Wednesday, December 9, 2015

Kos Perubatan Naik Mulai 2016




"Dekat Malaysia ni semua benda naik, tak ada yang turun."

Dulu tak percaya dengan pepatah ni. Tapi lama-lama makin percaya. 

Nak marah? Marahlah.

Nak bengang? Pun boleh bengang. Bengang pada siapa?

Hakikatnya kita tetap isi petrol seperti biasa. Kita tetap bayar tol melalui jalan biasa untuk pergi kerja. 

Bila kata tol naik harga, maka ada yang kata,

"Eleh, naik la public transport. Kita ada option kan?"

But now public transport pun naik harga, apa ceritaaa?

Kita dihadapkan dengan perkara-perkara yang tidak menggembirakan. Kos sara hidup naik mendadak. Gaji kita takat yang sama. Siang malam berhempas pulas kerja, demi mencari sesuap nasi, demi mencari rezeki yang halal.

"Awak bekerja kuat sekarang sebab apa ya?"

Pernah saya ajukan soalan ini pada seorang prospek.

Tergaru-garu, berkerut dahinya.

"Eh bekerja kuat mesti la nak cari duit."

"Lagi?"

Beliau kian blur.

"Sebab saya nak bantu keluarga. Nak baiki taraf hidup yang lebih baik masa akan datang."

Dah agak jawapan mesti stereotaip.

"Apa yang awak cakap semua betul. Of course lah kita kerja kuat sebab nak cari duit, nak bantu keluarga dan sebagainya. Tapi percaya tak kalau saya cakap awak bekerja kuat sekarang sebab awak SIHAT WALAFIAT?"

Beliau senyum. Menganguk perlahan. Mungkin mengiyakan apa yang aku utarakan. 

"Hmmm... Betullah tu Encik Hami, sebab kita sihat walafiat. Kalau dah sakit macam mana nak kerja kan?"

"Ya betul. Ramai orang nampak tapi tak sedar. Ramai orang tahu tapi buat-buat tak tahu. Biasalah, orang kita memang begitu. Bila dah terhantuk baru terngadah."

Antara perbualan-perbualan biasa saya dengan prospek. Saya tak salahkan sesiapa. Mungkin kita mangsa keadaan. Walau bagaimana sekalipun kita menjadi mangsa, seperkara perlu diingat, hidup mesti diteruskan.

Payah macam mana pun, kita tetap melalui hidup, ekonomi meningkat macam mana pun, kita tetap perlu bekerja, segala macam naik sekalipun, kita tetap keluar rumah pagi pulang senja. Ya fitrah menjadi manusia. Rutin harian yang tidak dapat dielakkan.

Saya sebagai Perunding Takaful, ingin membantu. Membantu meringankan bebanan kalian.

Memang ramai yang tidak berminat ambil Takaful ketika sihat, ramai yang berminat ambil Takaful ketika sakit. Tapi apa kan daya, waktu tu dah terlambat. Dah tak mampu menolong mengeluarkan RM150,000 dalam masa seminggu.

Jadi bertindaklah sebelum terlambat sebelum tiba 2016 tahun depan. Yang bertanyakan tentang Education Plan untuk anak-anak, Pelan Persaraan, Pelan Simpanan, Pelan Persediaan Menunaikan Haji dan Umrah, seperti biasa boleh hubungi saya di bawah.

Ingatlah saya tak pernah rugi apa-apa jika kalian tidak mencarum dalam Takaful. Malah saya gembira, telah sempurnakan amanah sebarkan kebaikan Takaful ini pada semua.

Jangan menyesal jika telah berusaha. Menyesallah jika tidak berbuat apa-apa.


TEMUI SAYA DI SINI:

Hami Asraff Bin Ab. Halim 
Perunding Takaful
Prudential BSN Takaful
+6019-4522171 (WhatsApp/SMS/Call) 
Email: hamiasraff (at) gmail (dot) com
Instagram: hamiasraff 
WeChat: hami_asraff


1 comment:

sea_lavender said...

uiks! ni entry terkini la ye! cheq last bulan Januari 2015 kot. takde mood la lagi tggu entry januari 2016 la~ hihi :D