Pelajar Menghina Cara Orang Islam Solat

January 10, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Lihatlah video di bawah ni terlebih dahulu.




Astaghfirullahalazim. Aku mengucap panjang. Terang-terangan mereka menghina agama suci kita. Nauzubillah. Sumber dipetik dari kedahonline.net. Di bawah ni sedikit info kejadian yang cuba menjatuhkan Islam.

KUCHING: Sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah di Betong, Sarawak , merakamkan perbuatan mereka meniru cara umat Islam bersolat jemaah termasuk melaungkan azan di dalam sebuah gereja dan dipaparkan dalam laman web You Tube.

Dalam rakaman dua minit 13 saat itu, sekurang-kurangnya lapan remaja termasuk dua perempuan berusia 12 hingga 15 tahun dilihat ketawa dan menjerit ketika empat rakan mereka melakukan ' solat jemaah ' .

Empat remaja lelaki kelihatan berdiri di ruang hadapan gereja atau altar sambil meniru cara solat jemaah dengan seorang daripada mereka melakonkan watak imam.

Ketika itu, laungan seperti azan jelas kedengaran dipercayai dilakukan rakan lain, manakala kumpulan remaja berkenaan ' bersolat ' dengan mengangkat takbir beberapa kali, sujud, duduk antara dua sujud sebelum duduk tahyat akhir.

Kumpulan remaja yang melakonkan watak jemaah turut berbaring beberapa kali dan menggayakan tarian ' shufle ' serta berguling. Seorang daripada remaja berkenaan turut dilihat mengajuk cara pondan bersolat sebelum remaja yang merakam berkata "ada pondan ke dalam masjid".

Mereka memakai pakaian baju T dan seluar jeans dengan seorang daripada mereka memakai baju sekolah yang tertera nama dan logo Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Augustine , Betong.

Perbuatan dipercayai dilakukan di sebuah gereja sekitar Betong, kira-kira 350 kilometer dari sini dengan tiada individu dewasa kelihatan berada dalam rumah ibadat berkenaan.

Pada penghujung rakaman, seorang remaja lelaki turut berkata "no more muslim, muslim is ajaran sesat". Rakaman berkenaan dihantar ke sebuah laman web oleh seorang penghantar bernama ' Harisha2012 ' pada 20 Oktober lalu.

Sementara itu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata perbuatan itu dilakukan sekumpulan pelajar nakal dan meminta umat Islam tidak cepat melatah.

Katanya, Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) sudah dimaklumkan mengenai perbuatan kumpulan remaja berkenaan dengan siasatan dilakukan beberapa pegawai Jais.
"Sebagai umat Islam, memang kita tidak gembira, namun saya harap ia tidak menje jas kan hubungan antara kaum di negara ini. Ia dilakukan sekumpulan kecil budak nakal dan ia tidak mencerminkan keadaan sebenar hubungan kaum dan agama yang sememangnya baik sejak dulu lagi," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas termasuk merujuknya kepada pemimpin di kawasan berkenaan bagi memastikan ia tidak berulang.

"Setakat ini tiada laporan rasmi dibuat mana-mana pihak, namun saya akan meminta pegawai Jais membuat laporan agar siasatan lebih terperinci dilakukan," katanya.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Sarawak , Datuk Dr Julaihi Bujang, berkata pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada polis dengan tindakan tegas akan diambil terhadap kumpulan pelajar berkenaan.

Sebagai muslimin dan muslimat adakah kita perlu berpeluk tubuh sahaja? Semoga kita dihindari akan segala musibah.

Wassalam ~


You Might Also Like

34 Comments

  1. If there were no law in this world, I wonder what will happen to them, if I ever met anyone of those kids. Grrr...

    ReplyDelete
  2. salam..pd sy phk bkuasa hrs brtndk dgn sgra spy kjdian spt ini tdk brulang lg..brsme2 lh kte mjge ksucian agme Islam..

    ReplyDelete
  3. tenet aku slow
    video tu xgerak2 pun
    adoi

    ReplyDelete
  4. dah tgok
    tapi 15 saat jer
    kang tgok lama2 aku plak yg panas
    so aku tgok kejap jer lah

    ReplyDelete
  5. salam ^_^

    syukran atas komen..

    ......................

    tentang n3 ni,
    memang sepatutnya tindakan yg sewajarnya diambil. ini melibatkan maruah agama. jika umat Islam memprotes bukan maksudnya 'cepat melatah', tapi umat islam sgt2 sensitif kpd isu2 begini.. umat Islam seharusnya menegakkan kebenaran.. mengapa hanya menjaga kepentingan perpaduan kaum semata-mata..? dan kita membiarkan ank2 muda memperlekehkan agama.. jika hari ini mereka berani mempersenda agama kita, tidak mustahil pada masa akan datang mereka akan menjadi lebih berani untuk menghina Islam.. maka patutkah kita berdiam diri..?!

    semoga pihak berkuasa fikirkannya dgn lebih 'rasional' lg..

    ReplyDelete
  6. dah tengok lama dah..
    memang dajal r bebudak ni..
    tp dengar kata dorang da mintak maaf..ayah dorang pon dah kena kutuk kaw2 r dengan orang2 kampung.

    ReplyDelete
  7. isk..
    melampaunye..
    sgt2 xpatut.
    mmg menghina btol.
    tindakan wajar harus diambil.
    walopn diorg kononnye budak2 nakal, seharusnye diorg leh pk pnjang.
    da skola menengah, xkn otak x reti2 nk pk mane yg btol n x. Huu~

    ReplyDelete
  8. member pernah tunjuk gak video tu
    sedey bile tgk

    sikap prejudis masih wujud skrg ni

    ReplyDelete
  9. astaghfirullah....en3 ni mmg btl2 snstif d mta msyrkt islam...

    sptutnya,bdk2 ni kna bg kaunseling ckit..klu bkn islam,kna la slowtalk...tp klu islam,nauzubillah...kna taubt 2...cbbnya msing2 dh besq pnjng...hu3...cdihnya..bdk2 skng dh hilng hrmt pd agma...

    ReplyDelete
  10. macam2 la zaman sekarang ni..
    huhu.

    ReplyDelete
  11. whiteberry --> sumtime law just law.

    ReplyDelete
  12. Afifah_Solehah --> salam. pihak berkuasa sedang mengkaji hal ini. tapi tak tahulah sejauh mana keberhasilannya.

    ReplyDelete
  13. hans --> tu la pasal. aku pun panas gila tengok video ni.

    ReplyDelete
  14. Dak Wan --> budak-budak ni totally bangang + bengong!

    ReplyDelete
  15. ~ana SoLehah~ --> bersetuju sangat dengan kata-kata anda. tetapi ramai yang lepas tangan macam tu sahaja. alasan, ala lama-lama orang boleh lupa la. what the nonsense!

    ReplyDelete
  16. dila --> oh yeke? bagus la kalau macam tu. hopefully tak berulang lagi.

    ReplyDelete
  17. Fza.ithu.Zazha --> budak sekolah pun kalau betul didikannya tak jadi macam ni.

    ReplyDelete
  18. pudding pie --> sikap prejudis dari dulu sampai sekarang tak pernah habis. malahan sekarang ini makin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  19. Penawar --> memang paling menyedihkan apabila agama suci kita dipermainkan macam tu.

    ReplyDelete
  20. ––––•(-•.cik.•-)•–––– --> terlalu banyak kemungkaran berlaku sekarang ni.

    ReplyDelete
  21. hurm..rasa nak sula je budak2 tu..xpatut!!!

    anwyay, adakah video ni jugak yg menyebabkan gereja dibakar??

    ReplyDelete
  22. budak2 ni tahap bangang+bengong+mengong... how so stupid of them??? dlm Islam sendiri diajar supaya menghormati anutan masing2... x pkir sebelum buat...

    ReplyDelete
  23. walaupon diorg ni masih budak2 tp kalau di biarkan clap2 diorg bleh jadi lg truk dr ni kan...kalau bkn islam skali pon...jgn la nk m'hina agama yg len kan...

    ReplyDelete
  24. DaHLia --> oh pertanyaan anda itu tiada jawapannya.

    ReplyDelete
  25. zackque --> konpem2 la bengong! that's all!

    ReplyDelete
  26. "cik chubby" --> mungkin didikan yang kurang sempurna. faktor persekitaran barangkali.

    ReplyDelete
  27. astaghfirullahalazim...
    x sanggup nk tgk smpai abes...
    satu penghinaan yg sgt2 menyentuh sensitivity org islam..
    sdgkan bdk2 lg dh pndai hina ajaran islam...apatah lg yg dewasa..
    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  28. assalamualaikum...bdk2 ni dah keterlaluan...main,main juga tapi jangan la libatkan soal agama...harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap mereka...jangan rosakkan imej malaysia...

    ReplyDelete
  29. skrg ni trend budak2 buat dajal...nak marah budak!! nak biar, nanti naik kepala...

    ReplyDelete
  30. hmm..sekolah ni area skul kite gak.
    kalo x silap one of them anak pgetua skolah tu sndiri.
    memalukan.dlm diorang hina agama kita scra tidak lngsung mhina agma diorang sndiri.tak patut buat bnda cmni kat tmpat mac gereja ni.mcm kita sndiri takdenye nk buat bnda cmni kat masjid kan?

    wallahualam

    ReplyDelete
  31. Harap diorang menyesal ape diorang buat

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe