Apa Yang Ditegur Di Dalam Blog Ini Bukan Nak Tunjuk Bagus. Menegur Dengan Harapan Ditegur.
December 16, 2010
Assalamualaikum w.b.t
*hujan membasahi bumi tatkala ini*
Tertarik dengan soalan-soalan yang dikemukakan di tempat aku praktikal ini untuk mengambil pekerjanya bekerja (interview). Dikendalikan oleh seorang yang bergelar ustaz.
Soalan yang tidak berkaitan langsung dengan prospek tempat kerja. Soalan-soalan begini yang akan ditanya dalam sesi interview.
1. Tinggal sembahyang tak?
2. Rukun Islam ada berapa perkara dan sebutkan satu persatu.
3. Rukun Iman pulak?
Wow! Terpana. MasyaAllah majikan yang sangat bagus. Entri yang berkaitan telah ditulis di dalam entri Respek Majikan Yang Menjaga Solat Para Pekerjanya.
Okey tinggalkan bab di atas. Hanyalah mukadimah.
Mari mengagendakan dengan tajuk entri di atas. Sengaja letak tajuk yang panjang. Memang sekarang ni suka letak tajuk yang panjang. Daripada tajuk tu dah pun dapat tangkap apa isu yang bakal dikupas.
Sebenarnya banyak perkara yang buat aku nak tergelak sendiri. Manusia manusia. Ada saja yang tak puas hati dengan manusia lain. Memang sejak azali tak boleh diubah hati yang membusuk itu. Dengki adalah perkara paling akrab dengan manusia. Ramai menjadikan mereka sebagai sahabat. Entri Hasad Dengki Mampu Membunuh Setiap Jiwa adalah salah satu contohnya.
Ada orang melenting apabila ditegur. Perghh berangin beb. Walhal memang benda yang dia buat itu salah. Salah kena tegurlah kan? Contoh hari tu sesuatu dialog sempat dirakamkan. Seseorang menegur seseorang yang tidak memakai tudung.
"Tutuplah aurat kamu tu." teguran diberikan.
"Lantak akulah. Aurat aku. Yang kau sibuk apasal?" jawapan dihambur dengan begitu berangin sekali.
Perbualan tamat.
Waduh waduh adik-adik, Kak Long, Kak Chik, dan Kak Limah sekali pun sedarkah itu jawapan orang jahil? Kalau sedar bagus. Kalau tak sedar sila sedarkan diri anda.
Bukan masalah menyibuk ke tidak sekarang ini. Kalau dah memang tak mau tutup aurat, nak melawan apa yang Allah suruh, jawab la elok-elok. Tapi aku tak pastilah jawapan sehabis elok yang bakal diterima apabila soalan berkenaan diutarakan.
Dalam Al-Quran pernah menyebut:
WASAMI'NA WA ATO' NA (dan kami dengar dan kami patuh)
Suka aku katakan, walaupun seorang pengemis menegur anda sesuatu yang baik haruslah patuhi. Jangan ingat dia seorang pengemis, dia hina dan anda tidak mahu mendengar teguran beliau. Tengok jugaklah teguran yang bagaimana.
Dan menjawab soalan segelintir manusia yang melabelkan nak "tunjuk bagus" sebab menegur di dalam blog ini, ketahuilah wahai manusia sekalian langsung tidak pernah terasa nak tunjuk bagus sebab memang dah terang-terangan diri ini tidak sebagus mana. Memang tak ada benda apa yang harus ditunjuk bagus.
Perlukah anda seorang ustaz, ustazah atau orang alim ulama untuk menegur?
Jawab soalan aku dulu. Baru boleh baca di bawah.
Apa yang ditulis adalah pendapat aku semata-mata, cetusan idea daripada pengalaman, pembacaan dan pemerhatian. Bukanlah apa yang diutarakan semuanya betul. Menegur dengan harapan ditegur. Bukankah teguran itu perlu dilaksanakan? Sebab itulah adanya ruangan komen. Untuk membetulkan mana yang salah. Bukanlah mencanang perkara yang tak betul kepada orang lain.
Faham?
Kalau tak faham jugak fahamkanlah. Kepada semua blogger, tulislah apa yang mahu anda tulis. Tetapi haruslah menepati kriteria yang Islam anjurkan. Sebab kriteria untuk berblogging tidaklah diselaraskan. Tetapi kriteria atau garis panduan yang Islam tunjuk jelas.
Mungkin entri ini bersesuaian untuk semua. Tak Usah Letak Gambar Yang Bukan-Bukan. Buat Tambah Dosa Sahaja.
Itu sajalah aku rasa. Kata aku tunjuk bagus lagi siap! Err...
Wassalam.
Hami Asraff:
1. Hati manusia memang tak pernah puas.
2. Eh Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya pun.

Bukan aku kata. Al-Quran yang kata. Jelas. Setiap segala perkara yang baik haruslah dipatuhi. Memang susah nak buat benda yang baik. Benda tak baik tak suruh pun ramai yang buat. Sangat akui. Tetapi haruslah terima apa yang ditegur dengan hati terbuka dan berlapang dada. Bukanlah melenting dan menghambur kata nista. Salah sama sekali.
Suka aku katakan, walaupun seorang pengemis menegur anda sesuatu yang baik haruslah patuhi. Jangan ingat dia seorang pengemis, dia hina dan anda tidak mahu mendengar teguran beliau. Tengok jugaklah teguran yang bagaimana.
Dan menjawab soalan segelintir manusia yang melabelkan nak "tunjuk bagus" sebab menegur di dalam blog ini, ketahuilah wahai manusia sekalian langsung tidak pernah terasa nak tunjuk bagus sebab memang dah terang-terangan diri ini tidak sebagus mana. Memang tak ada benda apa yang harus ditunjuk bagus.
Perlukah anda seorang ustaz, ustazah atau orang alim ulama untuk menegur?
Jawab soalan aku dulu. Baru boleh baca di bawah.
Apa yang ditulis adalah pendapat aku semata-mata, cetusan idea daripada pengalaman, pembacaan dan pemerhatian. Bukanlah apa yang diutarakan semuanya betul. Menegur dengan harapan ditegur. Bukankah teguran itu perlu dilaksanakan? Sebab itulah adanya ruangan komen. Untuk membetulkan mana yang salah. Bukanlah mencanang perkara yang tak betul kepada orang lain.
Faham?
Kalau tak faham jugak fahamkanlah. Kepada semua blogger, tulislah apa yang mahu anda tulis. Tetapi haruslah menepati kriteria yang Islam anjurkan. Sebab kriteria untuk berblogging tidaklah diselaraskan. Tetapi kriteria atau garis panduan yang Islam tunjuk jelas.
Mungkin entri ini bersesuaian untuk semua. Tak Usah Letak Gambar Yang Bukan-Bukan. Buat Tambah Dosa Sahaja.
Itu sajalah aku rasa. Kata aku tunjuk bagus lagi siap! Err...
Wassalam.
Hami Asraff:
1. Hati manusia memang tak pernah puas.
2. Eh Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya pun.
45 Comments
Entri yang memberi keinsafan.
ReplyDeletesob..sob...
hee :)
tak semua orang boleh menerima teguran
ReplyDeletedan dalam menegur pon kena ada caranya..
tapi kebanyakan orang sekarang tak pandai nak menegur dengan tertib
LATEST ENTRY
BILA SESEKALI MENYINGKAP KENANGAN LAMA
kdang2 ade diri ni mampu menegur dalam hati je..
ReplyDeleteselemah2 iman..
terima kasih untuk entri sebegini.peringatan untuk DIRI SAYA SENDIRI dan semua.
ReplyDeleteustaz tu memang best lah! haha XD
terbaik! :)
ReplyDeleteterbaik! :)
ReplyDeletemmg btl setiap tggjwb kita menegur dan ditegur. tetapi ada caranya, kdg2 cara lembut pon org ssh nak terima. sekadar pendapat, mugkin sesiapa saja seperti itu, harus ditegur secara tidak direct. :)
ReplyDeletewah
ReplyDeletehang marah sapa plak dah nih?(berdasarkan ayat last tu)
hohoho
yups
betul lah tu
asal teguran tu baik dan bukan teguran yg kasar kan
dan lepas tu terpulang pada orang nak trima atau tak
janji kita dah tegur cara baik
P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?
salam hami asraff,
ReplyDeletemmm..kekadang menegur org bukan islam lebih mudah dari sesama muslim.
Tahniah kpeda majikan prihatin:))
InsyaLLAH
Sedih jugak bila kita menulis dgn tujuan untuk membetulkan tapi ada saja yang salah anggap. Sampai di pulaukan. Sedih bila ingat balik.
ReplyDeleteBila nasihat dipinta, ramai yang kata jangan lah tulis macam itu lagi. Apakah? Menyekat idea penulisan semata-mata untuk menjaga hati mereka? Sungguh tidak adil.
just wanna share my experience. org susah nak terima teguran sbb teguran itu pahit. siapa suka telan benda yang pahit. mereka tak tau pahit itulah ubat.
ops! terpanjang pulak. hehe
Menegur pun perlu berhemah. Nabi sendiri menegur tanpa menyakiti hati insan yang hendak ditegurnya. Kalau bab tutup aurat elok menegur cara berkias.biasanya makcik dan kakcik ni tau... Tapi biasalah, manusia
ReplyDeleteApa pun,hasil teguran dan dakwah tidak berlaku pantas spt yg kita mahu. Jadi, teruslah menegur dengan hikmah dan berhemah...
salam.. skong apa yg akhi kata. lg² prihal gmbar tu. ♥
ReplyDeleteentry baru : POLIGAMI | UKHTI itu membenarkan. moga diriku juga bisa begitu. *_*
saya tertarik dengan entry ni.
ReplyDeletesya sedang berusaha menuju ke arah kebaikan tapi bukan pura-pura baik.
kalau sy.. sy rasa beruntung jika ada yg sudi menegur apetah lg membimbing.....=)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletesetuju
blog juga boleh jadi medan dakwah
teruskan abg hami
petang hujan yg damai dengan membaca entry ini xD
ReplyDelete@butterflyana:
ReplyDeleteHopefully :)
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr:
Islam telah pun meletakkan garis panduan dalam menegur.
@zati-zt:
Sekiranya itu jalan yang terbaik.
@Hanisah Safian:
Dan ingatkan diri ini juga :)
@Wanie Azeera:
Biasa je :)
@amirah:
Kadang-kadang sound direct itu lebih berkesan.
@hans:
Adalah kepada manusia yang tak pernah puas. Yup tanggungjawab mesti diutamakan terlebih dahulu.
@ainhany:
Setuju. Kekadang orang bukan muslim lebih faham situasi berbanding yang telah sediakala muslim.
@masturah idrus:
ReplyDeleteTeruskanlah sekiranya itu kebenaran. Berani kerana benar. Memang benda baik terlalu banyak tentangan.
@a kl citizen:
Betul. Perlu berkias. Tetapi adakalanya kena direct. Makcik2 yang masih membuka aurat tu la yang paling menyedihkan. Jawapan paling best "belum sampai seru". Alahai nak tunggu seru apakah?
@M.Mariyatul:
Waalaikumussalam. Terima kasih.
@puspanita:
InsyaAllah ada jalannya. Setiap perkara yang baik itu pasti akan dibantu. Teruskanlah berusaha!
@aYu:
Saya pun sama. Beruntunglah sebab kita boleh tahu kelemahan kita dan tampung kelemahan tersebut.
@Anonymous:
Waalaikumussalam. Terima kasih. InsyaAllah :)
@Eazy Izzuddin:
Hujan dah berhenti dah :)
Ada silap sikit kat entry tu, Wasamiqna bukan wasamiaqna. :)
ReplyDeletePerbetulkan ye.
@Aftiey:
ReplyDeleteTerima kasih menegur. Hah beginilah caranya. Kalau salah tegur terus :)
erm pasni de lg perbincangan dikolam renang?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Akhi Hami..
ReplyDeleteBeruntung jika ada orang menegur kita dan kita juga menegur orang lain. Teguran itu maknanya ada orang sayang kita dan tidak inginkan keburukan untuk diri kita.
Sama seperti dakwah, dakwah ini sebenarnya adalah untuk mengajak diri sendiri terlebih dahulu. Dakwah membantu diri sendiri, lepas tu baru boleh bantu diri sendiri.
Nak tegur sikit boleh? Tang, 'WASAMIQNA WA ATOO'K NA'
Patutnya tulis macam ni, 'wa sami'na wa atho'na'. Maksudnya, 'dan kami dengar dan kami patuh.'
Terima kasih, Akhi.
Manusia memang dijadikan untuk saling lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain.
:)
waa. bgos la entry ni, :)
ReplyDelete@SHaRZ:
ReplyDeleteInsyaAllah :)
@Seorang Saudara:
ReplyDeleteWaalaikumussalam saudara.
Menegur haruslah senantiasa. Sebab manusia ini sering alpa dan lupa. Ya melalui teguran kita akan tahu di mana silapnya kita. Itulah yang terutama.
Ini yang saya cuba lakukan. Bukanlah memberitahu saya ni bagus. Berulang kali saya katakan, apa yang ditegur, menegur diri sendiri terlebih dahulu.
Terima kasih dengan teguran. Telah dibetulkan :)
@Ciki:
ReplyDeleteTak bagus mana pun. Menulis apa yang dirasakan perlu :)
yups betul lah tu
ReplyDeletekadang2 mereka pun tahu mereka salah tapi sebab ego mereka xnak dengar nasihat
so, relaks saja
kita dah buat tanggungjawab kita kan?
nice entry
P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans
teguran yang sgt membina.thanx...=)
ReplyDeletesaya pernah dapat interviewer yang mcm tu, time tu interview navy. pegawai tu tanya pasal rukun iman. mmg terkejut jugk pada mulanya sebab tak sangka soalan tu yang akan ditanya. rasanya dia sama dengan majikan asraff. dia nak pekerja yang jaga solat. tabik jugak dengan pegawai tu.
ReplyDeleteteguran itu kan bagus utk melihat diri sendiri.
@hans:
ReplyDeleteSedang buat rileks dan cool! :)
@Miss Shizu:
ReplyDeleteBiasa je. Welcome and thanks to you back :)
@AtieAbid:
ReplyDeleteMemang akan respek apabila interviwer bertanyakan soalan-oalan bercorakkan keagaamaan.
naishat yg sgt memyedarkan minda,,
ReplyDeletethnx alots..
(^_^)Y
ReplyDeletekubur lain2 --->jwpn stended
ReplyDeleteTak salah kalau saling mengingatkan.
ReplyDeleteVee sendiri pun sebenarnya ada ciri2 macam yang Hami tuliskan tadi. Tentang menutup aurat... :)
Hami, Vee ada masukkan nama Hami.
http://kisahklasikita.blogspot.com/2010/12/nama-peserta-99-hari-kisah-klasik-kita.html
@Fariq:
ReplyDeleteNasihat untuk diri sendiri terlebih dahulu :)
@Hazwan Arif:
ReplyDeleteItu jawapan orang tak matang.
insaf2...
ReplyDeletesinggah
;)
Salam singgah.
ReplyDeletebermakna :)
sedar... tegur dgn cara yg berhemahkn..
ReplyDeletepanjang sungguh tajuk.. :)
ReplyDeleteYup, teguran. Bukan senang orang nak menerima teguran. lagi susah tang nak menegur orang. Kebanyakan nya lebih suka wat bodo. "Lantak lah, asalkan tak kaco hidup aku".
Saya pernah cuba menegur seseorang, tapi tak berjaya. Mungkin cara yang digunakan tak betul. malah akibatnya kitrg gaduh besar. After that, mmg tak berani nak tegur org dah. Ah betapa lemahnya diri ini (T_T)
@Eazy Izzuddin:
ReplyDeleteBaguslah :)
@saya:
Terima kasih :)
@mR.sYaH:
Yup itu yang diperlukan!
@SyafiqaNabila:
Suka atau tidak teguran itu harus dilaksanakan jugak. Yer teguran yang berhikmah itulah yang perlu diamalkan yang ramai orang lepas pandang sebenarnya. Selagi termampu kita teruskan :)
As salam saudara,
ReplyDeleteEntri yang bagus untuk dibaca.
p/s: soalan yang ketiga oleh majikan tu 'rukun IMAM' atau pun rukun 'IMAN'?
Memetik kata2 dari penulisan Ust Pahrol (http://genta-rasa.com/): "Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk 'menanam'. Di sana (akhirat) nanti barulah 'menuai'. Musim bertanam memang payah-mencangkul, membaja, menjaga dari serangga & bermacam2 lagi kesusahan. Apabila menuai nanti, baru tersa nikamat & keseronokannya".
ReplyDeleteSamalah dgn situasi saudara hami. Menegur untuk kebaikan memang susah untuk semua org menerima. Sy doakan hami tidak sekali2 putus asa (^_^)
Entry baru: (http://menujujalanmujahadah.blogspot.com/2011/06/perempuan-tak-guna.html)
Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)