­

Entri Dedikasi Selamat Hari Lahir Untuk Ibuku

December 11, 2010



Assalamualaikum w.b.t

Sedikit tinta. Mukadimah untuk insan paling ku sayangi di muka bumi ini. IBUku, Puan Salmiah Binti Husin.


Langkah dipandu selaras dengan keupayaan.

Susun atur tampak kemas. Menepati citarasa dan hak saksama.
Dari jauh jelas kelihatan walaupun samar bayangan.

Wajah itu tidak pernah lekang dengan senyuman.
Segala onak dihunus satu-persatu.
Kudrat itu sentiasa gagah di mata.
Tiada sedikit tercalit kehampaan.
Malah lakaran senyuman dilebarkan.


55 tahun. Genap usia ibuku semalam (10 Disember 2010). Seorang wanita kental. Mengharungi perbatasan untuk menjadikan aku seorang aku. Menjadikan kami seorang kami.

Melewati usia emas begini aku akur, terlalu banyak harapan dan pengorbanan digalas demi memastikan kami sekeluarga menikmati kegembiraan. Selesa dengan kehidupan. Itu yang mereka salurkan.

Tetapi anakmu ini masih belum menakbur bakti padamu ibu. Bakti? Ah, tak usah bercakap pasal bakti. Memang tidak layak untuk aku bercakap perihal bakti dengan ibuku. Sebab memang aku 'kalah' awal-awal dengan bakti ibuku terhadap aku.

Sakiti hati ibu? Mungkin selalu menyakiti hati ibuku. Kekadang tindakan ku tidak pernah ku sedari. Tidak sempurnakan hajatnya. Tidak mendengar kata-katanya dahulu. Tidak menalifonnya selalu. Bukankah itu boleh sakitkan hati ibu? Akur.

Maafkan aku ibu. Maafkan segala kekhilafan anakmu ini.

Selamat Hari Lahir untuk Ibu. Moga ibu sentiasa menjadi ibu terbaik untuk kami sekeluarga.





Video ini sentiasa menjadi pedoman kepadaku.


Hargailah ibu kita dan berbaktilah sementelah mereka masih ada di dunia ini.

Wassalam.

Hami Asraff: Bersyukur masih mempunyai ibu berbanding mereka di luar sana.


You Might Also Like

22 Comments

  1. salam..

    ckup tersentuh

    may allah bless your mother

    ReplyDelete
  2. Bersyukur jua. =D

    Selamat hari lahir utk mak hang.

    ReplyDelete
  3. happy birthday to ur mum...
    treasure ur folks while you still can..
    bgs kalu suma org ader impian utk membalas segala jasa ibu bapa di hari tua mereka...
    I do hope that I can be that person...
    huhu...

    ReplyDelete
  4. saya pernah tgk iklan tu..siyes sedih giler..dah la masa tu segmen muhasabah masa ceramah motivasi kat kolej....

    sok sek sok sek le dengonye...boy2 pon semua sok sek sok sek juga....


    semoga kamu menjadi anak yang soleh dan sejuk perut ibu kamu mengandung...

    selamat hari lahir tuk ibu hami asraf

    ReplyDelete
  5. saya pernah tgk iklan tu..siyes sedih giler..dah la masa tu segmen muhasabah masa ceramah motivasi kat kolej....

    sok sek sok sek le dengonye...boy2 pon semua sok sek sok sek juga....


    semoga kamu menjadi anak yang soleh dan sejuk perut ibu kamu mengandung...

    selamat hari lahir tuk ibu hami asra

    ReplyDelete
  6. selamat hari lahir mak Encek Hami!

    moga sentiasa diberkati,dilindungi dunia akhirat!

    amin :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari ibu....
    ke mana pon kita pergi...
    sejauh mana pon kita melangkah...
    sisip dan simpan ibu kita kemas2...
    *secantik mana pon orang umah, takleh nak celen ibu kita gak.. hehe!!

    ReplyDelete
  8. Selamat hari lahir untuk ibu Encik Hami :)

    May Allah bless her .

    ReplyDelete
  9. Assalam..
    Anak yang baik pasti mengenang ibu yg melahirkan kita..dialah yg melahirkan kita..tiada kata untuk meolak mereka..selamat hari lahir buat ibu asraf..ke 55..

    ReplyDelete
  10. yg video tu setiap pagi saya akan tgk dlm mp5 saya... dan air mata sentiasa menjadi teman setiap tiap kali tgk video tu... happy belated birthday to your mum...

    ReplyDelete
  11. bday mak kita sama..hehe..10/12.. may Allah bless her same as mine~

    ReplyDelete
  12. Sampaikan ucapan selamat hari lahir buat ibu kamo..
    Semoga dipanjangkan umur..
    Video tu sedey terharu.. haishh sape2 yg bergelar ibu besar pengorbanannya..

    ReplyDelete
  13. salm hami..

    smpaikan ucapn slmt hari lahir bt ibu kmo..

    sesungguhnya ibu adalah org y terpenting tanniah keran hami sngt menghargai ibu anda..

    dan kepada ibu-ibu yang lain selagi bergelar ibu..dialah manusia yang pling byk berkorban..

    Pape Pon Ibu sY teTAP DI HATI walaupon dia dh p jAUh ....

    ReplyDelete
  14. kasihnya ibu...kasih yang sejati... :)

    ReplyDelete
  15. kasihnya ibu, membawa ke syurga..


    sampai salam selamat hari lahir buat ibu encik Hami, semoga tercapai segala hajat dan impian beliau insyaAllah =)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe