Janganlah Bersedih. Gembira Lagi Best!

March 22, 2010




Assalamualaikum w.b.t

Masih ada kesempatan. Masih punya keinginan. Masih punya semangat. Itu yang acapkali diuar-uar walaupun banyak agenda sedang menanti. Banyak perkara perlu digagahi. Banyak benda harus ditangani.

Hari ini seseorang ada menghantar mesej di kotak inbox Facebookku. Ni mesejnya :

salam saudara..saya ada baca blog saudara..very nice dan banyak ilmu yg saya dapt dr blog saudara..btw..saya nk tya ckit..apakah tips ye kalau hati kita x tenang dan hati sedih je...dan mcm mana nak lupakan peristiwa yang membuatkan sy sedih..even sy cbukkan diri pun still igt lg..berdoa pun msih lg igt... Madihah Mustafa

Err, terima kasih. Thank you. Xiexie. Sebenarnya sebelum ini ada juga yang menghantar mesej & emel yang mempunyai masalah yang sama. 3 orang. Sila jangan anggap aku nak bangga atau apa-apa. Tak terlintas pun. Cuma terasa dihargai dan terfikir, "Lor, ada juga nak tanya pendapat aku yang hampes ni, bajet aku ni bagus kot? Haha ~" Gua bermonolog dalam hati.

Sebelum tu nak habaq siap-siap noh. Aku bukan pakar motivasi. Aku bukan kaunselor. Tapi aku seorang yang sukakan motivasi dan akan jadikan kaunselor sebagai kawanku. InsyaAllah. Apa yang aku nak ceritera cinta kat bawah ni hanya pandangan biasa dan pendapat spontan aku semata-mata.

Oh kesedihan itu memang sering terjadi. Kenapa? Sebab kamu sering berduka. Ceh, tak payah dok habaq la. Semua orang tau. Banyak faktor sebenarnya. Tapi satu saja yang aku nampak. Kesedihan ini semuanya berpunca dari MASALAH. Itulah tunjangnya. Dan MASALAH itulah yang menyebabkan kita terus terhimpit dan tersepit.

Bercakap pasal MASALAH, semua orang tahu mamat/minah yang bernama 'MASALAH' ini macam tak boleh tengok kita dok senang. Ada saja nak ganggu. Nak kacau kita. Sebab itulah kadang kala terjadinya MASALAH PROBLEM! (Err, gua sangat merepek perenggan ini. Sila abaikan dan teruskan pembacaan)

Okey pergi terus kepada tips-tips yang aku nak kongsi di sini. Eh kejap! Aku pun sebenarnya bukannya ada tips pun. Sungguh! Tapi atas permintaan aku cuba la ye.

Pada entri aku terdahulu, aku pernah siarkan mengenai Kisah Bunga & Rama-Rama. Mungkin ada yang pernah terbaca kisah ini. Secara jujurnya, kisah inilah yang menjadi pedoman dan ikhtibar kepadaku selama ini. Kalau terasa diriku sedih mengenangkan nasibku, aku baca kisah ini. Kalau aku terasa diri ini serba kekurangan berbanding yang lain, aku baca kisah ini. Cubalah, kalau anda belum baca. Tapi pesan aku, baca dan hayati!

Setiap orang akan diuji. Cuma bentuk pengujian itu berbeda. Kita hanya nampak kesedihan daripada permasalahan sahaja dianggap ujian. Oh tidak sebenarnya! Kegembiraan, kemewahan, kelazatan nikmat hidup dan seumpamanya juga ujian dari Allah SWT.

Telah dijanjikan oleh Allah, bebanan seseorang itu adalah mengikut kesanggupannya. Pasti ada kemudahan. Pesan Hassan Al Banna, "Jangan kita fikir apa yang kita kecapi, tetapi fikir sejauh mana sumbangan kita".

Maksudnya sebegitulah. Kalau kamu rasa itu sangat teruk bagi kamu, percayalah ujian kesedihan yang ditimpa oleh kamu itu kamu mampu harungi. Cuma mungkin belum temui jalan penyelesaiannya. Maka, kamu kena cari yang itu. Bagaimana? Kamu yang kena menjawab persoalan itu.

Bacalah Al-Quran. Aku pernah beli buku ini. Entri terdahulu. Kliklah di situ untuk melihat. Di situ sumber kekuatan dan ketenangan. Amalkan setiap hari membaca. Kalau rasa banyak, baca satu muka sehari dah cukup (kalau lebih, lagi bagus). Tapi kena disiplin dan amalkan. Seeloknya selepas solat subuh dan maghrib. Cuba! Selagi anda tak cuba memang tak tahu. InsyaAllah anda akan temui ketenangan.

Banyak lagi rasanya tips-tips. Tapi cubalah yang ni dahulu. Tak usah nak 'sumbat' banyak-banyak. Tetapi usahanya tak seperti yang diharapkan. Seperti semua orang tahu, perbuatan yang disukai oleh Rasulullah SAW ialah perbuatan yang sedikit tetapi diamalkan secara berterusan. So no matter how, you have to try!

Aku tinggalkan anda dengan beberapa kata-kata hikmah. Sesungguhnya aku memang suka kata-kata hikmah dan aku ada membuat koleksi untuk kata-kata hikmah sebegini :

"Masa lampau bukan untuk ditangisi. Juga bukan untuk mendabik dada, kerana ia hanya sejarah yang boleh dikenang dan diteladani. Harga sebuah kesilapan akan lebih mahal jika dijadikan pengajaran."

"Don't cry because it is over, smile because it happened, so that you won't be hurt anymore."

Dipetik dari buku JANGAN BERSEDIH (LA TAHZAN) :

Anda sebenarnya telah meraup kenikmatan yang tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan, tetapi sayangnya anda tidak menyedarinya. Bahkan, anda hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan, padahal anda masih memiliki roti yang segar untuk disantap, air yang segar untuk diteguk, dapat tidur nyenyak, dan kesihatan anda yang stabil.

Anda seringkali memikirkan sesuatu yang telah hilang, sehingga anda lupa mensyukuri apa yang ada di hadapan anda. Anda merasa sedih kerana kekurangan material, padahal anda masih memiliki kunci kebahagian, memiliki setompok kebaikan, kenikmatan, dan masih banyak yang lainnya. Oleh kerana itu, renungkanlah dan bersyukurlah!

Ada member pernah tanya aku, "Wey, aku tengok hang ni ceria ja. Gelak selalu, macam tak dak masalah ja". Balasku, "Yaka? Inilah diri gua!" Hahaha ~ Siapa tak dak masalah beb! Kadangkala tak perlu tunjukkan yang anda bermasalah. Kadangkala tertonjol juga. Student macam aku ni lagi punya masalah. But, you have to know how to handle it!

Dulu aku ada share dengan pembaca apa yang ada dekat meja stadiku. Nak tau sekali lagi, kliklah pada tajuk ini. Coretan Sabtu. Tak suruh anda ikut apa yang aku cakapkan. Tapi itu yang aku letak kat meja stadiku. Yang selalu aku pandang time nak stadi. Bukankah apabila selalu pandang boleh dijadikan amalan? Cubalah kalau anda tak percaya.

Itu saja aku rasa. Minta maaf sekiranya tidak dapat membantu anda. Cuma ingin berkongsi sedikit rasa dan ilmu pinjaman Illahi ini. Banyak lagi agenda perlu diselenggara. Aku memang tak boleh update seperti selalu. Memang tersangat bizi body this 3 weeks. Tetapi insyaAllah akan usahakan. Semoga anda ceria selalu! Tak yah dok teriak-teriak. Buat abih ayaq mata ja. Hoho ~ Cau sin ci!



Wassalam ~

Post Script : InsyaAllah entri seterusnya aku ingin mengulas mengenai sebuah filem yang best! (bagi aku la). Tapi tak tahu bila lagi. Just wait and read ya! :)


You Might Also Like

31 Comments

  1. saya setuju dgn kata2 asraff. hal hal sebegini kena rajin membaca dan mencari. ada byk cara utk lebih tenang, utk elak sedih. berzikir itu salah satu caranya =)

    ReplyDelete
  2. salam~

    setiap orang pasti punyai masalah..
    ujian yang berbeza..
    sesungguhnya hidup kita sebagai hamba takkan lekang dari mehnah & tribulasi..

    Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
    (Al-Ankabut: 2-3)

    ingatlah,

    Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
    (at-Taghaabun: 11)

    * kuatkan iman, tabahkan hati..
    Innallaha ma'ana..

    ReplyDelete
  3. terima kasih krn berkongsi.... dari bersedih terus semangat dan tidak bersedih..=)

    ReplyDelete
  4. berinformasi... TQ

    ada satu buku yg sy baca, "bila Allah menduga kita" betul2 memberi banyak pengajaran dan dorongan motivasi.... cubalah

    ReplyDelete
  5. Salam..thanks for sharing..sungguh berinformasi..

    hidup siapa yang takda masalah..setiap manusia yg hidup ni even makhluk Allah ata muka bumi nipasti akan mngalami masalah..
    tapi terpulang dengan cara kita berhadapan dengan masalah..masalah tetap akan datang dan pergi dan setiap masalah ada penyelesaian..
    kita cuma perlu berfikir dan rasional dalm menyelesaikan masalah..

    perkara biasa yg sy lakukan kalau ada masalah ialah face it..bukan mengelak..walaubagaimana sukar skali pun mslh tu, pasti boleh selesai..its just the matte of time..

    ReplyDelete
  6. salam...setuju sgt2 dgn entru awk neh..ya..setiap masalah yang datang itulah yg dpt mematangkan diri kita...n ini terpulang kepada individu tu how to manage the problem...kdg2 manusia ne lemah n lalai....sehingga masalah yg dtg mereka tros down n xegt kepada allah yg maha ESA...allah uji kita kerana Dia sygkan kita..agar kita lbh mengingati dia.......

    lgpun sudah tertulis yg allah akan uji umatnya mengikut kemmapuan diri kita....jadi setiap masalah yg dtg itulah yg mematangkn kita untuk menjalani liku2 kehidupan...love this blog..informative...

    ReplyDelete
  7. thanks alot sharing kt sini..yup, mmg betui ngan baca Al-Quran, kite akan merasa tenang n selalu2 la berzikir n bertasbih kpdNye...

    sy selalu baca La Tahzan bile sedih melanda diri... :)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. nice one...(^_^) berkat al-Quran, yg susah jadi senang...yg kusut jadi lerai...yg sakit bole senyum...

    ReplyDelete
  10. for me kan, masalah tu sebenarnya salah satu cara Allah nak ingatkan kita bahawa Dia tu sentiasa ada untuk kita, cuma selalunya, kita yang terlupa. Allah nak kita kembali kepadanya, maka diturunkan semua dugaan dan masalah tu kpd kita. kan? :)

    ReplyDelete
  11. salam saudara..
    menarik..amat berguna..
    harap diberkati Allah selalu..

    ReplyDelete
  12. really agree ngan bro hami!!!!

    ReplyDelete
  13. sedih dan gembira dtg beriringan yg akan melengkapkn hidup kta...umpama garam dlm khidupan...yeah yang pnting cara hndak atasi ..
    sy ske kata2 buku la tahzan..tringin nk beli
    tp x berksmptn lg

    ReplyDelete
  14. Salam, Hami. 1st time baca blog ni. Suka dengan entri ni. Setiap yang berlaku sama ada musibah atau nikmat, memang ada hikmahnya, kan. Kerana Allah tidak menjadikan sesuatu untuk disia-siakan. Wallahualam.. ^_^.

    ReplyDelete
  15. salam.
    terase mcm tenang dan redho pas bace entry ni..
    hmmmmm~

    ReplyDelete
  16. salam..
    kita hanyalah manusia biasa takkan terlepas dri masalah dan dugaan.. begitu jugalah hamba ini.. setiap ari dan ketika ada saja masalah yg dtg, tpi ALHAMDULILLAH smue itu tak pernah menjadi penghalang tuk hamba ini meneruskan kehidupan dengan bahagia..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum...

    menjadi fitrah manusia akan ada perasaan sedih.. mahupun kecewa.. ya.. berzikir itulah jalan terbaik.. adakalanya menitiskan air mata boleh di ajdikan satu terapi juga (err.. kalau wanita la.. lelaki.. emm..) apa-apa pun t.kasih atas perkongsiannya.. Rabbunna Yusahhil!! ma'annajah..

    Thanks singgh blog maiza yg lgsung xd updatekn tue.. blog yg active ada prob sikit.. sedang di baik pulih. tetapi masih buntu la.. rasanya perlu berwajah baru.. lama betul tak singgh sini.. t.kasih sekali lg ya..

    ReplyDelete
  18. wah..ngah sedeyh gak ekceli tym bace ne..tapi da ok dah pas bace..huhu

    ReplyDelete
  19. ermm orang la kata kan.. orang yang selalu bersedey dan bermasalah ney susah nak maju.. betol ke? wuhuhu

    ReplyDelete
  20. kalau sedih,

    cukuplah solat 2 rakaat,.

    Quran pn mujarab

    ReplyDelete
  21. saya amalkan baca al-quran lepas solat..selalu baca lepas solat maghrib..lepas ni bley cuba cara mcm bro hami tulis..eehee. thanks bro!

    ReplyDelete
  22. slalu gak dlanda masalah n tak dapat nk lupakn..hati mmg xkn tenang..bkn jns sy yg bkn senang utk mlupakn..

    ReplyDelete
  23. salam..menarik blog anda..harap bleh lawat blog saya dan beri komen..

    ReplyDelete
  24. salam,

    thank 4 da infomarsi...

    lg1 ada adiah utk asraff, mik kt blog saya ea

    ReplyDelete
  25. many din realize about the beauty of sadness...

    ReplyDelete
  26. btul3.....pape pn...ceria2 sllu...peace no war... ;p

    ReplyDelete
  27. salam..thanks 4 sharing ur thots! very good motivational post hami..kdg2 kt perlukan org lain utk memberi motivasi or membaca dr sumber luar eventho kt sbnarnye dh tau ttg tu..tp bila dgr dpd org lain kata2 motivasi yg sama tu dpt menaikkan semgt kt balik...nape ek gitu?hohoho

    n betulla..al-Quran tu sumber ketenangan org mukmin:

    "Dan Kami turunkan dari al-Quran (sesuatu) yg menjadi penawar dan rahmat bagi org yg beriman, sedangkan bagi org yg zalim (Al-Quran) itu hanya akan menambahkan kerugian."

    wallahu'alam =)

    ReplyDelete
  28. ALLAH xkn bg dugaan kat hambaNYA jika dia tahu hambaNYA dapat atasi kan..

    nice entry.ley dijadikan tazkirah..;)

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe