­

Menjawab Soalan Tentang Blog Hampesku Ini

June 24, 2010




Assalamualaikum w.b.t

Eh kata nak update selalu, mana mana? Hemm, standard charted la beb dok kampung halaman ni banyak saja aktiviti tidak rasmi yang pasti dilakukan. Paling utama semestinya bergurau senda dengan anak-anak buah aku. Besaq-besaq dah depa tu.

Okey kembali pada tajuk entri. *sigh* (mengeluh sat)

Ada la seseorang hamba Allah ni mengemukakan sebuah persoalan kat blog hampes ku ini. Oh bila ianya sebuah persoalan, maka kenalah ada jawapan setimpal. Soalan dia dalam bentuk lazim. Tapi aku pecahkan satu-persatu. Dan cuba menjawab sebaik mungkin.

Ini soalan beliau. Eh mula tu bukan soalan lagi. Tapi sebuah statement.


entry brani mati mmg la rmai folowers..
huhuhu.....sume bnde y kite bt 2 ade resiko nye..
emm nk tnye..


Okey okey, dipersilakan tanya, eh silap, dipersilakan tnye..


bile dh ramai y jejak blog anda ni..adakah ade sedikit riak o bngga di hati anda sehinggakn anda ingin mgupas isu2 y "hot"..means y mcm mnarik phtian org nk bce...


Haih loqlaq sungguh soalan yang dikemukan. Ni dah tanya, aku kena jawab jugak la noh.

Mula-mula nak tanya sat, tang mana tu entri yang berani mati? Habaq mai! Pasal follower yang follow blog aku ni, terima kasih la. Aku tak pi blog depa dan habaq begini pun, "Jangan lupa follow blog saya ya." Waduh waduh!

Riak dan bangga? Ni macam mana aku nak jawab soalan sebegini? Okeylah aku jawab.

"Mestilah aku bangga gila. Riak tu toksah dok habaq la. Riak menguasai jiwa dan raga ini."

Bolehkah aku menjawab macam ni?

Okey okeylah, aku jawab macam ni.

"Eh saya tak bangga pun. Jauh sekali riak."

Okey tak jawapan gua? Puas hatikah?


Okey soalan terakhir.


ni blog nk lepaskn kemarahan kt org lain ke...

Err, terkedu pulak bila soalan ini dikemukan. Haip, bila masa gua lepas kemarahan ni? Cuba habaq sat entri mana yang berbaur kemarahan pada orang lain? Okey habaq segera!

Eh last-last aku pulak yang tanya dia. Wakaka wagaban betoi!

Okeylah baca komentar gua ni. Untuk si penanya, perlukah kamu bertanya soalan-soalan sebegitu? Soalan yang hanya tak mampu memberi jawapan yang sepenuhnya. Itu lebih kepada soalan dengkisorus. Tak tau dengkisorus tengok kamus sepanyol versi 43.

Cubalah anda fikir dulu sebelum bertanya. Kepada sesiapa sahajalah. Aku makin hari makin heran dengan sikap segelintir manusia. Terus terusan mencari kesalahan dan kesilapan insan lain.

Kalau tak puas hati sekali pun, cubalah tegur dengan cara yang lain. Di antara si penegur dan menegur sahaja.

Ya setiap teguran dan kritikan itu membuatkan kita lebih mengenali diri kita, tapi pastikan ianya bersesuaian. Soalan-soalan anda menunjukkan tahap kematangan anda. Itu anda perlu rasa tahu. Ya sangat perlu.

Umur kita makin menginjak naik. Tak payah la dok buat perangai kanak-kanak ribena yang kekadang sangat mengjengkelkan. Dan bukanlah aku cakap diri ini bagus. Ah, tidak! Tapi kalau ya pun tak suka sesetengah blogger tu, simpan je dalam hati. Toksah dok menghamburkan kepada si blogger. Lagi baik, buat derk je.

Yang ni sungguh kot melepaskan kemarahan. Hahaha. Tak la marah pun. Cuma aku nak tergelak la dengan si penanya yang menanya. Tanyalah soalan yang best sikit. Makanan kegemaran ke, subjek disukai ke, kan senang. Senang sikit aku nak jawab.

Betoi betoi wakaka wagaban!! (pedia pun aku tak tau la yang ni)

Oh itu saja. Gua nak pi ambil anak buah gua dari sekolah ni.



Nak tanya, tanyalah Encik Kapten ni. Semua soalan anda akan dijawab dengan baik sekali.


Wassalam.

Post Script : Nak sangat entri 'Hot'? Nanti aku cuba usulkan.



You Might Also Like

24 Comments

  1. mungkin dia belum explore habis lagi blog ni kot..tapi soalan2 tu mmg berpeluh jugak klu silap jawab.. =)

    Hanya satu sebab kenapa perlu bersyukur

    ReplyDelete
  2. sape yg tanya cam gitu tu?
    dia terasa kot dgn entri kamu~

    ReplyDelete
  3. saya memfollow dgn rela hati.. xjumpa lagi entri berani mati.. tp entri memberi keinsafan diri ada r..

    ReplyDelete
  4. it's normal hami... biarlah diorg terus bertanya... yg penting kita ikhlas mencurahkan pendapat... bkn utk kepentingan peribadi...

    ReplyDelete
  5. salam..ehe..nak tergelak saya bace entri nih..huuhuhu..ahaha..

    biasalah hidup nie..ade masam manis..

    kalo x, xbest lak hidup mendatar je..hoho..
    by the way, kalo saye pun saye jawab macm awak..tapi berlainan bahasa mungkin..hehe..yg pasti maknanya sama..hihi..

    ReplyDelete
  6. salam..
    biasalah manusia tidak boleh tengok orang lain senang..ada je perasaan tidak puas hati..
    mudah-mudahan dijauhi perasaan sedemikian...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...sy rse la kn...mst blog die xde org singgah...so...unsur2 'kejelousan' mula berbunga dihatinye...blog saudare kn rmai yg view n follow...kne lak followernye rmai yg pmpn...huhuhu...relevan x ape yg sy ckp...?hikhikhik...sabaq la na...anggap la 2 sbagai 'cobaan'...mk sy ckp...biase la manusia...xsmue org suke kite...n xsmue org xsuke kite...ape2 pon...kite kene la suke smue org...btol x...?kuatkn semangat eh..Assalmualaikum...

    ReplyDelete
  8. salam
    haha.soalan mmg tak munasabah langsung. ni bukan takat dengki jer. iri hati pun ade sekali ni.

    perangai manusia macam nilah yang susah nak kikis. sabar je lah wahai hami

    orang popular macam aku mmg rmai orang tak suke. yg penting ramai lagi yang suke kan. hehe

    ReplyDelete
  9. salam.salam! :)

    bahahhaha.biar betol org yang buat tag ni.tak pun die demam kot.

    btw,kreatif la die.hahahaha :D

    ReplyDelete
  10. laa!
    ade gak org cam tuh ehh???
    die jeles sebenanye tuh!
    biarkan...

    ReplyDelete
  11. hotnya entri kali ni..lebih hot dari blackpepper kehepsi (kfc) ahaks~

    ReplyDelete
  12. ni ni, kalau I la, I jawab macam ni, uish, mesti la saya bangga followers dah ramai. Tak kan la kamu tak bangga, tipu la tu hahaha :P

    ReplyDelete
  13. biasa la tue asam garam kehidupan. Realitinya kita xdapat nak puas kan hati semua orang. Mesti ada yang berkecil hati...apa pun teruskan menulis hami.

    ReplyDelete
  14. Salam bro. tak perlu la mulakan dengan membuat entri yang berunsur menjatuhkan atau marah dengan orang lain. Biar blog kita bersih daripada itu. Ok? Tahniah ramai follower. Maknanya blog anda best. ekekke. saya dengan rela hati memfollow. thank u.

    ReplyDelete
  15. beselah tu lain manusia lain ragamnya.. mungkin dia konpius tu sebab tertanya Q gaya gtu LAYANNNkan jela yer huahua

    ReplyDelete
  16. soklan kumain
    cam dendam membara
    hahahahahahha
    pedulikan!!


    >>___<<


    lu, rilex2 n terosss!
    woooohaaaaa!
    inggelen 2010 keh3x

    ReplyDelete
  17. bertandang kemari, this is the first time i have been here. nice blog anyway

    ReplyDelete
  18. ok je slama singgah blog ni... x hampes pon... yg penting ske stail ko menulis tu je.... =)

    ReplyDelete
  19. uih.. apsal emo2 plak org itu??? ni yg hangin nih.. <--- eh, tetiba ai plak yg emo... :))

    ReplyDelete
  20. jelas sekali orang yang bertanya itu mempunyai sifat2 kejelesan dan ketidakpuasan hati.

    ReplyDelete
  21. susah nak jwp sokln yg riak tu..
    klu jwp x..
    sure ke dia percya??
    soalan yg subjektif berunsur nafsu..erm..bagaikan dia hy mahu jwpn yg memuaskan dirinyer sj..
    dunia blog menakutkan jugakk...

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe