Evolusi Pengaruh Internet Dalam Hidup Aku
July 03, 2010Assalamualaikum w.b.t
Sedang bertwittering. Dapat idea untuk menulis ini. Maka aku cuba tulislah. Menulis mengenai sesuatu yang telah pengaruhi hidupku. Pengaruhi hidupku sehingga sekarang. Sekarang ia masih pengaruhi hidupku. Sebahagian hidup.
Apakah? Hemm, dulu aku ada tulis mengenai Evolusi Muzik Aku. Sikalang nak berceritalah sedikit pasal pengaruh internet dalam hidup aku sehingga kini. Dari mula-mula aku kenai apakah itu internet sampai sekarang. Laman sesawang apa yang aku suka menjengok dan sebagainya.
Cerita bermula.
Aku mula-mula kenai internet masa Tingkatan 1 (1998) kot. Lambat jugaklah aku kenai. Time tu paling top sekali laman sembang MISC atau IRC. Pergh time tu kalau tak kenai MISC atau IRC saja sangatlah. Rasa macam best gila-gila dapat sembang dalam internet. Jakun jugak. Macam manalah ada orang boleh reply. Dari jauh pulak tu. Taip pulak waktu tu hanya menggunakan jari telunjuk dan bunyinya 'tak' 'tuk'. Ala, paham-paham sendiri sudah. Ingat lagi, pi Cyber Cafe semata-mata nak chatting yang ni la. Sekali tu pi keluaq window bukan main banyak. Gelabah. Terus blah. Bayaq 5 kupang untuk 5 minit. (-_-")
Time tu jugaklah aku mula-mula baru buat e-mel. Buka-buka e-mel tu kalau ada orang hantaq, pergh rasa best gila. Nama e-mel aku time tu asraff_dabest@yahoo.com. Woh takleh blah. Nama nak best ja. Hampa toksah gatai nak hantaq kat e-mel tu. Berkurun dah gua tak buka. Kata kunci pun aku lupa dah.
Peralihan seterusnya ialah aku mula mengenali Yahoo Messenger atau YM. Sampai sekarang pun YM masih digemari ramai. Tapi time tu features dia tak macam la ni. Basic sangat. Time tu selepas SPM (2002). Aku bekerja sebagai Pembantu Makmal Komputer di UUM. Pi kerja tiap-tiap hari wajibal qunnah aku install YM. Sebab komputer sana kalau restart, tinggal yang basic basic je. Bermulalah episod YM dalam hidup gua. Gila betoi chatting time tu.
Bila dah kenal YM, mulalah kenal laman-laman chat yang lain macam kampungchat.net dan kampungchat.com. Bila bosan dengan YM, beralih pada laman kampung 2 tu lah. Semua nak sembang. Start muhong pun ada. Boh nama John la, Michael la. Kerja pulak taknak kalah. Bajet sempoi la tu. Time tu mana ada gambaq lagi. Kekadang ada gambaq pun dok boh gambaq orang lain. Haha. Lawak betoi. Budak-budak lagi. Biasalah. Kadang-kadang cuba masuk chatting dalam ni bluehyppo.com.my. Kalau boleh semua nak try :)
Semua apa yang aku dipengaruhi lebih berbentuk laman sesawang berchatting. Maka, ada la orang perkenal kat aku laman forum pulak. Aku ni pantang orang perkenal. Semua nak terai. Dua forum yang betoi-betoi aku mengforumkan diri ialah dekat kedahonline.net dan myuitm.com. Walaupun aku tidak menjejaki ke UiTM lagi time tu. Kesungguhan aku berforum berbaloi jugaklah sehingga aku pernah menjadi Forumnis Teraktif di myuitm.com. Tapi tu dululah. Sekarang memang tersangat jarang aku masuk. Pendek kata tak masuk langsunglah.
Aku masuk Diploma tahun 2003 di UiTM Pulau Pinang. Woh! Laman sesawang paling glamer tak lain dan tak bukan ialah Friendster. Tulah laman sosial pertama aku. Pi CC ka memang nak masuk Friendster. Jumpa kengkawan ka sapa ka mesti tanya, "Hang ada Friendster tak?", kalau ada addlah aku. Sindrom Friendster memang agak menular di kalangan memember time tu. Seronok lawan dok komen hang aku. Lambat sikit nak tau perkembangan. Yerla kita tak tau orang tu online bila. Takpa, janji layan. Ni Friendster aku yang dah berkurun tak bukak --> Friendster aku. Tapi Friendster sekarang pun dah upgrade banyak dah. Aku juga ada Myspace dan Tagged yang dah tak terbuka. Terpengaruh la katakan.
Okey tanpa dok lengah masa aku habaq teruih la apa yang pengaruh hidup aku. Semua orang dah tau. Apalagi bukumuka! Orang rajin sebut mukabuku. Aku sebut bukumuka. Haha. Boleh aja kan? :) Semua dok pakai buat Facebook. Anak buah aku yang Darjah 2 tu pun dah tau apa itu Facebook. Dok seronok bela ikan dalam akuarium. Laptop aku ni pun kalau aku tinggai sat ja, tup tup servis bertukar tangan. Anak-anak buahku la dok berebut-rebut nak main game ikan. Aduyai ~
Last sekali. Ini yang paling pengaruhi hidup aku dalam berinternet. Of courselah Blog dan Twitter. Bangun pagi-pagi tanpa gosok gigi memang akan buka 2 ni la. Blog Picisan Hami Asraff dan Twitter Hami Asraff. Blog aku ni tidaklah seaddict dulu yang akan diupdate kekadang 1 hari 2 kali. Lani seminggu 2 kali je kot. Biasalah, semangat itu turun naik.
Tapi kalau bab Twitter, aku memang Pengupdate Twitter Tegar. Hahaha! Depa yang rajin dok tweet dengan aku tau la sejauh mana ketegaran aku terhadap Twitter. Sehari tak update, memang tak sahlah. "Eh hang ingat artis nak update selalu?". Sapa dok tanya macam tu mai sini aku talbiah sikit. Haih, ingat artis ja dok update. Yang penting sekali toksah dok samakan artis dengan kita. Kalau sapa tanya aku soalan tu, aku nak tanya baliklah, "Artis itu siapakah?" Jawab jawab! Nak join conversation dengan aku kat Twitter, addlah kat Twitter aku ni. Aku menyukai Twitter dari yang lain.
Yang tu je la nak tulis. Tak best mana pun. Tengkiu la sudi baca. Kat internet memang la banyak sangat la benda yang boleh buat. Baik dan buruk. Itu sendiri bikinlah. Yang aku cerita ni apa yang buat aku terpengaruh betul-betul. Tapi pengaruh tu pengaruh jugak, janganlah sampai abaikan benda penting lain. Wokey? :)
Itu saja kali ni. Sekian.
Wassalam.
Post Script : Esok sudah ingin kembali medan pertempuran, Shah Alam. Oh satnya cuti.
29 Comments
Ur blog is nice dude..Don’t miss my latest..very useful Check Here
ReplyDeletetringt zaman kecik2 dulu...dok seronok main mirc.. hehe
ReplyDeletehaha..lebih kurang same je flow kite.. teringat zaman2 dlu.. nk dpat tenet mmg payah..kene g cc la kalau nk tenet. huhu.. tp btol, aku skang pn addict gile ngan twitter.. kalau x bukak sehari mmg x sah.. huhu
ReplyDeletesalam
ReplyDeletelama sungguh xbaca coretan kamu nih..waa sungguh maju..dah beribu2 lemon pengikut..wakaka~tahniah
Selamat masuk sem baru...
~salam dr jauh~
aku pun baru nk bertwitter-(baru ke)- lepas ni tak tau la apa pulak. zaman berubah, cara komunikasi pun berubah, tp yg bagus, yg jauh didekatkan dgn benda2 camni.. :D
ReplyDeleteAda Kimia Antara Kita
Salam ziarah
ReplyDeleteNice entri n sweet memories. Mamawana actived dulu2 .. chatting kat kampung chatroom. ihiks...
Salam Hami,
ReplyDeleteSamalah kita.. internet tak ada sehari rasa tak senang duduk. kekekeke.. dari sekolah sampai dah bekerja macam tu juga.. sekarang ni lebih-lebih lagi kot. hahahahaha ish ish ish..
hehe kisah kita sama laa..zaman2 kita masa tu memang laa..tp sy jarang g c..umah sy selalu ada internet tp phm2 laa dulu susah nak sambung internet sbb gune line tepon hehe
ReplyDeleteper2 pon sekrg nih duk gile tweet2 n blog ahhaks...
akakkkk neh .... dah tua2 baru kenai tenet bagai dik... kira korg lebih maju lah dr akak .... selamat maju jaya yer ....
ReplyDeletea'ah.macam ni jugakla waktu kecik-kecik dulu.Bila mirc, confirm-confirm sembang lama-lama.padahal,soalan yang sama je.nama? asl? f/m? hahaha. :P
ReplyDeletedah tu,bila dah macam reti2 sikit,chat pulak thru webcame.fuh! time ni,kalau dapat tgk org yg belah sana,rasa canggih sangat.haha (--")
~kalau gambar statik ke,tersekat ke,usaha jugak tengok je gambar tu..
oh,saya juga jakun. :P
hami, best sangat ke twiter? hati masih lagi x terbuka untuk twiter. rasanya memang xterbuka kot..hehehe
ReplyDeletehaha. ku kenal intenet masa umur 10thn, tapi tak minat sgt. gile games bendul dlu. kampungchat happening time diploma dlu. gile teringt zmn lama. stdy bebaik awk :)
ReplyDeletecomey je dapat main mirc dulu kan?
ReplyDeletemyspace?
ReplyDeleteformspring?
lebih kurang sama je bibit2 perkenalan diri dgn internet. hihi kate dah batch yg same kan.
ReplyDeletemmg byk yg tenet dah sumbangkan pada kite, kalau tak disalah guna.
:D
Haha..awal perkenalan saya dengan internet dulu pun sama macam hami. First skali kenal MIRC, pastu kampungchat.net tu..ehehe..tapi, sy lagi lambat dari hami..kenal waktu form five..nasib baik SPM tak hancus walauuuuupun...tett. :P
ReplyDeleteJOMLAH :D
kampung chat room.
ReplyDeleteeheh memang tak lupa.
:D
twitt cop cop!
ReplyDeletesy x gheti bertwitter..pesbuk pon baru reti huhuu
salam,
ReplyDeletemakin lame makin maju an..
=)
haha same la..saya kenal tenet masa darjah 4 ke darjah 5 tah..memng popular la jugak chatting kat mirc..masok chat room kampung la, mamak la..sume nk letak nickname..hahaha.pastu masa tu glemer gak ruangan cari kawan kat web cari..teringat kenangan lama.heheheh :)
ReplyDeletehaha same la..saya kenal tenet masa darjah 4 ke darjah 5 tah..memng popular la jugak chatting kat mirc..masok chat room kampung la, mamak la..sume nk letak nickname..hahaha.pastu masa tu glemer gak ruangan cari kawan kat web cari..teringat kenangan lama.heheheh :)
ReplyDeletedulu salu emel jek..pastu forum..n than fs...myspace,hi5...YM la yang sampai skang still guna...
ReplyDeleteayng paling best skang twitter lah kan..pastu facebook n than Gtalk..heheheh
setakat ni masih belum teringin nak ber-twitter
ReplyDeletekembali ke fakulti!!! :)
ReplyDeleteowhhhh twitter~
mirc ngn bluhyppo tu aku slow skit..yg len tu aku redah semua..besh..hehe
ReplyDeleteika ni budak kampung..x ghoti den men tenet di zaman kocik2 luk.. pegang komputer pon takut pantang nampak bende canggih bulat je bijik mata ngeh3.. pas abes matrix baru la merasa apa sebenarnya dunia it n laman sosial macam ini hehe..
ReplyDeletesumi start tau pasal tenet nih masa sekolah rendah.. jiran sbelah umah ade tenet.. masa tu kalo umah sape yg ade tenet kira hebat laa...
ReplyDeletehanye ada frenster, blog, fb n twitter je. ym juga.
ReplyDeletetapi frenster da delete
salam bro. 1st time here. bila tgk IRC tu teringat zaman2 darjah enam dulu. dok gila IRC.. hahaha.
ReplyDeleteLa ni, tak main dah la IRC2 ni. layan blog lagi bagus. hehehe.
Its good to find the blogger from UiTM Shah Alam. I'm inviting you to my blog if you got some time to do so.
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)