Antara Peristiwa Penting Sepanjang Tahun 2011 Yang Lalu

January 19, 2012



Assalamualaikum w.b.t

Rentetan sepanjang tahun 2011 ditinggalkan. Walaupun seperti sudah terlambat untuk berkongsi, tetapi mahu mengisi di sini juga. Untuk tatapan dan peringatan buat diri sendiri dan pembaca barangkali. Banyak yang mahu dicoretkan sebenarnya. Tetapi aku lakarkan beberapa peristiwa penting yang akan terus dikenang di layar memori.



1 Januari 2011

Ibuku ditimpa sakit. Terjatuh depan bilik air. Spinal compressed. Tulang belakang ibu remuk. Dimasukkan ke wad selama 4 hari dan perlu rawatan susulan selama 6 minggu. Ada diceritakan dalam entri Ujian Itu Penyembuh. Moga Ibuku Segera Sembuh. Klik pada link untuk menyusuri ke entri berkenaan.


Senyum untuk menyembunyikan kesedihan. Senyum dalam gundah.




17 April 2011

Ujian terbesar dalam hidup. Ayah tercinta di jemput Ilahi. Luluh segala semangat nan samar ketika itu. Sebuah permata hilang. Tiada galang ganti. Banyak diceritakan rentetan pemergian arwah ayah di entri blog ini. Boleh klik di ruangan Belasungkawa Ayahanda di sidebar kanan blog ini. Al-fatihah untuk ayah, Ab. Halim Bin Md. Diah.


Gambar kenangan bersama arwah ayah. Hari Raya 2010



5 Mei 2011

Ramai yang tak tahu tentang ini. Aku hanya post di Facebook aku sahaja. Mungkin ada yang tahu. Aku terjatuh. Terseliuh. Dan buat pertama kalinya ditolak naik wilcha a.k.a wheel chair ke wad oleh seorang sahabat. Nasib baik tak patah. Ambil masa 2 minggu juga nak sembuh.


Bunyi 'prak' ketika jatuh. Boleh tahan sakit.




1 September 2011

Adikku, Hami Astafi mengalami kemalangan. Pada hari raya ke-3 tahun lepas. Patah tulang bahu. Ada diceritakan di dalam entri blog ini. Klik pada entri Tragedi Dan Rahmat Syawal jika mahu membaca ceritanya.


Wajah sebenar diblur. Beliau kelihatan rock time ni.



Antara rentetan peristiwa duka sepanjang 2011. Yang dipenuhi kedukaan. Dan aku percaya, di sebalik semua kesukaran, masih ada sinar bahagia menanti di hadapan. Sentiasa yakin akan hal ini.



1 Mei 2011

Abang aku, Hami Fazli diijabkabulkan. 2 minggu setelah pemergian ayah. Sarat dengan rasa suka dan duka waktu ini. Ada tangis di dalam kegembiraan.


Pengapit untuk kali ke-2




3 September 2011

Lahir seorang insan yang diberi nama Muhammad Harith Amsyar. Anak abang aku, Hami Shaffry. Sekarang dah nak masuk 5 bulan. Rindu beliau. Dah lama tak tengok. Juga ada diceritakan di dalam entri Tragedi Dan Rahmat Syawal ini.


Beliau.


Kita sentiasa mengimpikan semua yang baik-baik belaka. Kita mahukan kegembiraan semata-mata. Kita mahukan keadaan yang harmoni dan ceria sentiasa. Tetapi tidak semua yang kita impikan bakal menjadi milik kita. Setiap yang berlaku itu bersebab. Dan takdir ALLAH itu adalah yang terbaik. Mengharap Tahun 2012 ini dihamparkan dengan rentetan yang membahagiakan. Wallahu'alam.


Wassalam.

Hami Asraff:

"ALLAH hilangkan sesuatu, ALLAH gantikan sesuatu yang lebih baik."


You Might Also Like

35 Comments

  1. dugaan.... dan harith tuu sangat comelllll!!!!!!

    ReplyDelete
  2. setiap yang berlaki ada hikmahnya....cuma lambat atau cepat hikmah itu muncul... :)

    Selamat Tahun 2012....moga terus berjaya... :)

    ReplyDelete
  3. walau yg datang tidak akan pernah sama dgn yg telah pergi namun syukur atas kuniaanNya.jua redha dan ikhlas dgn ujian dan takdirNya..

    bteh lupa satu peristiwa besar jg ehhh,mana majlis ijab dan qabul bcik?

    ReplyDelete
  4. kehilangan di dunia bukan selama2nya.Insyaallah perjumpaan di akhirat kelak,lebih kekal abadi.
    :)Allah ambil gelak tawa,dan digantikan dengan air mata.kemudian,diberi semula gelak ketawa itu.begitulah kehidupan~

    ReplyDelete
  5. setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalik.terpisah didunia bukan bermaksud terpisah selamnya.yakinlah akan ada pertemuan diakhirat nanti.moga bertemu di syurga ilahi.

    ReplyDelete
  6. Tiba tiba rasa nak menangis bila baca entry saudara. Semoga tabah menghadapi semua dugaan dan cabaran yang bakal mendatang, Insyallah :)

    ReplyDelete
  7. Beginilah hidup: ada suka, ada duka, ada tawa, ada tangis

    ReplyDelete
  8. Insya Allah , setiap apa yang berlaku ada hikmah daripada-Nya (:

    ReplyDelete
  9. @kande:

    Bangteh dah tambah tu. Kelupaan sebentar.

    ReplyDelete
  10. @ qasih nadira :

    Kehidupan tidak sentiasa menjanjikan kebahagiaan.

    ReplyDelete
  11. @Mysara Newrie:

    Ketabahan adalah kekuatan. Hanya itu yang diperlukan oleh kita semua menghadapi dugaan.

    ReplyDelete
  12. setiap manusia ada ujian masing2..ujian tu y membuatkan kita lebih cekal dan tabah kan hami asraff..saya doakan yang terbaik untuk awk.. :)

    p/s: sila bertabah! :)

    ReplyDelete
  13. salam. ALLAH dah aturkan yg terbaik utk kita. kita hanya mampu merancang sesuatu tp ALLAH SWT jgk lah pelaksana yg terbaik.

    ReplyDelete
  14. setiap dugaan pasti ada hikmah dariNYA....DIA tak berikan ujian tanpa hikmah, cuma kadang kala ada manusia yang menganggap, ujian itu bala, sebenarnya tidak... kerana ALLAH maha mengetahui... :)

    ReplyDelete
  15. Ibu sy pn tjatuh dpn bilik air dec 2010..... kepala tulang paha tkuar dr soket pinggul. sedih . 2 weeks tdo spital d samping tgh projek thun air. rase sedih sgt ms tu. Tp sme blaku ade hikmahnya. sy bjaye grad. dh keje 6 bln skrg. n my mom dh sihat kembali.
    -nina

    ReplyDelete
  16. macam2 yek perkara berlaku..? moga kamu tabah hadapi dugaan..amin :)

    ReplyDelete
  17. salam...long time no see...=)

    ReplyDelete
  18. @alia farhah:

    Perancangan ALLAH sentiasa terbaik walaupun selalu nampak salah di mata kita.

    ReplyDelete
  19. rencah kehidupan.
    setiap yg berlaku itu ada hikmahnya.
    hidup mesti diteruskan walaupun payah. Allah swt kan ada.
    Dia sayang kita lebih dari sesiapa. :)

    ReplyDelete
  20. Allah sentiasa uji kita.Sakit tak sakit ujian tu,kita je yg tahu.Yang baik tu jadikan pedoman,yang kurang baik tu jadikan sempadan,jadikan pengajaran :)

    Slmt tahun baru masihi :)

    ReplyDelete
  21. salam ukhwah dlm ziarah... bla membca post2 spnjang 2011 ni, rsa sepi mnusuk hati... 2011 ckup meninggalkn kenangan bt sy.. khususnya bbrapa mnggu sblm ramadhan yg lps.. mngkin ianya xkn sy lupakn selagi Allah mengizinkn..dan hrpnya ia bkn pengakhiran, tp permulaan sbuah sandaran cnta... baitul muslim impian.. ="]

    ReplyDelete
  22. Salam Hami...lama rasanya x tinggalkan jejak di sini. apapun,saya sekadar mahu mendoakan semoga tahun 2012 ini akan lebih membawa rahmat, berkat dan suksek untuk hami, keluarga dan yang tercinta.eh,belum ada?=p

    ReplyDelete
  23. ehh tataw pulak hami astafi eksiden. baru 2 3 ari lepas dia msg tny khabar. huhu

    ReplyDelete
  24. kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya - tanya, kemana menghilangnya sinar, rupa - rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi... <---(sesuai x pakai ayat ni) huhu..

    ReplyDelete
  25. suka duka dalam melalui kehidupan..
    tanda Allah syg kn kta apabila melalui dugaan itu ini, yakinlah setiap perkara yg berlaku bukan scra percuma.. sgalanya penuh hikmah yg tersurat dan tersirat buat kte~ sama ada cpt dan lambat utk ketahui apa yg dikurniakan Allah.. moga diberi kekuatan Allah melalui hari2 akan dtg dalam mencari redha-Nya..

    Al-fatihah buat arwah ayah awk..
    smoga ibu, adik dan awak beransur sembuh dlm musibah dihadapi.. yakin Allah sentiasa tatkala kita susah dan senang,, Insya-Allah hidup pasti bahagia =)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe