Review Filem: Searching

by - September 25, 2018




Sangat puas hati beb!

Itu yang aku boleh katakan sebaik saja keluar dari panggung wayang. Gilalah dah lama aku tunggu filem yang sebest ini. Terlalu best sampai memaksa aku buat review pasal filem ni la. Haha hang hingat senang aku paksa diri nak tulis blog, tambah-tambah pasal nak review filem. Memang sesuatu yang luar biasa bukan?

Okey berbalik pada filem ni. Aku dah tengok trailer lama dah. Trailer superb. Macam biasa kalau lepas tengok trailer aku akan pi search dekat Twitter.

Aku taip #SearchingMovie.

Scroll down. Peh semua komen positif weh.

"I would highly recommend everyone to watch the #SearchingMovie! Great story! Great presentation! You'll surely get mind-blown." - @JanLyxxter

"Just watched #SearchingMovie. It is without doubt, the best movie of 2018. A psychological thriller with biting commentary on socail media shallowness and the digitalization of our lives. @JohnTheCho carried it all the way to the bank with this one. 10/10." - @DrJasonLeong

"Everyone please go watch Searching. It's honestly one of the best movies of the year 10/10 #SearchingMovie. - @Nicknm234

Antara komen-komen yang membuatkan aku membuak-buak nak menonton filem ni. Bertambah membuak bila aku check dekat IMDb dapat score 7.9/10 dari 16,199 yang vote dan 93% dekat Rotten Tomatoes. Woh! Memang tinggi siot! Jadi adakah ini belum cukup untuk aku beli tiket lantas menontonnya di IOI City Mall?

Nah sedikit review dari aku tentang filem ini.

Watak

Watak dalam cerita ni tak banyak, tapi cukup kuat. Watak utama, David Kim lakonan cemerlang John Cho cukup membuat kita tidak senang duduk dalam panggung wayang. Pamela Nam Kim, isteri David dan ibu kepada Margot. Wataknya sekejap sahaja, tetapi memberi kesan mendalam. Margot Kim, lakonan Michelle La yang tunjang kepada perjalanan cerita. Watak Detective Rosemary Vick lakonan Debra Messing akan membuatkan kita fikir dan fikir sampai hujung cerita. Watak Peter Kim, lakonan Joseph Lee, adik kepada David juga tak kurang kuat walaupun scenenya sesekali muncul. Dan ramai lagi watak-watak sampingan yang kecil, tapi kuat dalam mainkan peranan masing-masing.





Teknologi

Aku suka bila pengarah membawa teknologi dalam filem ini. Simple, tapi sangat menarik. Dan dalam filem ini jugak menampilkan apps dekat phone yang kita selalu belek seperti Facetime, iMessage, Instagram, Tumblr, Facebook, Google Map, Venmo dan Reddit. Untuk peminat Apple tegar, filem ini buat anda rasa wow. Hanya menampilkan sebuah aplikasi iMessage yang dijadikan paparan di iMac dan iPhone yang menjadikan medium David berkomunikasi dengan anaknya, Margot. So David ni boleh dikatakan ayah yang overprotective jugak la. Yer la anak dia sorang tu je kan? Jadi bila time anak dia hilang, memang paling awesome cara dia nak dapatkan klu untuk mencari anak dia tu. Semuanya by internet. Dan paling menarik shot untuk semua scene dalam cerita ni adalah dari Facetime iPhone, iMac, CCTV, kamera wartawan, kaca TV, browser internet dan phone video. Pendek kata memang nampak real gila.



Jalan Cerita

Beberapa minit cerita bermula, rasa sedikit seronok apabila filem ini membawa kita flashback bagaimana menggunakan internet zaman dulu-dulu. Waktu windows 98. Tak semua orang merasai pengalaman ni. Sebuah flashback ringkas mengenai keluarga kecil, Margot Kim anak perempuan kepada sepasang suami isteri David dan Pamela Kim. Perjalanan cerita agak pantas, dari tahun ke tahun, sehinggakan Margot Kim membesar. Tapi di antara itu, terselit kisah sedih di mana Pamela Kim meninggal dunia akibat sakit kanser yang dialami. David ni suka rekod video perjalanan hidup anaknya untuk tatapan kelak. Aku rasa memang in real life pun masyarakat US ni suka buat video perjalanan hidup depa.

Kisah bermula, apabila satu malam Margot bersama kawan-kawan untuk mengulangkaji pelajaran. Dekat sini bermula episod suspen yang membuatkan jantung anda bergerak tak henti-henti. Serius beb. David dapat panggilan sebanyak tiga kali dari anaknya, tapi tak diangkat sebab dia nyenyak tidur. Esoknya dia hubungi Margot, tiada sebarang respon. Dia assume Margot sedang dalam kelas belajar piano. "Searching" bermula apabila dia hubungi guru kelas piano dan mengatakan Margot dah tamatkan sesi belajar piano tu enam bulan lepas lagi. Apa lagi, terkejut beruk la si David ni. Bertambah terkejut beruk bila dia dapat tau yang duit dia bagi dekat si Margot sebanyak $2500, rupa-rupanya dia pi transfer ke sebuah akaun Venmo. Dan akaun tu dah didelete.

Jadi hampa dapat bayangkan dak macam mana perasaan si David ni? Jadi, dia buat kesimpulan anak dia diculik. Dan dia report akan kehilangan anak dia. Seorang detektif, Rosemary Vick ditugaskan untuk handle kes kehilangan Margot. Kiranya si David dan Rosemary bergandingan bahu untuk selesaikan misi ni.



Plot Twists

Plot Twist ni memang mind blowing habis. Orang yang paling kau tak sangka itu yang terjebak. And klu demi klu yang dia jumpa tu memang menjawab banyak persoalan David. Dia tak faham. Dia marah. Dia sedih. Dia emosi. Semualah. Korang memang tak akan sangka punyalah. Kalau ikutkan hati aku nak ja cerita dekat sini. Tapi itulah tak suspen la kan? Haha so korang kena pergi tengok sendiri.

Kekeluargaan

Pengarah ni sengaja menjeratkan kita dengan isu keluarga. Nampak sedikit, tapi impak besar. Keluarga yang terlibat di sini hanyalah David, Pamela (walaupun muncul beberapa scene), Margot, Joseph Lee (adik David), Detektif Rosemary dan anaknya Robert Vick. Walaupun isu keluarga dalam cerita ini diwujudkan nampak kecil, tapi ia sebenarnya yang sering berlaku dalam dunia sehari kita. Percayalah pasti ada. Juga, buat kita terfikir, "Sejauh mana aku mengenali anak aku?". Seperti David, dia sendiri bingung dan tidak kenal kawan-kawan Margot, apatah lagi tentang apa yang Margot suka atau sebaliknya.







Secara keseluruhannya, filem wajib tonton tahun ini. Dan tidak keterlaluan aku katakan Filem Terbaik 2018 (setakat yang aku tengok ni la). Kalau tak best tak kuasa aku nak buat review bagai ni. Hahaha boleh begitu? Apa pun, ambillah sisi yang baik setiap filem tu. Mana tau kot-kot beri inspirasi untuk meneruskan hidup ini. Dah dah, pi booking tiket lekaih!

Rating dari aku: 10/10


Hami Asraff:

Moga aku istiqamah balik dalam menulis blog. Ada yang suka tak aku review ni? Dan hampa mau lagi dak aku review filem? 


You May Also Like

2 comments

  1. sure! more review on moviessss please.

    aku suggest kau buat review filem Tully. aku nak baca dari sudut pandang hang pulak. tengs review Searching ni,

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)