Thursday, August 11, 2011

Baru Dua Tahun Usia Blog Aku. Baru Dua Kali Tukar Header Blog.






Assalamualaikum w.b.t

Kisahnya bermula begini.

Memang sudah lama aku kepingin mahu tukar template blog ni. Ye la seumur hidup aku, eh maksud aku selama aku berblogging ni baru 2 kali aku tukar. Tak percaya? Boleh rujuk di entri Baru Setahun Jagung. Kini Berwajah Baru. Dan Juga Trivia Blog Ini.

Maka berlakulah proses peneraian. Dan tak kurang hebat juga sesi hentaman. Aku ni tak la pandai sangat design. Setakat pakai photoscape dan edit gambar yang simple-simple tu terer la. Terer dengan penilaian aku sendiri. Kalau orang lain menilai ianya akan menjadi tidak terer berganda. Oh lagi satu sebenarnya aku ni macam rasa leceh selalu sangat kalau tukar template. Sebab tu aku tak tukar tukar. Alasan kena hebat. Padahal cemburu dengan orang lain yang seminggu 4 kali tukar template. Okey abaikan.

Apabila sesi menghabiskan masa dilakukan, maka semalam aku trylah template yang telah disediakan yang sangat carca merba di seluruh pelusok internet. Banyak juga yang cool. Tapi kadangkala tak cool pun di mata aku. Dan ternyata susah jugak sebenarnya bagi mereka yang tidak berkemahiran macam aku. Tapi kalau dah nama minat memang boleh dilaksanakan pun.

Aku pun tweetlah di Twitter Aku untuk sesiapa tahu mengdesign header blog. Dan tweet aku disahut oleh Wan Zulqhairi. Memang kenal lama dah dengan dia ni dekat Twitter. Rerakan twitter. Tak sangka mamat ni sanggup menolong aku mengdesign. Dia kata seronok buat header. Dia minat barangkali. Dan di atas ni hasil sentuhan mamat ni lah.

Senang-senang pi terjah blog dia yang ni, BLOG WAMOZUWAHA. Header blog dia supercool jugak. Terima kasih la banyak-banyak kat hang mengspend time mengdesign header blog gua yang entah apa-apa ni. Kalau dok dekat gua boleh belanja lu cheese nan. Rakan-rakan blogger ni sangat baik sebenarnya. Saling tolong menolong even bukan pernah jumpa pun. Maka, say alhamdulillah :)

Dan sekarang sudah pun dua tahun jagung usia blog ini. Cepat sungguh masa berlalu. 2 tahun bagi seorang manusia adalah budak yang baru boleh bertatih dan berjalan. Berlari sikit-sikit mungkin. Dan bercakap satu dua perkataan. Berjalan dan jatuh. Perumpamaan seorang budak diapply oleh usia blog aku ini. Begitulah. Terlalu muda. Dan masih banyak yang masih perlu diterokai.

Dua ekor ikan lumba-lumba bermaksud sudah 2 tahun aku berblogging. Err, layan!

Benar kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Erti Hidup Pada Memberi. Selagi ianya adalah sebuah kebaikan, teruslah sampaikan pada sesiapa sahaja. Begitu juga dalam bidang penulisan. Canangkan sesuatu yang membolehkan pembaca berfikir, mencari dan bertindak ke arah kebaikan. InsyaAllah pahala itu berpanjangan sekira ianya terus dijadikan amalan.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Jangan melihat pada siapa yang memberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi lihatlah bentuk nasihat dan kebaikan yang diutarakan."




38 comments

Anonymous
August 11, 2011 at 2:08 PM

26 tahun eh umoq? tapi tak kawin lagi?

bila nak kawin?

haha.

August 11, 2011 at 2:11 PM

Hami, nice header baru ni. Cantik dan saya suka. Cool jer mata memandang.

August 11, 2011 at 2:15 PM

@Anonymous:

Hujung tahun ni baru berumoq 26 tahun. Ceq dah kahwin dah pun. Eh! (tipu sunat)

August 11, 2011 at 2:15 PM

@GreenAppleKu.com:

Terima kasih kepada yang mengdesignnya :)

August 11, 2011 at 3:36 PM

Tuan blog ni cool, buat header camne pun tetap supercool. :)

August 11, 2011 at 3:53 PM

cantik gak header baru ni...nmpk smart jek..;)

August 11, 2011 at 4:51 PM

lawa header..bertuah sungguh badan XD

August 11, 2011 at 5:11 PM

"Jangan melihat pada siapa yang memberi nasihat dan tunjuk ajar. Tetapi lihatlah bentuk nasihat dan kebaikan yang diutarakan."

Ustaz kazim juga selalu pesan..jika kita pandang orangnya pasti sampai bila2 pun "nasihat' tidak akan menjadi baik.

hassan al basri pulak kata ""Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu,
bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu.
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
nescaya tidak akan ada pendakwah.
Maka akan sedikitlah orang yang memberi peringatan."

TERUSKAN USAHA...:)

August 11, 2011 at 8:22 PM

@Wan Zulqhairi:

Amboi takyah puji akulah! :p

August 11, 2011 at 8:22 PM

banyak juga yg dipelajari dr laman ini..wajah baru kelihatan segar...terus memberi...insyaAllah..

August 11, 2011 at 8:32 PM

@~Miss_eiyDa ~:

Kadangkala jadi semak.

August 11, 2011 at 8:32 PM

@asnizaziz:

Err, apa yang bertuahnya?

August 11, 2011 at 8:38 PM

@RULZA:

Alhamdulillah. Kata-kata
Hassan Al Basri tu memang tepat sekali. Tiada sesiapa pun akan sempurna. Tapi biasalah manusia. Kena melihat seseorang tu sempurna baru layak untuk menasihati yang lain. Susah nak ubah sikap manusia yang sentiasa berfikiran negatif ni. Kesedaran diri sendiri itu juga terpenting.

August 11, 2011 at 11:09 PM

cun je header,kalah yg tukaq 4/5 kali,templet pon ok je

August 11, 2011 at 11:25 PM

@Amir Rayyan:

Apalah sangat yang kamu pelajari di sini. InsyaAllah akan terus memberi.

@fiq.:

Terima kasih :)

August 11, 2011 at 11:41 PM

wah dah 2 thn ..tahniah !
;)

excellence!

August 11, 2011 at 11:44 PM

header menarik singgah sini...
26...Oops...sebaya ah kita...lol..
nice..blog btw...da

August 12, 2011 at 12:07 AM

Komen tadi tiada nampaknya :)

Alhamdulillah, alhamdulillah berjaya dah tukar. Haha tapi template cam sama je dengan sebelumnya?

Komen pertama kelakar. Dan tertarik dengan kata-kata Hasan Al-Basri :)

August 12, 2011 at 12:18 AM

@hatikubaik|mohdhazlan Dreadlock:

Oh terima kasih :)

August 12, 2011 at 12:19 AM

@♥ LT Gadis Senjakala ♥:

Oh sebaya rupanya. Hehe. Okey thanks.

August 12, 2011 at 12:24 AM

@NUR SU'AIDAH:

Oh kiranya ni re-type la ye. Eh silap re-post. Yup template masih sama. Kata-kata Hasan Al-Basri sangat benar :)

August 12, 2011 at 12:29 AM

alhamdulillah dah cukup 2 tahun. satu jangka masa yang lama bila difikirkan.tapi masa bergerak pantas kan.dengan itu bertambah jugak 2 tahun pada umur kita ye:)

memang betul tu, walau siapa pun memberi kita nasihat..kena nilai dari segi nasihatnya,bukannya menilai dari segi peribadi tukang penasihat itu:)


salam ramadhan:)

August 12, 2011 at 12:42 AM

Assalamualaikum...

lebih kurang sama la pulak. saya pun baru jer tukar header blog. skadar nak bg sedikit kelainan supaya nmpk segar sikit..mungkin lain kali tukar pulak...

SELAMAT BERPUASA

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE

August 12, 2011 at 1:03 AM

Salam, terkejut masuk nengok header baru.kehkeh.alih2 ada plak entri pasal kemunculan header baru ni.bagus2 melakukan perubahan pada blog, jgn lupa upgrade diri n iman juga :D

Pesta Ibadah : Better Late than Never!

August 12, 2011 at 1:30 AM

@laskar pelangi:

Banyak jugak perkara yang dikutip dalam tempoh ini :)

August 12, 2011 at 1:32 AM

@BLADE EDGE:

Waalaikumussalam. Oh yeke? Kebetulan la tu :) Saya baru tukar untuk kali kedua dalam tempoh dua tahun berblogging :)

August 12, 2011 at 1:33 AM

@MERAH:

Waalaikumussalam. Tak payah terkejut sangatlah. Hehe. InsyaAllah itu kena sentiasa upgrade even pada bulan bukan puasa :)

August 12, 2011 at 6:15 AM

jeles jugak pd yg slalu tukar header....sbb kreatif nak design....
tahniah dah 2 thn berblog...kita xsampai lg 1 thn.....hii.....

August 14, 2011 at 11:38 PM

uncle tak pernah tukar2 lagi...

(pemalas)

August 15, 2011 at 5:18 AM

Kematangan teserlah...wah...=P

August 15, 2011 at 9:52 AM

baru 2 tahun, tapi isi mantap2 dan follower pun ramai...

hebak muuu...

btw, salam kenal hensem... i folo uuuu ;)

August 16, 2011 at 3:50 PM

@NURUL NADIAH MAMAT:

Selamat meniti usia menjadi seorang blogger :)

August 16, 2011 at 3:51 PM

@gedek!:

Haha. Dah okey dah tu :)

August 16, 2011 at 3:51 PM

@cahayakehidupan:

Harapnya begitulah :)

August 16, 2011 at 3:52 PM

@mamaNoriz:

Terima kasih sudi follow :)

August 16, 2011 at 10:30 PM

assalamualaikum,

owh, kite same umur. Cun header baru! #like ;)

August 20, 2011 at 8:32 PM

okay lah tue ada yg sudi buat dan sangat cool. alhamdulillah.

sungguh lah. rakan blogger sangat baik hati dan mampu menambah motivasi diri walaupun tak pernah berjumpa. :)

August 23, 2011 at 3:41 PM

Assalammualaikum

salam ramadhan al mubarak..

tahniah..moga terus brpena dalam mmberikan manfaat kpd pelawat teratak "Hami Asraff".

Selamat Ulangtahun yang ke-2.

Post a Comment

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman. Tetapi pastikan anda bukan seorang spammer ataupun cik anonymous yang tidak bertanggungjawab :)

Related Posts with Thumbnails