MIKHAIL

December 19, 2009


Assalamualaikum w.b.t


Aku ingin menceritakan sesuatu. Sesuatu yang menarik perhatian aku untuk menceritakan ia. Tajuk entri aku kali ni ' MIKHAIL '. Kenapa MIKHAIL? Siapa MIKHAIL? Terlebih dahulu nak beritahu, MIKHAIL yang bakal aku cerita ni dipetik dari sebuah buku hasil tulisan Ramlee Awang Murshid, novelis thriller no. 1 Malaysia. Kisahnya memang benar berlaku.


MIKHAIL - Bukan sekadar sebuah nama. Sengaja menggunakan nama orang Russia agar negara Blok Komunis itu dipersalahkan pada setiap perbuatan jahat yang dilakukan di sebelah negara-negara Asia. Sama seperti 'Megabill' - pemalsuan wang dolar Amerika secara meluas. Korea Utara dituduh melakukannya. Walhal ia agenda memburuk-burukkan negara itu kerana kedegilan menghentikan projek nuklearnya.


Begitu juga dengan negara Iran, alasan dicari untuk menghentikan projek nuklearnya yang didakwa melanggar peraturan dunia. Induk utama kesatuan ini tidak diketahui pusat operasinya. Ia hanya berselindung di sebalik nama. Rangkaiannya meluas ke serata dunia. Malah, ahli yang terlibat sendiri tidak mengetahui pusat induk tersebut melainkan cuma menerima arahan daripada ahli lembaga kesatuan itu sahaja.


Agenda kesatuan ini amat jelas - menguasai dunia menggunakan apa cara sekali pun. Di sebalik agenda, mereka mengawal ekonomi dunia meliputi saham, harga minyak, pertukaran wang asing, mencetuskan peperangan menerusi kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, mencalonkan pemimpin-pemimpin pilihan mereka di negara-negara membangun. Mereka semakin berkuasa sejak berjaya memusnahkan Kesatuan Soviet. Perang dingin antara dua negara kuasa besar berakhir dengan kemenangan berpihak pada Amerika Syarikat meskipun tidak diraikan kejayaannya secara besar-besaran.


Wang satu dolar Amerika - satu identiti sejagat yang luas penyebarannya - mudah didapati kerana nilainya rendah berbanding jumlah-jumlah yang besar dari $10USD hinggalah $100USD. $1USD - sesiapa pun boleh memilikinya. Para pengkaji bebas menganggap $1USD adalah 'Syaitan Besar' - dengan lambang piramid dan satu mata. Jika diperhatikan secara teliti, tersembunyi gambar burung hantu. Ia lambang kuasa sejagat.




Begitulah serba sedikit info mengenai 'MIKHAIL'. Rangkaian mereka sudah meluas dan bergerak pantas. Malaysia barangkali sudah diideologikan oleh golongan ini. Siapa tahu! Banyak agenda dan propaganda Barat cuba menjatuhkan kita. Tapi kita tak sedar, alpa dan leka. Semoga kita dapat mengelak semua ini daripada hasutan dan dipengaruhi oleh golongan ini. Wassalam.

Sila klik di sini. Terima kasih.

You Might Also Like

12 Comments

  1. BUJANG SUSAH : waalaikumussalam w.b.t. terima kasih atas nasihat dan pandangan. menjadi keutamaan kita berkongsi apa yg kita tau, spt yg saudara ckp iaitu pesan Nabi ' Sampaikan Walaupun Satu Ayat '. segala bentuk ilmu bukanlah hak kita hakiki. tp pinjaman dari azali. blog saudara pon sgt bagus. byk info utk semua. semoga kita terus berjuang utk agama tercinta!

    ReplyDelete
  2. i read this book for 2 times... not only this book but all the books by ramlee... and all the contents very meaningful... lots of info... thanx for sharing ya hami...

    ReplyDelete
  3. zackque : hemm, mcm kenal ja kamu. owh novel2 RAM mmg my fav :)

    ReplyDelete
  4. mcm kenal ya???
    kenal la kot...
    sama la... RAM is my feveret...

    ReplyDelete
  5. zackque : pkai kate je mcm kenal. huhu~

    ReplyDelete
  6. pakai kate no need to pay anything... hehehehehe...

    ReplyDelete
  7. ramlee's writing is my idol....

    xspecially,hero2nyer....heh3... :p

    ReplyDelete
  8. penawar --> begitu excited ya kamu! :)

    ReplyDelete
  9. klu bab2 RAM,mmg xcited ckit...he3...tp xover dos tau... ;p

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe