­

Siapa Diri Ini?

July 25, 2009


Siapa diri ini?!
Who am i?! Persoalan yang sedang berlegar dalam kotak fikiran sambil menerawang jauh ke segenap penjuru. Persoalan yang memerlukan pelbagai jawapan. Persoalan yang menimbulkan seribu satu ungkapan. Juga persoalan yang menerbitkan banyak kemungkinan barangkali. Siapa diri ini?

Aku sering utarakan persoalan itu untuk diriku. Tapi aku seringkali hampa dan kecewa. Jawapan yang selalu tidak memuaskan. Jawapan yang membuatku gelisah, gundah gulana. Tapi itulah jawapannya.

Dalam meniti penghidupan sehari-hari seorang insan kerdil yang bergelar manusia biasa ini aku hanya berupaya menerima segalanya dengan hati terbuka, dengan berlapang dada dan mengharapkan kehidupanku ini sentiasa diberkati ALLAH. Kehidupan ini adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidupku.

Tapi siapa aku?! Hanya satu jawapan yang aku rasa paling tepat. Aku adalah khalifah di muka bumi ALLAH ini. Ya, kita semua khalifah yang dilantik ALLAH dengan satu tujuan. Untuk memakmurkan bumi ALLAH ini. Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan ALLAH. SUBHANALLAH.. Maha Suci ALLAH.. Tiada Tuhan yang selayaknya untuk disembah selain Engkau..

Khalifah. Atau bahasa yang mudah difahami pemimpin. Sejauh mana anda dan saya melakukan tugas seorang khalifah di atas muka bumi ini? Bila aku cuba renungkan, aku rasa memang tak banyak sumbangan aku sebagai seorang khalifah buat masa ini. Kadang-kadang aku sendiri terlepas pandang atau dengan kata lain aku terlupa yang aku ini seorang khalifah. Astaghfirullahalazim.. Ampunkan dosa-dosaku YA ALLAH..

Insan kerdil ini cuba membaiki diri. selalu membuat yang terbaik untuk dirinya, untuk keluarganya, dan untuk agamanya. Tapi adakah cukup baik? Adakah langsung tiada cacat cela? Adakah sempurna? Tidak! Aku cuma manusia biasa yang sering dihambat oleh nafsu yang membawaku kepada noda dan dosa.

Kadang-kadang aku tak berdaya. Aku lemah. Aku mudah dipengaruhi oleh syaitan-syaitan durjana. Mereka tidak pernah jemu menghasut anak-anak cucu adam ini untuk menurut tuntutan mereka. Tapi kenapa aku mudah tewas? Kenapa aku mudah kecundang? Kenapa aku tidak kuat? Kenapa dan kenapa?

"YA ALLAH kuatkanlah iman aku.. Kentalkanlah hati aku, kuatkanlah jiwaku dalam mengharungi ujian-ujianMU YA ALLAH.." Tapi aku takut. Aku takut aku akan kecundang lagi. Tidak! Aku takkan kucundang lagi. Tapi aku lemah. Tidak! Aku tabah, aku kuat!

Laungan itu yang aku perlukan untuk aku menghadapi sisa-sisa hidup ini. Laungan itulah akan menyebabkan aku sedikit sebanyak mengenali diri aku. Laungan itu jugalah yang akan memacu aku ke arah destinasi. Pengharapan yang begitu utuh!

Aku ialah seorang perjuang. Ayuh, berjuanglah! Berjuanglah bersama aku.. Semoga ada sinar di hujung destinasi.. InsyaALLAH..

You Might Also Like

7 Comments

  1. ermmm...actually its not bad..huuhhu

    ReplyDelete
  2. hehe..nur farhana..kutuk nampak..jap ek..masuk blog awk lak

    ReplyDelete
  3. emaruko?hemm..mcm agak familiar...niway thanks...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum..

    Bissmillahirrahmanirrahim..

    " Ya Allah, kuatkanlah imannya. Kentalkanlah hatinya, kuatkanlah jiwanya dalam mengharungi ujian-ujianMu, Ya Allah.. Janganlah engkau biarkan perasaan takut menyelubungi dirinya. jangan biarkan dia kecundang.. Berikanlah dia ketabahan dalam hidupnya.

    ameen...

    InshaAllah, aku salah seorang yang turut sama ingin berjuang bersamamu. moga dapat dikecap sinar di hujung destinasi kelak..
    Dengan izinNya..


    mohon maaf atas penggunaan 'aku'.. tersentuh hati baca entri ni..

    notice mengenai entri ini di LinkWithin.


    Selamat maju jaya.
    will always support you. :)

    Wassalam.

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe