Alunan azan sayup-sayup kedengaran. Sayup jugak hati ini. Jiwa meruntun. Satu persatu kenangan terterbit di layar minda. Imaginasi yang tidak kekal lama. Mengecil, makin kecil dan terus hilang dalam lipatan relung masa. Menyusuri sebuah perjalanan dalam mencari sinar. Sinar tu tampak kelam. Hanya sesekali cahaya halus menyinari. Tidak lama. Kembali suram dan kelam. Mengakhiri perjalanan dengan longlai. Tidak bersemangat. Hidup ini kadang-kadang tidak seperti...
Kekuasaan Allah itu pastiTerbentang luas segala buktiPerlu teliti dengan mata hatiSupaya sebati pada diriLangkahan terus disemarakkanMencari sebuah Nur KeimananTidak semudah ungkapanApatah lagi perjuanganJihad pada diri sendiri disulamYang tidak pernah tenggelamSampai masanya akan padamHami Asraff:1. Nukilan rasa di kamar. 12:232. Meletakkan kembali lagu di blog. Lagu yang memberi kekuatan. ...
Assalamualaikum w.b.t Gambar Hiasan. Aku pernah menulis mengenai ini di dalam entri Sedarlah! Ya perlu menulis lagi supaya kita terus ingat akan sesuatu. Sesuatu yang salah. Dan yang salah untuk diperbetulkan. Straight to the point. Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama. Mufti Johor, Datuk Tahrir...
Assalamualaikum w.b.t Betullah kata orang. Buat sesuatu perkara tu kena fokus. Fokus ni buat sesuatu benda tu sampai setel dan jangan peduli yang lain lagi. Menulis blog pun macam tu jugak. Macam aku tengah buat sekarang ni. Tutup semua laman-laman web dan buka ruangan New Post ni saja. Baru kelancaran menaip dengan jayanya. Aku akuinya memang semakin tidak rancak dalam berblogging. Tengok sajalah...
Assalamualaikum w.b.t *hujan membasahi bumi tatkala ini* Tertarik dengan soalan-soalan yang dikemukakan di tempat aku praktikal ini untuk mengambil pekerjanya bekerja (interview). Dikendalikan oleh seorang yang bergelar ustaz. Soalan yang tidak berkaitan langsung dengan prospek tempat kerja. Soalan-soalan begini yang akan ditanya dalam sesi interview. 1. Tinggal sembahyang tak? 2. Rukun Islam ada berapa perkara dan sebutkan satu persatu. 3. Rukun Iman pulak?...
Assalamualaikum w.b.tSedikit tinta. Mukadimah untuk insan paling ku sayangi di muka bumi ini. IBUku, Puan Salmiah Binti Husin.Langkah dipandu selaras dengan keupayaan. Susun atur tampak kemas. Menepati citarasa dan hak saksama.Dari jauh jelas kelihatan walaupun samar bayangan.Wajah itu tidak pernah lekang dengan senyuman.Segala onak dihunus satu-persatu.Kudrat itu sentiasa gagah di mata.Tiada sedikit tercalit kehampaan.Malah lakaran senyuman dilebarkan.55 tahun. Genap usia ibuku semalam (10...
Assalamualaikum w.b.t Ingin berkongsi sebuah kisah yang menarik. Kisah yang dipetik di dalam Majalah Solusi Isu NO.19. Aku taip semula kisah ini. Let's baca di bawah. Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau "saja-saja". Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah dalam kalangan penduduk setempat. Dan lebih berbahaya...
Assalamualaikum w.b.tKepraktikalan adalah praktikal. Aku ni kalau bab-bab tambah imbuhan memang cukup cekap. Sapa yang dok baca entri aku tau la akan keimbuhan yang seringkali ditokoktambah dalam bait perkataan yang dicernakan. See ada kan imbuhan dalam ayat tadi? Spot the imbuhan!Hari ke 12 berpraktikalan. Eh dah 12 hari? Sekejap saja masa tu berjalan. Kenapa orang selalu cakap masa itu berjalan bukan berlari? Itu...
Assalamualaikum w.b.tBerlintas langsung dari tempat praktikal, Lotus West Sdn. Bhd. Masuk minggu kedua dan hari ke lapan aku berpraktikalan di sini. Setakat ni semua okey. Banyak yang belajar dan tak kurang hebatnya bersenang-senangan. Bersenang-senangan a.k.a berileksan. Begitulah.Nak bercerita sebuah alkisah yang berkait rapat dengan tajuk entri di atas. Pernah menulis di status Facebook aku suatu masa dulu. Suatu masa dulu untuk menunjukkan yang...
Assalamualaikum w.b.tSihat kalian semua? Kalau tak sihat, buatlah sesuatu supaya kembali sihat. Yang dah sihat, kekalkan. Bukan nak bercakap pasal kesihatan. Yang tu kena bercerita dengan para kedokteranlah. Macam sudah lama tidak merepek-repek kat sini.*ejas tempat duduk*Aku tidak ke mana. Ada je di sini. Menyepi bukan sepi. Menyendiri bukan menghantui. Mungkin mencari sesuatu yang hilang dalam hidup ini. Setiap orang pasti perlukan waktu...
Assalamualaikum w.b.tKita sering mencuba untuk menjadi yang terbaik. Walaupun hakikatnya kita tidaklah sebaik mana. Seringkali didengari "sebaik dan sebanyak mana jasa yang ditaburi, pasti ada yang tak puas hati, iri hati." Ah, lumrah manusia yang tidak pernah padam. Perilaku lahiriah yang susah untuk diubah. Turun temurun.Janganlah kita mencuba sekiranya tidak berdaya. Risiko itu terlalu besar. Tampak tiada apa-apa, tetapi mampu memberi kesan yang...
Assalamualaikum w.b.tManusia terlalu sibuk mengejar duniawi. Manusia terlalu sibuk memberi peluang iblis merajai hati. Manusia terlalu leka mencari sesuatu yang tidak pasti matlamatnya. Juga manusia terlalu meletakkan harapan kepada insan melebihi sang penciptaNya. MasyaAllah. Bukan hanya 14 hari untuk mencari cinta yang Agung, Cinta Illahi. Sepanjang hayat. Selagi ianya dikandung badan. Itupun acapkali terbatas. Terbabas. Kembali mengumpul kudrat. Mengharap pada jalan yang diredhai.Nafsu...