"Kenapa tak rajin update blog"?
August 16, 2011
Assalamualaikum w.b.t
Satu soalan terpancul. Ramai yang sinonim
dengan perkataan 'update' dari kemaskini. Begitu jugak dengan perkataan 'study'
dari belajar. Mengikut arus peredaran masa dan trend barangkali. Soalan itu memang
berpatutan pun. Tetapi jawapan belum tentu berpatutan. Banyak jawapan
sebenarnya. Kat bawah ni antara sebab-sebab yang aku dapat kenal pasti.
Aku tak mahu salahkan Twitter. Tapi dalam
hal ini aku kena salahkan beliau jugak. Mahunya tak. Kat Twitter aku tak perlu
fikir banyak-banyak nak update. Terlintas saja di fikiran, terus tweet. Pantas
dan real time. Semua perkara terkini dan sensasi dengan pantasnya manusia
memenuhi timeline. Aku yang mudah terpengaruh ni apa lagi, mulalah terjebak.
Rasa janggal hidup kalau tak bukak Twitter dalam sehari. Boleh kata
#TahiTwitter jugaklah. Kenapa tahi? Jangan tanya aku. Sila tanya Presiden
Twitter Malaysia.
Sambungan... Idea dibiarkan hilang begitu
sahaja tanpa sebarang pesan. Ini masalah besar jugak untuk aku. Apa untuk kamu
jugak? Okey meh join sekaki. Contohnya begini. Idea ni bukannya kita boleh
sekat dan kawal. Kadang-kadang ianya datang tanpa dipinta. Berpusu-pusu
menerjah masuk kotak minda. Dan perkara yang paling membimbangkan ialah time tu
berada di luar kawasan. Sedang berpeleseran di luar. Lainlah ada iPhone atau
iPad di tangan. Hanya ditemani handphone yang diikat getah di badan. Hebat tak
alasan?
Yang nombor 3 ni boleh kata rentetan
kesinambungan dari nombor 2 di atas. Sisa-sisa idea yang masih melekat di kepala
tadi di bawa pulang ke rumah. Tapi faham-faham sajalah bila boleh ‘melengak’
dok kat rumah. Macam-macam boleh terjadi. Banyak sangat perkara tak rasmi bakal
mengheret diri. Seterusnya melekat pada situasi berkenaan.
Walaupun anda bukannya artis atau
selebriti perkara ini mesti terjadi. Sibuk menguruskan kestabilan hidup dalam
memajukan diri untuk masa hadapan. Semua orang akan mengalami saat-saat tak
terduga ini. Lainlah kalau memang kerja anda mengadap skrin komputer 24 jam.
Bila dah berkerjaya lagilah. Komited pada kerjaya. Silap-silap hari bulan dah tak ambil tahu langsung
tentang dunia maya. Eh jangan tak percaya. Ada jugak yang macam ni.
5. Kemalasan Membelenggu Jiwa Raga
Yang ni hampa sendiri pun dah tau jawapan
dia. Lain la kalau blog hampa memang tak perlu intenet? Ada ke? Kalau ada memang sangat magic in.
Enam sudah cukup untuk aku menjawab soalan
kenapa jarang update blog. Semua di atas tu untuk akulah. Kalau anda pun
begitu, maka kita boleh jadi geng. Tapi kadangkala aku begitu heran dengan
mereka yang update blog sehari sampai lima hingga ke enam entri. Banyak sungguh
idea yang mengagumkan. Ataupun ianya cuma entri tangkap muat? Anda jawab
sendiri.
InsyaALLAH walaupun agak jarang update,
akan usahakan update jua. Menulis ni macam dah jadi sebahagian dalam hidup aku.
Menulis mampu beri ketenangan pada diri kadangkala. Menulis jugak mampu jadi
terapi hati. InsyaALLAH.
Dah 16 Ramadhan pun. Moga pergunakan
sisa-sisa baki Ramadhan ini untuk terus mempertingkatkan ibadah. Semoga ALLAH
menerima amalan kita.
Wassalam.
Hami
Asraff:
“Selagi
anda tidak pernah menyusahkan sesiapa sahaja disekeliling kamu, lakukanlah apa
sahaja yang menggembirakan hatimu.”
59 Comments
#ehsamalah kita.faktor terbesar adalah twitter.haha..
ReplyDeleteaci la nak jadi geng camni. ;))
@namaakulynn:
ReplyDeleteBoleh boleh jadi geng. Sila dapatkan borang di kaunter ye :)
salam, hok lain tul betul blake dah tapi yg pasal twitter tu tak la pulaknya, tu pun sebab tak reti gune twitter.hahaha :D
ReplyDeleteno2 tepat,no3 paling tepat
ReplyDeletesebab tak update blog sama seperti semua di atas ;)
ReplyDeletebetul,time tengah cuti sem ada la masa di alam maya ni, kalau da start belajar balik,kena focus pada dunia realiti pulak la..memang bersawangla blog dibuatnya :D
ReplyDeleteAlasan no.2 tu sama la.
ReplyDeleteKdg2 jenuh tunggu ilham dtg, tapi tak boleh salahkan keadaan sbb ilham tu hak Allah nak bagi.
Main tulis je pun, input tu jadi kurang berisi utk dihadam.
@MERAH:
ReplyDeleteOh kalau anda sudah mengenali apa itu Twitter nanti pasti akan jadi seperti diriku :)
@RIDZWAN MOHAMED HUSSIN:
ReplyDeleteRata-rata blogger mempunyai alasan sedemikian :)
tention klu xde internet..
ReplyDeleteidea pon kdg2 beku..
@n a d e a:
ReplyDeleteOkey set. Boleh jadi geng.
@asnizaziz:
ReplyDeleteTetapi demi minat yang mendalam kena teruskan jugak :)
@fa-in:
ReplyDeleteIlham selalu datang menjelang awal pagi. Cubalah :)
selalunya bila dpt idea berblog,aku tulis siap2 kat reminder h,set
ReplyDeletethen baru rr tak ilang,sbb aku nih pelupa sikit
sengaja tidak meng'sign up' kan account twitter sbb dengan fb pon dh mcm tak boleh tak jenguk setiap masa..haha
ReplyDelete@PaK PiS:
ReplyDeleteThe power of internet :)
@bukankosong:
ReplyDeleteKadangkala aku berbuat begitu jugak.
@Eda Latiff:
ReplyDeleteSangat bijak tindakan anda! Teruskan!
lebeh kurang la tp pasal twitter tu mmg tak sama langsung..
ReplyDeletesaye x bape gemar sgt la ngn twitter...
hehehe
Assalamualaikum....
ReplyDeletehmmmm....ok...alasan yg blh diterima akal...hehehe...
kalo dah bekerja nnti lagilah x byk masa...lainlh keje ngadap komp jer kan...
mcm saya ni...nak online pon kena tgk masa...tgk plak buku murid2 yg xbertanda lg tu...huhuuhu..confirm xjd nak online...
tapi en hami ni..sy rs.. kalo dah keje nnti pon masih rajin update blog kan...jgn lupakan pembaca anda tau... ;)
p/s:suka baca blog tp xsuka tulis blog
nak update blog, jangan bukak twitter, mmg ke lautttt jadinya. hahaha.
ReplyDelete@hana:
ReplyDeleteMungkin masih belum tahu lagi penggunaannya bagaimana. Bila dah tahu nanti, pasti addict dengan Twitter :)
@faiezah hamzah:
ReplyDeleteWaalaikumussalam. InsyaALLAH tak lupa. Saya pulak suka apabila ada orang yang menyukai tulisan saya :)
@Puteri Biru:
ReplyDeleteYup benar. Kalau bukak twitter lagi banyak penangguhan dilakukan.
twitter dan kemalasan merupakan faktor utama..heeeee
ReplyDeletesaya jarang update kerana lebih gemar membaca..itu saja alasan yg paling kukuh..update sekali sekala bila idea betul2 tengah mencurah..^_^
ReplyDeletenaseb baek tak terjebak dgn twitter..sebab memang tak minat..
sama laa...nak2 twitter...ahaha....dan bila duk rumah lebih banyak tgk tv dan bersantai......
ReplyDelete@~Miss_eiyDa ~:
ReplyDeleteTahu. Selalu sangat nampak anda di kancah twitter.
@♥CIK SHA♥:
ReplyDeleteGood one. Janganlah terjebak ye. (pesanan untuk adik-adik)
@NURUL NADIAH MAMAT:
ReplyDeleteTengok TV dan bersantai adalah perkara wajib tika berada di rumah.
mr right ta reti maen twitter . so, blog jela menjadi peneman. fb cam da bosan-____________-"
ReplyDeletehttp://hafizilmi.blogspot.com/2011/08/isu-cik-anon-lagi.html
Geli perut saya membaca sepotong ayat dari point no.2 : "Hanya ditemani handphone yang diikat getah di badan"
ReplyDeleteSebab terasa sebentar; macam handphone saya sendiri yg sentiasa diikat getah :D :D
Semoga sentiasa dikurniakan ilham dariNya untuk berkongsi ilmu, amin ^__^
ingatkan apolah...terkezut akk..mmm.. semuanya sgt tepat, tapi x biasa guna twitter,guna fb jerlah. tp yg paling2 tepat kat akk, ialah no 4&5.. bila dah bz...jadik malas ler...huahuahua....
ReplyDelete@mr_right:
ReplyDeleteSila belajar-belajar la ye guna Twitter lepas ni. Heh! :D
@Sarah Nabilah:
ReplyDeleteEh anda pun? Ditujukan untuk diri sendiri tu.
@Ary:
ReplyDeleteMalas dan manusia ibarat satu!
jgn mls2 :P
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteyeehaaa.. stuju semua sebab twitter!! tapi penyebab utama di sebalik twitter adalah Kemalasan membelenggu jiwa raga. hahaaa :)
@sakinah al-aziz:
ReplyDeleteMalas tu alasan yang ke bawah jugak :)
@wafa azman:
ReplyDeleteAmboi rangkumkan dua dalam satu terus.
assalam..
ReplyDeletesmua faktor di atas betul kecuali no.1,memang x de twitter :)..tq atas pkongsian,lps nih memang kena rajin2 update blog :)
menulis kerana suka.. jadi menulis dalam keadaan relax dan tenang sudah pasti menghasilkan entry yang berkesan..
ReplyDeletehidup twittterrrr!:D
ReplyDeleteeh samaa lahh keenam2 reasons tu. macam mana boleh sama ni? hehe
ReplyDeletebtw, alasan no.1 tu memang sangat kukuh. #TahiTwitter jugak. tskk
kalau aku pulak kesuntukan masa dan tak ada internet dekat ofis....sebab praktikal..balik dah petang..malam tido awal...
ReplyDeletegeng juga geng jugak! :)
ReplyDeleteselalu baca tweet hami je. sebab blog jarang update :D
ciktom xpernah ada akaun twitter..hehe...tp kalau xrajin update tue sebab sibuk dgn real life..hee..skang tgh merajin diri buat entry autopublish bila weekend...so setup tiap2 hari akan auto-update entry wlpn busy...
ReplyDelete@zafirah:
ReplyDeleteInsyaAllah. Akan cuba :)
@iKhRam:
ReplyDeleteItu yang selalu aku amalkan.
@mahfudzah:
ReplyDeleteHidup Twitter jugak!
@Husna Lana:
ReplyDeleteEh sapa tiru sapa ni? Cepat bagitau kamu yang tiru saya.
idea tu sebenarnya banyak...tapi bila malas dan tak reti nak susun ayat,mula la terbengkalai....hehehe
ReplyDeleteah..dah lame xbace blog nie...lagi suke u talk bout stuff dulu2...paling suke pasal bab rantai yg lelaki pakai...agak berilmiah...
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeleteain ada twitter tapi pertama kali je buka , suka.. akhir sekali jadi malas lak nak on twitter huhuhu
betul jgk, idea datang tanpa di pinta , kekadang time tengah melompat dari main bola keranjang jgk boleh dapat idea, then nanti jadi lupa..
sebenarnya bukannya malas nak post baru, tapi sibuk dengan hal kuliah..
:)
salam ziarah :)
ReplyDeletejemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html
MALAS adalah punca segala-galanya. manusia itu juga yang kena disiplin kan diri..
ReplyDeletebila malas, apa pun tak boleh..
no 2 dan last skali..haha...
ReplyDeletehehehe.. mostly bila malas dan idea xder.. twitter bila dah ada mcm update blog hehe ;p
ReplyDeletepeluang perniagaan Dalam bisnes top up semakin meluas dan berpotensi berkembang maju dari masa ke semasa. Peluang perniagaan nie terbuka kepada siapa sahaja tanpa mengira had umur, kedudukan status, tidak kira anda bekerja tetap atau tidak. Ianya terbuka kepada sesiapa yang ingin mencari pendapatan secara kecil-kecilan atau besar-besaran. Boleh jadi suatu hari bisnes topup menjadi pekerjaan tetap anda.. dengan income yang anda puas hati.. IN SHAA ALLAH.. dengan usaha anda..Daftarlah sekarang !
ReplyDeletesesuai untuk :
# pelajar IPT. Sebab apa ?. saya juga pernah menjadi seorang student IPT. Duit PTPTN memang tak cukup. Kita sebagai student juga mempunya keinginan untuk berbelanja . BETUL ATAU TIDAK ?
# peniaga kedai runcit(TAK PERLU CHARGE RM 0.50 KEPADA PELANGGAN SEBAB DARI TOPUP YANG ANDA RELOADKAN KEPADA PELANGGAN ANDA SUDAH DIBERI KOMISYEN) disini anda mungkin mempunyai kelebihan. sebab apa ?. dari apa yang saya perhati dan telah saya survey. kebanyakkan penjual topup dari kedai2 runcit mengenakan charge tambahan 0.40/0.50 dan sebagainya kepada setiap pelanggan yang membeli topup sedangkan anda tidak.
# penjawat sektor kerajaan dan swasta yang menginginkan income tambahan
# penganggur terhormat yang tidak mempunyai sebarang income/pendapatan
MEMPERKENALKAN !!!
Part Time Bisnes (Topup) - Pakej Agen..
Pakej Agen Topup Paling GEMPAK..
Yuran Terendah, Profit @ Keuntungan Tertinggi Di Pasaran..
YURAN PAKEJ
AGENT (RM30.00)
Produk Yang Disediakan :-
* Maxis
* Digi
* Celcom
* Umobile
* Tunetalk
* Xox
* Merchantrade
* Digissocial
* Digisidd
* Digibroadband
* Molpin
* Tron
* Italk
* Cib-Mall Pin
* A-Cash Pin
* Mcoins Pin
* Njoi Flexi
* Celcom Bill
* Maxis Bill
* Digi Bill
* Umobile Bill
Utility Bill :-
* Telekom Bill
* Astro Bill
* Syabas Bill
* Tnb Bill
* Water Bill (Johor, Kelantan, Kuching, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Sibu)
* Electricity Bill (Sabah & Sarawak)
* Indah Water Bill
* Unifi Bill
* Sada Bill
UNTUK INFO LANJUT BOLEH SMS/WECHAT/WHATSAPP 0177259260 24 JAM. PANGGILAN TELEFON TIDAK DI GALAKKAN KERANA TERIKAT DENGAN KERJA
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)