­

Belajar Dari Kehidupan Orang Lain. Aku Belajar Sesuatu Daripada Insan Itu.

September 21, 2011





Assalamualaikum w.b.t

Mula tersengih sorang-sorang. Diikuti dengan gelak tawa kecil. Semuanya gara-gara aku membaca kembali entri-entri blog aku terdahulu. Masa mula-mula involve dalam dunia blogging ni. Ayat kelakar. Geli pun ada. Hahaha. Aku gelak lagi. Biasalah, ini yang dinamakan proses pembelajaran. Setiap orang jalani. Lama-lama alami peningkatanlah. Tak kisah apa jua bentuk kehidupan. Semua boleh diguna pakai.

Aku menulis pelbagai. Ikut sesedap rasa. Kadang-kadang ayat dalam entri nampak berfalsafah kononnya. Kadang-kadang cuba mengolah ayat sesantai mungkin. Dan kadangkala cuba buat kelakar. Tapi tak pasti sama ada kelakar atau tidak. Bergantung pada jenis entri yang ditulis. Bergantung pada keadaan yang dialami ketika itu. Dan anda pembaca yang mentafsirkan bagaimana. Jadi terserah pada anda semua. Senyum.

Di luar hujan lebat. Sangat lebat. Pelbagai perkara berlegar di minda sekarang ni. Ikutkan hati mahu saja berkongsi semuanya. Tapi biasalah, berblogging kini tidak dijadikan priority. Maksudnya tidak menjadi keutamaan. Telah diberitahu di dalam entri "Kenapa tak rajin update blog?". Menulis sekiranya ada sesuatu yang mahu berkongsi bersama. Sekiranya ada kelapangan masa. Jadi sekarang terasa kelapangan masa itu. Dan cuba melakar sesuatu.


Aku teringat seorang insan ini. Aku gelarnya sahabat. Seorang sahabat yang aku rasa sungguh mulia. Baik hatinya. Tidak lekang dengan senyuman walaupun aku tahu hidupnya sederhana. Sering dilanda badai. Aku namakan sahabat aku sebagai Iskandar (bukan nama sebenar). Hari tu aku ada berjumpa dengan Iskandar.

"Amacam kehidupan la ni bro?" soalan acapkali aku untuk sesiapa sahaja.

"Macam ni la. Macam hang tengok ni." balasnya ringkas.

"Aku tau la. Maksud aku dah ada buah hati ka beb?" soalan provokasi diajukan.

"Buah hati? Siapa la nak kat aku ni Hami. Rupa tak ada, harta toksah dok cakap la. Lagipun aku lepasan SPM je." kata-kata Iskandar ikhlas.

"Dia mula dah buat ayat cliche dia. Alaa, hang toksah dok buat ayat sedih la. Ada la rezeki hang nanti tu. Yang penting hang kena terus berusaha." aku cuba memberi semangat.

"Aku tau. Tapi biasalah lepasan SPM macam aku ni apa la sangat kerja yang boleh buat. Aku jaga kedai ni je la."

Aku terdiam. Ayat-ayat Iskandar buat aku rasa speechless. Memang ada kebenarannya. Aku cuba faham keadaan itu walaupun sebenarnya aku dah tahu akan hakikatnya. Dunia pekerjaan sangat mencabar di luar sana. Graduan Universiti merebut-rebut mencari pekerjaan. Aku cukup mengerti dengan keadaan ini. Tapi aku tak boleh lunturkan semangatnya.

"Dah dah. Jom aku belanja hang makan jom!" aku tukar topik. Tak mahu terus mengheret rasa bersalah.


Iskandar berkerja sebagai jurujual di sebuah kedai ubat-ubatan seorang kenalannya. Dia kata setimpal dengan kelulusannya. Tiap-tiap hari dia buat kerja yang sama. Buka kedai dalam pukul 9:30 pagi dan tutup pukul 10:00 malam. Dalam seminggu beliau diberi cuti sehari. Beliau tidur di situ. Ada bilik dan segala kelengkapan di ruangan belakang kedai. Dia sorang-sorang. Kesunyian dan kesepian menjadi peneman hari-hari. Beliau tidak pernah merungut. Bahkan bersyukur. Masih punya rezeki dari Ilahi untuknya.

Aku membawa kisah sahabat aku ini untuk menjadi pedoman bersama. Kadangkala kita terlalu berasa yang kita kurang dari yang lain. Tanpa kita sedar yang sebenarnya ramai lagi yang hidup serba kekurangan. Ramai lagi yang tak dapat kecapi seperti mana yang kita dapat sekarang ni. Dengan kata lain kita sangat beruntung. Beruntung dari yang lain. Akhirnya, bersyukur juga yang menjadi keutamaan.

Aku cuba membuat perbandingan dengan Iskandar. Bercakap mengenai kesunyian, ternyata beliau lagi sunyi dari aku. Bercakap mengenai kehilangan ayahanda tercinta, dia jugak kehilangan ibu. Sudah lama ibunya tiada. Bercakap mengenai tiada rakan-rakan. Ternyata aku lebih beruntung daripada beliau. Sekurang-kurangnya aku masih punya sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong. Dan sahabat beliau terhad. Hanya beberapa orang. Dan terlalu banyak perbandingan lain yang aku menang awal-awal. MasyaAllah.

Melihat kehidupan insan lain, boleh menjadi pedoman dan iktibar pada diri. Ternyata aku belajar sesuatu daripada insan yang aku gelar sahabat itu.

Justeru, aku melahirkan rasa penuh syukur dengan segala kurniaan ALLAH yang diberikan pada aku. Sekiranya aku fikir aku kurang dari yang lain. Ternyata Iskandar lebih kurang daripada aku. Sekiranya Iskandar fikir yang beliau lebih kurang dari yang lain, ada yang lebih kurang daripada Iskandar. Lihatlah percaturan yang sudah ditetapkan. Pernah menulis entri yang berkaitan di Jangan Mengeluh Dengan Apa Yang Ditimpa. Ramai Lagi Lebih Susah Dari Kamu. Bersyukurlah!



Perkongsian kecil kali ini. Moga membawa pengertian besar untuk semua. InsyaALLAH.

Wassalam.

Hami Asraff:

"Syukur kita masih punya harapan dan semangat untuk terus berusaha jalani hidup. Tiada cara lain, usaha mesti terus. Jangan sesekali putus harap padaNYA. Sentiasa bersangka baik pada ALLAH. Kejayaan pasti milik kita kelak."

You Might Also Like

18 Comments

  1. ya berbaik sangka dengan Allah kerana Dia tahu yang mana baik untuk kita..

    ReplyDelete
  2. teruskan berjalan..jangan berhenti. InsyaAllah. :)

    ReplyDelete
  3. Nice one. Sy setuju. ucaplah Alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  4. di hujung setiap kesusahan itu ada kesenangan..

    ReplyDelete
  5. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada dengan sentiasa melihat kehidupan orang lain yang lebih susah hidupnya dari kita.

    ReplyDelete
  6. teringat kish-kisah suami..Masa saya berkenalan dengan suami dia cuma penjaga/technician CC. Gaji cuma 500++..duduk dan tidur di kedai. Kemudian dia takda ayah yang menjaga dari kecil . Memang masa tu, ketika saya berkawan dengan dia org lain mungkin kata hidup dia takda kerjaya dan tak mungkin ada peluang untuk senang..Tapi Alhamdulillah masa saya dan suami berkenalan dan bercinta (ketika tu saya tahun akhir pengajian degree suami hanya ada diploma) saya tak pernah pandang rendah terhadap masa depan dia..kami berusaha ambil peluang untuk tingkatkan kerja suami dan akhirnya suami dapat kerja di UTHM sebagai pen tek maklumat setelah 2 3 peringkat tukar kerja untuk gaji yang lebih baik. dengan kerjayanya baru kami nikah dan alhamdulillah saya sambung sarjana dan insyaallah lepas ni nak tengok2 kerja atau sambung phd.

    mungkin kerjaya suami sekarang tak segah orang lain tapi alhamdulillah ada peningkatan dalam hidup dia. Mungkin lepas ni beri peluang untuk suami pulak untuk smabung belajar.

    tujuan saya cerita kisah2 suami tak lain tak bukan nak kongsi, insyaallah pada tahap mana pun susahnya kita jangan putus asa untuk baiki..kalau ada peluang ambil/rebut peluang walaupun ia adalah untuk perubahan yang kecil..

    Dan orang disekeliling jangan pandang rendah..Siapa tahu pengutip sampah boleh jadi jutawan esok hari..Mungkin kepercayaan yang kita beri itu adalah doa dan semangat untuk mereka lebih berjaya...:)

    mungkin lepas ni sahabat hami dapat rangka matlamat hidupnya yang baru dan jumpa orang yang menjadi pendorong yang hebat...insyaallah.

    ReplyDelete
  7. assalam...
    dh lame sy tak masuk ke blog ni...akhirnye hari ini ade jugak kesempatan nk melewati blog ni...:)
    mmng jd lumrah manusia yg sntiasa merasa diri lemah dan sntiasa kekurangan, tp hakikatnye masih ada ramai umat muhammad yg lebih kekurangan dari diri kita...:)
    walauapapun thanks saudara Hami sebab post entry yg baik untuk dikongsi....:)

    ReplyDelete
  8. betol 2.....setuju...usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum

    terima kasih atas nukilan saudara ini..

    cukup "menyentuh" hati..

    BErSYUKUR dengan setiap nikmat kurniaan ALLAH SWT.

    Insyaallah,apb terbit rasa "SYUKUR" dlm benak hati kita maka kita akan lalui hidup ini dengan tenang dan bahagia walau badai melanda.:-)

    SYUKRAN JAZILAN YA AKHI HAMI..

    JAZAKALLAH KHAIRAN
    (semoga Allah membalas kebaikan)

    ReplyDelete
  10. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang bersyukur..

    ReplyDelete
  11. edy dh follow kt sini. jgn lupa singgah ke blog edy ya. tq

    ReplyDelete
  12. Live well or live hell? you choose...

    ReplyDelete
  13. yup2..mesti bersangka baik dgn Allah..Dia Maha MEngetahui apa yg terbaik utk kita

    ReplyDelete
  14. terdiam sekejap bila baca entry ni. hmmm. maksudnya di sini kita hendaklah sentiasa bersyukur kepaada ilahi. kesusahan yang kita alami tidaklah seteruk mana kalau nak dibandingkan dengan kesusahan orang lain...

    ReplyDelete
  15. Salam, jzkk untuk entri ni.memberi kesedaran kepada hambaNya yang kadang2 lupa ada yang lagi kurang bernasib baik berbanding diri ini.syukur itu sesuatu yang mudah ditutur tapi sukar di dalam pelaksanaan.contohnya byk sje di sekeliling kita ni.

    tumpng letak link eh? thankks :)


    Perempuan, hijab & pujian

    ReplyDelete
  16. lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat.

    Ada manusia yang lengkap satu bahagian, tapi diuji dari arah lain.

    Yang penting, hasbunallah..wani'mal wakeel.

    ReplyDelete
  17. Kadangkala kita terlalu berasa yang kita kurang dari yang lain. Tanpa kita sedar yang sebenarnya ramai lagi yang hidup serba kekurangan.. =)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe