Kita Suka Buat Perkara Yang Dilarang. Bukan Disebabkan 'Valentine's Day' sahaja.

by - February 13, 2011



Assalamualaikum w.b.t

Dah lama sangat aku nak menulis perihal ini. Bukan disebabkan 'Hari Kekasih' yang berlangsung semalam tu. Semalam? Entah. Malas nak ambil tahu. Maka, bertepatanlah dengan apa yang aku nak bicarakan. Bicara mencari satu sudut aras kebenaran. Mari kita sama-sama berfikir sejenak hal ini.

Dari kecik comey lote sehingga dah jadi bapak atau mak budak, kita terlalu banyak disogokkan dengan nilai-nilai bukan murni. Ah, nilai murni tu ada saja. Kita yang tak mahu cari. Atau paling tepat sekali ianya layak dipanggil rencah hidup di dalam dunia yang penuh pancaroba.

Jangan blur lagi. Mari aku beri beberapa contoh untuk mudah difahami.


[1] "Sila jangan pijak rumput di taman permainan ini."

Tetapi kita buat ; "Pijak rumput berkenaan tanpa rasa bersalah."

[2] "Sila jangan bising. Ini adalah perpustakaan yang bukan bapak kamu punya."

Tetapi kita buat ; "Pot pet, pot pet, pot pet, gosip gosip, melodi melodi!"

[3] "Ini jalan sehala okey!"

Tetapi kita buat ; "Ah belasah aja jalan itu. Mari kita tak sehalakannya!"

[4] "Dilarang parking di sini walaupun anda bawak kereta BMW sekali pun."

Tetapi kita buat ; "Ah rileks rileks sudah. Parking je. Habis kuat saman. Saman bayar. Aku anak orang kaya. Hahaha!"

Okey faham? Itu contoh larangan-larangan dunia yang kita tak boleh buat. Maksud aku larangan dunia ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh manusia itu sendiri. Boleh je nak langgar arahan tu. Bukan berdosa pun kalau langgar. Tetapi atas dasar peraturan kita perlu patuhi untuk memudahkan segala rutin harian.

Sekarang mari kita tengok larangan yang ditetapkan syariat pulak.

[1] Kita diWAJIBkan mendirikan solat lima waktu sehari semalam.

Tetapi kita buat ; "Sekejap lagilah solat. Cerita ni best siot. Rugilah dol kalau skip. Tak paham nanti." Sekali sampai tinggal Solat Maghrib!

[2] Kita diWAJIBkan berpuasa sebulan di bulan Ramadhan.

Tetapi kita buat ; "Curi-curi makan. Curi-curi minum. Pekena cokodok dan air sirap jadilah, janji aku tak mahu berpuasa!"

[3] Kita diWAJIBkan menutup aurat tak kira lelaki atau perempuan.

Tetapi kita buat ; "Pakai seluar pendek nyaman sih! (lelaki). Pakai legging ni barulah nampak susuk tubuhku yang menawan gitu! (perempuan)

[4] Kita diHARAMkan menyentuh pasangan yang tidak halal bagi kita.

Tetapi kita buat ; "Eh tangan you ni pakai sabun cap kapak ke apa? Awat keras lain macam? Dialong pasangan yang berdatingan sambil pegang tangan.


Okey baru nak masuk perihal 'Valentine's Day' yang hampa dok agung-agungkan tu. Yer hampa is mereka. Kamu kamu dan kamu yang menyambutnyalah. Eh eh tak tak. Kami mana sambut pun. Hari 'Valentine's Day' ni pun kami tak tau apa kebenda. Kami keluar dating je pun. Kami makan-makan je pun. Kami berpegang tangan je pun. Kami mana sambut 'Valentine's Day".

Hahahaha. Mai sini kepala aku nak luku sedas dua!

*luku dua-dua terus*

Hai Cik Abang Karim dan Cik Samsiah wey, bukankah sama je konsepnya itu? Yang pasal 'Valentine's Day' ni tahu pulak sejarah dia. Siap boleh ceramah panjang lebar. Ikut paderi la, haram la, dan apa bala lagilah. Yang kamu berkasih kasihan di tempat gelap, berpegang tangan, bercumbu-cumbuan tak haram? Tak rasa bersalah dengan Allah? Tak rasa yang kamu sebenarnya lebih melampau dari 'Valentine's Day' itu?

Jawab jawab Karim dan Samsiah. Okey boleh beregu untuk nak jawab.

*sementara menunggu jawapan mereka mari baca dibawah*

Orang kita selalu mencanangkan apa yang besar untuk dijadikan isu. Orang kita selalu terpekik terlolong kata itu dan ini salah. Semua salah. Sebab? Ramai yang memperkatakannya. Ramai yang mengembar-gemburkannya. Menjadi isu. Dan kita pun nak tumpang sekakilah. Moga-moga tumpang sekaki kita itu membawa kita berada pada landasan yang benar.

Sayang. Sangat sayang. Harus dilihat dari asas terlebih dahulu. Semua orang tahu dan mahu ambil tahu, bahkan peduli sama sekali yang 'Valentine's Day' itu HARAM. Adakah orang ambil tahu dan peduli yang 'COUPLE' itu HARAM di dalam ISLAM? Ada? Ada bagus. Kalau tak ada, sila lihat ini terlebih dahulu sebelum nak terpekik terlolong nak 'membantu' membina ummah.

"Ye kami tahu kami salah." Tetiba Karim dan Samsiah bersuara. Serentak.

Eh eh!

Video di bawah cukup menerangkan yang manusia suka buat perkara yang dilarang. Memang kelakar. Tetapi itulah hakikatnya. Perkaranya mudah sahaja.




Itulah manusia. Dah cakap awal-awal lagi 'Jangan Lihat Ke Dalam Lubang Ini'. Tapi atas dasar DEGIL dan INGIN TAHU barangkali, tengok jugak. Nah! Awat tak ambil? Aku 100% salahkan orang yang tengok lubang berkenaan.

Itu je lah nak dicerita. Aku tahu mesti ada yang bercakap, 'eleh nak tunjuk bagus la tuh! Pirahhh!". Hello hello, bola satu dari bola dua, aku letak kat atas kita ya. Baca sekali lagi. 'Kita Suka Buat Perkara Yang Dilarang'. Aku tak kata hampa, kamu, mereka, dia.

Dengan kata lain, aku menasihati diri aku yang jahil ini sama. Ada faham? Marilah kita mencuba melakukan perkara-perkara yang baik dalam hidup ini. Lakukan secara istiqamah. InsyaAllah perubahan itu boleh berlaku sekiranya kita mahu. Yakinlah pada Sang Pencipta. Teruskan berdoa. InsyaAllah, ada jalannya :)

Wassalam.

Hami Asraff:

1. Nama watak di atas bukan nama sebenar.
2. Tiada gambar dalam entri kali ni.
3. Salam Maulidur Rasul semua!


You May Also Like

30 comments