­

Misteri Yang Berlaku Di Rumah Sewaku Terungkai Walaupun Mengalami Keraguan

October 03, 2010




Assalamualaikum w.b.t

Agak jarang bercerita di blog mengenai peribadi. Kalau ada pun tidaklah terlalu peribadi. Sekadar apa yang dialami dan dicetuskan di sini. Alami lebih kepada pengalaman hati dan diri.

Ah lama sudah tak buat entri yang saspen saspen ni. Err, ada ke entri aku yang saspen? Entah anda lihatlah contoh-contoh entri yang berjaya disaspenkan kot.


Rasanya ada 5 entri yang berunsurkan saspen ni. Setakat yang berjaya dihasilkanlah. Sesiapa yang belum baca lagi bolehlah membaca sejurus tamatnya membaca entri ini dengan mengkelik link di atas.

Baiklah. Ini sebuah kisah benar yang ingin dipaparkan. Boleh kata ianya sebuah misteri. Tapi tak dapat kenal pasti sama ada misteri nusantara ataupun bukan. Oh bukan. Tapi masih sebuah misteri yang belum terungkai. Sehingga kini.

Cerita bermula.

(watak di bawah adalah watak sebenar, dan tidak diselewengkan)

Ahad yang hening. Pukul 11.45 pagi. Aku baru pulang ke rumah sewaku setelah berjumpa seorang sahabat. Kamar bilik dibuka. Seperti biasa, laptop Aspire 4920 ku di 'ON' dan memulakan aktiviti 'online'. Ini adalah rutin harianku.

Kekusyukan meng'online' terganggu seketika nan apabila sayup-sayup kedengaran suara dari kaca televisyen di ruang tamu.

"Amin barangkali. Mungkin nak tengok MELODI." Aku bermonolog.

Meneruskan aktiviti online sambil bertwittering. Membaca akhbar online. Memang tak puas membaca akhbar online. Kena baca akhbar yang asli jugak. Biarlah, asalkan ada maklumat yang ingin disampaikan.

Tak lama kemudian terdengar seseorang memanggil seseorang dari luar kamar.

"Ejan, ejan!" Suara Akramin memanggil.

"Ejan? Bukankah Ejan belum balik lagi? Bukan semalam dia tidur rumah makcik dia di Cheras?" Aku bermonolog lagi.

Tiba-tiba pintu kamar dikuak, tersembul si Akramin.

"Wey hang panggil Ejan? Dia balik dah ka?"

"Eh aku ingat dia balik dah. Sebab tu aku panggil."

"Awat hang panggil dia pulak?"

"Tu TV kat luaq sapa bukak?"

"Amin la kot."

"Amin tidoq la. Hang ka buka TV?"

"Eh pulak. Aku tak buka pun. Amin buka TV lepas tu dia tidoq la kot."

"Ishh takkan dia buka, pastu pi tidoq. Tak logik."

"Mana la nak pi tau. Takpa satgi dia bangun kita tanya."

Perbincangan aku dengan Akramin habis di situ. Mesti Amin la buka. Tak dak orang lain ni. Di rumah ini tinggal 5 jejaka. Aku, Akramin, Amin, Abu dan Ejan. Eh ada 4A di situ termasuk Aku = Hami Asraff. Kalau letak Hami tak jadi A :)

Abu dan Ejan memang tiada di rumah. Hanya aku, Amin dan Akramin (3A). Dengan kata lain antara kami bertiga sahaja yang dipertanggungjawab untuk buka TV berkenaan. Aku sah sah bukan. Takkanlah aku nak tipu. Si Akramin pun dah mengaku bukan dia yang buka. Tinggal Amin saja lagi. Tunggu beliau bangun dulu.

Aku nak keluar beli makanan tengahari. Amin ada di ruang tamu. Akramin di dalam bilik.

"Amin, tadi hang buka TV ka?"

"Waktu bila?"

"Pukoi 12 taksat."

"Eh dak pun. Awat?"

"Aik, biaq betoi! Habih tu sapa buka tadi? Akramin pun kata bukan."

"Err, mana nak pi tau."

"Sat aku nak pi beli makanan sat. Satgi kita sembang dengan Akramin."

Perbualan dengan Amin terus menjadi 'BIG QUESTION'.

SIAPA YANG BUKA TV?

Haih, seram dah den. Dah macam cerita Jangan Pandang Belakang dah ni. Tapi ini serius. Siapa yang buka TV tadi? Hampa jangan buat-buat main. Takkanlah TV itu terbuka sendiri? Kalau dia tak buka siapa yang buka? Tiada sesiapa di antara kami bertiga yang buka.

Dipendekkan cerita. Kami tiga orang di ruang tamu.

"Akramin, Amin kata dia tak buka pun TV tadi." lontaran vokal menuju ke arah Akramin.

"Eh betoi ka Amin hang tak bukak tadi?" Akramin bertanya Amin.

"Lor, betoi la. Aku tidoq tadi" , kata Amin dengan bersungguh-sungguh.

"Habis tu, siapa yang buka?" hampir serentak soalan ini terpancul keluar dari kami bertiga.



SENYAP...



SUNYI...



DIAM...



SEPI...



BERFIKIR...



Dan tiba-tiba Amin bersuara,


"AKU RASA KUCING LA TEKAN REMOTE TU."


Kelu dan terkedu.

Hatta, kami menganggap semuanya setel dan menjalani hidup seperti biasa.

Sekian.


Hami Asraff:

1. Cuba berfikiran sepositif mungkin terhadap misteri di atas.
2. Mungkin kami terset TV tu untuk sleep. Tapi siapa yang set? Tiada pengakuan dibuat.
2. 3 orang daripada kami budak Kedah (Aku, Akramin dan Amin). Ejan Terengganu dan Abu Kolumpo. Ejan pandai cakap Kedah.

You Might Also Like

40 Comments

  1. mungkin sebab ada radiasi kuat sgt..sbbtu tv boleh terON sendiri...
    lecturer saya cakap boleh berlaku kalau radiasi kuat sgt...

    p/s: radiasi Aspire tu lah kot..=p

    ReplyDelete
  2. fuuhh. saspen2.. tp alasan kucing yg tekan..hehe.. +ve thinking betul al ampa ni..

    Pendapat anda?
    First time makan laksa johor

    ReplyDelete
  3. haha lawak2..seram tak pasni?

    jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri....zasss....


    latest entry,
    Bila Budak-Budak pun dah ada Facebook

    ReplyDelete
  4. aichh, macam seram lah pula baca pagi pagi buta ni. *gulp.

    ReplyDelete
  5. @Hasrol Nizam:

    Tu la. Mempositifkan diri walaupun rasanya tak logik.

    ReplyDelete
  6. @Cinta Madu:

    Jangan baca, jangan baca! Haha dah baca kan?

    ReplyDelete
  7. payah klu duk teringat selalu..btoi la kot kucing tertekan remote =P

    ReplyDelete
  8. kucing tu bagi kat aku la..smart smcm..aku nak train dia masak utk aku plak la haha

    ReplyDelete
  9. bikin saspen aje..
    kalo ada budak kecik,maybe dia yg tekan..
    erk,tapi maybe jugak kucen yg tekan remote tv..
    cerdiknya kucen tu....
    ^.^

    ReplyDelete
  10. @nman:

    Aku pun tak pernah nampak kucing tu. Uhuu ~

    ReplyDelete
  11. bagus.pk positif...((cover takot tuh))

    ReplyDelete
  12. haha..mmg bikin saspen..
    mugkin je amin tu berjalan mse tdo, then tekan remote TV..hhaha
    if anything like this happen again. kne letak CCTV la bro..hik3...

    ReplyDelete
  13. *memunculkan diri*

    dulu, pernah kena kat saya. lagi misteri sebab saya sorang kat rumah. masa tu, hujan lebat, kilat berdentam dentum, bila saya tengok, tv tengah bersiaran cerita hantu.

    Jadi, hantu apakah yang mengusik saya malam itu?

    ReplyDelete
  14. @badiuzzaman:

    Mungkin. Wah cadangan yang bernas tu beb.

    ReplyDelete
  15. @dya adriza:

    Apa kata kita namakan ianya hantu TV. Amacam? :)

    ReplyDelete
  16. "saya yg on tv tu!!!!!"..hihiihii

    ReplyDelete
  17. aah..mengikut kata lecturer ku lah...hehe

    ReplyDelete
  18. Hmm.. setuju. Cuma insan2 terpilih saja yang dapat diganggunya kih3..

    ReplyDelete
  19. @dya adriza:

    Amboi ayat insan terpilih tidak boleh blah okey. Hehehe.

    ReplyDelete
  20. si kucing ke yg trtekan remote 2 en.Hami?..nti salahkan si kucing eh..

    ReplyDelete
  21. tul ke kucing en.Hami..nti salahkan kucing 2 eh sbb dah tkutkan korang...

    ReplyDelete
  22. tu dia tu dia.. antu dah mai!

    ReplyDelete
  23. ni mesti pakai tv yang canggih sangat

    ReplyDelete
  24. Ha..penah jugak terjadi kat rumah sewa saya dulu..TV tu kepunyaan tuan rumah..sewa rumah fully furnish.. TV nyer boleh on dan off sendiri..masa tu baru pindah jer kat situ..sebelum pindah kat situ rumah tue terbiar beberapa bulan...macam2 conclusion yang kita orang buat..last2 amik yang positif jer la..agaknya TV tue mmg penat kot asik tgk dia jer haha...tapi kalau sorang2 kat umah tu tgk tv malam..agak SERAM...meremang bulu roma ku huhu..sampai sekarang tak tau kenaper..ADA YANG MENUMPANG KAH???

    ReplyDelete
  25. si amin tu tido kan tadi? sleepwalking? lol

    ReplyDelete
  26. kat umah AK sllu gak jadi..heeh...seram x?

    tv lama selalu terpadam sendiri.. tv baru pulak suka terbukak sendiri.. hihihihihhi...

    kdg2 sbb tv tu bengong skit..mula2 mmg rase seram..tp lama2 dh anggap xde pape..hehehe~

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe