Saturday, September 4, 2010

Majlis Berbuka Puasa Yang Diserikan Oleh Kehadiran Imam Muda Shafiq



Assalamualaikum w.b.t

Oh bab untuk mengupdate blog memang sesuatu keliaatan (imbuhan untuk liat) bagi aku sekarang ini. Idea tu datang je mencurah-curah, seperti di dalam entri Bagaimana Anda Dapat Idea Menulis? Tapi biasalah, kekangan masa menjadi faktor utama penghalang. Ya alasan ini yang acapkali digunakan oleh kebanyakkan orang termasuk aku.

Masih berkisar mengenai berbuka puasa. Ada 6 hari lagi untuk umat Islam seluruh dunia untuk menyambut 1 Syawal dan bakal meninggalkan Ramadhan. Itulah masa. Masa Kalau Tak Guna Betul-Betul Habislah. Ada menulis pasal masa. Kliklah di link biru tu kalau nak baca.

Orait kali ni nak cerita pasal majlis berbuka puasa dekat fakulti aku. Anjuran budak-budak kelas Electrical Engineering in Major of Communication. Tanpa bercerita banyak, let's ushar gambar-gambar di bawah.

Mempersembahkan...



This is Sumaiyah. Ada orang kata muka dia macam Catriona Bahrin Ross. Ceh aku tengok tak sama pun. *dengkisorus* Sesi mengemas kelas untuk dijadikan tempat bersolat.


Antara juadah yang disediakan. Alhamdulillah rezeki dari Allah Taala. Puan lecture kami sedekah amal jariah. Moga bertambah rezeki puan dan keluarga.




Kuih-kuihan.




Buah-buahan.





Pengambilan makanan. Ambik sorang sikit noh.




Aku tak pasti sama ada acara penuangan air yang dilakukan oleh Encik Hadi ini hanyalah action kamen semata-mata atau tidak dek kerana hendak mengambil gambar.




Saat yang ditunggu. Dibaca doa berbuka puasa oleh seorang Imam Muda. Siapa? Akan diceritakan di bawah.




Makan time. Suasana di Tingkat 11 fakulti aku, eh tak tak fakulti kami. Tak sebut kami satgi susah pulak kan.




Nor Adilah Alias. Manusia terpenting dalam apa jua pengajuran majlis. Komited dan bersepadu betoi. Eh gua puji ni ada makna ni. Hahaha.




Aiceh konon-konon terkezut la tu ada orang tangkap gambar kamu Hadi. Takpa takpa, aku mengerti.




Para gadis-gadis mengambil peluang juga.




Mereka pun. Eh eh, ada Yuna la dalam gambar ini. Lalala ~





Macam kelihatan pelik sedikit untuk gambar ini. Okey taknak cakap, taknak cakap.



Inilah
Imam Muda Shafiq seperti yang digembar-gemburkan. Rileks rileks! Memang la anda cari kat Imam Muda Astro tiada insan ini. Sebab ini hanyalah Imam anjuran fakulti kami. Khususnya bebudak kelas. Ambil gambar dengan beliau sangat perlu.



Senyuman si Syamil Stylo (merujuk nama di Facebook beliau) agak tidak stylo mana pun. Imam Muda Shafiq kita menggelar beliau manusia berkapasiti lebih. Sebab? Itu yang kita tak tahu.




Sesi borakan adalah acara standet.





Berbuka ala kadar sahaja. Solat Maghrib dulu dan baru makan yang betul-betul makan. Err... Okey this gambar aku taktau celah mana dan siapakah yang ambil.





Dan ini pun.





Habis solat tarawikh semua, sate time!




Kelihatan ada permasalahan oleh Encik Nujaid (berbaju melayu hijau) yang terpaksa dirujuk oleh Imam Muda Shafiq kita. Imam jawab Imam! *baju melayu aku bertukar warna*




Dah selesai semua, kena la kemas meja kerusi balik. Aku terperangkap di antara mereka.




Gambar begini wajib disajikan. Dan nasiblah sesiapa yang bakal kena ambil gambar sebab masing-masing begitu tidak menggemari menjadi tukang ambil gambar. Anda pun takmau kan? :)


Tu saja gambar yang dapat dimasukkan. Untuk rerakan lain yang takdak, maap la noh. Aku nak cerita sedikit la tazkirah yang disampaikan oleh Imam Muda Syafiq. Walaupun hanya 6 minit 16 saat, sangat bermakna.

Satu pengisian yang sangat mendalam dalam diri. Mungkin untuk kawan-kawan sama barangkali. Kat bawah aku sertakan video tazkirah daripada beliau. Dengar dan hayatilah. Moga ada pengajaran bersama.

BERILAH PERINGATAN KERANA PERINGATAN ITU ADALAH AMAT BERGUNA KEPADA ORANG-ORANG YANG BERIMAN.



Wallahu'alam. Wassalam.

Hami Asraff :

1. Sudah berada di kampung halaman terchenta :)
2. Untuk mereka yang sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, kliklah di TUKAR LINK bawah header aku. Terima kasih.



33 comments

September 4, 2010 at 6:05 PM

awat ang xajak aku..aku bdak comm gak...hahaha..rugi2...tp klu ajak pun aku segan gak nak pi..bukan kenai pun mereka2 suma tu...huhuhuhu

September 4, 2010 at 6:49 PM

purple nampak.. :P

September 4, 2010 at 7:04 PM

@Ichigo Miro:
Hahaha. Terlupa kata hang pun budak comm. Ceh dah hang kata malu aku takmau ajak la. Hihihi.

September 4, 2010 at 7:05 PM

@tOm:
Yer gua suka purple :)

September 4, 2010 at 8:09 PM

pelik. nape imam muda hami menjadi makmum tua? hehe

September 4, 2010 at 8:24 PM

:D syoknyerr buka ramai2

September 4, 2010 at 8:30 PM

@MuNsYi SaMa:
Hehehe. Aku jadi makmum tua je bro. Ilmu tak penuh di dada lagi.

September 4, 2010 at 8:31 PM

@'AQILAH:
Dan mengeratkan silaturahim :)

September 5, 2010 at 1:19 AM

salam...ramadhan..
lama mimi x singgah sini maafmimi bz sikit..
semoga di bulan yang mulia ini di kuatkan man dan bertambah ceria,,,

September 5, 2010 at 1:37 AM

@mimi:
Salam ramadhan kembali. Owh faham. Semua orang busy sekarang ni :)

September 5, 2010 at 1:48 AM

salam hami...

thanks sudi gak update event ni..hehehe..
anyway,kalau ade majlis lg,meh join k...
jgn segan2...aku xkisah nak anjur asal ade support dr korang semua..
alhamdulillah,majlis blangsung dgn jayanya...;)

September 5, 2010 at 2:10 AM

@adilah:

Wsalam. Aku memang suka aktiviti camni. Boleh je join. InsyaAllah kalau ada kelapangan. Thanks jugak untuk kamu! :)

September 5, 2010 at 2:36 AM

saya sudah di kampung ni hehehe




**p/s: jd abg kene byk mengalah jgn jeles2 ngan adik okies huk3 ;p

September 5, 2010 at 5:05 AM

@ieQa sWetLuv:

Wah cepat jugak kamu sudah balik kampung. Aik p/s tu macam kenal je. Macam dari twitter je :D

September 5, 2010 at 5:48 AM

kim salam kat imam muda yang paling encem kat situ ea hami asraff..:)

senyum2 selalu..lalala

September 5, 2010 at 6:12 AM

@M a W a D D a H:

Hehe. Boleh boleh! :D

September 5, 2010 at 7:01 AM

wah... bestnye program2 mcm nie ;)

September 5, 2010 at 8:12 AM

Menarik~tapi belum dapat tengok lg video tu...loading dari tadi..lmbat la..

Apapun,style pengurusan majlis sgt saya kagumi :)

nice!
TERBARU: Bayyinat-penjelasan

September 5, 2010 at 1:34 PM

@soffea:

Yup sangat best dan cuba semanfaat ang boleh :)

September 5, 2010 at 1:35 PM

@iqbalsyarie:

Kalau kamu pakai IDM, downloadlah dulu video tu. Nanti baru senang nak tengok. BTW, thanks :)

September 5, 2010 at 1:50 PM

alhamdulillah...

berkat semuanya....

**suara kat video tu kurang jelas la

September 5, 2010 at 2:25 PM

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:

A'a, slow sikit. Tapi kalau download kuatlah jugak.

September 5, 2010 at 3:50 PM

besnye juadah berbukaa

September 5, 2010 at 3:59 PM

@dunspeak♥:

Alhamdulillah best jugak :)

September 5, 2010 at 4:43 PM

er.... tiba-tiba rindu kawan-kawan~

September 5, 2010 at 5:17 PM

@molmolla:

Kamu dah habis study ke?

September 5, 2010 at 5:46 PM

@Hami Asraff هامي أشرف ™: Test komen..yeay berjaya (off topic) :P

September 5, 2010 at 6:14 PM

@acaPAWN7:

Hehe. Jadi jadi! Thanks bro! :)

September 6, 2010 at 7:18 AM

sian sumaiyah

September 6, 2010 at 7:45 AM

@mrs jamal:

Err, hanya gurau-gurauan dengan dengan beliau :)

September 6, 2010 at 5:32 PM

best gak tazkirah ni.. hehe =)

objektif berpuasa.. supaya kita bertaqwa.. insyaAllah..

September 6, 2010 at 8:45 PM

@ASaDa RyutaRo:

Bertakwa. Itu yang terutama! :)

July 24, 2012 at 10:46 PM

terbaik la dapat iftar dgn kwn2 kls sume :)
trus nak plan ngn kawan2..~

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails