­

Terima Kasih Meluangkan Masa Mengkhatam Semua Entri Blog Hampesku Ini :)

July 22, 2011









Assalamualaikum w.b.t

Kepala tengah ting-tong. Ketidakcukupan ketiduran barangkali. Kalau dah dasar Kelawar Man begitulah. Rasa macam mahu tukar profession sebagai Kelawar Man ni. Sedang mencari-cari pengganti yang dirasakan sesuai. Kamu mahu? Sila hubungi saya dengan kadar yang tak seberapa segera.

Ingat lagi entri ini? - Terima Kasih Atas Pengakuan Jujur Anda Walaupun Tanpa Dipinta. Ah, bajet macam ada yang baca. Okeylah aku tahulah blog ni bukan ada sapa nak baca pun. Terima kasih sebab ingatkan. So apa lagi hampa klik link tu cepat. Dan baca cepat-cepat. Baru boleh proceed untuk next story di bawah.

Jalan ceritanya hampir sama. Cuma penghantarnya adalah orang lain. Medium yang digunakan jugak adalah sama. Melalui inbox facebook aku. Di bawah. Lantas bacalah. Mari baca secara beriringan.




assalamualaikum...

ya bro hami...akhirnya selesai sudah saya membaca semua entri di blog bro yang hampeh nie.....(bukan saya kata bro yang kata sendiri dalam blog)....*jangan marah nanti cepat muda*

pertama sekali saya dapat tahu blog nie dari page fb im asyraf....saya trylah bukak.....bila buke telopong kejap sebab terkejut ni blog pelakon dari seberang ke (GUNAWAN) alah yang berlakon dalam drama isteri untk suami ku tu...rupa2nya tidak....adalah ckit2...

tapi selepas di baca selama 2 week (continue perenggan 1)...tang mana hampehnye tu pon tak jupe....sebaliknye sangat menarik tertarik blog nie memang dboom (macam lagu plak), dan apa yang penting sangat memanfaat dan berilmu....

untuk dijadikan cerita sebelum ni pon saya memang tak suka baca blog terutama yang merepek tu..entah ape2 je kan...saye pon merepek jugak sekarang ni..(merepek perkara betul)

saya follow pon yang rakan-rakan tu pon entah ape2....sekadar megambil hati mereka...tapi blog bro bila bace, nak bace lagi...blog dia orang lain bila bace comform tak boh bace dohhh..(menyekitkan je mata yang membaca ni) jangan habaq kat depo nahh

kadang-kadang rase mcm bace buku motivasi pon hade...kalau bro buku kan pasti ramai yang belinya...(harga pon berpatutan lah yo)....quote tu pun tersangat lah interesting...

seperti orang lain jugaklahh saye pon akan cakap tolong jgn berhenti menulis kerana mase belum tamat..aik ....sebab sangat memanfaat untuk semua...di samping memplus+.. ilmu pengetahuan dalam agama

jadi



TERUSKANLAH MENGUPDATE BLOG...

*motif utama*
nok ucap terima kasih kat hang jo..sebab appove jadi kawan kat fb...hehehe..tapi dah terlebih sudahhh berjele2 macam nie..

tapi yang di atas tu memang ikhlas dan jujur dari hati....TERIMA KASIH KERANA MENULIS BLOG YG BERGUNA....
tapi kawe masih dok pehe loghat kedoh ( tak pe belajaq slow2) sebab kawe orang pantai east..

untuk pengetahuan saya silent reader...dulu ada tulis blog jugak tu pon untuk assigment applikasi komputer...tp sekarang dah tinggal sejarah dah pon blog tu. sebab tak leh buke *password tak ingat*

syukran kerana meluangkan mase bace mesej ni..hehehehehe
:- )


Hahahahaha. Okey kesorianlah sebab aku gelak dulu. Sebab? Ayat dia ni boleh tahan lawak. Haih, membagi mengantuk aku hilang dengan tiba-tiba sungguh. Err, okey let's menjawab kembali pernyataan anda di atas.

Waalaikumussalam bro,

Terima kasih la sudi mengkhatam a.k.a membaca semua entri di blog hampes gua ni. (see gua yang kata blog gua hampes). Tarak tarak nak marah lu jugak. *serangan balas*

Sungguh tragis cara hang jumpa blog aku ni. Takpa-takpa aku consider. (Tadi gua, lani aku pulak. Layan layan). Hang tak payah nak telopong sangatlah. Ni bukan blog GUNAWAN. Ni blog MAISECAWAN :). Eh sapa dia GUNAWAN tu? *okey dengan pantas gua menggoogle*. Oooo mamat tu. Ramai orang kata muka dia macam aku. Hahaha. (Ambik! Sapa suruh bagi aku perasan sangat. Aku menokok tambah lagi la weh)

Mai ai ni nak terharu berlebihan ni. Sanggup hang menyelami setiap entri aku selama 2 minggu. Haih, taktau la nak cakap apa. Kalau dekat confirm aku bagi kat hang choki-choki. Sebagai tanda penghargaan. Serius la. Aku tak main-main. Tak jumpa hampehnya dalam blog aku ni? Hanya aku saja yang tahu dimana kehampesannya. *senyum sambil memintal kumis*

Habih la hang aku dah pecah temberang hang kat sini. Aku kasi tau semua kawan-kawan hang. Hahahaha. (Almasalahnya kawan-kawan dia kenai ka dia? Eh kawan-kawan dia baca ka blog aku? Dan yang paling penting dia ni sapa dia? Jeng jeng jeng!)

Aku memang kuat berangan. Ada la cita-cita mahu jadi pakar motivasi tu. Tapi segalanya aku mengadaptasikan di sini sajalah. Tudiaa suruh aku buat buku. InsyaALLAH kalau diizinkan olehNYA mahu jugak ke arah tu. Tapi kat hang aku jual mahal sikit. Baru untung. Dan barulah nama tolong kawan-kawan :)

Oh segala macam quote tu semuanya secara spontan dikeluarkan. Ikut situasi gua time tu. Dan aku yakin hang pun secara spontan je kan suka? *cari pasal* Terima kasih atas nasihat berguna. Akan aku sematkan kemas di celah minda dan hati sanubari.

Punya berjela-jela hang tulis sampai ke motif utama. Haha. Okey okey diterima. Sama-sama (sebab hang kata terima kasih approve hang kat facebook). Dan bidasan dilakukan : TERIMA KASIH SEBAB SUDI BACA BLOGKU INI :)

Takpo takpo mu kecek slow-slow. Nanti mu pahe la. (Gua boleh je kecek. Saja takmau tunjuk). Hasil luangan masaku telah terreply di sini. Harap tak kisah ye. Ala aku tak habaq kat orang haih hang sapa. Tak payah bimbang.



************


Memang rasa terharu apabila ada yang sudi luangkan masa membaca hasil karya kita. Semua pulak tu. Itu adalah sesuatu perkara yang menggembirakan bagi seorang blogger picisan macam aku. Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang dan membaca, terima kasih kepada silent reader, terima kasih kepada yang sudi komen, terima kasih kepada yang sudi memberi pendapat mahupun kritikan. Terima kasih membangunkan saya dalam industri blogging ni. Errr.... *off the record*

*feeling ucapan terima award

Wassalam.


Hami Asraff:

"Cubalah beri kegembiraan kepada orang lain, insyaALLAH kegembiraan itu akan terbias padamu kelak."



You Might Also Like

23 Comments

  1. hahaha.msj jawab balik tu kelakarrrrr.

    kalau ada org yg sudi baca entri kita pon dah rasa terharu.apatah lagi kalau baca semuaaaa.huhuhu.

    entri blog ni mmg ohsem pon.penuh isiii.padat. :)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum

    kaifa haluka,ya akhi??

    teruskan berpena..

    "Cubalah beri kegembiraan kepada orang lain, insyaALLAH kegembiraan itu akan terbias padamu kelak."..suka dengan kata-kata ini.mohon izin share..

    ReplyDelete
  3. betul! kalau ada org yg sudi baca entry kita, itu mmg sangat2 seronok! tak semua follower akan baca semua entry kita! tapi bila dapat komen dari mereka yg membaca, terasa seperti apa yg kita tulis dalam blog dihargai! :)

    well bro..nice reading ur entry too..its really well writen! :)

    ReplyDelete
  4. @namaakulynn:

    Cuba menjawab dengan sebaik mungkin. Terima kasih memberi komen yang juga ohsem.

    ReplyDelete
  5. @NooR AzLen BinTi HaRoN:

    Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat. Sharelah kalau ianya memberi kebaikan bersama :)

    ReplyDelete
  6. @Elie Lily:

    Benar sekali. Thanks for compliment. Appreciated :)

    ReplyDelete
  7. lawak betuiiii....hak3...

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum

    terima kasih banyak saudara Hami..

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum..

    dapat tau blog ini saat buat blogwalking di blog sahabat2..setelah meneliti satu persatu post yg dicoretkan oleh akhi..alhamdulillah,byk manfaat dan pengajaran diperolehi daripadanya.

    *dah lama nak tanya, akhi Hami ini adik kepada penulis akhi Hilal Asraff ke??

    ReplyDelete
  10. Salam'alaik Saudara Hami.

    Wajarlah jika blog Saudara Hami Asraf dilabel sebagai persinggahan rekreasi hati dek isi-isi yang dikupaskan amat menarik dan mudah dijadikan panduan dan pengalaman kepada setiap pembaca. Sejujurnya saya baru sahaja mengetahui tentang blog Saudara, melalui twitter sahabat saya- ternyata bagus :)

    Sekadar ingin berkongsi tentang pengajaran dari suatu hadis Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi;

    Sampaikanlah ilmu yang bermanfaat walau sedikit yang diketahui. Dan sampaikanlah walau sepotong ayat.

    Terima kasih diatas perkongsian ilmu, semoga kita sama-sama di bawah berkat dan naungan-Nya, amin ya Rabb. Jazakallahulkhair.

    -following

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum.. teruskan berkarya.. moga akan terus lahir idea2 yg segar.. =))

    ReplyDelete
  12. hbislah perasan cm gunawan plk..haha...
    dsebabkn terfeeling dpt award kn td abg hami..so truskn la berblogging utk dicalonkn dalm anugerah taun dpn..skian t.kasih..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum..

    tahniah....krn pembaca blog anda semakin ramai....
    btl kata bro yg bg msg tu...kalo baca blog ni mmg mcm baca buku motivasi...padat ngan ilmu dan info...tak kurang jgk entri2 yg lawak..yg blh buatkan pembaca gelak sakan...
    oh ya...saya amat suka apbl en hami wat entri yg cecah lantai tu...suspen tol....hehehehe...jrg ada blogger yg wat camtu...

    oklah teruskan berkarya dan menghasilkan entri2 yg berilmu & berkualiti....

    ReplyDelete
  14. @NooR AzLen BinTi HaRoN:

    Terima kasih baca. Hilal Asyraf lahir tahun 1989. Saya lahir tahun 1985. So kami bukan adik beradik :)

    ReplyDelete
  15. @SarahNabilah:

    Waalaikumussalam. Terima kasih atas kata-kata saudari. InsyaALLAH mari terus sampaikan ilmu yang bermanfaat.

    ReplyDelete
  16. @miss intan:

    Waalaikumussalam. Ya karya picisan ini akan diteruskan dengan izinNya.

    ReplyDelete
  17. @cipan:

    Yes, tak sabar tunggu tahun depan.

    ReplyDelete
  18. @faiezah hamzah:

    Waalaikumussalam. Alhamdulillah kalau ada yang sudi baca :) Cuma terus menjadi diri sendiri. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  19. singgah sini bace warkah dari peminat hami asraff ;)

    ReplyDelete
  20. Picture tu menarik, yang warna kuning.

    ReplyDelete
  21. bukan semua perkara kita boleh menggembirakan dan memuaskan
    hati orang untuk membaca blog kita.

    dan bukan semua pembaca gemar meninggalkan
    komen walaupun itu adalah
    sebahagian ucapan terima kasih
    kerana berkongsi info menarik...

    keep it up brother... enjoy baca blog kau..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe