­

Kesedihan Hanya Melumpuhkan Anda. Berhentilah Menangis Dan Terus Melangkah Gagah.

July 03, 2011









Assalamualaikum w.b.t

Asyik terpospone nak publish entri. Padahal dah habis dah tulis semua. Biasalah. Gejala biasa apabila di rumah. Ada saja perkara tak rasmi mengganggu diri. Tak ganggu sangat pun. Kadang-kadang sengaja menginvolvekan diri dalam acara yang mengganggu diri tu. Tak faham? Bagus. (Dah lama tak merepek)

Manusia biasa. Acapkali diuji dengan segala macam dugaan. Dugaan yang kadangkala langsung tidak mampu berkata apa-apa. Terasa berat ditanggung. Terasa langsung tiada jalan keluar. Terasa seperti tidak dipeduli. Terasa luluh hati. Hiba dan kesedihan yang terlalu menggunung tinggi.

Akhirnya kita kembali kepada fitrah manusia. Kembali pada Yang Maha Esa. Hanya Dia yang memahami segala isi hati. Bertepatan dengan apa yang aku sedang lakukan. Sedang membaca buku yang memberi inspirasi pada diri. BILA ALLAH MENDUGA KITA, karya Syed Alwi Alatas. Aku taip semula satu bahagian di dalam buku ini yang dirasakan harus dikongsi. Nanti aku ulas. Bacalah di bawah dulu.



Apa yang biasanya terjadi ketika seseorang mendapat dugaan atau kehilangan sesuatu? Bukankah dia akan merasa sedih? Bayangkan ada seseorang yang sedang meratap sedih di hadapan sebuah rumah. Kemudian dia bertanya kepadanya, "Apa yang telah membuat anda sedih?" Terus dia menjawab, "Saya baru saja kehilangan isteri saya, dia telah meninggal dunia."

Demikianlah kesan dari kehilangan pada jiwa seseorang, ianya akan menimbulkan rasa kesedihan, bahkan rasa berputus-asa. Pada situasi yang lain anda mendapati sahabat anda tertunduk lesu. "Ada apa?" Anda bertanya kepadanya. "Saya baru saja diberhentikan kerja." Demikian jawapan sahabat anda itu. Dia baru saja mendapat satu dugaan yang berat dan menjelaskan sesuatu bentuk kehilangan. Ya, teman anda telah kehilangan pekerjaan dan bererti kehilangan pendapatan harian yang selama ini dinikmatinya setiap bulan dari tempatnya berkerja.

Dugaan boleh juga diterjemahkan sebagai satu kehilangan dan biasanya menimbulkan rasa sedih pada diri seseorang. Kesedihan sebenarnya perkara yang wajar dirasakan oleh seorang yang kehilangan sesuatu. Yang harus dielakkan, sebagaimana yang diisyaratkan oleh surah al-Hadid. Kesedihan yang berlebihan dan berpanjangan atau berterusan pada akhirnya akan menggandakan dugaan yang menimpa kita. Surah al-Hadid ayat 23 menjelaskan bahawa Allah menetapkan segala sesuatu bagi kita antara lainnya supaya kita tidak terlalu bersedih atas apa-apa yang hilang dari diri kita.

Tetapi bagaimana ini boleh terjadi? Adakah seseorang yang menyedari bahawa segala sesuatunya sudah ditentukan oleh Allah mampu untuk memendam rasa sedihnya? Tentu boleh! Sekiranya seseorang mengetahui apa yang dialaminya telah ditetapkan sebelumnya oleh Allah, sekiranya dia beriman pada Allah dan merasa reda terhadapNya, maka mengapa dia harus bersedih atas sesuatu kehilangan. Bukankah itu memang sudah digariskan olehNya? Bukankah itu tetap akan terjadi walaupun kita sedaya upaya cuba menghindarinya? Jadi mengapa kita perlu hanyut dalam kesedihan?



Apakah kesedihan kita akan menyebabkan apa yang hilang itu kembali pada kita? Tentu tidak! Malah kesedihan itu menyebabkan diri kita semakin susah dan tertekan. Jadi relakan saja dan katakan, "Segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya." Bukankah dengan demikian perasaan kita akan menjadi tenteram? Kita tidak perlu menyibukkan diri dengan apa yang sudah berlalu dan kita boleh fokuskan perhatian pada apa yang ada di hadapan kita. Life must go on.

Sudahkah anda memahami rahsia ini? Al-Quran menyatakan bahawa Allah telah menetapkan itu semua supaya kita tidak bersedih hati terhadap apa yang menimpa. Semua itu sudah digariskan olehNya, tidak perlu terbawa-bawa dalam kesedihan dan berputus asa. Sekiranya orang yang sangat kita cintai meninggal dunia, wajar kita bersedih kemudian katakanlah, Inna lillahi wa inna ilahi raji'un, segalanya berasal dari Allah dan akan kembali kepadaNya! Semua ini berada dalam wilayah kekuasaan Allah. Apa yang sudah terjadi biarlah terjadi dan kembalikan segala urusannya kepadaNya kerana Allah lebih mengetahui sebab dan hikmah berbagai peristiwa di sekitar kita. Jadi berhentilah menangis, relakan apa yang baru saja menimpa dan beramallah untuk waktu-waktu yang ada terbentang di depan kita.

Ulasan dari aku.

Yeah, berhentilah menangis wahai sahabat-sahabat sekalian. Semua yang bergelar insan manusia pasti akan pernah merasai kehilangan. Kehilangan harta benda ataupun insan tersayang. Keperitan yang ditanggung pasti tidak tertanggung jiwa nurani. Hanya diri yang alami pasti mengerti. Sarat menanggung beban. Sehingga tertekan. Semua urusan terganggu. Kemurungan yang amat sangat.

Ada yang terlalu sedih apabila putus cinta. Lumrah sebagai insan manusia yang punya hati dan perasaan. Menangis semahu-mahu. Meronta, meraung malah merayu pada sang kekasih yang sudah berpaling agar kembali pada diri. Natijahnya, memakan diri. Apabila sudah tiada erti, manusia akan buat apa sahaja. Janji dapat memuaskan perasaan dan gelodak hati. Merana dan terus merana.


Kembali pada dunia nyata. Kesedihan yang berpanjangan tidak akan mampu mengubah apa-apa. Malahan diri terus terjerumus dalam lembah kemurungan. Buat apa mensia-siakan terlalu banyak perkara yang jauh lebih penting yang sedang menanti di hadapan. Kadang-kadang kita terlupa akan hakikat yang sangat menguntungkan ini. Terlalu memikirkan perkara yang sudah berlalu sehingga tidak mahu berusaha mencari jalan keluar.

Aku mengfokus pada kehilangan kekasih kerana rata-rata manusia terlalu bersedih hati disebabkan perkara ini. Ingatlah, inilah proses kehidupan yang kita semua harus fahami. Ianya datang untuk mencantikkan perjalanan hidup ini. Supaya kita lebih kental dan tahu selok belok dalam meneroka dunia luar lagi. Lihatlah sekeliling. Sekurang-kurangnya kita masih punya keluarga yang sentiasa menyokong. Sekurang-kurangnya kita masih punya kawan-kawan yang tak pernah putus memberi dorongan. Dan yakinlah anda masih beruntung berbanding orang lain.

Semua orang mengharapkan kebahagiaan dalam hidup. Sekiranya masih belum ketemu bahagia itu, janganlah berputus asa. Teruskanlah berusaha dan merencanakan kehidupan. Masa silam adalah sejarah tinggalan yang seharusnya dijadikan pedoman. Gapailah peluang yang ada pada hari ini. Dan bersiap sedia dengan segala kemungkinan di masa akan datang. Wallahu'alam.

Wassalam.



Hami Asraff:

1. Jangan terlaku leka dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik nikmat itu dengan sekelip mata.
2. Gembirakan orang tuamu terlebih dahulu sebelum berusaha menggembirakan kekasih yang tidak halal bagi kamu.



You Might Also Like

57 Comments

  1. sangat setuju dgn entry ni. perlu diforward pd rakan2 yang xhabis2 frust sbab gaduh dgn bf. pastu clash jugak huhu.

    boleh sy pinjam quote bro yg num 2 tu utk diletak kat twitter? i'll put ur name too ye:)

    ReplyDelete
  2. What makes you write about this bro?
    Busu

    ReplyDelete
  3. aku mahu gembira, dan jika aku tidak gembira, aku juga tak mahu bersedih.

    hidup ini mengajar kita banyak perkara sekiranya kita pandang ia dengan hati dan akal fikiran.

    kecewa adalah kemestian dalam episod hidup. tak apa berasa kecewa, asalkan jangan sekali-kali berputus asa.

    moga Allah sentiasa merahmati kita semua Amin.

    ReplyDelete
  4. @nadzwareina:

    Lumrah insan manusia. Dipersilakanlah :)

    ReplyDelete
  5. @Alexandriana Alia:

    Hidup mengajar kita supaya lebih kental untuk hadapi masa akan datang.

    ReplyDelete
  6. @mujahidahulya:

    Kalau ianya adalah sesuatu yang baik, dipersilakanlah :)

    ReplyDelete
  7. kehilangan sebahagian dari rencana Tuhan untuk melihat sejauh mana kecekalan hambaNya menghadapi dugaan. :)
    suka sangat entry ni. boleh mintak share? harap kawan2 saya yg pernah alami kehilangan dapat baca nanti. :)

    ReplyDelete
  8. stuju dengan tajuk ini...sememangnya ana sedang menghadapi dugaan berat sekarang...berat amat hingga mahu sahaja berhenti....tapi ternyata Allah ada percaturannya untuk ana...datang abntuan yang tak disangka-sangka....dugaan-demi dugaan yang bertimpa-timpa membuatkan kita sntiasa merintih denganNya mmbuatkan tiada ruang bg nikmat dunia mengaburi mata...Allah Maha Besar...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.......

    nice entry.....
    sesuai utk kengkawan yg sdg kecewa...dan juga diri ini dlm menghadapi pelbagai dugaan kehidupan.
    sesungguhnya...setiap dugaan yang diberikan kpd kita...ada hikmah disebaliknya...
    segala yang direncanakan olehNYA adalah yg terbaik utk hambaNYA...

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum sdra..
    entry yg bgs...byk ilmu yg ct dpt.. betul tu..gembirakan ibu bapa amat penting sekali..

    ReplyDelete
  11. Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan.. :)

    ReplyDelete
  12. saya sangat bersetuju dengan entri ini..

    ramai yg suka berduka lara kerana kehilangan kekasih yg belum tentu halal bgi mereka..sehingga terlupa kepada kasih ibu bapa dan kasih Allah..

    kata-kata terakhir hami asraf itu sangat ada benarnya..hati ibu bapalah yg perlu kita gembirakan terlebih dahulu..keranalah mereka yg paling utama dan penting dalam hidup kita..

    ReplyDelete
  13. terlalu bersedih tak baik juga untuk minda.
    I've experienced once..
    Inallahma'ana

    ReplyDelete
  14. @Nazrul Azwan:

    Lebih cekal manusia lebih tenang hidupnya. Sekiranya memberi kebaikan bersama, dipersilakan :)

    ReplyDelete
  15. @nurMujahidah:

    Alhamdulillah. Teruskanlah memohon harap padaNYA :)

    ReplyDelete
  16. @faiezah hamzah:

    Waalaikumussalam. Dan hikmah yang bakal diterima itu langsung tidak terlintas dek fikiran :)

    ReplyDelete
  17. @miss ct:

    Waalaikumussalam. Yeah itulah yang terpenting sekali.

    ReplyDelete
  18. @toblerone:

    "Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)

    ReplyDelete
  19. @♥CIK SHA♥:

    Itu yang sebenarnya yang kebanyakkan orang terlupa. Mengembirakan ibubapa seadanya terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  20. @Adni:

    Kearangkalian untuk minda berfikiran negatif adalah sangat tinggi apabila kita terlalu bersedih.

    ReplyDelete
  21. Learn to be grateful, coz if we lose something, it doesn't mean that we lose everything..

    setuju x akhy?
    =)

    ReplyDelete
  22. Hu..Sedih..rasa terharu ada entry yg boleh membuatkan pembaca berfikir kembali tntg nikmat yg sementara ni..

    ReplyDelete
  23. Assalamu'alaikum

    Alangkah bahagia dan tenangnya hidup bila memahami inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun..

    ReplyDelete
  24. saye sedang bersedih sekarang. saye hilang semuanya sekelip mata. Ujian yang hadir tanpa henti. Masih tertanya apa yang cuba disampaikan n hikmah semua ini berlaku. :(

    ReplyDelete
  25. Stuju! mantap la bro Hami. =) la tahzan innallah ma'ana.

    Nabi Muhammad S.A.W yg merupakan sebaik2 makhluk disisi Allah pun diuji dgn kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi, bahkan ketika dakwah Islam mula tersebar, isteri tercinta Baginda Sayyidah Khadijah pula dipanggil Allah, begitu juga anak-anak baginda yg masih kecil semua dipanggil Allah sewaktu masih kecil..

    Sepatutnya Rasulullahlah yg patutnya menjadi org yg paling sedih krn diuji dgn ujian plg berat, tetapi sebaliknya rasulullah sabar...

    Sebenarnya semua ujian adalah anugerah dari Allah, ganjaran berlipat ganda menunggu kita apabila kita bersabar.

    Masalah, ujian adalah tanda Allah mencintai kita, tanda Allah ingin menaikkan darjat kita.

    Tak percaya? kita lihat Rasulullah S.A.W.. bukankah baginda makhluk yg paling dicintai Allah? =)

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum,
    Setuju! bukan tak boleh menangis bila sedih...menangis je lah tapi janganlah pulah ambil masa 40 tahun untuk menangis.

    menangis sat, pas tu teruskan kehidupan dengan benda yang lebih banyak pekdah. Betul tak?

    ReplyDelete
  27. Alhamdulilah.sentiasa bersyukur atas nikmat kurnianNya. Insyallah. Thanks for reminding:)

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum..

    suka entry ni..ya, manusia sedih bila kehilangan, tapi kuat bila fikir, semuanya dari Allah, milik Allah..dariNya kita datang, dan kepadaNya kita akan kembali..dan sesungguhnya Allah Maha Adil, tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya..biarpun sedih..namun sabarlah..ada ganjaran menanti..dan yakinlah bahawa, Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya itu mampu untuk menghadapinya..wallahua'lam...

    ReplyDelete
  29. SMTI :) ( saya membaca tampalan ini)

    ReplyDelete
  30. @werdah:

    Ketenangan itu yang harus dirasakan oleh semua manusia.

    ReplyDelete
  31. @EYA NADIA:

    Apa yang telah hilang dari saudari? Ingatlah, kita hilang sesuatu, akan digantikan sesuatu dengan lebih baik. Yakinlah.

    ReplyDelete
  32. @Azam Husni:

    Alhamdulillah. Moga Rasulullah SAW terus dijadikan contoh dan teladan untuk kita semua.

    ReplyDelete
  33. @anyss:

    Menangis boleh. Tetapi janganlah meratapi.

    ReplyDelete
  34. @ummufathi:

    Yeah, harus sedar segala segenap inci di dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

    ReplyDelete
  35. thanks..dis entry membuatkan diri ini kuat dan bangkit dari kesedihan..

    ReplyDelete
  36. setuju. senyumlah. berhenti menangis..

    pernah dengar lagu HEALING - SAMI YUSUF TAK? best ;-)

    ReplyDelete
  37. alhamdulillah...buku (bila Allah Menduga Kita) mmg bagus...banyak sgt2 info dalam tu.

    bila bersedih ingatlah yang KITA MASIH ADA ALLAH, ADA DOA, ADA SOLAT, ADA PELUANG BUAT BAIK.Insyaallah kesedihan itu akan pergi :)

    ReplyDelete
  38. assalamualaikum,

    congrats,superb nice post..
    dlm hidup ni jgn sedih lame2, strengthen our heart with faith..

    (rs tenang je bile bace blog ni)
    TQ!!

    ReplyDelete
  39. Seronok baca entry ni :) Best! La tahzan, hehee.

    ReplyDelete
  40. salam . thanx a lot . entry ni byk membantu menguatkan semangat saye yg tengah sedih sebab tertekan sgt3 . Segalanye daripada Allah dan akan kembali kepada Allah .

    ReplyDelete
  41. Trima kasih banyak sebabb tulis entry camnie.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe