadang2 tuh dah x pikiaq halal haram lagi dah.. ibarat ape yang datang dari barat tuh dah cam sumer halal la plak sbb ramai sangat buat -_-"

    nice info bro..
    harap2 ade yang tersedar lepas baca blog ko=

    ReplyDelete
  46. Saiedah Syamielah :
    Waalaikumussalam. Trend melebihi hukum.

    alinac lover :
    Thanks :)

    kak ina kl :
    Bila ego menguasai diri, nafsu dituruti.

    nur hidayah isa :
    Yup, pemakaian melambang keperibadian.

    SyaNa_SaN :
    Terima Kasih :)

    AinZa :
    Sikit pun tak nampak best. Tapi jelek!

    ✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ :
    Ramai yang kurang gemar tengok. Kalau yang gemar tu tak tahu la macam mana.

    alliph :
    Ya, memakai cincin ialah sunnah Rasulullah. Telah diberitahu pada komen di atas :)

    jane :
    Kurang faham dengan pernyataan anda. Kurang alam?

    kyo_9 :
    Manusia apabila mengikut nafsu, beginilah jadinya. Thanks :)

    ReplyDelete
  47. hukum tetap huku..mang xske org laki pakai rantai2 ni..cam monyt pon er hohoho...
    pakai jam cukup rr...gelang2 bangle pon xyh lah..

    ReplyDelete
  48. ada lelaki konon wanita masuk ladies coach disini


    http://sesumpahbebel.blogspot.com/



    ;0

    ReplyDelete
  49. salam ziarah. :)

    ye,sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat setuju! Dulu pun pernah tegur kawan (tu pun sebab dia kawan rapat).

    jawapan dia? mestila sebab nampak MACHO+HENSEM(sila pengsan beramai-ramai).kadang-kadang geli pun ada. (--")


    teruskan menulis. :)

    ReplyDelete
  50. hurm, nampak mcm x sesuai lelaki pakai brg kemas/perhiasan...:)

    ReplyDelete
  51. setuju gak dengan ape yg ko ckp tu..memang betui...

    tapi bagi persepktif org yg pakai mende nih punye pemikiran plak cam ni.... bile die pakai rantai, beggel, gelang x nampak cam pompuan pon sebab ia dah di upgrade pun tuk kesesuaian orang lelaki pakai sahaja, pakai hanye sekadar fesyen sebab nk ikutkan mende2 ni kalu pompuan pakai nampak x ngam kan..macam ade beggel, rantai or gelang yg bese lelaki pakai, bile pompuan yg gune nampak x ngam, so bagi mereke yg pakai nih, rase macam ia hanye sebagai perhiasan tambahan jerk untuk nampak lebih bergaye n berkeyakinan, selagi x pakai mende2 mcm emas ataw rantai yg mcm perempuan pakai...

    :)

    ReplyDelete
  52. Anda ditag & diberi award.
    Sila ambil :)

    ReplyDelete
  53. hahaha... tu yang kadang tak paham tu... tujuan sebenar beraksesori bling-bling tahap cipan... sib baik tak ikut style rapper nun di sana.. sampai gigi pun nak balut dengan emas... aper kehalnyer...ades

    bersederhana lagi baiek... ~_^

    ReplyDelete
  54. selalu juga nurul jumpa lelaki yg seperti ini..

    thanks bro utk entri ni..

    ReplyDelete
  55. senang citer x yah pakai pape..kan senang..hami yang pakai spekjepun dah ramai org suka daaa...opps..hehe

    ReplyDelete
  56. urgh!! aku tak suka lelaki pakai rantai
    aku yang perempuan ni pun tak pernah pakai rantai sejak dari lahir sampai lah sekarang
    barang kemas lain? gelang? cincin?
    tak suka!!

    ReplyDelete
  57. seyes tgk laki pkai rantai cm buruk je.xsuke tul la.cm pkai rantai kuceng je.

    ReplyDelete
  58. assalam..nk tanye cmne pulk ngn bangle kulit eh?(yg besar tu)

    ReplyDelete
  59. hukum daripada ALLAH cantik dah untuk dipatuhi..:)

    ReplyDelete
  60. Mengikut apa yang aku pernah belajar dulu,sebab musabab dari segi saintifik kenapa lelaki diharamkan memakai emas adalah:

    *emas adalah logam yang sebenarnya boleh menyerap ke dalam badan tanpa kita sedari.

    *emas boleh dipakai oleh perempuan kerana segala serapan itu akan keluar semula apabila mereka datang bulan,tapi tidak pada lelaki,pasal lelaki mana ada datang bulan.lol

    ReplyDelete
  61. laki pakai rantai nampak buruk dan hodoh.

    ReplyDelete
  62. thumbup.. kalo tgk skrg nih memang ramai lelaki yang pakai barang2 perhiasan nih.. sakit jugak mata memandang..kononye nampak ganas or macho la.. haishh~ p/s: retweet this entry :)

    ReplyDelete
  63. Dapatkan panduan bina otot badan bagi lelaki agar anda lebih tough..bergaya dan macho....sesiapa pun mampu melakukannya asalkan ada kemahuan...

    ReplyDelete
  64. setuju.. xmacho lgsg pakai rantai.. cam hape je!!

    "(Muka kongsi gelap stok pecah rumah. Sah sah tak nampak wanita)" - i like this statement..haha

    ReplyDelete
  65. setuju sgt..sy pn nyampah tgok laki pkai rantai, gelang ni..pkai jam lgi macho la h0ho

    ReplyDelete
  66. suka baca blog ni..sangat-sangat setuju orang lelaki memang HARAM memakai rantai.....rantai tu perhiasan utk wanita...

    ReplyDelete
  67. xsuka lelaki pakai bangle..hampeh!!

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe