Jangan Mengeluh Dengan Apa Yang Ditimpa. Ramai Lagi Lebih Susah Dari Kamu. Bersyukurlah!
February 27, 2011Hati mana yang tidak diuji? Pasti diuji sekiranya kamu masih insan manusia. Diri mana tidak ditimpa masalah? Diri mana tidak dirundum kesedihan. Semua manusia pernah. Aku jugak manusia yang pernah diletakkan di dalam situasi berkenaan.
Ah, sebenarnya mahu berkongsi sesuatu cerita dengan anda semua. Dipetik oleh buku yang aku sedang baca sekarang ni. 'Bila Allah Menduga Kita'. Ditulis oleh Syed Alwi Alatas.
Aku taip semula. Semoga ada pedoman bersama.
Ini merupakan kisah yang dimuatkan dalam majalah Tarbawi. Penulis kisah ini Nita Rahayu. Menceritakan pengalaman ketika mendapat tugasan penelitian di Bandung pada pertengahan tahun 2008. Bersama tiga orang rakannya, dia ditugaskan untuk mengambil data berhubung dengan penelitian kualiti udara di salah satu jalan di kota yang berudara sejuk itu. Dia merasa kurang selesa dengan tugas itu kerana terpaksa bekerja di luar pejabat dan harus terus dalam keadaan berjaga selama 24 jam. Dia tidak boleh tidur sepanjang malam. Dia menjalankan tugas dengan perasaan berat.
Jam baru menunjukkan pukul 11.00 malam. Tapi matanya sudah mula mengantuk. Udara Bandung yang dingin membuatkannya ingin pulang ke rumah dan tidur. Dia memeriksa alat yang dilengkapi pengukur suhu alat itu menunjukkan angka 17 darjah Celcius, patutlah terasa dingin. Rasa dingin, mengantuk dan rasa penat bercampur menjadi satu. Dia mula kesal mengapa mesti dia ditugaskan seperti itu, sementara orang lain boleh tidur nyenyak di rumah masing-masing. Ini merupakan pekerjaan yang tidak normal dan sangat tidak menyenangkan baginya.
Beberapa ketika kemudian dia melihat ada seorang pakcik yang berumur sekitar 50-60an berseragam lengkap tanpa jaket mula menyapu jalan. Dia melihat jam di tangannya dan pada ketika itu waktu menunjukkan pukul 2.30 pagi malah masih terlalu awal. Baru pertama kali dia melihat secara langsung ada orang yang bekerja seawal pagi begini. Jika seawal pagi ini pakcik tua itu sudah mula bekerja, pada pukul berapa pula dia bangun dan bersiap-siap untuk pergi bekerja? Lebih-lebih lagi, pakcik itu kelihatan melakukan tugas secara rutin. Pakcik itu menyapu dan membersihkan sampah di bahu-bahu jalan, masukkannya ke dalam tong sampah dan dia melakukan semua itu dengan bersungguh-sungguh tanpa perasaaan jijik. Lama dia memerhatikan aktiviti pakcik itu. Dia tertarik untuk menghampiri dan mengajak pakcik itu berbual, sambil membantunya membuang sampah ke dalam tong sampah dan dia mula bertanya tentang aktiviti pakcik itu setiap hari.
"Pakcik tidur selepas Isyak, sekitar jam 9.00 malam," Pakcik itu memulakan cerita. "Kemudian bangun semula seawal jam 01.00 pagi dan pakcik sempat untuk qiamullail, setelah itu baru pakcik bersiap untuk menyapu jalan. Sebelumnya, jika ada makanan di rumah, pakcik makan dulu dan kalau tidak ada pakcik akan bersarapan teh panas saja. Selesai menyapu dan ke tempat pembuangan sampah, jam 4.00 pagi. Alhamdulillah masih sempat solat subuh berjemaah di masjid. Selesai solat pakcik bantu isteri buat adunan tepung goreng dan di sebelah petang pakcik membantu isteri menjual di sekolah. Alhamdulillah pakcik masih sihat, tidak pernah sakit walaupun pekerjaan pakcik mengangkut sampah. Mungkin kerana sering cergas bergerak menyapu jalan setiap hari, maka tidak pernah sakit."
Ketika ditanya tentang pendapatannya, pakcik hanya menjawab, "Alhamdulillah, rezekinya sentiasa ada. Kalau soal cukup atau tidak gaji kurang dari RM100.00 satu bulan, apalagi dengan keadaan sekarang pastinya tidak cukup. Apalagi anak pakcik yang paling kecil masih ada yang sekolah di Kolej Agama (Madrasah Tsanawiyah). Tapi semuanya sudah diambil kira, pakcik terus berusaha. Yang penting berkat." Tanpa disedari orang yang bertanya mula menangis dan dia merasa malu sendiri. Pakcik itu hidup begitu sederhana malah mula bekerja di awal pagi setiap harinya dan dia sama sekali tidak mengeluh.
Kisah pakcik itu merupakan satu pengajaran yang begitu berharga bagi kita semua. Cuba perhatikan kembali kisah ini, adakah kita dapati pakcik itu mengeluh dengan keadaannya? Cuba perhatikan baik-baik, berapa kali dia mengucapkan alhamdulillah, walaupun keadaannya begitu susah namun masih mampu bersyukur. Betapa pakcik itu memiliki kekayaan yang tidak dimiliki oleh orang lain iaitu kesihatan, semangat menjaga ibadah yang begitu baik dan jiwa yang tenang serta jiwa penuh rasa syukur.
Lalu bagaimana dengan kebanyakkan manusia moden yang hidup senang, bergelumang harta, tapi sepanjang waktunya asyik saja mengeluh kerana persoalan-persoalan yang remeh. Wang banyak tapi hidup penuh dengan tekanan dan kekecewaan. Pekerjaan dan gaji yang lumayan tapi sering stres dan marah-marah. Rumah mewah, lengkap dengan penghawa dingin, tetapi masih susah tidur dan perlu mengambil pil tidur. Alangkah anehnya hidup ini. Betapa relatifnya kesenangan dan kesusahan hidup.
Moga ada pengajaran bersama :)

Wassalam.
Hami Asraff:
1. Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki.
2. Manusia makhluk yang aneh. Terlalu banyak ragam yang memeningkan kepala.
3. Masih belajar mensyukuri dan menghargai segala nikmat yang ada di depan mata.
30 Comments
setuju :)
ReplyDeletekita kena selalu bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah....
ReplyDeleteMengeluh bukan jalan terbaik....lagi banyak kita mengeluh, lagi terbeban kita dengan masalah2 yang menimpa kan..Allah tak akan bebankan hambanya dengan bebanan yang tak termampu hambanya tanggung..
@molmolla:
ReplyDeleteTerima kasih kerana bersetuju.
@~Miss_eiyDa ~:
ReplyDeleteKalau semua orang faham konsep sabar dan redha tu kan bagus.
jangan mengeluh walau brp besar dugaan untuk kite..smoga Allah memberkati.. =D
ReplyDeleteso motivate my mind yg memang ade masalah..TQ...
ReplyDeletesoothin'.huh.thanks.nice entry.:'(
ReplyDeleteagreed :)
ReplyDeleteterkesan dengan ayat 'yang penting berkat'
ReplyDeletebiar sedikit kuantiti yg penting BERKAT
thank's.. dah faham kenapa kita tak perlu mengeluh..sangat bersyukur ngan apa yang ada.
ReplyDeletesesungguhnya kebahagiaan itu datang dari sifat bersyukur..
ReplyDelete:)
@P0polita:
ReplyDeleteMengeluh tidak mampu mengubah apa-apa.
@Kasih Zulaikha:
ReplyDeleteInsyaAllah moga memotivasi diri ini jua :)
@nazihah amin:
ReplyDeleteThanks :)
@illianiAriffin:
ReplyDeleteYup. Me too :)
@amirah:
ReplyDeleteKeberkatan itu yang paling penting dalam apa jua pekerjaan.
@izyanty collection:
ReplyDeletePerancangan Allah itu terlalu sempurna. Tak perlulah mengeluh. Ada ganjaran disebalik setiap kesabaran :)
@Wahida Jumaat:
ReplyDeleteYup bersyukur dalam apa jua keadaan.
antara jalan munuju ketaqwaan adalah muhasabah diri..
ReplyDeletejom muhasabah diri~~
owh...buku ni...suka2..
ReplyDelete:)
bagusnya pakcik ni...dah la dapat qiamullail...dapat lagi jemaah subuh...memang besar pahalanya...mudah-mudahan...amin..moga pakcik sehat..=)
ReplyDeletesalam...thanks utk prkongsian cerita tu...usaha,sabar dan syukur adalah sifir kehidupan yg sngt pnting dlm hidup ni...to mr asraff, teruskn usaha anda untuk terus brkongsi ilmu dan cerita dkt sini...=)
ReplyDeletethankssss!!!! tersentuh baca cerita pak cik tu.nak menangis sebab menyesal selama ni asik mengeluh itu ini :(
ReplyDeletehidup pakcik tu berkat dan sentiasa tenang sebab dia redha dengan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk dia. sentiasa ingat ibadah yang dia wajib tunaikan sebagai seorang hamba...huhuhuhu.
saya menangis. sebab saya ada masalah yg sgt besar sekarang ni. terima kasih hami, untuk entry ini. =.=
ReplyDeleteBahagia itu pada hati yang redha bukan pada materi. Sedang berusaha untuk bersyukur dengan nikmat dan ingat pada yang lebih susah. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeletethanks... sangat sesuai dengan situasi sy sekarang... doakan ketenangan utk sy..
ReplyDelete=)
ReplyDeleteorang yg suka mengeluh ialah org yg tidak sabar..
Setuju.. Cuba untuk lebih mensyukuri selepas ini..
ReplyDeletebetol3...
ReplyDeletekadang2 sye pn sering mengeluh..
pada hal de agi orang yg lebe susa...
=D
alhamdulillah.. saya suka dengan tulisan awak.. mebbe ada baiknya Tuhan ketemukan saya dgn blog ini.. keep it up ya :-)
ReplyDeleteSetiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)