Jangan Pandang Orang Sebelah Mata

August 23, 2015








Assalamualaikum w.b.t

Memberi salam pembuka wadah bicara. Menyambut salam wajib pada yang membaca. 

Di petang nan indah ini (kalau korang tengah baca ni waktu malam, imagine je waktu petang), ditemani secawan kopi dan seplastik cucur ubi. Oh nikmat. Cuaca di luar redup redup sahaja. Petang yang perfect untuk aku memulakan cerita.

Sebenarnya benda ni dah lama nak story. Since aku berkecimpung dalam dunia Takaful, banyak juga perkara baharu yang aku pelajari dan aku teladani. Biasalah, setiap hari kita pasti akan pelajari benda baru, walaupun sedikit.

Cerita dia macam ni.

*Adjust tempat duduk*

Menjadi seorang Agen/Perunding Takaful ini bukanlah sebuah tugas yang senang. Biasalah, ada orang menganggap pekerjaan ni low standard. Ala, korang tak payah menipu. Aku tahu apa yang korang fikirkan tu. Sebab orang luar termasuklah aku satu masa dulu anggap jadi Agen Takaful ni sesiapa sahaja pun boleh. Ternyata tanggapan aku salah sama sekali. Jadi bila melayari hidup sebagai Agen Takaful ni hang kena lakukan aktivitilah untuk cari klien. Ini perkara wajib. Antaranya kena buat phone call yang korang akan rasa "Hoi aku busylah. Kbai!", lepas tu kena buka booth yang flyers korang buang seminit selepas Agen Takaful bagi tu, then kena direct approch yang korang cecepat melarikan diri dan pelbagai aktiviti lagi.

Jadi tersebutlah alkisah seorang mamat kacak yang namanya terpaksa dirahsiakan. Mamat ni pun seorang Agen Takaful yang berwibawa. Satu hari tu beliau buka booth bersama rakan-rakan di sebuah shopping complex. Aktiviti apabila berada di booth seperti biasalah, approach orang yang lalu lalang sambil menghulurkan flyers. Ada yang ambil, ada yang tidak endah, ada yang betul-betul mahu dengar explaination dan sebagainya.

Mamat duduk sebentar, melepaskan penat sambil membelek-belek proposal form. Anak matanya meliar pada kerumunan manusia yang sibuk membeli belah. Matanya terlihat seorang wanita yang memimpin tangan anaknya. Kira-kira umur wanita itu dalam lingkungan 40-an.

"Assalamualaikum kakak. Maaf mengganggu. Boleh saya pinjam 5 minit masa kakak?"

Sapaan biasa.

"Waalaikumussalam. Oh insurans? Maaf saya tak berminat!"

Laju sahaja wanita itu menjawab. Seperti dah ternanam dalam benak minda, "Ah insurans. Negatif negatif negatif."

Mamat senyum sahaja. Baginya itu perkara biasa.

"Terima kasih akak. Assalamualaikum."

Wanita itu berlalu dengan meninggalkan kesan kelat di pinggir wajah. Kedengaran beliau berkata sesuatu pada anaknya.

"Adik, besar nanti jangan jadi macam ni ya!"

Wajah anak kecil itu terkebil-kebil. Walaupun dalam lingkungan umur 9 tahun, tapi mungkin masih belum mengerti semuanya.

Mamat tetap senyum tenang. Tabahnya hari Mamat. Beliau meneruskan aktivitinya semula. Approch orang, edar flyers, explain sebaik mungkin, senyum.




*******************






Siapa Mamat sebenarnya? Sebelum Mamat bekerja sebagai Agen Takaful sepenuh masa, Mamat bukanlah calang-orang orang. Beliau berjawatan sebagai Project Manager di sebuah company swasta. Gaji bukan kecil. Persoalannya, kenapa Mamat mahu menjadi Agen Takaful? Adakah dengan mengedar flyers, terus dipandang serong?

Tidak salahkan sesiapa. Itu lumrah. Kita telah diasuh dan dididik dengan keadaan begini sejak sekian lama. Keluar Universiti kena jadi Doktor, kena jadi Lecturer, kena jadi Lawyer, kena jadi Engineer. Pernah tak kita diasuh, keluar Universiti, kena jadi Businessman, kena jadi Agen Insurans/Takaful? Memang tak pernah.

Wanita tadi tidak tahu, gaji Mamat yang dipandang hina itu lebih tinggi dari gaji beliau sebagai Project Manager, Engineer, Lawyer, Lecturer dan sebagainya. Ya ini kisah benar.

Aku bawakan kisah Mamat ini sebagai pengajaran teladan bersama. Jangan terlalu mudah memandang orang sebelah mata. Jangan terlalu mudah memperlekehkan orang lain. Kita tidak pernah tahu, orang yang kita perlekehkan jauh hebat berbanding kita. Ingat. Sampai bila-bila.

InsyaAllah nanti saya tulis mengapa saya pilih kerjaya sebagai Agen Takaful dan meninggalkan kerjaya sebagai Lecturer dan Engineer sebelum ini. Doakan!

Moga Allah bersihkan jiwa-jiwa kita.






Hami Asraff:


Tidak perlu sentiasa mendongak ke langit. Adakalanya kau perlu tunduk memandang bumi. Itu permulaan kau mengenal hidup ini.



You Might Also Like

7 Comments

  1. Saya pun teringin nak tau kenapa Encik Hami sanggup berhenti jadi engineer dan tukar kerjaya.

    ReplyDelete
  2. betul tu..jangan pandang rendah terhadap seseorang.

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com

    ReplyDelete
  3. Share la nak tahu pasaipa? best sgt ka jd insurance consultant ni?

    ReplyDelete
  4. Memandang rendah pada orang lain seakan-akan diri sendiri terlalu sempurna.
    Adakalanya tak terdengar dari mulut, hanya pandangan sinis dari mata sudah cukup menghiris hati.

    Apa2pun, Keep up the good works.
    Semoga berjaya dunia & akhirat (✿◠‿◠)

    ReplyDelete
  5. Ignore the naysayers..Follow your dreams

    ReplyDelete
  6. Blh saya share di fb saya?
    Saya pun seorg lecturer, sdg menyambung phd.... tp Allah dah bukakan hati saya utk menjadi seorang ejen takaful, dan juga bermula dari bawah.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe