Monday, December 28, 2015

Ini Salah Satu Cara Selesaikan Masalah Yang Berserabut


Pernah tak hang rasa serabut gila dan tak tau nak buat apa, and then pegang ni tak kena, pegang tu tak kena, rasa kusut semacam. Lepas tu nak kejar dateline, nak submit itu dan ini, nak kena settlekan semua benda dalam satu masa. Dan time ni jugak la segala permasalahan dunia menimpa. Dan hang rasa kelam terus dunia. Waktu ni hang rasa nak menjerit kuat-kuat supaya semuanya kembali normal. Tapi sebenarnya semuanya hampa. Satu benda pun tak berjalan.

Pernah alami bukan?

Tahniah! Itu menandakan hampa semua jugak manusia biasa macam aku. Hahaha.

Benda-benda macam ni memang tak pernah lari pun dalam hidup kita. Perkara biasa bila bergelar manusia. Kadang benda yang best-best ni singgah sekejap sahaja, lepas tu datang bala bencana. Amboi kasaq bunyinya. Okey tukar bala bencana kepada ujian Allah. 

Sejauh mana pun kita berlari Allah akan terus uji dan uji. Allah nak tengok kita kuat dak hadapi masalah tu. Allah nak tengok macam mana kita nak handle segala stress tu. Ada orang handle masalah dengan mencari jalan keluar dari segala kekusutan. Dia usaha mencari jalan settlekan semua masalah. Ada orang dia macam pasrah dengan masalah. Lebih mengambil sikap menunggu dengan harapan semuanya kembali sediakala.

So anda yang mana satu?

Ah, tak payah cakap dekat orang lain. Aku ni pun kalau ada masalah kelam kelibut jugak. Cuma kadang kalau terlalu banyak masalah datang serentak, aku selalu ambil solution mudah iaitu tidur. Hahaha. Yup memang la tidur tak dapat settlekan masalah pun. Cuma hang boleh lupakan seketika permasalahan tu. Lepas bangun tidur baru hang akan pikiaq balik macam mana nak cari solusi. InsyaAllah memang berkesan. Cubalah kalau tak percaya.

Bila hang bangun tidur, hang akan rasa fresh. Dan dekat sini hang akan berfikir secara normal. Biasanya aku akan keluarkan buku untuk aku tulis something. Kalau ada diari tu lagi bagus. Dan sila buat TO DO LIST.

Berapa ramai dekat sini yang ada To Do List angkat tangan!

Okey ramai. Sebenarnya ramai yang rasa stress dengan hidupnya bila dia sendiri tak tau nak buat apa. Berkecamuk. Masalah yang sedia banyak tu kian bertambah. So apa kata cuba transfer satu persatu masalah tu ke bentuk yang lebih senang. Mudah dilihat. Jadi apa lagi, cepat tulis segala masalah-masalah hampa tu sekarang! List down semuanya. Sekecik-kecik masalah pun tulis jugak. Okey dah tulis? (Eh wait, tadi aku dah suruh turunkan tangan ke belum?)




Hasil google, di atas adalah contoh To Do List yang korang boleh buat. Tapi ada orang tak ada To Do List bagai pun tapi kerja dia sempurna jugak. Hang buatlah To Do List sebesar-besar alam sekali pun kalau tak ikut tak ada guna juga. Tapi kalau aku, memang suka buat To Do List ni sebab aku rasa hidup aku lebih tersusun dan tak serabut. So aku boleh tengok "Eh kerja aku dah nak settle rupanya".

Makanya, marilah kita plan hidup kita dengan sesempurna mungkin. 


P/S: Sebenarnya sedikit stress hujung-hujung tahun ni. Rasa macam stress banyak je.

2 comments:

Incik Man said...

Memang buat benda ni untuk keja2 yang akan dibuat pada esok hari. Bertambah seronok bila tengok keja yang diplan semalam sukses dengan tanda rait (√) haha.

La ni sy nak cari notebook kosong takdak line saiz poket untuk to do list 2016 tapi tak jumpa. Haiz. Sapa2 ada info mana nak cari, mohon pm ikat tepi k. Haha

theIzuddin said...

masa degree memang selalu aplikasikan to do list, rasa puas hati bila dpaat potong list tu, hehe