­

Ujian Itu Penyembuh. Moga Ibuku Segera Sembuh.

January 12, 2011



Assalamualaikum w.b.t


Sekali lagi blog ini dibiarkan tidak dikemaskini. Bukan sengaja. Tapi punya alasan tersendiri. Alasan yang perlu disembunyi. Untuk diri sendiri. Ruang kebebasan untuk menenangkan fikiran perlu dalam hidup ini. Dan ruang itu yang aku perlukan. Mungkin dapat. Tapi tidak sepenuhnya.

Ujian dan masalah dalam hidup tidak akan pernah habis selagi namanya manusia. Selagi hembusan nafas diiringi. Tidak pernah tenggelam. Malahan makin bercambah dari sehari ke sehari. Pernah menulis di wall Facebookku:


Syurga satu-satunya tempat manusia tidak didatangi masalah. Selagi seseorang itu hidup di dunia ini, maka dengan itu masalah tidak akan pernah surut.


Benar di situ segalanya kebaikan dikumpul. Segala kenikmatan disatukan. Segala keindahan diberikan. Yang tidak pernah terlintas fikiran. Kehidupan yang senang-lenang. Dan semuanya yang tidak dibenarkan dilakukan di dunia dibolehkan di syurga. MasyaALLAH. Memang dah tak mampu ungkapkan apa lagi. Janji-janji ALLAH itu pasti. Kebenarannya cumalah ISLAM. Tiada lain.

Setiap yang beriman tidak terlepas daripada diuji. Cuma bentuk ujian yang didatangi berbeza keadaan, rupa dan bentuk. Bergantung sebagaimana yang ALLAH SWT kehendaki. Awas, semua orang takkan terlepas. Yer kamu pun. Kamu yang sedang membaca blog ini. Aku, kamu, mereka dan semuanya insan yang bergelar makhluk ALLAH.

Perancangan ALLAH sempurna. Tetapi seringkali salah saja di mata kasar kita. Dan persoalan KENAPA itu pantas muncul dalam benak hati dan minda. Paling membingungkan kita tiada jawapan. Lenguh hati. Berat langkah. Akal waras kadangkala membatasi. Itulah manusia.

Siapa sangka. Permulaan tahun baru 2011 yang mendebarkan. 1 Januari 2011. Ibunda tercinta ditimpa kesakitan. Ibuku terjatuh depan bilik air. MasyaALLAH. Seringkali dengar berita ini daripada orang lain. Dan hari ini giliran ibuku diberi ujian berkenaan. Ibuku jatuh, langsung tidak berbicara. Mungkin terlampau sakit untuk ditanggung.

Ya ALLAH. Hanya ALLAH saja yang tahu betapa pilunya hati aku ketika itu. Ibuku dikejarkan ke Hospital Jitra untuk jalani pemeriksaan. Tetapi akibat kekurangan doktor pakar, terpaksa dipindahkan ke Hopital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Keputusan yang diberikan oleh doktor pakar sangat mendebarkan. Tulang belakang ibuku remuk. Dan ibuku langsung tak boleh bergerak.

Sebak. Hati tersangat rawan. Hanya doa diiringi.

Ibuku ditahan di wad selama 4 hari. Dan sudah boleh pulang ke rumah. Tetapi masih perlu menjalani rawatan selama 6 minggu. Tapi perasaan bersalah menyelubungi diri apabila tidak dapat menjaga ibuku di saat genting ini. Aku masih punya perjuangan di bumi Shah Alam. InsyaALLAH, akan pulang jugak tak lama lagi.



Di wad menemani ibuku. Senyuman perlu dilakarkan walau sebagaimanapun kita diuji.



Aku akui. Banyak masalah ditimpa di permulaan tahun baru ini. Ya masalah itu adalah ujian daripada ALLAH jua. Tetapi cukuplah aku cerita mengenai perihal ibuku sahaja. Yang lain biarlah menjadi sebuah lipatan sejarah dalam hidup ini. Sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila.

Ujian itu penyembuh. Yakinlah, DIA sedang memberikan sesuatu kepada kita. Mungkin sekarang ni kita masih belum nampak. Masih tertanya-tanya kenapa diuji sebegini hebat dan sebagainya. Tapi satu hakikat yang tidak akan berubah. ALLAH tidak pernah kejam kepada makhlukNYA. Malahan senantiasa memberi peluang dan jalan untuk para hambaNYA memperbaiki amalan.

Kita kena teruskan melangkah walaupun sesukar manapun cabaran hidup yang diharungi. Ketabahan dan doa diiringi sepanjang jalan. Jalan di hadapan masih terbentang luas. Semak samun harus ditebas. Aliran sungai yang deras harus dilepasi. Gunung ganang yang tinggi kena takluki. Ada sesuatu yang menanti.

Wallahu'alam. Wassalam.

Hami Asraff:
1. Doakan ibuku cepat sembuh.
2. Doakan aku tetap tabah melangkah.
3. Doakan kita semua dilindungi dan sentiasa diberi rahmat dariNYA.
4. Hayatilah lagu di bawah. Penuh bermakna.



You Might Also Like

36 Comments

  1. noma doakan ibu kamu cpt sembuh ye... insyaALLAH~

    ReplyDelete
  2. moga ibu tuan blog cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  3. smoge ibu kamu cepat sembuh.. amin

    ReplyDelete
  4. semoga ibu anda cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala, amin...

    ReplyDelete
  5. salam...moga ibu anda cepat sembuh...sihat seperti sediakala...aminn..

    ReplyDelete
  6. syafakillah.. semOga ibumu cepat sembuh. anda harus dilihat kuat walau kakimu lemah melangkah supaya ibumu juga terus kuat..anda harus dilihat tabah walau jiwamu merintih sedih supaya ibumu juga terus tabah!

    bersabarlah..ok?

    ReplyDelete
  7. Semoga saudara Hami Asraff dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah s.w.t. ini. Apa2 pun doa anak ialah doa yang terbaik utk ibu.Selalu berhubung dgn ibu.Insya-Allah,biarpun dia sakit,tapi msh rasa dihargai sbb ada org ambil berat.

    ReplyDelete
  8. Teruskan perjuangan hami asraff.. abang suka hami kembali menulis.. semoga ibunda hami cepat sembuh dan semoga hami juga dapat tabah menghadapi setiap dugaan Allah Taala itu..

    Ingatlah dugaan memang dicipta Allah dan bertujuan untuk menguji keimanan manusia.

    www.faizalyusup.com

    ReplyDelete
  9. salam..syafakallah hami..semge kuat dlm hdpi sgla cubaan dlm khdpan..smkin kuat kte kuat di uji smkin dkt kte dgn Ilahi..smge ummi hami cpt sembuh..amin..

    ReplyDelete
  10. semoga cpt sembauh emaknye..time nilah nak menjaga ibu kt btol2 kan..semoga tabah..nice song..

    ReplyDelete
  11. ~~ hope 'ur mom will gonna be alright... InsyaAllah....
    ~~bertabahlah n continue 'ur journey as what she want and see U success...
    keep writing ya!!

    ReplyDelete
  12. semoga ibu kamu cepat sembuh dan semoga kamu tabah dalam mengharungi semua ujian Allah ini..DIA takkan menguji hamba2Nya melebihi kemampuan..kamu pasti mampu harungi..Allah menguji hamba2NYa dengan pelbagai cara untuk menguji tahap keimanan mereka..

    ReplyDelete
  13. singgah membaca di sini. menenang kan jiwa yang lara.

    P/S: semoga ibu kamu cepat sembuh.

    ReplyDelete
  14. aku doakan ibu kau sembuh, hami:)
    sabar k!

    ReplyDelete
  15. salam..
    semoga kamu cepat sembuh..
    banyakkn doa...
    apa yang terjadi pasti ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Salam 'alaik..

    innalillah wa inna ilaihi rrajiun...

    sabar ye hami...semoga terus tabah mengahdapi setiap Ujian-Nya..

    Sesungguhnya Allah ujian itu tanda kasih sayang Allah kpd kita...

    Sy turut mendoakan semoga ibu hami cepat sembuh, dan kembali sihat spt sedia kala...ameenn..

    Sedih & sayu sgt dgr lagu nie..btul2 menusuk kalbu..huhu

    ReplyDelete
  18. salam ukhwah....

    lma tak jejak blog ni...tiba2 ri ni t'baca berita cedih...innalillah....semoga mr blogger tabah n tenang hadapi segala kemungkinan & b'syukur krna ibu mr blogger masih mendapat ksempatan b'sama anak2nya yg t'cinta...eceeeewaaahhhhhhhhhh...b'jela la palk komen gue ni...heh3...k la..de k'ja g ni...chow sin chee...salam.... ;)

    ms penawar

    ReplyDelete
  19. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan ibuku. Moga Allah limpahkan rahmat ke atas kita semua :)

    ReplyDelete
  20. sye p0n teramat sdey rght n0w.ujian yg dbrkn 0leh-Nya.m0ge sye dbrikn kekuatn.n sye d0akn y0ur m0m shat smule.amin..smpaikn salam sye kt y0ur m0m ye.salam...

    ReplyDelete
  21. salam hami,

    Amin..mg ibu sembuh . InsyaALLAH

    Berikanlah harapan dan semnagt utk ibu pulih..sokongan kita amat2 diperlukan dan satu terapi juga..biarpun jauh..hubungilah sekerap boleh..InsyaALLAH samalah kita mndoakan kesihatan ibu Hami..

    Hami pun jaga diri dan teruslah merintis..ALLAH maha mendengar dan mngetahui. Amin

    ReplyDelete
  22. senyum dalam kesakitan..moga ibumu sht sejahtera...amin

    ReplyDelete
  23. tersa ketenangannya setiap kali kesini..
    semoga ibu kamu cepat sembuh. dan kamu juga diberi kekuatan dalam memgharung segala ujianNYA..
    semoga kita semua dalam rahmat dan hidayahNYA :)

    ReplyDelete
  24. semoga ibu cepat sembuh.. setiap manusia pasti menerima dugaan dlm hidup mereka.. lagu ni mmg best..

    ReplyDelete
  25. Semoga bro hami and family tabah mghadapi ujian yang diberikan olehNYA ini..setiap yg b'laku pasti ada hikmahNYA..Setiap kesakitan yg diberikan itu adalah penghapusan bg setiap dosa..insya'ALLAH..DIA sedang menguji keimanan bro hami sekeluarga..Ana doakan ibu bro hami cpat sembuh..amiin..

    ReplyDelete
  26. semoga ibu kamu cepat sembuh yaa..

    ReplyDelete
  27. semoga ibu awak cepat sembuh..sabar dalam dugaan yang Allah bagi ye..mesti ade hikmah..kem salam kat ibu awk..following..

    ReplyDelete
  28. semoga ibu Hami cepat sembuh.
    nasib kite sama cuma saya diuji dengan ayah. Insya Allah sume itu hanya sementara. =)

    ReplyDelete
  29. Salam..moga ibu kamu disembuhkan Allah...jaga ibu kamu sebaik mungkin..Saya telah kehilangan seorang mak baru2 ini..w/pun bukan ibu kandung..tp masih terasa..dan skrg ibu kandung pula sakit..ujian Allah..selagi kita bernafas..selagi tu ada ujian untuk kita kan..semoga kamu semakin tabah..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe