Masih Boikotkah??

August 11, 2009


Assalamualaikum W.B.T

Terlebih dahulu aku ingin memperingati diri ini dan juga semua umat yang bergelar Muslim. Sama-sama kita membaiki kelemahan diri ini.. InsyaAllah..

Dulu ingat lagi time Israel menyerang Palestin yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Dunia Islam lantas mengambil penyelesaian dengan memboikot barangan Israel laknatullah dan seketunya Amerika. Memang marah, benci, dan kita mengutuk sekeras-kerasnya mereka dengan harapan kita dapat membantu nasib rakan-rakan seperjuangan kita di sana.

Masa berlalu.. Boikot hanya tinggal nama. Barangkali! Untuk sesiapa yang terus memboikot alhamdulillah.. Dulu juga masih ingat memang ramai kawan-kawan kita termasuk diri ini sendiri memboikot barangan mereka.. Kalau nak beli barang tu macam-macam yang akan keluar.. "Eh tu barang US wey, mana boleh beli.." ada lagi "Tak mau la makan McD & KFC.. Israel & US tu.." n so on..

Tapi sekarang?? Mana laungan kebencian itu pergi? Mana semangat hendak menentang keadilan? Di mana nilai kemanusiaan yang kita sering ucapkan? Di mana?? Kalau teruskan boikot, alhamdulillah..

Tepuk dada, tanya hati, tanya iman.. Marilah kita sama-sama fikir sejenak hakikat ini.. Mereka sekarang sedang mentertawa kita. Mereka sekarang sedang mempersendakan kita. Mereka sekarang senang lenang tanpa sebarang tentangan..

"Berjuanglah dengan Agama Allah, kerana itulah jalan menuju ke syurga"

Wallahu'alam..

You Might Also Like

2 Comments

  1. hangat2 tahi ayam...mmm,kfc wat set jimat lak,tergugat daa...moral of da st0ry: istiqamahlah lam wat ssatu perkara..bt0i x??

    ReplyDelete
  2. betoi2..McD pon cmtu gak..yup kena istiqamah dlm segala hal..moga2 kita tergolong yg diberkati..insyaAllah..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe