­

Katakan Tak Mau Pada Yahudi Laknatullah

June 09, 2010


Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu dari mana nak start. Bila nak mula menaip, idea datang kemudian ‘lari’ bersepah. Menaip satu perenggan, oh teringat kerja lain yang terbengkalai. Tinggal sekejap, lepas tu dah lupa nak sambung dekat mana. Oh!

Lagi satu masalah pabila tiada bekalan internet yang disalurkan sewajarnya. Selalu mengonlinekan diri di kampus sahaja. Online pun sempat bertwitter dan baca blog-blog yang ada info terbaru. Okey pesan aku, sekiranya anda seorang blogger pastikan bekalan internet dipasang di rumah anda! Err, semua orang tahu la. Okey okey!

Nak setori pasal apa pun menjadi samar-samar bayangan. Okeylah, nak setori pasal setori yang masih hangat diperkatakan sekarang ni. Bukan Piala Dunia. Tapi masih tentang kebiadapan Yahudi Laknatullah terhadap serangan dan layanan kepada anggota-anggota misi menyalurkan bantuan.

(Tengok tajuk entri pun dah boleh agak kan?)

Dapat sebuah mesej di kotak offline YMku. Begini mesejnya berbunyi. Jangan tertipu. Tiada bunyi dikeluarkan sebenarnya. Okey pembetulan. Begini mesejnya. Kan senang. Hampeh! (-_-“)

Isra = Yang Teratas = Tuhan El = Kami Fikirkan, kita berdoa kepada Allah tetapi mengutuk Allah 6 .Wahai kawan-kawan, jangan berdoa meminta Israel dilaknat kerana maksud Israel adalah "Tuhan tanpa kita sedari apabila melaknat Israel. Gunalah istilah "Yahudi Laknatullah". Sila sebarkan maklumat ini. Wallahua'lam bissowab. Credit to Ustaz Nik for this info.

Ada lagi.

1. BYE = maksud tersirat perkataan ini ialah "DI BAWAH NAUNGAN PADERI"

2. ASKUM = maksud tersirat perkataan ini ialah "DEWA YUNANI"

3. SEMEKOM = maksud tersirat perkataan ini ialah "CELAKA KAMU"

4. MECCA = maksud tersirat perkataan ini ialah "TEMPAT @ PUSAT PELACURAN"

RENUNG-RENUNGKANLAH WAHAI SAHABATKU. BANYAK-BANYAKLAH MENGUCAP KALIMAH ALLAH DENGAN DOSA YANG TIDAK DISENGAJAKAN.



Mungkin ramai yang pernah dapat mesej-mesej begini. Aku copy 100 peratus. Tiada sentuhan editing dilakukan terhadap mesej di atas.

Kalau nak cerita pasal kebiadapan Yahudi Laknatullah ini memang terlalu banyaklah. Kalau cerita silap hari bulan boleh panas jugak hati. Ah, bukan sahaja takat panas hati, ajakan semangat fizikal juga disokong bersama.

Maka aku nak menulis pasal ni. Pernah juga aku tulis pasal ini dalam entri ini. Waktu mula-mula menceburi dunia blogging dulu. Biasalah. Tak lain dan tak bukan, isu memboikot barangan atau produk mereka.

Hemm, bila saja sebut pasal BOIKOT, perghh semua semangat berkobar-kobar. Tak mau beli yang ni la. Tak mau makan yang tu la. Tak mau, tak mau dan tak mau!

Almasalah problemonya, berapa lamakah ‘Tak Mau’ itu bertahan. Err, toksah sibuk-sibuk dok sebut pasal orang lain. Diri ini pun terinfluence sama. Jahil masih ada dalam diri. Ya masih jahil tentang pelbagai perkara.

Kita dan dunia mengutuk sekeras-kerasnya serangan Yahudi Laknatullah ke atas bantuan yang dihantar oleh orang-orang Islam tempoh hari. Mengutuk akan kekejaman terhadap rakyat Palestin memang sudah lama. Dan tak pernah padam sama sekali.

Lantas, demonstrasi besar-besaran dilakukan. Cuba memberitahu dunia, bahawasanya dunia Islam memang menentang apa yang Yahudi Laknatullah lakukan melanggar hak asasi manusia sarwajagat. Satu cara yang boleh terus dilakukan.

Tapi pada pandangan aku la, cara yang paling berkesan tiada lain. Boikot dengan secara selektif. Barangkali. Juga pernah tulis dalam pasal ni. Memang tak dinafikan susah jugak nak boikot sebab kebanyakkan produk adalah daripada mereka. Sebab itu aku menggunakan perkataan ‘selektif’. Selagi rasa boleh boikot, boikotlah. Selagi rasa boleh guna produk lain melebih produk mereka cubalah guna.

“Tapi aku tengok McD Seksyen 3 tu penuh je orang kita.”

Hemm, kita jawablah sendiri. Percaya atau tidak apabila satu dunia memboikot produk mereka, kita mampu melumpuhkan ekonomi mereka dalam sehari. Kalau dilakukan secara konsisten mungkin akan dilumpuhkan dalam tempoh yang agak panjang.



Satu lagi cara ialah teruskan berdoa pada Yang Maha Esa supaya Palestin terus diselamatkan dan semoga kita dijauhkan dari segala bentuk kejahatan mahupun anasir jahat dari Yahudi Laknatullah.

Ramai yang sedari, ramai yang fahami. Tetapi masih ramai yang tidak peduli. Hak dan pendirian masing-masing. Persoalan sudah mendapat jawapan. Cuma tinggal perlaksanaan sahaja. Banyak lagi produk Islam yang ada kualitinya. Contoh paling tepat ialah produk dan barangan HPA. Cubalah dulu. Baru tahu! :)

Semua di atas hanyalah pendapat aku semata-mata. Dan semestinya menyedari akan kekhilafan diri dahulu. Akhir kata, ‘Katakan Tak Mau Pada Yahudi Laknatullah’.

Wallahua’lam. Wassalam.

Post Script : Minggu yang penuh dengan kebizian. Assignment, projek, test dan final exam.

You Might Also Like

20 Comments

  1. nak avoid semua memang x mampu.laptop ni pon cam intel. Nak boikot mendadak kire susah sebab dah sebati dengan idop kite mcD segala tu tp try la kan.. sikit2..dari seminggu sekali ke mcD kepada sebulan sekali ke.. lama2 x teringin kot.ha..lebeh kurang macam tu

    ReplyDelete
  2. bagi dila, betol lah ape yang awak tulis. mase time heboh suruh boikot, baru nak boikot. itu pun tak kekal lame. tapi kadang2 kena fikir gak, majority barang2 sekarang dari sane. so, nak tak nak bergantung kepada diri sendiri je. diri sendiri yang menentukan segalanya. hurm, dila memang sedih bila tengok mangsa dekat palestin. dila cume dapat berdoa dan buat apa yang termampu. :)

    ReplyDelete
  3. errrr. bab makan aku tak boikot. McD my favret! kalau produk lain boleh InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. boikot mcD! yeahhh!!
    gunalah produk melayu+islam=hpa ^_*
    halal lagi barakah

    ReplyDelete
  5. Setuju. Colgate keluaran israel, baik kita guna mukmin ke, safi ke. Coke tuh, kau minum jelah air suam. Kalau tamau minum jus. Tak payah gas2 segala. sakit perut kau nanti. Isk!

    :)

    Hancurlah kau yahudi. Kiamat semakin hampir. Isi al-quran tentang ini bakal terbukti benar!

    ReplyDelete
  6. saya tanya pada kawan pasal makna israel tu..tapi dia kata isra tu maknanya hamba..hehe..saya pon xtahu

    ReplyDelete
  7. wah, akhirnya sejak menunggu sekian lama.ada juga entri baru dr en hami kite ni.hehe

    pernah jugak dapat msg serupa melalui email. mulanya seperti tidak endah. namun apabila mula diperkatakan di mana-mana seperti ceramah, buku dan lain-lain, ia harus dititikberatkan sebaik mungkin

    betul boikot adalah satu metod yang paling mudah dan berjaya. namun pabila nafsu mengatasi keperluan sendiri. secara automatik semua itu tidak diendahkan. mulut menyebut tapi tangan membeli. alangkah sedihnya.

    semoga kita sentiasa berusaha melipatgandakan usaha memerangi yahudi laknatullah ini.

    ReplyDelete
  8. BETUL3
    JATI DIRI KENE KUAT NAK BOIKOT2 NI.
    DR SEKOLAH MNENGAH LAGI DAH DGR PSL BOIKOT NI, TP MMG SUSAH NAK BOIKOT TIBE2.
    HUHUHU~

    ReplyDelete
  9. pasal memboikot tuh saya setuju. secara selektif, sebab kebanyakan produk-produk gergasi seperti nokia,McD.colgate dan coca-cola menjadi keperluan di Malaysia. Tapi ada juga produk dari Malaysia seperti CSL, Safi dan sebagainya. Paling kurang kita boleh boikot benda yang menjadi kemahuan. *jangan lupa try HPA ! haha

    ReplyDelete
  10. salam :)
    isu boikot ini sememangnya telah wujud lama.Namun,kadangkala saya mengambil tidak endah,adakalanya juga saya alert.Tapi ada satu ayat yang sedikit sebanyak membantu syaa untuk memboikot.
    " Boikotlah mengikut kemapuanmu.Utamakan keperluan dari kehendak"

    so,dah terang,if yang kita nak beli itu hanya sekadar kehendak dan nafsu kita,usahlah beli,ada je produk islamik yang lain.Secara tidak lansung kita boleh membantu ekonomi umat islam.

    berkenaan singkatan nama2 itu,saya juga kerapkali mendapat mesej sedemikian.Dulu ada juga main foward je apa orang cakap,termasuklah surat berantai yang sngt famous masa tuh.Tapi,ada kata2 yang membantutkan saya utk terus men'fowardkan ' msg demikian,lebih kurg gini bunyinya,
    kalau nak diikutkan banyak je bahasa kat dunia nih.Lain bahasa lain maknanya.Contohnya kalau angguk bermaksud tanda setuju,ada negara yang kalau angguk,bermakna tidak (maaf,sy lupa negara mana'.

    sekian saja dari saya~ aishasoleha ^_^

    ReplyDelete
  11. jom kita berdakwah secara maya.. katakan tidak pada yahudi!

    ReplyDelete
  12. memang patut kita bertindak boikot barang ni semua..makin lambat kita bertindak maka makin banyak sumbangan kita.

    ReplyDelete
  13. nice post!

    thanks you for sharing ;)

    " tak mau dan tak hingin pada Yahudi Laknatullah!"

    ReplyDelete
  14. salam..

    mmg pon..
    kdg2 kate nk boikot,tp angat2 taik aym aje,,

    kurg ksedaran plus x prihatin..

    pakat2 buat ape yg patot..

    ReplyDelete
  15. Bismillah, salam ziarah.. Saya dah 5 tahun boikot.. (Mungkin pernah 2-3 kali tersalah beli, tapi ikhlas silap)..x mati pun.. Kecewa dengan umat yg mudah tewas dgn nafsu n x konsisten.. Jika kerana burger n rokok kita sanggup mengorbankan saudara kita di sana,, siapa lah kita ni ya? Kita kutuk2 Israel, kita tolong Israel? Mana Israel x senyum senang..

    Mencadang 2 artikel..

    http://astrangemuslim.blogspot.com/2010/06/bab-034-palestin.html

    http://astrangemuslim.blogspot.com/2010/06/bab-037-mari-demonstrasi-hari-hari.html

    ReplyDelete
  16. askum ngan semekom tu better di ganti dengan 'salam'..=)

    ReplyDelete
  17. saya dah lama juga boikot mc d ..setahun lebih dah.. kalau beli pun ais krim je sebab anak yg belum paham lagi.

    ReplyDelete
  18. Boikot barangan Yahudi bukanlah sesuatu yang mudah sebenarnya..perancangan zionis sejak lama dulu ialah menguasai ekonomi dunia agar manusia bertekuk lutut bila terjadinya peristiwa-peristiwa hari ini. Siapa yang lemah ekonomi maka lemahlah juga segala-galanya. Bila kita nak reject sesuatu kita dah kena fikir 40 kali..
    tak payah tengok dunialah, kat negara ni pun kita dah nampak mundurnya orang kita dalam menguasai ekonomi.Saya sendiri mengaku bila nak boikot barangan yahudi diri sendiri bolehlah buat, tapi selagi umat Islam tak bersatu segala-galanya sia-sia..bagi saya negara-negara Islam sepatutnya sudah merangka kerjasama ekonomi yang lebih kuat dari bergantung dengan pasaran US atau Eropah, mempunyai matawang sendiri, barangan buatan Islam sendiri dan jaringan komunikasi Islam yang erat..barulah boikot boleh dibuat 100 peratus.
    (sebab ada yang bising-bising pasal boikot ini tidak berkerja di premis-premis yang tersenarai so tak payah susah hati takde duit nak fikir tanggungan keluarga dan peliknya mereka pula yang memenuhi premis tersebut..ironiskan?)ini cuma pandangan saya yang kerdil..saya doakan akan wujud keamanan dan kita akan bebas dari tangan-tangan yang tamak kuasa seperti zionis.Amin.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe