­

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini

June 27, 2011




Assalamualaikum w.b.t

Bermain dan berceloteh dengan anak-anak buah. Itulah aktiviti wajib sepanjang berada di kampung halaman. Mereka sumber keceriaan kadangkala. Tawa dan gurau senda selalu memecah suasana. Siapa yang ada anak buah pasti tahu.

Aku tahu memang agak lama tak kemaskini blog ini. Bukan sengaja. Bukan tiada apa mahu berkongsi. Bukan tidak mahu menaip. Bukan. Tetapi terlalu banyak perkara lain mahu dan perlu diselenggara terlebih dahulu. Utamakan yang mana perlu diutamakan.

Berkali-kali aku katakan. Aku rindu. Aku rindu seperti mula-mula berblogging dahulu. Ada sahaja titipan, madahan dan buah fikiran yang dititipkan di sini. Mahu seperti itu. Semangat berblogging waktu itu sangat hebat. Pantas saja jari jemari menari di papan kekunci. Tapi hari ini? Tika ini? Masa dan keadaan mampu mengubah sesiapa sahaja. Kena yakin di dalam hati.

Tidak mengapalah. Aku berazam akan lebih gigih lagi kemaskini blog ini. Tidak berjanji. Tapi berazam dan diikuti dengan lafaz 'InsyaAllah'. Okey mari mari! Mahu berkongsi sesuatu yang dirasakan sangat perlu berkongsi dengan pembaca semua.

Hanya satu perkataan yang tersembul keluar tatkala melihat video di bawah ni.

"TERSENTUH"

Video ini sudah diremove dari youtube. Entah kenapa. Nasib baik aku sempat download. Mungkin ada yang pernah melihat video ini. Tapi tak rugi melihat video sebegini berkali-kali.

Yang paling penting isi yang disampaikan. Selamat hayati.




Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya...

Ulasan dari penulis

MasyaAllah. Memang sangat tersentuh. Terasa begitu kerdil sebagai insan manusia di sisi Allah. Menyedari betapa besarnya nikmat yang diberikan Allah yang disalahguna oleh aku, dan oleh kita semua. Kita seringkali menganggap kitalah yang paling teruk apabila ditimpa ujian. Kita sering sedih berlebihan dengan dugaan yang kita perolehi dan kita juga seringkali mengeluh dan terus mengeluh dengan segala takdir yang ditentukan ini.

Hakikatnya jalan yang diaturkan oleh Allah SWT ini terlalu sempurna. Terlalu kemas dan rapi yang kadangkala langsung tidak terlintas dek fikiran. Maha Suci Allah. Ujian bukan untuk melemahkan kita. Sebaliknya untuk menyedarkan kita tentang erti sebenar sebuah kehidupan. Dugaan bukan untuk melumpuhkan kita. Tetapi untuk memberitahu kita ada sesuatu yang istimewa sedang menanti di hadapan.

Yakin seyakinlah di dalam diri. Allah Maha Mengetahui. Apa yang kita hajati, pasti didapati sekiranya Allah kehendaki. Wallu'alam.

Moga ada pedoman bersama. Wassalam.



Hami Asraff:

1. Menemani ibu hari demi hari sementelah berada di kampung halaman.
2. InsyaAllah akan lebih gigih menulis lepas ni. Doakan ya.
3. Tajuk entri tajuk asal video yang diupload di Youtube.

You Might Also Like

35 Comments

  1. perancangan Allah mmg paling sempurna...
    terkadang saye sendiri pun terlepas pandang..
    sering kali menyesal dan kecewa kalau de musibah menimpa..
    pada hal setiap yg berlaku tu de hikmahnya...

    ReplyDelete
  2. menonton video ini beberapa hari lalu dilaman mukabuku..sungguh ia buat rasa tersentuh itu hadir tanpa dipaksa...

    ReplyDelete
  3. jangan pernah mengeluh. Islam tak suka.. =)

    Saya pernah buat entri pasal video ni. cekidauq~
    Erti kebahagiaan yang sebenar

    ReplyDelete
  4. Saya tengok video ni berulang-ulang. Memang sangat terkesan dihati.

    Benarlah, nikmat Allah itu melebihi kesedihan yang sedikit.

    iAllah, mudah-mudahan kita sama-sama diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan hidup dan sentiasa menjadi hamba yang bersyukur atas nikmat-nikmatNYA :)

    ReplyDelete
  5. @hana:

    Kebanyakkan manusia memang sebegitu. Saya juga.

    ReplyDelete
  6. Terkesan dalam jiwa. Benar manusia ini selalu lupa. Insaf hanya untuk seketika. Kerana itu musibah bertimpa-timpa. Marilah perbaiki diri bersama.

    Semoga kita sentiasa berada di bawah lembayungNya. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. sgt tersentuh dgn video ini...byk sdrkan sy..alhmdulih..thx share...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....

    sesungguhnya perancangan Allah itu mmg sempurna.....kita sebagai hambanya sll lupa dgn segala kenikamtan yang diberikan.....

    tq coz sudi berkongsi bahan2 ilmiah sprt ini kpd pembaca....semoga kita semua dpt manfaatnya....

    ReplyDelete
  9. setuju...awe lebih suka bersederhana...cukup makan pakai dan mampu memberikan sedikit pada orang yang memerlukan...

    tq for sharing :)

    ReplyDelete
  10. salam...hami, blh tlg emailkan video ni kat sy?? mid185@gmail.com... jzkk =)

    ReplyDelete
  11. @niesa:

    Manusia - insan yang senantiasa harus dinasihati.

    ReplyDelete
  12. @faiezah hamzah:

    Waalaikumussalam. InsyaAllah. Moga ada manfaat bersama.

    ReplyDelete
  13. @Nur Hawa Mohd Zin:

    Bersederhana itulah yang perlu sebagai insan manusia.

    ReplyDelete
  14. sye memang dah tgk video nie..namun sekdar mengulangi kembali kerna ianya memberikan keinsafan pd diri dan akn mnyelebungi untuk ingt pda Dia Maha Pencipta.. Ya Allah bertapa kerdil,lemah dan hina rse diri nie... namun berusaha dalam melakukan sgalanya krn Dia... biarla hidup dgn penuh kesederhanaan... Insya-Allah kebahagiaan dan ketenangan mendampingi kte... Allah tlh mengatur yg terbaik buat kte... sme2 la renungkan diri...

    ReplyDelete
  15. Sangat benar!..Kita sering lupa bersyukur dengan apa yang ada,sangat rugi kerana kita sering menzalimi diri sendiri...kita kadang-kadang menjadi lupa tatkala menderita seorang diri bahawa Allah sentiasa ada bersama kita...

    ReplyDelete
  16. sangat tersentuh... mohon share.. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  17. kena pulak dengan lagu background..mendayu2 jadinya..

    syahdu..

    ReplyDelete
  18. sedap sungguh aishh bhsa ustaz asri..:))

    ReplyDelete
  19. la tahzan innalllah maana.. Amennn

    ReplyDelete
  20. @ummiarissa:

    Itulah sebebabnya kita digelar insan manusia.

    ReplyDelete
  21. @Fina Fento:

    Yeah lagu itu yang menambahkan kesyahduan.

    @memoriusang:

    Tersentuh jugak.

    @~teratai nailofar~:

    Lenggok bahasa yang buat orang lain tersentuh.

    @shaker:

    Ya jangan bersedih.

    ReplyDelete
  22. yep.. btol 2.. sgt suka cara dia cakap, cara dia act, cara dia memperjuangkan yg benar tnpa rasa takot... :D...

    ReplyDelete
  23. Assalamuaikum..
    Terima kasih sebab siarkan video ini, walaupun saya dh berulang banyak kali.. tapi kali ini memang terkesan dihati saya bila teringatkan "kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenar-benarnya..." erti bersyukur itu lebih besar daripada sabar. Dan jangan bersedih kerana Allah sentiasa bersama dengan kita. Saya banyak membaca tentang cerita perihal diri hami asraff dalam blog ini..sangat menyentuh perasan bila baca tentang kehilangan seorang ayah. Harap dapat teruskan kehidupan ini dengan jayanya sebab awak mungkin menjadi penulis blogger yang disegani ramai..wassalam

    ReplyDelete
  24. Video paling asal masih ada lagi... dari akaun salafussoleh. Search kat youtube "jangan bersedih, sesungguhnya allah bersama kita"

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe