Satu Perjuangan

July 15, 2009




Selamat Berjuang!

Hidup ini satu perjuangan. Semua orang rasanya pernah dengar term tu kan?! Tapi sejauh mana kita berjuang? Dan perjuangan apakah yang kita perjuangkan? Berjuang mencari kebenaran? Berjuang untuk meneruskan sisa-sisa hidup ini? Ataupun berjuang dalam mencari siapakah sebenarnya kita ini?
Walaupun apa jua tafsiran anda mahupun saya, satu hakikat yang tidak boleh kita abaikan iaitu kita sebenarnya berjuang mencari keredhaanNYA. Tapi sama ada kita sedar atau tidak, segala apa yang berlaku di atas muka bumi ALLAH ini semua atas keizinanNYA. Ketentuan yang telah ditetapkan. Sudah tertulis suratanNYA. Tapi sejauh mana kita menghayati hakikat ini?
Berjuang mencari keredhaan ALLAH satu perjuangan untuk setiap insan yang bergelar manusia. Kehidupan yang kita jalani selama ini, semasa ini, juga hari-hari mendatang semata-mata mencari keredhaanNYA. Cuma tindakan dan cara kita yang akan menentukan matlamat yang kita inginkan. Dan matlamat kita itu juga yang menjurus ke arah kebaikan atau sebaliknya.
So dalam merealisasikan perjuangan murni kita ini, haruslah kenal pasti hala tuju perjuangan supaya kita tidak tersasar jauh dari apa yang kita impikan. Semoga perjuangan kita mendapat keredhaan ALLAH. InyaALLAH. Dan yang paling penting berjuang la untuk agama suci kita ini, Islam. 

Wallahu'alam.


You Might Also Like

0 Comments

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe