­

Anda Bukan Orang Yang Bijak Sekiranya Mencarut Di Blog, Twitter, Facebook Dan Sebagainya.

February 18, 2011







Assalamualaikum w.b.t

Baru dapat idea 2 minit yang lalu. Gara-gara bertweet di Twitter. Sebenarnya dah lama aku perhati gejala begini. Gejala yang suka mencarut a.k.a makin hamun a.k.a mengeluarkan kata-kata kesat dan seumpamanya di laman-laman sosial. Tak kisahlah apa jenis laman sosial pun.

Aku tak faham manusia sebegini. Bila check balik, bukannya budak-budak lagi. Dah tua bangka dah. Tua bangka ni manusia yang sudah boleh fikir baik buruknya. Besaq panjang dah. Marah kat orang sikit, mulalah maki hamun, mencarut sana sini. Menyemak timeline orang. Penuhi dengan kata-kata kesat yang langsung tak ditapis.

Haih, kalau dekat dengan aku memang aku pang dah sekor sekor. Ni aku nak tanya hampa la. Yang suka dok mencarut kat Twitter, Facebook dan Blog ni.

"Apa hampa dapat bila mencarut macam tu?"

"Kami rasa puas!"

"Puaskah? Lagi?"

"Lagi lagi apa? Puas la. Hang ni tak reti bahasa ka? @#$%^&*!@#"

*sekali gua terkena maki hamun daaa...*

Puas macam tu? Sebenarnya lagi menaikkan nafsu amarah dan seterusnya mencetuskan satu tindakan baru dalam diri anda apabila start maki hamun begitu. Toksah dok berdalih. Semua orang tau. Tapi saja, degil tak nak ikut.

Aku pun manusia. Aku pun ada sifat tak puas hati dengan manusia lain. Aku pun ada perasaan marah. Tapi aku takkan menjatuhkan martabat aku sebagai manusia dengan mengeluarkan kata-kata kesat begitu. Sebab aku rasa memang tak nampak langsung ada tanda positif untuk anda meneruskan 'tatasusila yang sangat tak berakhlak' itu.

Mungkin sudah jadi tabiat. Jadi habit dalam diri. Susah nak buang. Itulah sapa suruh dok maki hamun orang sangat. Jangan salahkan didikan yang kurang sempurna. Ya kadangkala ia salah satu faktornya jua. Jangan salah kawan-kawan yang selalu mencarut sebegitu. Jangan salahkan sesiapa. Tunding jari kepada diri sendiri dulu.

Come on la beb! Perkara ni terlalu mudah. Simple sangat. Kalau perkara simple ni pun tak dapat tangani, macam mana perkara yang tak simple lain?

Tanyalah kepada sesiapa pun. Tak ada yang suka punya apabila orang yang suka mencarut, maki hamun segala ni. Apabila anda terlalu annoying, manusia akan pantasnya UNFOLLOW Twitter dan UNFRIEND Facebook anda.

Lepas tu ada yang dengan riaknya akan bercakap macam ni:

"Kalau hang tak suka aku dok maki hamun kat blog aku ni, toksah dok baca. Toksah dok gatai masuk!"

"Unfollow la Twitter aku ni. Tak suruh hang follow pun. Uweakk!"


"Hahaha setakat unfriend hang sorang tak ada efek apa pun. Member aku ada 4999 lagi hang tau dak?"


Kalau itulah contoh-contoh jawapan anda, memang terlalu mudah untuk mengukur aras kematangan dan kebijaksanaan anda. Terlalu menampakkan ketidakmatangan dalam melahirkan buah fikiran.

Kita manusia yang dijadikan sebaik-baik kejadian oleh Allah SWT. Janganlah rendahkan martabat kita sebagai insan berguna. Tak perlulah mengutuk, melahirkan umpatan, kata nista berunsur lucah sebab anda sendiri sudah tahu jawapannya.



Wassalam.

Hami Asraff:

1. Kalau dekat alam maya ni dah boleh sumpah seranah, apatah lagi di dunia realiti.
2. Jadi manusia baik, ramai orang senangi. Kenapa mahu memilih sebaliknya?
3. Diam itu lebih baik.


You Might Also Like

76 Comments

  1. ada sesetengah orang yang mula keluar maki hamun dan carutan ni bila dalam keadaan frust, stress dan sebagainya.. yang selalu duk buat macam tu, memang akan di unfreind, mereka yang jarang2, ikut nasib lah. kalau kawan tak rapat, memang selamba je unfriend. :D

    Pendapat anda?
    Salam maulidur rasul 1432H-tapi hari ini aku malu

    ReplyDelete
  2. mereka rasa dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak elok membuatkan mereka rasa puas. namun mereka tidak tahu bahawa sekali mereka mengeluarkan kata-kata kesat 10 kali orang akan mengata kita

    ReplyDelete
  3. @Hasrol Nizam:

    Memang tak dinafikan pun macam tu. Tapi apa yang dapat? Memang takkan puas hati punyalah. Yup kalau aku tak kenal memang aku unfollow/unfriend terus.

    ReplyDelete
  4. @Bayu Kenangan:

    Yup. Kata-kata kesat itu adalah doa untuk kita balik. Tapi tak ramai yang sedar.

    ReplyDelete
  5. bilalah kita nak berhijrah ke minda kelas pertama ye kalau kita masih membuat perkara yg tidak mendatangkan kebaikan malah keburukan

    ReplyDelete
  6. gejala memaki hamun yang makin bleluasa skrg..di blog..twitter la..fenin2..

    1. Kalau dekat alam maya ni dah boleh sumpah seranah, apatah lagi di dunia realiti.
    2. Jadi manusia baik, ramai orang senangi. Kenapa mahu memilih sebaliknya?
    3. Diam itu lebih baik.

    semua di atas sgt dsokong..diam2 sudah..;)

    ReplyDelete
  7. erm..saye teraseeeeeee...hihihihi..

    btw,THANKS.. :)

    ReplyDelete
  8. @CikSembang:

    Takkan mampu perolehi minda kelas pertama apabila gejala begini tidak ditangani. Kesedaran dalam diri yang paling penting.

    ReplyDelete
  9. diam itu lebih baik..setuju.......
    kalau nak memekik..istighfar banyak2..terhapus gak dosa2 tu

    tak pun nyanyi lagu rock ke..haha

    ReplyDelete
  10. sonok pa mencarut.. kih3..
    gurau2 saja..

    erm.. menda nih berlaku apabila nafsu amarah membatasi segala2nya.. hee :D

    ReplyDelete
  11. betul3.. ramai jugak yg suke sumpah seranah org .. haishh .. tak reti cermin diri dulu ke ape..

    ReplyDelete
  12. pernah jugak. tp tak ada lah macam over sgt kot. setakat "bengong" penah lah T________T

    ReplyDelete
  13. @nama.aku.lynn:

    Ceq pun fening. Terima kasih sebab sokong.

    ReplyDelete
  14. @✿....rossa alina....✿:

    Bukan tujuan untuk bagi terasa. Eh tapi kalau terasa bagus la kan? :D

    ReplyDelete
  15. thumb up...mrk2 bangga bila bermaki hamun...

    ReplyDelete
  16. @rizal jabai:

    Istighfar je. Ha'ah, layan rock kapak pun okey what!

    ReplyDelete
  17. @misz nana:

    Memang la seronok sebab benda beri kepuasan. Kononnyalah.

    ReplyDelete
  18. @tomato:

    Kena beli cermin bagi kat depa gamaknya.

    ReplyDelete
  19. @Ery Farieha:

    Itu tak la melampau sangat. Ni yang tersangat melampau yang orang selalu dok sumpah seranah. Ah anada pun dah tau jawapannya.

    ReplyDelete
  20. @Kazaztan Team:

    Bangga yang memungkinkan mendatangkan bala.

    ReplyDelete
  21. yup!memang bagus..sekurang2nya kita tau ape yang kita dah buat sampai orang tiba2 dah xnak kawan or xnak layan kita..

    selalu saya mencarut bila saya tension..tapi,saya delete balik la..sekurang2nye dah terlepasla sikit geram tu kan..hahaha..

    kadang2 kita tak sedar ape yg kita buat,then orang lain jadi cermin kita..

    macam dalam lirik TOLONG INGATKAN AKU.."bila marah merasuk minda,kecewa menyelubungi jiwa,AKU LUPA.." :)

    err..terpanjang plak komen ni..hihihi..oke tata.. ;p

    ReplyDelete
  22. ye..mmg sngt sngt sokong abg hami..yelahh..tak suka sngt2 la orng mncarut..tak malu ka..tmbh plak kat alm maya nehh..tngok muka baik jee..tpi..fuh bla mncarut smua trkeluarr..
    grr org mcm nehh..malu la sikit..

    ReplyDelete
  23. @Pijahh' de-Arr:

    Eh control jiwa control jiwa! Hehehe. Betol la tu apa yang anda cakapkan tu.

    ReplyDelete
  24. wat masa ni yg nampak adalah dari kalangan gadis2..tak jumpa lagi yg lelaki(mungkin terlepas pandang)

    tak seronok nak baca, just pangkah atau ignore jer..lagi dilayan, lagi parah..

    ReplyDelete
  25. andai berkata-katamu itu perak, maka diammu boleh jadi emas.....who knows, dok tengah diam bengang tiba2 jatuh emas setongkol kat depan. kuasa Allah.

    ReplyDelete
  26. malu pulak sbb mmg pernah terlepas ckp T___Y termaki hamun dh la org baca aduh malu gila :(

    ReplyDelete
  27. @ZACK ENTRY:

    owh ye ke? sy rasa lelaki or perempuan sama je< pd mereka yg 'krg bijak itu la'

    watever it is, jgn kita yg buat sudah.

    ReplyDelete
  28. yesss.dr Fadzillah Kamjat dah berbunyi.

    keh keh keh

    ReplyDelete
  29. Kadang-kadang..itulah cara orang yang tidak bijak menarik perhatian orang lain. Saloah satu cara dia nak popular....

    *tak tahu dosa pahala dah kut...*

    ReplyDelete
  30. @Ameena Muktar:

    Yup, Allah mampu lakukan apa sahaja. Kadangkala tak pernah terlintas di fikiran pun. Maka diam jalan terbaik.

    ReplyDelete
  31. @Cikgu Nurin:

    Popular tidak dijalannya. Padah yang menanti.

    ReplyDelete
  32. kadang2 orang macam ni jenis yang cakap dulu, fikir kemudian. haih people, how shallow u are actually if that's the case.

    ReplyDelete
  33. haha..memg betol pn..dah bpe orang dah aku wat unfriend kt fb...bosan dok bace maki hamun die kt wall aku..

    ReplyDelete
  34. br2 nih...aku dh mengalaminya...disindir di fb..menyampah betolla...yg kata tuh lelaki...ingtkan cerdik...tp bila dia boley wat status cm tuh n kutuk2 org tanpa tahu cita sebenar...aku mmg nk gelak la dgn org cmnih...tunjukkan kebodohan dia sebenarnya...yg hebat lak..kwn2 dia pon sama ja...duk mencarut... ci**i la apa kat status tuh...kesian kwn aku dpt bf mcm tuh

    ReplyDelete
  35. mmg banyak blog2 mcm nih.kdg2 bnda2 jijik pon dijadikan bahan cerita mcm cara nak menyahtinja.lagi sadis pabila yg mengarang cerita ialah seorang wanita

    ReplyDelete
  36. apa nk dibuat...dh mjd kebiasaan kbykn remaja skrg..well, at least this post sikit sbyk dpt sedarkan dorg yg baca ni psl p'buatan x manis tu..so it's a start...bahasa jiwa bangsa & lambang keperibadian sso kn..jgn lah dek amarah sesaat, menyesal selama2nya...=P

    ReplyDelete
  37. Nice entry, terkena batang hidung sendiri. Sebab tuh pada profile twitter @pojiepooh dah siap2 bgtau "Nak follow? Boleh, tapi jangan #sentap dengan #cacimaki dari saya", sebab saya tahu saya macam tuh, ini cara lepaskan tekanan dan marah, dari saya bantai orang itu lagi la teruk kan..

    Actually tak boleh gak nak cakap "Kalau dekat alam maya ni dah boleh sumpah seranah, apatah lagi di dunia realiti" judge dari kata² di alam maya, mungkin itu cara dia lepaskan apa yang terbuku di hati, depan² biasa jer.. Hanya jauhari mengenal manikam

    Btw, good point. Love ur blog, love ur character. Boleh jadi contoh budak2 muda, sebab saya yang tua nih pun tak boleh jadi sebaik kamu. Teruskan usaha :)

    PojiePooh; Hanya Satu...

    ReplyDelete
  38. salam..
    kadang2 ade yg mencarut, maki hamun dekat twitter or blog sebab nk le[paskan geram,or marah..yer la kn..kalau mencarut kn alam real ni kang der yg tak senang..berdosa pulak tu hee...
    bila lam twitter/ blog kita menaip bukn berkata heee.leh ke? kira dosa tu same ke tak? huhuhu

    ReplyDelete
  39. bagi aku, aku rasa malu nak maki hamun kat dalam fb. kalau marah pun, takat kuar kat dalam hati. kat fb tu la semua orang ada. kakak, abang, adik, nephew, niece, bekas lecturer, bekas cikgu. nasib baik la mak bapak aku xde fb, kalo tak, 1 family ada dalam tu. nak maki hamun mcm tu, kompom aku kena piat telinga. lagipun. kita boleh judge orang tu jenis mcm mana hanya dengan sebaris ayat tu je.

    ReplyDelete
  40. tak ada gunanya nak mencarut pada org lain.. tmbh2 kalau ramai yg baca..
    kalau dah biasa sgt mencarut mmg akan jadi tabiat..
    tu yg makin susah tu..

    ReplyDelete
  41. x suke betol org macam ni, bile ckp mcm tu mcm terase je. lepas tu kita pun akan cop orng tu bukan2. tu la, first impression tu penting kan? bila jumpa orng2 mcm ni mmg harus diunfollowkan.

    ReplyDelete
  42. realitinya aku seorang pendiam; kecuali kalau jumpa orang yang serasi diajak bercakap

    ReplyDelete
  43. first time komen kat blog ni. terlewat pulak sy follow.

    em bagi yang cakap benda tak elok ni jangan pernah cuba-cuba cakap sebenarnya. kan? kan?

    ReplyDelete
  44. Jadi manusia baik, ramai orang senangi & diam lebih baik...itu yg sy suke sgt...diam n pekakkn diri...biala...buat tak dengar n xnampka orang tu..muahahaa

    ReplyDelete
  45. setuju sgt..kalau mulut tu berzikir lagi bagus kan?

    ReplyDelete
  46. aku sokong dgn posting ko nie...shut up!

    ReplyDelete
  47. insan yang yang paling lemah..adalah insan yang tak mampu mengawal kemarahan...

    sungguh tak matang tindakan tu kn..

    fikir dulu sebelum bertindak..

    ReplyDelete
  48. bila diri terasa lebih maka itulah jadinya bro...org yang nasihatpun dikata provokasi...

    ReplyDelete
  49. @||| PöJìé PööH ||| InsyaAllah kita semua boleh menjadi insan yang baik :)

    ReplyDelete
  50. @mR.sYaH Sebab dah jadi tabiatlah ramai yang sukar meninggalkannya.

    ReplyDelete
  51. @Ratu Sulaman Biarkan orang sebegitu. Doakan yang terbaik untuknya.

    ReplyDelete
  52. @fariza mm Berfikir sebelum bercakap. Itu yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  53. @arif Terima kasih atas sokongan anda :)

    ReplyDelete
  54. @DiNa-DiaNa Think before we act. But tak ramai yang think before act.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe