­

Utamakan Pandangan ALLAH Daripada Penilaian Manusia

August 27, 2011







Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entri di atas telah pun aku tweet. Telah aku katakan Twitter terlalu pantas dalam melaksanakan perkara. Hanya perlu sedikit kerahan idea dan lepaskan segalanya di garismasa. Tu pun masih ramai yang tidak tahu menggunakan Twitter. Tidak mengapa. Ini cerita lain.

Mukadimah yang bersisa basi mungkin. Mungkin ramai yang sudah sediakan entri-entri Hari Raya masing-masing. Aku? Tiada persediaan apa pun. Mungkin jugak ramai yang dah berpusu-pusu keluar membeli belah. Ini diyakini ramai. Aku? Persiapan ala kadar sahaja. Benar kata orang, makin menginjak dewasa kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri kian hambar. Aku salah seorang yang tergolong dalam kalangan yang menginjak dewasa itu. Apa pun persiapan kita, sederhana atau mewah, perlulah lahirkan rasa penuh bersyukur kiranya punya kesempatan merasai Hari Raya. Ingat, ramai yang tidak pernah merasai Hari Raya pun. Hurmmm, ini jugak cerita lain.




Cerita dalam cerita. Dicampur-aduk supaya disedapkan bahasa. Harap-harap sedaplah.

Okey ini baru aku memasuki zon yang akan ada kena mengena dengan tajuk entri di atas. Kita manusia, tidak pernah terlepas dalam melakukan aktiviti yang melibatkan manusia lain. Apa sahaja. Sudah tentu aturcara dan gaya hidup akan mempengaruhi manusia lain. Manusia di sekeliling. Keluarga, kawan-kawan, jiran tetangga, suami isteri dan seangkatan dengannya. Apabila hadirnya carca merba dan ragam gaya manusia, maka berlakulah penilaian manusia terhadap manusia lain. Sama ada positif atau negatif. Tak dapat tidak.

Masih samar bayangan? Okey begini, aku cuba membina sebuah cerita di bawah. Cerita rekaan aku semata-mata. Tidak ada kena mengena dengan aku, kamu, dia dan sesiapa.



***********



Dalam sebuah kampung ada seorang pemuda yang baik dan beriman. Terkenal dengan orang yang sangat alim dan juga suka menolong orang lain. Berbekalkan dengan budi pekerti yang tinggi, akhlak dan peribadi yang mulia, beliau disegani oleh semua masyarakat kampung tersebut. Aku namakan beliau sebagai Karim.

Karim selalu menunaikan solat secara berjemaah di masjid kampungnya. Tidak pernah terlepas walau satu waktu pun. Satu hari berlaku kecurian di masjid berkenaan. Kehilangan duit dalam tabung masjid. Kebetulan masa itu Karim berada di masjid. Berlaku satu fitnah yang dimana ada orang mengatakan bahawa beliau yang mencuri duit di dalam tabung berkenaan. Memang bukan beliau yang mencuri.

Tanpa bukti dan diselidik, Karim terus dituduh sebagai pencuri. Dia dihina dan dicaci oleh penduduk kampung. Macam-macam tuduhan tidak berasas dilemparkan. Akhirnya beliau dipulau penduduk kampung.

Segala kebaikan yang dibuat selama ini terpadam sendiri. Segala perkara baik yang ada dalam diri Karim tenggelam dengan sendiri. Dek kerana fitnah penduduk kampung, Karim teraniya. Jelas, 99 kebaikan yang dilakukan oleh beliau tertutup dengan 1 kejahatan yang dilakukan. Walaupun sebenarnya beliau tidak melakukan kejahatan berkenaan.




***********



Aku tahu cerita rekaan aku di atas sangat tipikal dengan drama Melayu tempatan. Tetapi apa yang aku cuba sampaikan ialah sikap dan mentaliti manusia. Khususnya kita bangsa Melayu yang beragama Islam. Terus menerus menilai, menilai dan menilai manusia lain. Seterusnya memandang serong pada manusia berkenaan. Aku sendiri tak faham kenapa.

Penyakit hati manusia ini sukar untuk dikikis. Apabila tidak bendung, makin bercambah dalam diri. Manusia sebegini fikiran dan hatinya terlalu negatif. Dapat sesuatu isu terus dirasakan negatif. Terus menerus memang serong terhadap manusia lain. Tiada sesiapa yang dapat mengubah tafsiran dan tanggapan ini, hanyalah diri sendiri jua. Pernah menulis entri yang berkaitan seperti Hasad Dengki Mampu Membunuh Setiap Jiwa, Kita Tidak Mampu Puaskan Hati Semua Orang dan Tidak Terungkap Dekat Kata-Kata. Maka Aku Luakan Segalanya Di Sini.



Jadi sekiranya kita tidak mampu mengawal mereka yang senantiasa membuat penilaian terhadap manusia lain ini, makanya kita redhakan saja. Itu yang terbaik. Manusia akan terus berkata-kata dan berfikiran negatif. Jadi, Utamakan Pandangan ALLAH Daripada Penilaian Manusia. Semua orang sedia maklum. Sebaik mana pun kebaikan yang ditaburkan oleh seseorang tu, orang tetap mengata yang bukan-bukan. Orang tetap berfikiran negatif. Ada saja cacat cela. Ada saja yang tak kena. Lumrah sebagai insan manusia.

Tapi aku tahu, bukan semua orang begitu. Mungkin segelintir daripada kita. Yang masih punya rasa tidak berpuas hati dengan manusia lain. Jadi, rahmatilah mereka. Dan kita terus jadi diri sendiri. Jadi diri sendiri  hanya bermatlamatkanNYA. Terus lakukan apa sahaja yang kita rasa itu adalah baik untuk kita. Baik untuk semua.

Itu sahaja merepek kali ni. Hari ni sudah 27 Ramadhan 1432 pun. Sekejap saja bukan?

Wassalam.



Hami Asraff:


"Dalam sedar atau tidak, kita makin dihambat usia. Dunia makin meninggalkan kita. Kita leka, kita terpedaya. Dan kematian itu tetap menanti di hadapan. Hanya tunggu tika dan masa."



You Might Also Like

25 Comments

  1. berdasarkan cerita tu, ye memang selalu terjadi macam tu dan minta simpang lah kita menjadi manusia2 yg melupakan 99 kebaikan seseorang apabila dia melakukan 1 kesalahan.


    tetapi berbalik kepada utamakan pandangan Allah dari pandangan manusia. satu dalam sejuta manusia yg masih ada pendirian sebegini. dan adakah kita tergolong dalam satu dalam sejuta tu?


    saya harap kita tergolong ;)

    ReplyDelete
  2. benar kata dr.M manusia cepat lupa...(ehh)...

    ReplyDelete
  3. Memang fithrah manusia, lebih suka memikirkan perkara yang negatif daripada positif. Manusia suka sangat menjadi 'judgemental'. Ya, tak salah menjadi judgemental cuma ianya perlulah bertempat.

    Pernah dengar Ghibtah tak? Ghibtah ialah perasaan hasad dengki yang dibenarkan dalam Islam : Jika orang lain mendapat nikmat atau kelebihan, kita hendaklah merasa suka dan berharap agar dapat mencontohinya (Ghibtah)

    Makanya, jadilah orang yg adil iaitu sentiasa meletakkan sesuatu pada tempatnya :)

    ReplyDelete
  4. Apabila ada bermacam-macam manusia, bermacam-macam pula lah perangai dan sikap sesama makhluk. Memang sukar dibendung.

    Benar, utamakan pandangan Allah daripada penilaian manusia.

    Seharusnya manusia serahkan pada Allah untuk menghukum manusia di atas kesalahannya, kerana Dia yang lebih mengetahui segalanya, bukan kita yang secara mudahnya menghukum sesama makhluk tanpa alasan yang kukuh. Sedih apabila ada yang tidak bersalah terus dianiaya.

    Sekadar berkongsi. Terima kasih Saudara Hami di atas input yang baik pada bulan yg baik..

    ReplyDelete
  5. ‎"We are very good lawyers for our mistakes and very good judges for other people’s mistake." #islam #think

    ReplyDelete
  6. penyampaian yang baik.. sebenarnya pandangan Allah itu lebih mulia dari pandangan manusia..

    p/s : MO termasuk dalam golongan yang tak tau guna twitter tu.. hehehe... twitter pon xdak..huhu

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..dah lama menantikan post yang sebegini..memang ramai manusia zaman sekarang suka menilai orang lain..mencari kesalahan orang lain..tanpa menyedari kesalahan diri sendiri..mungkin kerana sibuk menilai orang lain barangkali..post yang terbaik..utamakan pandangan Allah terlebih dahulu.. >_<

    ReplyDelete
  8. memang , apabila kita menasihati mereka untuk tidak terus percaya , mereka akan tuduh pula kita bersubahat , pelik tak ? kadang2 dituduhnya kita tunjuk baik tak bertempat... Serahkanlah saja semuanya kepada Yang Maha Esa , Sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang tersembunyi :)

    ReplyDelete
  9. ya, pejam celik pejam celik,sudah 27 Ramadhan. Sungguh pantas masa berlalu. Umur makin meningkat, makin dekat dengan kematian yg kita tak tahu kedatangannya.. Moga kita tak terus lagha~

    SALAM AIDILFITRI..
    MAAF ZAHIR DAN BATIN..
    =)

    ReplyDelete
  10. 1 kejahatan akan membuatkan manusia lupa 99 kebaikan yang lain.

    manusia mudah lupa? mintak dijauhkan. amin.

    salam aidilfitri. :)

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum,

    memang sikap mudah melatah,menghambur n menghukum itu mudah terlihat dalam masyrakat kita org melayu,tak semua..segelintir sje...sedang kita lupa Allah itu maha mengetahui segalanya...
    jadi jgn mudah kita menghukum sesuatu yang kita tak pasti agar kita tidak dihukum di akhirat nanti,w'alam...
    btw,entry yang menarik,tahniah en.hami..akhir kata,teruskan menulis entry yang menjadi pembangun jiwa untuk semua...

    _blogwalker_

    ReplyDelete
  12. @syanabel:

    Tak pernah dengar Ghibtah tu. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  13. @Sarah Nabilah:

    Kita tiada hak pun untuk menghukum manusia lain. Sama-sama.

    ReplyDelete
  14. @Faiqah Umaira:

    Kita lakukan yang terbaiknya untuk kita. Selebihnya serah bulat-bulat pada Yang Maha Esa.

    ReplyDelete
  15. @Anonymous:

    Waalaikumussalam. Terima kasih sudi baca :)

    ReplyDelete
  16. Mmg kisah ni bese aku dgr, kadang2 aku pn x paham macam mana pemikiran org zaman skrg yg suka sgt jump into conclusion tnpa selidik.. jadikan iktibar bersama..

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Hami..!

    ReplyDelete
  18. salam,Alhamdulillah,jumpe juge entry yg sebegini,syukran ya :)


    semngat balek :D

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe