Bagaimana Anda Dapat Idea Menulis?

August 26, 2010





Assalamualaikum w.b.t

Terabai atau serabai? Saya memilih terabai. Terignored secara tak sengaja. Kembali seperti dulu kala. Seminggu hanya satu sahaja mampu hasilkan entri. Kadang-kadang dua. Bergantung pada tahap ekosistem badan dan tugasan harian.

Sibuk dan pelajar ibarat aur dan tebing. Kadang buat-buat sibuk. Standard. Sibuk ini merangkumi semua. Hampa pun pernah jadi pelajar. Tak payah mention pun dah dapat jawapan. Kesibukan diteruskan apabila bakal menjelang cuti. Kekerjaan kesubmittan yang diberikan tidak pernah kepadaman.

Ada yang dah bertanya :

"Bila nak update blog?"

Err, sebelum jawab, nak terharu dulu. Okey terharu. Terima kasih yang bertanya. Apabila ada yang bertanya, maksudnya ada yang sudi baca karya aku yang picis ini. Terima kasih lagi. Jawapan dah bagi kat atas.

Ada lagi yang bertanya. Tapi dah lama soalan ini dikeudarakan.

"Bagaimana dapat idea menulis ya?"

Jawapan mestilah setimpal. Baru berbaloi dengan soalan.

Idea elemen terbesar dalam penghasilan setiap entri. Tanpa idea, tiadalah entri. Kekadang menulis 'I have no idea nak tulis apa'. Oh sebuah idea jugak tu. Idea dan ilham sama. Tapi aku tak pernah jumpa lagi orang bernama Encik Idea, tapi Encik Ilham pernah :) <-- Okey, contoh sebuah idea a.k.a ilham.

Dah tanya, kenalah jawab. Tak bolehlah jawab tak tau walaupun kadangkala memang itulah satu-satunya jawapan yang bersesuaian pun. Sebelum tak tau tu, kena cari yang tau dulu. Baru sama-sama pakat tau.

Okay straight to the point.

Aku ni seorang 'observer'. Melihat sekeliling dan seterusnya dicernakan dalam akal fikiran. Kajian dilakukan spontan. Dan dikeluarkan dalam bentuk bayangan walaupun penghasilan yang bakal dihasilkan adalah berbentuk ayat pernyata.

Ya idea itu datang mencurah-curah. Tambah-tambah situasi itu yang kita sukai. Cepat saja jari jemari menari di papan kekunci. Nasihat aku, kalau anda dapat idea untuk menulis sesuatu, lakukan terus. Jangan tangguh-tangguh. Ah! Apa-apa pun macam tu jugak kan. Bukan setakat penulisan entri sahaja.

Tapi jangan tiru macam aku. Aku kalau dapat idea, biar bermain-main dengan idea itu dulu. Berfantasi seberapa banyak ruang lingkup dahulu. Kembangkan dalam imaginasi tapi natijahnya, ia terlerai satu persatu. Hilang sikit demi sikit dan hilang terus. Sayang bukan?

Aku selagi tak klik new post kat blogger ni memang tak akan sempurna penaipan. Semua berlaku apabila aku start menulis. Idea spontan yang diterbitkan dengan jayanya. Dan kembangan ayat juga akan terus bertaut seperti yang anda sedang baca ini.

Ha itulah jawapan aku.

Dan ini sedikit tips daripada aku :

  • Jangan tangguh apabila dapat idea hebat. Tulis terus. Kalau tiada depan laptop/PC, catatlah di mana-mana dulu.
  • Peka terhadap alam sekeliling. Ini sangat penting.
  • Menulis hal ehwal semasa sangat amat begitu digalakkan.
  • Membaca daripada banyak sumber. Bila banyak sumber, banyak sikit idea bakal dicurahkan.
  • Berkawan dan berkongsi pendapat dengan sesiapa sahaja. Patut amalkan.

Banyak lagi sebenarnya. Tapi yang ini saranan daripada aku. Kalau anda ada nak tambah, sila-sila. Tapi yang pastinya idea datang memang secara spontan. Rugilah kalau idea hebat anda dibiarkan terkubur sahaja. Maka, lakukan sesuatu terhadap idea itu okey?

Sekian dan wassalam.

Wajah-wajah apabila mencari idea.


Hami Asraff :

1. Banyak lagi idea nak tulis. Tunggu untuk entri seterusnya ya.
2. Sekiranya sudi tukar link dengan blog tak seberapa ini, silalah klik Tukar Link di bawah header aku.


You Might Also Like

16 Comments

  1. Aku setuju...kalau duk jauh ngn laptop idea dtg punya laa tercurah2... kalau dah mengadap lptop semua idea lari lintang pukang... xsempat nk tgkap...

    ReplyDelete
  2. Idea untuk update blog tak boleh diperah. kena biar dia datang dengan sendiri. mcm mana dia nak dtg? tu yg tips2 ber"highlight" biru kat atas tu.. :D

    Pendapat anda?
    Awak, boleh pakai purdah tak?

    ReplyDelete
  3. betul..idea byk, mood nk menulis pun de tp bila tangguh, smua tu makin hilang

    ReplyDelete
  4. very good tips, saya pun nak amalkan jugak

    ReplyDelete
  5. oh! idea sy dtg dr makhluk berbulus paling comel, entri sy tidak segah mana tp itu lah yg suka sy kongsikan bersama

    bicara tentang makhluk tuhan paling comel itu membuat hati sy berbunga-bunga, sy bahagia dan sy suka bila sy bahagia heheee....

    ReplyDelete
  6. pernah taip entri dalam feri. Tak kisah dah orang pandang - pandang ke. Yang penting idea dapat dicurahkan. Kalau tak, lambat la entri tu nak keluar..aish

    ReplyDelete
  7. salam tuan blog.....kak share sikit pasal akak bila dapat idea ....

    idea atau ilham menulis selalu datang secara tiba2....tengah blogwalking pun boleh dapat idea....bukan meniru entry....tetapi kupasan atau isi kandungan entry itu yang dapat dijadikan ilham untuk menulis.....kadang2 entry sesebuah blog tu tak habis dikupas atau tergantung.....jadi akak cuba merungkainya dari menjadi persoalan untuk diri sendiri....tapi tidaklah semua.....banyaknya bergantung pada kitaran hidup seharian....alam juga menjadi penyumbang.....

    peace...!!!

    ReplyDelete
  8. semua gambar tengah mencari idea tu..byk la entry pas ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Kalau idea a.k.a ilham dibiar tanpa dicatatkan, selalunya ia akan terbang dan tidak kembali..

    Jika ke bengkel penulisan akan selalu dipesan untuk membawa buku nota kecil walau ke mana sahaja kita pergi.. Kalau dah canggih bolehlah gunakan telefon bimbit /PDA dan sebagainya asalkan dicatat idea yang singgah kerana jarang sekali idea yang sama akan singgah..

    Terima kasih atas perkongsian Asraff..

    Sangat berguna. =)

    ReplyDelete
  10. idea? ntah. selalunya spontan. atau apa yg berlaku pd diri takpun orang sekeliling.

    ReplyDelete
  11. en. idea x suak saya..jarang sgt dia dtg jmp sy..kalo dia nak jmpa pon, slalonya xkena tmpt dn masa..haish..

    p/s: first time smp sini.. =)

    ReplyDelete
  12. salam. kadang2 ruhjihad dpt idea utk menulis dr perangai org lain, baca buku, tadabburi alam dan soalan dr org lain. dan biasanya idea tu mmg bukan laptop lah. so banyak yg hilang. lpas ni nak blajar bwk buku catatan..

    ReplyDelete
  13. Bagus gak menmbuat olahan dari idea tu
    mesti penulisan yang terhasil mantap kan =)

    ReplyDelete
  14. wajah cari ilham mereng ketepi ea?t nak try jugak la...hehehhee

    ReplyDelete
  15. kalo mcm tu.. kena byk membaca & byk memerhati.. =)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe