Makin Makan Garam, Makin Tak Faham

November 04, 2012





Assalamualaikum w.b.t

Masin itu garam, garam itu masin. Biar mulut manis, jangan mulut masin. Pepatah spontan selalunya sangat tidak bertepatan. Bunyi sangat tidak menusuk ke jantung, hanya singgah ke limpa sahaja. Ya begitulah gamaknya apabila terlebih makan garam.

"Aku dah lama makan garam dari hang!"

Ayat di atas menunjukkan beliau dah lama sangat makan garam. Jadi rasa masin dan hidup telah sebati. Tetapi setelah ditranslatekan ke bahasa yang lebih unggul dia akan berbunyi lebih kurang macam ni la:

"Aku dah banyak pengalaman dari hang. Jadi aku lebih tau."

Oh ya. Dah kenapa dengan tiba-tiba semua ini diusulkan? Begitulah aku. Membangkitkan isu yang tak dilapuk dek hujan tak lekang dek panas adalah sesuatu yang sangat favourite. Ala, kalau tak ada isu, maka tiadalah cerita yang sensasi, tiadalah gosip hiburan terkini, tiadalah Melodi. Eh?

Baik. Seperti biasa. Aku selalu bagi contoh untuk mudah difahami dan diselami. Baru manusia yang membaca dapat kunyah dan hadam seluruh intipati. Itulah yang dinamakan sambil makan roti canai sambil menghirup secawan kopi.

Ceritanya begini. *ada kepulan asap naik ke atas dan seterusnya tayangan disembulkan dari kepulan asap*


Dalam sebuah kampung ada seorang guru agama yang pekerjaannya sebagai seorang guru. Oleh kerana beliau mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam, makanya gelaran 'Ustaz' diberi. Ustaz R (Bukan nama sebenar). Ustaz R terkenal dengan sifatnya yang garang bukan kepalang di kalangan anak-anak muridnya. Mahu melemparkan senyuman? Oh itu sungguh asing baginya. Seperti sedang menyembunyikan sebuah ketulan intan dan pertama di dalam mulut. Mungkin. Itu telahan awal. 

Eh korang ni tak baiklah 'Judge the book by its cover'. Tak semua dia buat macam tu kot. Mungkin anak-anak muridnya sahaja. Mungkin itu caranya Ustaz R mendidik. Mungkin. Terus bersangka baik. Husnuzon. Terus berfikir positif pada Ustaz R. Sehinggalah sampai ke pengetahuan Cikgu Karim (Juga bukan nama sebenar).

"Aku bukanlah nak buat buah mulut, tapi ramai orang kata Ustaz R macam tu. Aku banyak kali dah cuba berfikir positif padanya. Tapi tetap tak jalan. Kadang-kadang aku senyum kat dia, dia buat derk je. Itu okey lagi kot. Paling tak digemari ramai sekalian rakyat jelata adalah beliau tak boleh dibawa berunding. Semua pendapat dia sahaja nak menang. Nak betul. Pendapat orang lain, disanggah, semua salah."

Terang panjang lebar Cikgu Karim pada cikgu-cikgu lain.




***********



Cerita di atas menggambarkan segelintir ragam manusia di celahan-celahan jutaan manusia yang hadir di atas muka bumi ini. Diakui, memang kita pernah terjumpa manusia yang sebegini. Malah terlalu ramai. Kadang-kadang menyakitkan hati. Tetapi kita mengalah pada mereka. Mengalah bukan kalah. Mengalah untuk tidak mahu berbalah.

Kadang-kadang manusia yang lebih berusia dari kita menganggap dirinya serba tahu. Makan garam satu kilo sehari. Sedikit pun tidak salah lebih tahu. Malah itu yang seharusnya. Terus mencari ilmu dunia dan akhirat. Tetapi yang menjadi kesalahan apabila merasakan ilmu yang didapatinya adalah betul tanpa mempedulikan manusia sekeliling. Kadangkala manusia sebegini merasakan pendapat orang lain salah sama sekali. Pendapatnya adalah sentiasa betul. Orang lain tak boleh beri pendapat, buang masa, katanya. Kau kena terima bulat-bulat pendapat aku, baginya.

Pendapat

Mungkin masih ramai yang blur tentang maksud pendapat. Kalau nak tau maksud pendapat boleh klik di sini. Tapi untuk menyenangkan korang, teruskan pembacaan. Bila manusia sukar faham apa yang dinamakan pendapat, maka makin sukarlah manusia memahami dan mengenali manusia lain.

Pendapat, bukanlah sebuah jawapan. Tiada jawapan YA atau TIDAK pada perkataan yang bernama Pendapat. Jadi mengapa manusia begitu beremosi pada sebuah pendapat seorang manusia?

Memberi pendapat juga perlu ada batas-batasnya. Ada pendapat yang melibatkan emosi, maka tidak hairanlah orang yang melihat, membaca, mendengar juga akan membalas dengan sebuah emosi. Itu antara sifat manusia yang sukar dibendung. Sesiapa sahaja boleh memberi pendapat. Sesiapa sahaja punya hak untuk meluahkan apa yang dirasanya. Tetapi tak semua orang akan menyenangi akan pendapat seseorang manusia untuk manusia lain.

Itu sebabnya sikap toleransi sangat penting untuk mendidik jiwa. Hormati pendapat orang lain, orang lain akan hormat dengan pendapat kita. Beri pendapat dengan baik, sambutlah pendapat dengan baik. Itu yang perlu kita faham dan kena terus menjadi sebuah amalan. Ingat, tidak semestinya orang muda kena hormat orang tua terlebih dahulu. Tetapi kadang-kadang orang yang lebih tua perlu memberi rasa hormat kepada orang lebih muda supaya ianya menjadi teladan dan pedoman pada generasi muda. Boleh ya pakcik, makcik sekalian? BOLEH!!!! Ya Malaysia boleh, kita pun mesti boleh punya.

Sekian.


Hami Asraff:

"Pujuklah hati untuk terus tabah menerima ujian dari Ilahi. Itu salah satu cara untuk meneruskan hidup ini."

You Might Also Like

19 Comments

  1. maknanya,selalula berlapang dada terima pendapat sesama kita kan?.

    lagu nasyeed damascus-kita berbeza ada menceritakannya.selamat menghayati.

    http://www.youtube.com/watch?v=SmFYd__nimg&feature=share&list=PLB26FE3BD83E13B66

    good entri ! (^_^)

    ReplyDelete

  2. saya setuju dengan entri ni. kadang-kadang tak semua orang dewasa itu betul. ada masa, orang dewasa perlu belajar sesuatu dari budak-budak macam saya. eh?

    ReplyDelete
  3. Salam, article yang bagus. Bila terbaca ayat 'seharusnya orang tua yang memberi rasa hormat kepada orang lebih muda terlebih dahulu supaya menjadi teladan pada generasi muda' teringat arwah ayah akak yang meminta maaf terlebih dahulu dari anaknya bila berlaku selisih faham dan rasanya ayah tak bersalah pun,tapi demi menjaga keharmonian ayah beralah.

    ReplyDelete
  4. @maryam as-siddeeqah Ya belajar memberi dan menerima. Okey nanti saya tengok video tu :)

    ReplyDelete
  5. @miranadia Ya kadang-kadang orang dewasa kena belajar sesuatu dengan orang yang lebih muda.

    ReplyDelete
  6. @kak mashura Waalaikumussalam. Itulah yang seharusnya kita kena faham.

    ReplyDelete
  7. bismillah...
    jika kita menghayati ajaran Islam itu sendiri..
    tiada sempadan antara tua muda...
    Rasulullah sendiri sgt menghormati pandangan para sahabat..walaupun jelas pada Baginda title "rasulullah"...jika Nabi Muhammad berakhlak begitu..maka apalah lagi kita ini..sudah tentu perlu mencontohi akhlak baginda :)

    ReplyDelete
  8. Artikel yang bagus.

    Teruskan menulis wahai hamba Allah. :)

    ReplyDelete
  9. @ummu pipit Tetapi zaman sekarang manusia lebih memilih pangkat, darjat, kuasa untuk dijadikan ukuran.

    ReplyDelete
  10. mm..pjg mukadimahnya. dan syukur, sy dikelilingi oleh org berusia yg ada rasa hormat dan ingin mendengar pendapat org muda. teringat masa makan semeja dpn org besar TNB; walaupun ada pangkat, walaupun somebody, walaupun berusia, sgt baik walaupun sy tersgt muda drnya..

    ReplyDelete
  11. Kadang kala Garam yang diperolehi tu elok dan ada yang bercampur dengan benda asing yang xelok.. Jadi garam yang elok tu diambik dan diadunkn dalam masakan kita agar makin sedap rasanya.. garam yg bercmpur benda asing jgn digunkn kerana untk mengasingknnya bkn lah mudah.. falsafah2..huhu

    ReplyDelete
  12. kata guru saya, jika di negara luar...walaupun anak kecil yang bersuara pasti akan didengar...pendapat bebas diutarakan..dengan itu, minda lebih terbuka dan peka...tp sikap segelintir yang merasakan usia yang lebih tua adalah satu kunci untuk menampakkan bahwa mereka itu seolah-olah mahir dalam semua hal walhal kita ini manusia yang sering khilaf dalam sedar atau tidak..kata guru saya perlu pupuk generasi muda untuk tidak terus dgn budaya begitu... :) kupasan yang menarik :)

    ReplyDelete
  13. Ya.sabar2.Selagi pendapat tu tak bercanggah dengan y hak.Nak ubah org ssh.Ubh diri senng sikit.
    Terima je la seadanya.hiihuu.

    ReplyDelete
  14. Saling hormat pendapat masing-masing, tak kira tua atau muda.Yang penting, husnuzon sesama kita.Baru hidup terasa indah.Kan?

    #Sayasukasangatentryni! =)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe