­

Tidak Terungkap Dengan Kata-Kata. Maka, Aku Luahkan Segalanya Di Sini.

July 31, 2011











Assalamualaikum w.b.t

AMARAN! : Entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Apa yang dirasakan hati dan dialami diri sekarang ni. Kalau ianya ada kena mengena dengan kejadian kehidupan anda, anggaplah ianya kebetulan semata-mata. Dan sekiranya anda terasa, maka memang ditujukan kepada anda. Tiada tajuk spesifik. Aku rangkumkan semua sekali.

Aku mulakan dengan sikap manusia. Ya termasuk diri aku sendiri. Manusia adalah makhluk yang terlalu rumit. Sukar dijangka dan diramal. Boleh berubah bila-bila masa sahaja. Tak kisahlah apa bentuk perubahan sekali pun. Dari baik ke jahat atau sebaliknya. Hanya tunggu masa dan tika sahaja. Manusia mampu mengubah manusia. Keadaan mampu mengubah manusia. Situasi mampu mengubah manusia. Masa mampu mengubah manusia. Anda yang mana satu?

Tak kisah la yang mana satu kan? Yang dikisahnya kadangkala perubahan manusia memang melibatkan manusia lain. Kalau berubah tidak mengganggu kehidupan orang lain, teruskanlah. Tetapi janganlah sesekali mengganggu manusia lain dengan perubahan anda. Kalau perubahan anda ke arah kebaikan, maka pandulah kebaikan itu sebaiknya. Jangan pernah menyusahkan hidup orang lain. Sedangkan manusia lain tidak pernah pun menyusahkan hidup anda. Tidak adil bukan? Ah! Manusia kan sukar dijangka.

Dalam dunia blogging jugak ada risiko tersendiri yang kita tidak pernah sedari. Blog sebuah medium yang menjadi tatapan manusia. Tak kisah la ada orang baca blog dia atau tidak yang penting blog adalah medium yang terdedah. Sesiapa sahaja boleh masuk secara tak sengaja dan disengajakan. Membaca, membelek dan melihat. Tetapi biasalah manusia bukannya boleh diramal. Manusia adalah makhluk yang kreatif. Tak sah kalau tidak menilai. Maka penilaian pun berlaku. Menilai, menilai dan menilai. Seterusnya tersembullah jawapannya. Jawapannya cuma dua. Positif atau negatif.



Baik, aku bercakap mengenai positif terlebih dahulu. Perkara biasa apabila dalam dunia blogging. Sekiranya blog anda bagus (tak kisah la blog dia bagus dari segi penulisan, rupa paras, atau sebagainya) pasti ada yang mahu memuji. Oh pujian manusia kadangkala buat manusia sendiri hanyut. Terbuai-buai di awang-awangan. Rasa indahnya. Dan kalau boleh mahu suruh puji lagi. Ah, manusia kan sukar dijangka. Tetapi awas, pujian boleh membutakan manusia.

Kalau ada yang puji blog anda bagus, mesti rasa kembang setaman. Sampai mahu tulis di entri. Ini aku bercakap pada diri sendiri. Sebab aku pernah menulis di entri-entri sebelum ni. Dan secara pantasnya terus manusia menilai. Oh manusia terlalu mudah mencari kesalahan dan kesilapan manusia. Terus canang satu dunia. Jahat jahat jahat. Keji keji keji. Negatif negatif negatif. Penuhi dengan perasaan hasad dengki. Terus mahu puaskan hati dan diri. Emosi terus menguasai. Rasa segalanya telah ditaluki. Kasihan betul pada manusia begini.

Dan negatif pula. Orang sekarang kata dunia blogging adalah dunia mencari populariti. Buat aku rasa mahu tergelak sendiri. Dan tak disangkal pun memang ada blogger meraih populariti hanya dengan berblogging. Tapi bila aku kata aku tidak mencari populariti dalam blogging, maka ada lagi ayat manusia-manusia yang di luar sana terus memberi penilaian. "Eleh, mahu terus-terusan tunjuk bagus!". Habis mahu cakap apa lagi? Cakap ini salah, cakap itu tidak kena. Semuanya salah di mata. Memang aku tak faham dan taknak faham sebenarnya. Kalau betul-betul mahu cari populariti, baik aku masuk rancangan realiti TV. Walaupun aku tahu langsung tiada bakat ke arah tu. Tapi sekurang-kurangnya aku berusaha keras mencari populariti tu.





Senang sahaja dalam dunia blogging ni. Dah ramai yang sering mengeluarkan ayat sebegini, "Kalau tak suka baca blog ini, tak usahlah masuk dan baca." Memang ada kebenaran pun. Perkara yang paling mudah. Kalau degil nak masuk dan baca jugak. Baca sahaja. Kalau tak senang komen dan kritik. Supaya sama-sama dapat perbaiki kesilapan. Bukan mengkeji. Menghabur kata nista yang tiada kesudahan.

Biarlah seburuk-buruknya manusia, janganlah mengkeji manusia lain. Kita tetap sama di sisi Ilahi. Mengkeji orang lain, nanti terpaling pada diri sendiri. Tak semua manusia suka apa yang kita lakukan. Terserahlah. Bukan hak kita untuk memaksa orang menyukai apa yang kita lakukan. Dan kalau mahu mengkeji jugak, kejilah. Anda fikir sendiri. Ada seseorang komen di status Facebookku. Ayatnya berbunyi begini: "Ada 1 hadis, jangan mencela jika kamu tidak mahu memujinya. Simple dan fullpack." Ada yang tak bersetuju?

Benar kata seorang sahabat. Dalam hidup ni kita kena ingat dua perkara. Pertama, perkara yang kita boleh kawal. Dan kedua perkara yang kita tidak boleh kawal.



Semua orang tahu apa yang sewajarnya dilakukan oleh insan manusia. Dalam menempuh kehidupan nak tak nak kita perlu majukan diri sendiri. Dengan cara tersendiri. Terus melakukan yang terbaik. Tapi biasalah, sebaik mana pun anda, pasti ada yang tak suka. Pasti ada manusia yang membenci. Pasti ada manusia yang terus menilai. Pasti terus ada manusia yang sebegini, "Eleh nak tunjuk bagus la tu!" So perkara ini anda tidak boleh kawal. Dan sekiranya anda tidak boleh kawal, biarlah. Biarlah manusia itu terus dan terusan berkata-kata. Bila dah tak ada isu nanti lama-lama diamlah.



Selagi anda boleh kawal kehidupan anda, kawallah sebaiknya. Selebihnya tak usah langsung perlu gusar. Contohnya begini. Katakan anda melukis seekor keldai. Ya memang jadi rupa seekor keldai pun. Tetapi ada yang melihat keldai tu persis seperti kuda. Puas anda terangkan pada manusia itu bahawasanya anda melukis seekor keldai, tapi terus-terusan orang tu menganggap ianya seekor kuda. Salah andakah? Anda dah buat apa yang anda perlu buat. Selebihnya itu bukan urusan anda. Tanggapan manusia perkara yang anda boleh kawal? Tidak bukan. Maka biarlah manusia begini terus beranggapan. Halang pun tiada makna.

Ada sesetengah manusia terus hidup dengan dunia masa silam. Tak habis-habis mengungkit perkara-perkara yang lepas. Ada sahaja perkara yang ingin dibahas supaya ianya dijadikan isu hangat yang boleh menjadi pertengkaran. Mungkin lebih seronok begini. Seronok sekiranya ada hati yang disakiti. Seronok sekiranya manusia lain terus memandang serong pada kita. Dan perkara ini mana boleh kita kawal. Hanya individu yang terlibat itu sendiri yang mampu kawal. Kalau tak tahu jugak, maka natijahnya bakal diterima.

Mungkin ada manusia yang suka melihat orang lain sengsara. Entah. Sekiranya ada orang yang memperoleh kebahagiaan, gembirakanlah untuk mereka. Senang saja bukan? Mengapa mahu terus lahirkan sengketa? Mahu puaskan hati? Dan sebenarnya tidak pernah puas bukan? Semua orang dah tahu pun jawapannya. Tetapi hati dan diri masih degil. Degil untuk memberi kebahagiaan pada diri sendiri. Dan terus semakkan diri dengan perasaan hasad dengki. Sematlah perasaan itu lama-lama. Nanti kamu jugak yang merana.


Haruslah diingat pada diri. Kita hidup memang akan mempengaruhi kehidupan orang lain. Maka jangan lakukan sebarang tindakan dengan hanya memikirkan perasaan diri sahaja. Selalu rasa diri dilukai. Tetapi adakah anda sedar yang anda juga telah lukakan hati orang lain dengan tindakan anda? Kalau anda tak fikir begitu, anda memang pentingkan diri sendiri. Fikir, fikir dan fikir. Sekiranya kamu bertindak mengikut emosi pasti akan menyesal kelak. Percayalah.

Dah aku tulis panjang berjela-jela ni pasti ada yang akan terus menilai. "Ah nak berceramah la dia ni. Nak tunjuk bagus la tu. Padahal entah apa-apa. Pui!!" Anda nak buat penilaian, menilailah. Mana aku boleh kawal tafsiran dan tanggapan anda. Memang aku tak boleh. So aku tak kisah akan segala penilaian anda tu. Selagi aku rasa apa yang aku perlu bercakap perkara yang betul akan aku cuba sampaikan. Dan sekiranya tidak betul, maka aku mohon tolong perbetulkan.



"Diam Adalah Senjata Terhebat Untuk Memulih Hati Yang Rawan". Pernah dijadikan tajuk entri kata-kata ini. Tetapi memang berkesan. Tak percaya, sila cuba. Berdiam bukan bererti anda mengalah. Tetapi diam menunjukkan anda seorang yang bijak. Jangan api dibalas dengan api. Memang tidak terlawan. Anda melawan bermaksud terpampang kejahilan anda. Biarlah, terus redha dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja.

Aku tak pernah rasa untuk mencari pasal dengan sesiapa. Sekiranya ada yang tak berpuas hati baik di dunia maya atau nyata, dengan rendah diri aku pohon kemaafan. Aku insan biasa yang terlalu naif dan jahil dan sentiasa melakukan kesilapan. Pimpinlah aku ke arah kebenaran sekiranya aku tersilap jalan.

Dan bersempena Ramadhan pada esok hari, mari kita luruskan niat dan leraikan segala dendam. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci manusia lain. Dengan memohon kemaafan pada orang lain, insyaALLAH ketenangan hati pasti akan dirasai. Jadikanlah Ramadhan ini titik tolak kita dalam meraih kehidupan yang lebih baik. Memperbaiki amalan. Memperbanyakkan amalan. Dan kembali kepada jalan Yang Maha Esa. Dan kita tak tahu akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Ianya telah dibuktikan oleh arwah ayah aku. Ramadhan yang lepas adalah Ramadhan terakhirnya. Dan mungkin Ramadhan ini bakal Ramadhan terakhir kita. Siapa tahu.

Ujian hidup akan terus datang dan terus datang. Ketahuilah ujian hidup sedang hebat melanda diri. Mahu tidak mahu kena berusaha untuk teruskan kehidupan. Berusaha meraih kekuatan walaupun kadangkala kesamaran. Kegusaran hati pasti tenggelam sekiranya kita berserah bulat-bulat padaNYA. Redha, sabar, tabah, usaha, doa dan tawakal. Jalan itu pasti akan terbentang untuk kita kelak. InsyaALLAH.

Wassalam.



Hami Asraff:

"Sentiasalah muhasabah diri. Cari kesilapan diri. Ceritakan kebaikan orang. Sentiasalah beranggapan baik pada ALLAH. Sentiasalah beranggapan baik sesama manusia. Dan terus menjadi manusia positif"


You Might Also Like

16 Comments

  1. Antara tajuk mudah faham untuk entri luahan rasa ini adalah: Ada Aku Kesah?
    Hehe biarkanlah apa orang nk fikir pun kan?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Memang lumrahnya begitu. Kita selalu mengira kesalahan yang seseorang pernah lakukan terhadap kita.
    Tapi kita terlupa menghitung kesalahan yang kita sendiri pernah lakukan terhadap orang lain. Jangan sampai satu waktu nanti Allah pula yang berkira dengan kesalahan kita. Nauzubillah. Its ok. Biar kita buat semua kerana Allah. Peduli dgn mata-mata yg melihat. Peduli dgn mulut-mulut yg mencaci tanpa henti. Moga Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  3. Always remember that bro.. You can't control everything..or anyone.

    ReplyDelete
  4. Subhanallah!! sama-sama lah muhasabahkan diri kita.. di bumi ni,tak pernah ada tempat manusia untuk bersembunyi daripada Allah. Allah sahajalah yang boleh menilai samada manusia itu baik atau tidak!

    suka sangatt entri ni! :)

    ReplyDelete
  5. lumrah manusia....x sah kalau x dengki...itulah sifat semulajadi mahkluk Allah bernama manusia..

    ReplyDelete
  6. mantap la...setuju..kadang2 pilihan berdiam diri lebih menampakkan kenikmatan daripada meluaahkan kata-kata...

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum,
    setuju dgn post ni, byk kata2 yang indah yg boleh dijadikan ingatan untuk diri sendiri (skema gile ayat)..hahaha. pape pn, Terime Kasih! selamat Berpuasa!

    ReplyDelete
  8. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”. (Riwayat Bukhari & Muslim

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..
    mustahil bagi kita nak memuaskan hati semua org..
    apa yang terbaik, jadi diri kita sendiri dan ikhlas dengan apa jua yg kita lakukan..
    teruskan menulis dari hati..sy pasti,ramai yang sangat menghargai tulisan kamu diluar sana..
    chill!!!

    ReplyDelete
  10. sebab tu...hati2 dgn setiap pujian dan hati2 juga akan cara kita menerima sesuatu pujian.

    kite tak tahu, mungkin org memuji kerana benci. just hati-hati je. :)

    salam samadhan. selamat berpuasa. :)

    ReplyDelete
  11. salam..itulah manusia, selalu tak berpuas hati n dengki dengan orang lain..selalu nak letak pasir dalam periuk nasi orang lain.

    apa2 pun, kami sebagai followers mengharapkan saudara hami x give up dlm menulis, pedulikan saja mereka yg dengki tu,kalau 10 orang tak suke,1000 orang suka n menyokong anda!

    senyum :)

    ReplyDelete
  12. Salam saudara Hami,

    Tersenyum saya tatkala membaca entri kali ini. Kerna, saya sendiri seorg blogger. Isi-isi penulisan saya iras2 entri saudara juga.

    Dalam masa yg sama, terdapat penilai2 di luar sana, terutama sekali teman2 rapat. Yg pandai menilai diri kita hanya berdasarkan tulisan. Berkawan, bertanya itu ini tentang diri kita dan membaca buku2 agama semata-mata untuk berdebat dan menjatuhkan maruah kita.

    Saya cukup terkilan dengan sikap penilai2 a.k.a teman rapat saya sendiri. Akibat insiden itu juga, saya mengenali siapa sebenar teman saya.

    So, diharapkan saudara Hami dapat bersabar dan jangan berhenti menulis. Penulisan dan isi entri saudara sangat best. Sesuai dengan "suasana" sekarang.

    Okay, Salam Ramadhan Kareeem :)

    ReplyDelete
  13. Salam saudara Hami,

    Tersenyum saya tatkala membaca entri kali ini. Kerna, saya sendiri seorg blogger. Isi-isi penulisan saya iras2 entri saudara juga.

    Dalam masa yg sama, terdapat penilai2 di luar sana, terutama sekali teman2 rapat. Yg pandai menilai diri kita hanya berdasarkan tulisan. Berkawan, bertanya itu ini tentang diri kita dan membaca buku2 agama semata-mata untuk berdebat dan menjatuhkan maruah kita.

    Saya cukup terkilan dengan sikap penilai2 a.k.a teman rapat saya sendiri. Akibat insiden itu juga, saya mengenali siapa sebenar teman saya.

    So, diharapkan saudara Hami dapat bersabar dan jangan berhenti menulis. Penulisan dan isi entri saudara sangat best. Sesuai dengan "suasana" sekarang.

    Okay, Salam Ramadhan Kareeem :)

    ReplyDelete
  14. usaha lif kejyaan..by din

    ReplyDelete
  15. Tak peduli apa orang nak kata.Ambik semangat ultras malaya.hehe

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe