­

Orang Ikhlas Tertindas?

June 30, 2010






Assalamualaikum w.b.t


Mungkin ramai yang pernah baca artikel ini. Memang sangat menarik. Benda yang baik kita kongsi bersama. Semoga ianya menjadi pedoman untuk kita. Jom baca di bawah.


Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.


"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus terang.


"Mengapa?" balas saya.


"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."


Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakan sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?


Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "Kakak punya berapa orang anak?"


Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


"Oh ramai encik..."


"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"


Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


"Kakak, boleh saya bertanya?"


"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.


"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "Antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"


Dengan cepat kakak itu menjawab, "Hati ibu encik... Tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"


Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.


"Maksud encik?"


"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."


"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."


"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya telah misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."


"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"


"Maksud kakak?"


"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"


"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


"Metafora atau analoginya begini. Katakanlah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."


Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudia atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tuba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"


Kakak itu tersenyum dan berkata, "Tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."


"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?"


"Pasti ada! Insya-Allah."


"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."


"Subhanallah!"


"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."


"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.


"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"


"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."


"Itu balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha Kaya. Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."


"Maksud encik?"


"Orang yang iklas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting, hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."


"Jadilah orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"


Giliran saya pula tersenyum.


"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja, pangkat yang mereka dapat akan meyebabkan mereka melarat. Gaji naik, ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back. Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.


"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tidak beberapa bulan lagi ni?"


"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah dengan keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya mereka tidak dapat penghargaan..."


"Maksud encik?"


"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."


"Kenapa?"


"Kita akan sakit jiwa!"


"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah Yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al-Quran.


"Tetapi Allah tidak berhenti memberi..", kata kakak itu perlahan.


"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru, siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"


"Ah, kita terlalu ego..."


Dan itulah itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan. Orang Ikhlas Tertindas?


Tamat cerita.


Aku taip semula artikel ni. Haih, dah macam menaip assignment sudah. Semoga kita ikhlas dalam setiap pekerjaan kita tanpa mengharap sebarang ganjaran. InsyaAllah.


Wassalam.

You Might Also Like

34 Comments

  1. slm wahai teman,minta izin copy n paste iye..

    ReplyDelete
  2. tiba-tiba terasa insaf bila baca kisah ni

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas peringatan ini...~ nak kongsi link ini kat FB dan twitter. Ikhlas kerana ALLAH dan untuk diri sendiri. Subhanallah!

    ReplyDelete
  4. artikel yg sgt menginsafkan...selame ni kite belajar,bekerja kadang2 memnta balasan...sdgkan manusia itu sering lupa.. trima kasih abg hami..mengingatkan kami...=)

    ReplyDelete
  5. qasih tertarik pada ayat anta tentang jangan terlalu mengharapakan ucapan terima kasih dari orang lain.Memang selalu kita akan berhadapan dengan situasi begitu apabila niat kita ikhlas ketika membantu seseorang.Post yang menarik untuk dikongsi~terima kasih~
    n_____n

    ReplyDelete
  6. berbaloi menaip...saya menerima pengajarannya..

    ReplyDelete
  7. pengajaran yang sungguh bermakna..

    ReplyDelete
  8. wah hami..betul - betul menyedarkan.

    ReplyDelete
  9. terima kasih di atas perkongsian artikal kamu nie.semoga menjadi teladan buat kita semua.insyaallah.

    sharing is caring! yeay...(✿◠‿◠)

    ReplyDelete
  10. Berkat ikhlas bekerja (walau gaji n pangkat x naik2), ALLAH kurniakan dia anak-anak yg berjaya!

    Bila ikhlas,tak curi tulang,jujur dalam bekerja,insyaALAH syafaat ALLAH tiba juga.

    DIA sayang kita. :)

    ReplyDelete
  11. selalu org buat rela-paksa..
    ikhlas?
    entahla..

    ReplyDelete
  12. btul tu.. apehal tindakan yg nak dibuat, yg penting, keikhlasan..
    pengaplikasian itu, sudah slalu dibuat,,
    alhmdllhh... ianya benar spt anda ckapkan..
    :)

    ReplyDelete
  13. susah nak tanam iklas tuh.
    kekadang rasa cam dah iklas tapi betol ke ikals??

    ReplyDelete
  14. sometimes need to be evil to win.. =)

    ReplyDelete
  15. salam...entry ini mengingatkan saya juga..saya dlu pun macam tu juga..mengeluh kdang2 kerana apa yang kita buat tiada diberi pembalasan..rupa-rupanya Allah membalasnya dengan benda yang lain tanpa kita sedari..

    bersyukurlah dengan apa yang ada :-)

    ReplyDelete
  16. betul2 menyedarkan..terima kasih..

    ReplyDelete
  17. dah pernah baca..dan setuju dengan artikel tu..keikhlasan sangat penting dalam ape saje yang kita lakukan..

    ReplyDelete
  18. ikhlas lahir dari hati..klu mulut berkata ikhlas, tp hati menidak kan, itu yg x payah nye.

    thanks for sharing.


    (^_*)

    ReplyDelete
  19. salam singgah bro.

    fuh..sungguh mendalam maksud yg tersurat dan tersirat.. kite kadang2 terlupa dengan kebaikan org dan merungut jika kebaikan kita tidak dibalas.. hurmm..oleh itu senantiasalah bersyukur dgn apa yg kita perolehi..

    wassalam :)

    ReplyDelete
  20. TQ HA mengingtkn lg.... penah bace artikel ni kt blog capt bukhari =)

    ReplyDelete
  21. best..terkedu bila baca,penerangan pun mudah nak faham..

    ReplyDelete
  22. that is the power of ikhlas. Semoga kita terus ikhlas dalam menulis. iAllah.

    ReplyDelete
  23. ~jika kite m'beri kebaikn kpd ssorg,kebaikn itu akn d balas walaupon yg m'blsnye bkn org yg sme yg kite hulurkn kebaikn itu..

    ReplyDelete
  24. walaupn kita berkata kita ikhlas,yg sbnrnya nilai keikhlasan hanya DIA yg tau...

    nice entry...=)

    ReplyDelete
  25. salam ukhwah ..

    the power of ikhlas..very nice entry..thanks..sy mtk izin copy artikel ni kt blog sy,boleh? :)

    ReplyDelete
  26. cerita yg boleh wat kita tersedar

    ReplyDelete
  27. If we wait for people to appreciate us.. we have a long wait ahead.. people rarely notice the little things.. heck we rarely even notice the big things.. the most important thing is to always to our best and give our all.. InsyaAllah .. it will be enough

    ReplyDelete
  28. saya dah pernah baca artikel ni dalam buku apa ntah.. memang rasa meremang ja lepas baca.. kagum n baru tersedar..

    oh, kerja Allah, memang tak siapa yang tahu.

    ReplyDelete
  29. Muhammad likes this post.

    Ps. Type by hand? Huhu. Ikhlas.. ikhlas.

    ReplyDelete
  30. best baca post nie..
    ikhlas kerana Allah dlm sumer perkara, mmg payah. tp iA kalu kt sedar yg Dia-lah pemberi ganjaran terbaik utk kita, buat pa nak sedih bila org xmenghargai kita kn? Yg penting...Allah knows =)

    ReplyDelete
  31. entry yg sangat2x mendalam.. tenang Hati kaka tu trus.. =) Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  32. baru semalam aku post pasal keikhlasan aku disalahertikan kat FB, dan pagi nie aku terbaca plak blog kau, Hami... betol kata kau bro, Allah itu Maha Kaya... krdit tuk kau, Hami... ^^

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe