­

Awas Dengan Muslihat Syaitan!

August 09, 2011






Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan ini kalau tidak menjalankan aktiviti online, pasti membaca buku takpun menonton TV. Tapi peratusan menonton TV sangat rendah. Hanya program tertentu sahaja. Maka aku habiskan masa dengan menulis dan membaca. Sekarang sedang membaca sebuah buku yang bertajuk 'Like Father Like Son' yang dibeli di Kinokuniya 3 bulan lalu dengan harga RM19.00. 


So rupa paras wajah buku berkenaan seperti tertera di bawah:



Buku ini sangat bagus. Untaian Kisah Penuh Hikmah. Hasil karya Mohammad Zaka Ali Farisi. Banyak kisah-kisah yang menarik yang boleh dijadikan pedoman bersama. Aku ingat nak buat review pasal buku ni. Tapi rasanya aku mahu kutip beberapa part kisah dalam buku ini dan aku berkongsi. 

Tajuk mengenai syaitan, maka aku untaikan semua kisah-kisah syaitan di sini.

Syaitan Kurus dan Syaitan Gemuk

Diceritakan bahawa ada dua syaitan yang berselisih di tengah jalan. Mereka berhenti dan berbincang-bincang. Secara fizikal, dua syaitan ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Syaitan yang satu gemuk dan bersih, yang satu lagi kurus dan kotor. Syaitan gemuk merasa hairan melihat keadaan sahabatnya yang begitu menyedihkan.

"Sahabat, mengapa tubuhmu begitu kurus dan kotor?" tanya syaitan gemuk dengan nada hairan.

"Aku tidak dapat makan dan minum, tidurku juga tidak nyenyak. Para penghuni rumah selalu ingat kepada Allah. Ketika makan, mereka membaca doa. Ketika masuk ke dalam rumah, mereka mengucap salam. Begitu juga ketika tidur, mandi, berpakaian dan sebagainya. Mereka tidak lupa membaca doa. Itulah sebabnya aku tidak dapat makan, tidak dapat masuk ke rumah dan tidak dapat berehat. Tetapi bagaimana engkau boleh menjadi sihat dan gemuk seperti ini?"

"Aku sangat senang. Makan kenyang, tidur nyenyak dan pakaian juga selesa kerana penghuni rumah jarang ingat kepada Allah," kata syaitan gemuk. 


Agar Iblis Menderita

"Demi Zat yang telah melaknatmu! Aku ingin mengajukan beberapa pertanyaan," kata Nabi Isa dengan suara suara lantang ketika iblis datang dengan maksud menggoda baginda.

Mendengar pernyataan itu, iblis merebahkan diri ke tanah. Kemudian, tubuhnya berguling-guling.

"Seandainya Tuan tidak memintaku dengan nama zat yang melaknatku, aku tidak sudi menjawab pertanyaan Tuan."

"Pertama, apa yang dapat menyeret tubuhmu? Kedua, apa yang dapat mematahkan punggungmu?"

"Tubuhku dapat terseret-seret ketika mendengar suara ringikan kuda. Bukan sembarang kuda, tetapi kuda yang ditunggangi untuk berjihad fi sabilillah. Adapun yang dapat mematahkan punggungku adalah sembahyang sunat di rumah dan sembahyang berjemaah di masjid."





Saat Iblis Merasakan Ketakutan Yang Hebat

Sebagaimana yang diketahui, iblis pernah meminta penangguhan ajal sehingga hari kiamat. Allah SWT mengabulkan permintaan ini. Oleh kerana itu, usia iblis sangat panjang. Sekian lama iblis malang melintang di dunia untuk menyesatkan umat manusia, sudah pasti pengalamannya dalam menggoda anak cucu Adam segudang. Padahal, usia manusia kebanyakkannya hanya 75 tahun. Pengalaman manusia jauh kalah jika dibandingkan dengan iblis.

Namun, pada saatnya kelak, iblis akan merasakan sakaratul maut yang Maha dahsyat. Iblis akan mengalami kematian yang paling pedih dan menyakitkan. Saat ajal iblis tiba, malaikat maut akan membentaknya keras-keras.

"Berhentilah kamu, wahai iblis! Ajalmu sudah tiba! Kini masanya kamu merasakan kepedihan sakaratul maut. Sudah masanya kamu mengalami kesakitan yang tidak terkira."

Mendengar herdikan malaikat maut, spontan iblis lari lintang-pukang tanpa melihat kiri dan kanan. Perasaan takut begitu menghantuinya, terbayang bagaimana sakitnya sakaratul maut. Belum lagi nanti harus menghadapi azab abadi di neraka.

"Kamu tidak dapat lari, laknatullah!" bentak malaikat maut dengan suara menggelegar.

Dengan mudah, malaikat maut dapat menghadang iblis. Setiap kali iblis cuba melarikan diri, malaikat maut selalu sahaja sudah ada di hadapannya. Hal ini membuat ketakutan iblis semakin menjadi-jadi.

Meskipun sedemikian, iblis tetap harus cuba melarikan diri, yang ada di kepalanya hanya lari sejauh mungkin. Namun, malang tidak dapat ditentang, tidak ada lagi tempat untuk bersembunyi. Merasa kesal dengan keadaan tersebut, iblis berlari sekuat tenaga menuju ke kubur musuhnya, iaitu Nabi Adam as.

"Wahai Adam! Disebabkan kaulah aku mendapat laknat Allah."

"Tak ada gunanya menyalahkan masa lalu!" herdik malaikat maut yang terlihat semakin garang.

Kemudian, iblis berbalik menghadap malaikat maut. "Seksa apa yang akan aku rasakan?"

"Kamu akan merasakan azab yang kepedihannya tidak terperi. Tidak hanya berlipat ganda, tetapi juga kekal."

Tidak ada harapan, iblis semakin ketakutan. Disebabkan terlalu takut, iblis berguling-guling di atas tanah. Mulutnya terus menjerit-jerit kuat. Akhirnya, iblis sampai di tempat ketika dia diturunkan ke bumi untuk kali pertama. Namun, di sana Malaikat Zabaniah sudah menghadang dengan rantai di tangan. Sia-sia semua usaha iblis.





**************



Banyak lagi cerita yang ada dalam buku ni. Cukuplah sebahagian sahaja aku berkongsi di sini. Selebihnya dapatkan sendiri buku yang telah aku mentionkan di atas tu. Sekiranya ada duit lebih sikit, apa salahnya cuba dapatkan buku-buku yang ilmiah di pasaran. Tak rugi beli buku. Malah banyak manfaatnya.

Bukan cerita mengenai iblis atau syaitan sahaja, tetapi banyak lagi sebenarnya. Cuma tajuk ini antara yang menarik untuk dikongsi. Tambah-tambah pada bulan Ramadhan ini.

Moga terus kental melawan hasutan syaitan laknatullah yang tidak pernah berhenti menghasut.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Walaupun syaitan digari di bulan Ramadhan ini, nafsu tetap harus diperangi. Mari laksanakan tuntutan sebagai hamba Ilahi."


You Might Also Like

13 Comments

  1. ye nafsu juga perlu dijaga..

    =D

    ReplyDelete
  2. mcm best je buku nih...cntinue review ye abg..Tq..

    ReplyDelete
  3. @Miscellaneous Smiles:

    Nafsu perlu dijaga bukan hanya di bulan Ramadhan. Di bulan-bulan lain jua.

    ReplyDelete
  4. sangat menarik...
    insyaAllah akan dicari buku tu nanti.. terima kasih sudi berkngsi kandungan tersebut..

    ReplyDelete
  5. tq for sharing... moga kita terus istaqamah memerangi nafsu, aameen..

    ReplyDelete
  6. salam ramadhan... terkezut ngan gambar setan tu...mmm...info yg sgt2 menarik, kena beli nih...

    ReplyDelete
  7. betul tu...sekrang nafsu kita ambik alih.. semoga kta kuat melawan nafsu dan syaitan yang di laknat..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe