Sesi Monolog Dalaman

Sunday, September 12, 2010

Datuk Sosilawati Dibunuh - Mayatnya Bersama Tiga Orang Lain Dibakar



Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya spekulasi semalam benar belaka. Tajuk besar terpampang di dada akhbar Mingguan Malaysia. Antara rentetan kronologi kejadian tak diingini ini berlaku:



  • Sosilawati Lawiya dan tiga yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu dipercayai mati dibunuh kejam.
  • Menurut sumber polis, mereka dibunuh sebelum dibakar dan abu mayat dibuang ke laut di Pantai Morib, Selangor.
  • Misteri kehilangan itu terungkai apabila polis menahan tujuh orang termasuk dua wanita, semalam.
  • Salah seorang daripada suspek merupakan peguam bergelar Datuk.
Berita selanjutnya di akhbar Mingguan Malaysia.

Nauzubillah. Memang sangat-sangat terkejut setelah membaca berita ini. Hanya mampu menggeleng kepala. Memang aku 'speechless'.

Manusia lebih kejam daripada binatang sudah menjadi sebuah fakta. Moga pembunuh dihadap kemuka pengadilan dan diberi hukuman setimpal. Doakan roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Al-fatihah.

Wassalam.

11 comments:

Yiedpozi said...

Takziah untuk keluarga arwah.....
Al-fatihah untuk arwah...
Semoga arwah dicucuri rahmat...

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@Yiedpozi:

Al-fatihah.

FzaIbrahim said...

Ya Allah.
knape lah manusia skrg ni makin kejam.
tersentap bace td. ='(

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@FzaIbrahim:

Aku pun 'shock' sangat baca. Nauzubillah.

maCy said...

sirius?

Hami Asraff هامي أشرف ™ said...

@maCy:

Sila dapatkan akhbar Mingguan Malaysia.

Kuman Chaos said...

mengejutkan... tapi Berita Minggu belum melaporkan demikian.. maybe diorang print awal..

adLedash said...

eik..dh kompem ke? baru "dipercayai" kan? nantikan keputusan DNa...

nauzubillah~

adLedash said...

eik..dh kompem ke? baru "dipercayai" kan? nantikan keputusan DNa...

nauzubillah~

aryadevi said...

ziarah dan baca bang...

♥CIK SHA♥ said...

terkejut jugak dengan berita ni..baca dalam paper pagi tadi..tapi rasanya masih tunggu confirmation dari ujian DNA..jika benar berlaku ke atas mereka, al-fatihah buat roh mereka.. semoga yang terlibat dapat balasan yang setimpal..