Sesi Monolog Dalaman

Tuesday, December 29, 2015

Menyaksikan Keindahan Ciptaan Allah Dari Puncak Bukit Keluang


Oleh kerana masih belum move on dengan Puncak Bukit Keluang ni, makanya aku update di sini pulak. Lagipun dah lama kot aku tak buat entri bergambar. Rindu gila zaman study dulu semua aktiviti nak bercerita kat sini even lepak Mekdi sampai subuh dinihari. Haha. Rindu beb zaman menggila blogging dulu. Okay takpa itu cerita dulu.

Actually pendakian Bukit Keluang ni bukanlah sebuah pendakian terancang sangat pun. Housemate gua nak balik kampung dia kat Besut Terengganu. Alang-alang gua pun stress hujung-hujung tahun ni, so follow je la. Boleh makan nasi dagang sama sata. Entah kenapa kalau sebut Pantai Timur je, nasi dagang dan sata saja yang terlintas di minda. Yup alhamdulillah memang jumpa pun dua makanan tu. 

Kami pi hari tu berlima. Aku tak expect apa sangat tentang Bukit Keluang ni pada mulanya. Aku dah pernah sampai Pantai Bukit Keluang ni. Cuma mendaki ke puncak bukit ni ja belum. Pendakian dimulakan seperti biasa. Pancit juga. Biasalah stamina kian mengendur sejak dah meningkat usia ni. Eh?

Mendaki around 35 minit macam tu sampai la ke puncaknya. Sampai-sampai je gua terus rasa terpukau. Serius. Tak sangka pulak pemandangan dari puncak ni awesome gila. Serius awesome. Hampa tengoklah sendiri kat gambar di bawah ni.



Sampai je terus snap gambaq dan Instagram. Haha standard.

Kelihatan seperti bentuk ikan paus di situ.


Macam obersea kan? Kan gua dah cakap!

Bersama merekalah. Ada yang pakai selipar je naik. Steady!

Ni lah housemate gua.

"Weh tangkap gambaq bagi nampak yang belakang tu tau!"

"Okey okay sat gua senyum terus snap wokeh?!"

Tak tau nak letak caption apa.

So terasa keawesomemannya tak? Nak lagi awesome hampa kena pi sendiri. Dok ataih ni rasa nak menjerit, melepaskan ketensionan yang ada. Yang tu sajalah nak cerita. Tunggu di lain entri pulak naa.


Hami Asraff:

"Rasa dah dapat semangat menulis balik ni. Doa moga gua istiqamah."



6 comments:

Nurul Atiqah Ahmed said...

Jangan rasa nak jerit..
Jerit terus ja..

Pulau bentuk ikan paus! rindu nak p lepak kat atas tu lagi..

sea_lavender said...

wei moga hg istiqamah! ak ni nafas bru la bru nk istiqamah kn diri update 2016!

Sharinginfoz said...

Cantik betul pemandangan kat sini

theIzuddin said...

Sepupu tinggal kat Besut selalu hiking, tapi tak berkesempatan lagi nak join.

pemandangan memang lawa betul..

Mama Kembar 3 said...

Cantiknya pemandangan. Tp bab nak kena daki tu akak lemah skit hahaha

Amy J said...

tak tersangka la pula ada wujud tempat lawa macam ni dekat sana. ada plan dengan kawan2 mrsm, in shaa ALLAH, ada rezeki dapat ke sana nanti ^^