Hasrat

by - August 05, 2018


Untuk segala apa yang kita rasa, 
adakala lebih baik disimpan sahaja. 

Untuk segala apa yang kita impi, 
adakala lebih baik menjadi mimpi.  

Bukan kita tidak layak memiliki, 
tapi ianya lebih baik dibiar sepi. 

Hasrat kita bukan hanya untuk kita, 
tapi untuk semua di sekeliling kita. 

Impian kita bukanlah semudah disangka, 
tapi ia perlu ada pengorbanan dan usaha. 

Tidak tercapai tidak mengapa, 
asalkan kita terus bergerak ke sana. 

Tidak termakbul tidak apa, 
asalkan niat kita masih untuk Dia. 



Hami Asraff 
12:39 malam 
Kajang

You May Also Like

0 comments