Cerita 1 Syawal 1432 Hijrah
August 30, 2011Assalamualaikum w.b.t
Pagi yang hening.
Pagi 1 Syawal yang baru.
Pagi yang membawa sebuah harapan.
Memang 1 Syawal yang paling berbeza. Seusai solat Aidilfitri berlaku sebuah peristiwa yang tidak pernah berlaku seumur hidup aku. Juga seumur hidup keluarga aku. Dan semuanya berlaku pagi tadi. Detik-detik yang akan senantiasa dikenang dalam layar memori.
Menziarahi pusara ayahanda tercinta.
Pusara datuk dan nenek jauh. Memang tidak pernah ziarah. Malah tidak pernah melihat datuk dan nenek pun. Keempat-empat tak pernah lihat dari kecil. Makanya, ini yang pertama menziarah pusara orang terdekat pada 1 Syawal. Seperti yang dijangka emosi dan perasaan memang tidak lagi mampu diseka. Bercucuran juga airmata segenap isi keluarga. Al-fatihah buat arwah ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah. Moga ayah terus tenang di sana.
Perjalanan hari raya aku seperti biasa saja. Kawan-kawan terdekat saja yang bertandang ke rumah.
Alhamdulillah.
Di kesempatan ini aku ambil kesempatan juga untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog ini. Minta maaf segalanya. Mungkin ada saja yang tidak menggemari tulisan aku di sini. Mengguris hati yang membaca. Aku pohon kemaafan itu.
Adakah Syawal ini yang terakhir bagi kita? ALLAH jua Maha Mengetahui.
Wassalam.
Hami Asraff:
"Kemaafan mampu memberi ketenangan yang tidak mampu digambarkan. Itulah indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja."
"Kemaafan mampu memberi ketenangan yang tidak mampu digambarkan. Itulah indahnya memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja."
29 Comments
salam aidilfitri :)
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteTakziah untuk anda sekeluarga..
Moga ayahanda kamu tergolong dalam golongan yang beriman. amin.
Selamat Hari Raya.
:)
spek baru ae hami??
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri Hami..
Kisahnya hampir sama..
Ya..itulah rutin kami sekeluarga sejak 3 thn lalu..melawat pusara ibunda tercinta.Abahlah penguat semangat kami semua dan dari renungan matanya saya tau abah memang amat2 merindui arwah mak.
Al-Fatihah buat ayah Hami...
#pssst...merahnya baju...silau mata..
Salam..
ReplyDeletesama mcm sy, mase tahun ptma raya tanpa abah.. rasa lain sgt T__T
skrg dah tahun ke-4.. Alhamdulillah semua smkin baik... :)
Doakan ayah, tgok2kan mak.. Slmt Hari Raya!
-Kacak-
semoga syawal taun nie mebawa sejuta kegembiraan dengn amalan yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan..insyaAllah akan berjumpa lagi Ramadhan tahun hadapan...
ReplyDeleteselamat hari raya bro
ReplyDeletesemoga roh ayahanda tercinta bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh
@NUR SU'AIDAH:
ReplyDeleteSalam Aidilfitri jugak :)
@Shahirah Amnah:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Amin.
@Anonymous:
ReplyDeleteTak Cik Anon. Spek 2 tahun lepas.
@faiezah hamzah:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Selamat Hari Raya jugak. Al-fatihah buat arwah ibu kamu.
selamat hari raya aidilfitri hami asraff..
ReplyDeletebertabah la..menyambut hari raya tnpa insan tersayang buat pertama kali memang perit dan sedih sangat..saya pernah mengalaminya 12 tahun yg lalu..
@Anonymous:
ReplyDeleteTerima kasih doa anda itu Mr.Kacak :)
salam aidilfitri. :)
ReplyDeleteSemoga arwah ayah awak ditempatkan di kalangan orang beriman.amin
selamat hari raya aidilfitri encik hami :)
ReplyDelete@cahaya mata:
ReplyDeleteInsyaAllah sama-samalah kita berdoa.
@En iLham:
ReplyDeleteTerima kasih. Selamat hari raya jugak.
@♥CIK SHA♥:
ReplyDeleteInsyaAllah ketabahan itu yang perlu diraih. Selamat Hari Raya jugak.
@Elyana Ahmad ツ:
ReplyDeleteSalam aidilfitri. Amin :)
@Elmoluya WutWut:
ReplyDeleteSelamat hari raya cik Elmoluya :)
happy eid fitr yaaaa.... :)
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletesemoga anda dpt tempuh hidup dgn tabah dan sabar ya...pasti ada sinar pelangi selepas ALLAH turunkan hujan..selamat hari raya =)
salam aidilfiti, abg hami asraff...
ReplyDelete(:
Salam Aidilfitri ..
ReplyDeleteSalam aidilfitri
ReplyDeletesalam aidilfitri. mtk maaf, boleh tlg kecilkan ckt gmbar yg berbaju merah tu? sy kurg selesa nk baca entri anda.
ReplyDeleteSalam Aidilfitri..Barakallahu fiika..=)
ReplyDeletesalam aidilfitri tuk hami sekeluarga..
ReplyDeleteal-fatihah tuk arwah ayah hami..
selamat hari raya...:)
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)