­

Belajar Menerima Hamparan Kenyataan Dengan Baik

September 15, 2011





Assalamualaikum w.b.t

Bebola mata kian mengecil. Menunggu masa untuk merebahkan kepala. Merehatkan minda. Jam biologi tidur makin tidak normal. Tidak sekata. Terdorong kuat dengan faktor insomnia. Kadang-kadang berusaha keras untuk tidur. Kena paksa. Tapi masih tidak berjaya. Makanya, aku cuba mencoret sesuatu di sini.

Tetap meneruskan perjalanan hidup seperti biasa. Tebas dah redah apa jua onak mendatang. Sukar. Adakalanya senang. Tetapi kesukaran melebihi kesenangan. Mana boleh dapat sesuatu kesenangan tanpa melalui kesukaran bukan? Jadi, kesukaran demi kesukaran dihadapi demi merebut sebuah kesenangan di hadapan. Lelah juga. Tapi masih bertahan. Harap dapat terus bertahan.

Hakikat.

Cuba semak definisi sebuah hakikat.

"Sesuatu yang nyata dan tidak dapat dinafikan lagi. Kebenaran. Kenyataan."

Pelbagai rentetan peristiwa yang nyata berlaku dalam menjalani kehidupan ini. Kadang-kadang mungkin kita tidak pernah sedari. Apatah lagi mahu memahami seluruh intipati. Memang benar. Hidup ini penuh dengan misteri. Perlu terokai bagi menyingkap pelbagai misteri yang terselindung. Kadangkala kita tidak pernah mahu ambil peduli dengan segala misteri ini. Jalani dan terus jalani. Gapai apa sahaja yang didatangi.

Ujian hinggap dan pergi. Proses ini akan berulang sehingga dimamah usia. Sehingga hayat dikandung badan. Cubalah elak jika boleh. Memang tak boleh. Jadi terima dan terima saja. Dalam proses mengenal kehidupan, jatuh bangun itu adalah perkara biasa. Rentetan daripada itu kita akan mengenal apa itu sebuah hakikat. Hakikat adalah kebenaran. Kebenaran adalah kenyataan.




Mengetahui sebuah kebenaran kadangkala amat menyakitkan.

Sukar untuk berlapang dada jika mendapat perkhabaran pertama tentang kebenaran yang menyakitkan. Berusaha menidakkan kenyataan seboleh-bolehnya. Tidak betul. Semua ini tidak pernah terjadi. Ini semua mimpi. Katakan ianya tidak benar. Dan pelbagai lagi alasan yang diutarakan. Tujuan cuma satu. Cuma mahu menyedapkan hati. Supaya semuanya baik-baik sahaja.

Apabila kehidupan makin pincang, mulalah menyedari keperitan hidup. Dan setelah mengalami fasa keperitan, muncul kebahagiaan juga di hujungnya. Pada masa itu baru tersedar yang bahawasanya tatacara hidup memang sebegitu. Percaturan yang telah ditetapkan Ilahi. Begitu cantik dan sempurna sekali. Dan akhirnya mengucapkan syukur atas dikurniakan kehidupan sebegini. Maha Suci Allah. Tidak Dia menjadikan sesuatu itu untuk sia-sia.

Aku pernah tweet:

"Jangan mencampuri kehidupan orang lain. Biar mereka dengan kehidupan mereka. Kita dengan kehidupan kita."

Ada yang salah faham rupanya dengan tweet di atas. Maksud aku bukan kita tidak boleh mengamalkan untuk saling tegur menegur antara satu sama lain. Tidak sama sekali. Tegur menegur harus diteruskan selagi bernama insan manusia. Mahu terima teguran atau tidak itu cerita lain. Tetapi maksud aku adalah kita punya kehidupan sendiri untuk dijaga. Maka, jagalah kehidupan kita dengan sebaiknya. Tak perlu rasanya mencampuri hal kehidupan orang lain. Mencampuri dalam kes mahu merosakkan keharmonian kehidupan orang lain. Atau bahasa yang lebih sinonimnya, busy body. Jangan. Biar mereka peroleh rasa kehidupan itu dengan cara mereka tersendiri. Faham kan?

Terjumpa sebuah video yang rasanya sangat bagus untuk dikongsi bersama.




Jadi teruskan belajar dan belajar memperbaiki keadaan hidup. Hari demi hari. Setiap masa. Kita mengharapkan semua bakal baik-baik sahaja dengan semua rencana dunia. Jika mendapat sebaliknya redhakanlah hati. Ingat, Allah punya perancangan lebih baik. Teruskan usaha ke mercu jaya dan belajar menerima hamparan kenyataan dengan baik.

Wassalam.


Hami Asraff:

"Manusia berubah. Keadaan berubah. Cara hidup berubah. Alangkah indahnya jika manusia berubah kerana Sang Penciptanya."


You Might Also Like

11 Comments

  1. hm, setuju ngan isu jgn sibuk ngan urusan org lain pastu ader yg berdeggki jugak dgn idup org lain...

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    kdgkala sukar menerima kenyataan yg manis dlm kehidupan.

    kdgkala ada yg myangka kenyataan yg pahit itu "ujian" drp YANG MAHA PENCIPTA

    kenyataan yg manis adlh sbuah "hadiah" yg manis buat sang diri.

    Namun boleh jadi kenyataan yg "pahit" itu bisa mnjadi titik permulaan "nafas" baru dalam kehidupan kita.

    ReplyDelete
  3. alangkah indahnya manusia senang berubah kerana sang penciptaNYA :)

    ReplyDelete
  4. manusia berubah dan terus berubah....apa yang penting berubah ke arah kebaikan kepada maha pencipta..

    ReplyDelete
  5. Setiap hari kita berusaha, berjuang dan belajar,

    Tanpa elemen ini, hati dan jiwa mahupun akal akan mati,

    Inginkan kerehatan yang sebenar adalah tika jasad dan nyawa telah berpisah.

    ReplyDelete
  6. nice entry.memang susah nak terima sesuatu hakikat,cuba sedaya upaya untuk menyedapkan hati.Tapi kita tak sdr bila kita berusaha utk menerima hakikat sebenarnya itu ada satu usaha yang sgt hebat kita cuba lakukan. :)

    ReplyDelete
  7. @Ayuni:

    Dengki memang tak pernah surut untuk manusia yang busuk hatinya.

    ReplyDelete
  8. yup, manusia semakin lumpuh dan lalai dengan hiburan. termasuk lah diri ini.. :(

    Busy body perlu tapi biar bertempat. Jangan sampai org cakap, "its none of your business!" :)

    ReplyDelete
  9. Saya suka:

    "Sesuatu yang nyata dan tidak dapat dinafikan lagi. kebenaran.kenyataan"

    "teruskan belajar dan belajar memperbaiki keadaan hidup"

    ia memberi maksud yang tersendiri terhadap kehidupan yang saya punyai..:)

    secara amnya islam dan kehidupan ini punya hakikatnya yang tersendiri. manusia punya fikiran yang masing2 untuk menerima dan menilai hakikat itu. namun tak boleh menolak hakikat kehambaan terhadap Allah. Dalam menegur dan mengambil berat kerana sayangkan saudara agama kita tak lari dari dikatakan BZ body. Yes hakikatnya dalam menyatakan sesuatu hakikat, kita juga harus terus memperbaiki diri...agar semuanya, kehidupan ini menjadi terus baik dan baik..

    nice entry..:)

    ReplyDelete
  10. Life breaks us all, but in the end, we are stronger in the broken place ~Hemingway~

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe