Persahabatan Yang Dirungkaikan Dari Perspektif Aku

May 23, 2010




Assalamualaikum w.b.t

Idea idea datang cepat! Beginilah apabila sesekali cubaan mengemaskini blogku. Idea tu ada, cuma masa tidak mencukupi. Dulu masa kecik-kecik aku pernah juga dengar orang cakap, "Masa tidak mencukupi, bla bla bla". Tetapi sekali dengar seperti "Masa tidak bancuh kopi, bla bla bla". Err, entahku tidak tahu sebab apa. Mungkin mengalami kesoundan ketroublean dan mungkin juga aku belum dapat tangkap lagi apakah maksudnya. Okey abaikan!

Ada reader blog aku mengemukan persoalan. Eh bukan soalan tapi perbincangan. Eh aku pun kurang pasti sama ada persoalan ataupun perbincangan. Tapi yang pastinya ianya berbaur begini :

"Kamu jarang tulis mengenai friendship ek"

So adakah itu persoalan atau perbincangan? Aku rasa soalan. Tapi kenapa tiada tanda soal? Sila jawab sendiri.


Eh aku rasa ada je kot aku cerita pasal persahabatan dalam entri ini. Tapi aku tak specified untuk friendship tu. Aku selitkan ia di antara entri-entriku. Ah, memangku suka begitu.


Alright! Entri kali ni aku akan cuba bercerita pasal persahabatan. Persahabatan tu meluas definisinya. Aku akan kecilkan skopnya dan cuba memperincikan dari kaca mataku yang bercermin mata ini. Suka dan sering hampa semua dengaq orang kata ini. Sejak terun temurun lagi. Zaman Tok Nadoq lagi (orang Kedah akan faham maksudnya). Apakah?


"TAK KENAL MAKA TAK ______"

(sila sambung sendiri, tatau jawapan dia habaq kat aku)


Tapi bagi aku la, TAK KENAL MAKA TAK KENALLAH. Yer tak? Sebab itulah sesi perkenalan ataupun ice breaking itu diperlukan supaya kita dapat memecahkan ais kiub itu!


Selalu jumpa manusia sebegini, dan akan bermonolog di dalam hati. Mungkin aku juga barangkali.


"Eh, muka mamat ni kerek gila. Mesti perangai kerek juga." (muka ganaih)


Eh eh tak baik buruk sangka. Itu dinamakan first impression. Standard chartedlah. Penilaian pertama setiap manusia adalah apa yang kita nampak di depan mata dan lantas penafsiran berlaku dengan secara tak sengaja. Sifat lahiriah manusia itu sendiri. Tapi cubalah berprasangka baik ya.


Tup tup bila kenal mak oi, baik gila! Kerek pun gila. Baik pun gila. Mana 1 betoi ni. Adei! Orang Kedah ni suka letak 'gila' dibelakang ayat. Which is ia menunjukkan benda tu betul-betul interesting. Bukanlah gila yang gila tu. Itu crazy. Err, mungkin penggunaan itu kurang bersesuaian. Tapi seperti sudah sinonim. Maka, terbiasa. Faham-faham la noh.


Ada juga yang begini.


"Muka minah ni cun. Mesti seronok dapat mengenali beliau!" (muka memang cun)


Tapi apabila usia perkenalan itu dilangsungkan dengan jayanya, maka sedikit sebanyak tersembul segala. Yang baik dan juga sebaliknya. Pendek kata sesuatu yang berlawanan dengan rupa paras yang cun tadi. Fahamkan?




Apa yang aku cuba nyatakan di sini ialah dalam subuah persahabatan, penilaian pertama itu tidak selalunya tepat. Mungkin ya, mungkin tidak. Sebab itulah persahabatan ini perlu menjalani proses yang dinamakan 'kenali hati budi". Ya proses ini memakan masa. Tak kisahlah berapa lama yang diambil, tetapi menguji dalam sesebuah tempoh.


Kekadang, 2 jam usia perkenalan kita terasa seperti sudah 2 tahun mengenali orang itu. Kekadang juga, 5 tahun mengenali seseorang itu, tetapi masih tidak mengenalinya. Bergantung juga dengan tahap kendalian kita dalam 'build' the friendship.


Tapi suatu hakikat yang perlu kita sedari, KAWAN DATANG DAN PERGI. Ini kita perlu tahu. Cubalah anda tengok dari anda sekolah rendah, naik menengah, alam Universiti, pekerjaan dan sebagainya, berapa banyak kawan yang anda temui? Mungkin masih ada yang setia. Tapi yang pastinya kita akan berjumpa dengan rakan-rakan yang baru sepanjang perjalanan hidup ini.


1 benda yang aku cuba titikberatkan dalam persahabatan ialah, IKHLASKAN diri. Ah, semua pekerjaan pun begitu. Janganlah memilih kawan. Pernah diajukan dari seorang rakan kepadaku. Soalannya begini :


"Andai kata orang tu gemuk, hitam, muka banyak jerawat, tak hensem dan sebagainya, adakah hang nak kawan dengan orang tu?"

Balasku,


"Lor, why not. Siapa aku untuk memilih untuk berkawan atau tidak. Memang hak memilih itu ditangan kita, tetapi haruskah?" (aiceh, aku pulak tanya dia)


"Aku kekadang pilih juga. Takkan nak kawan dengan orang jahat!" , balasan dilemparkan.


"Eh budak ni! Aku tak kata pun pasai budak jahat ka dak. Yang aku cakap ialah pemilihan berkawan atas dasar fizikal. Itu bukan caranya untuk berkawan. Ada faham?!"


"Okey, okey!"


Ada juga yang jadikan faktor ini sebagai aras untuk berkawan. Kalau anda ada ukuran sebegini, maka jalinan persahabatan yang bakal anda jalinkan kelak bukanlah seperti yang dituntut dan dinamakan KEIKHLASAN.


"Manisnya persahabatan kerana manisnya IMAN. Diikat kuat bukan kerana aliran darah tetapi dipateri kerana ALLAH. Bersabar dengan kerenah insan dan menegur dengan kasih sayang kerana enggan terpisah di hari pembalasan."


Amboi amboi dah macam ahli motivasi pulak aku ni. Haha. Saja la merepek-repek sikit. lagipun ada yang request nak entri pasal friendship ni. Aku balun je pun. Tak best habaq la noh.


Conclusion.


Berkawanlah dengan semua orang. Be nice to people. Biarlah persahabatan itu terjalin dengan sendirinya. Tiada paksaan dalam persahabatan. Beri keutamaan pada rakan anda. Dalam certain-certain time la. Kekadang ni ada juga kawan yang tikam dari belakang. Berwaspada dengan rakan-rakan anda yang ditemui.


"Tidak semestinya apa yang kita miliki itu milik kita selamanya. Nilai kasih seorang sahabat adalah tinggi darjatnya. Hargailah persahabatan yang ada. Menjaga hati seorang umpama menjaga kaca yang berkilau. Jika silap pegang jatuh berderai. Pepatah mengatakan BERKAWAN BIAR SERIBU, BERKASIH BIAR SATU. Yang seribu itu kita tidak pasti mana yang serasi. Manakala yang satu itulah yang sukar difahami. Kasih dan perasaan hanya hati sendiri yang rasa."


Cukuplah puitis itu.

Wassalam.


Post Script 1 : Terima kasih untuk saudari F yang spend 2 jam baca blogku yang tak best ini. Hargai! :)

Post Script 2 : Belajar dengan begitu rushing sekali short course ini. Biasalah sebulan je.


Share/Bookmark

You Might Also Like

29 Comments

  1. salam..harap be da 1st comment..
    mmg pun..kawan tu dtg dan pergi..t
    dok pyh laa nk pilih kwn..tapi kdg2 kite kne wat penilaian setiap masa..supaya apa y dia wat if buruk laa xda laa kita ikut..

    suke ayat y last sekali..kawan biar seribu kasih bia satu..slm seribu xsemua boleh serasi dan y satu itu sukar difahami....
    ^.^

    ReplyDelete
  2. huhuh
    kalau laa semua org pandang paras rupa bila nak berkawan alamat yg gemuk, hitam dll sume tak dek kawan laa.
    uhuhuhh.
    nak kawan yg baik, diri sendiri kene baik dulu!
    sebab kawan kite mencerminkan diri sendiri kite.
    yek ke? huhuh

    ReplyDelete
  3. sudah tidak ramai kawan di alam nyata

    tapi nak cari kawan yg betul2 dapat terima lebih kurangnya kita ni payah.

    nak cari kawan yg susah senang pun payah.

    yg hulur tgn masa nak jatuh ramai tapi yg cuba untuk tarik ke atas tu pun payah.

    aduhai!

    ReplyDelete
  4. ui hami best nih hehe
    satu je aku xpaham..kerek tu ape?
    3kali dh baca, kerek tu je aku xpaham haha

    ReplyDelete
  5. Salam. Blog yang simple dan santai tapi hit the mark. Syukran atas perkongsian teruskan berblogging.

    Ps. Sahabat yang paling setia ialah sahabat yang bersamanya kita ke syurga.. Kalau seorang ke syurga seorang ke neraka, maka tak boleh buat apa dah. Jika bersama ke neraka? Tak mengaku sahabat dah. Maka bersahabatlah kerana Allah..^_^

    ReplyDelete
  6. suka kau berpuitis. Boleh ajarkan ? :D bab bahasa kureng sikit.

    ReplyDelete
  7. ahahha.. konklusinya dun judge a book by its cover =P

    ReplyDelete
  8. adeh...pening kpl bace entry nie.ape pown..nak kongsi tips tentang persahabatan.walaupun org tu dikata kan "best fren"kita tapi jgn percaya pada kawan bulat2.terutama jgn terlalu berkongsi rahsia peribadi kerana rahsia kita itulah mereka akan gunakan untuk menjatuhkan kita suatu hari nnti

    dh follow awak k

    ReplyDelete
  9. itu lah zara
    gigih aku buka
    ingat ada lah nama kita dua
    tak ada pun
    hahah

    yg dalam petak kosong tu
    nak isi apa ekk?
    waaakakakakaka

    betullah tu
    kadang2 kawan yg kita anggap kawan..
    dah kawan sampai 3 tahun pun..
    lebih teruk dari musuh yang kita kenal dalam 5hari

    owh,pengalaman gua banyak derr bab2 kawan nih...hahaha

    lawak plak ingat

    ReplyDelete
  10. btul la tu berkawan biar seribu, berkasih biar satu ^_^
    dekat gambar tu pun btul gak, wlupun kite dgn kwn xde bende nak cakap n masing2 diam je, tp tetap rasa selesa ^_*
    short course yg mmg short time nak study ni, same2 la kite me-rushing XD

    ReplyDelete
  11. entri ni panjang,
    rasa lapar bila baca
    T_T

    i need food!

    ReplyDelete
  12. yeah..sy suke ayat "berkawan lah dgn semua org"..bia la kite ni jdik org yg boleh dbawak ke tepi, tengah, kanan, kiri..xkire la kat mne kite..semua org boleh jadik kawan kite..jahat ke baik ke..asalkan kte ade pendirian..klau kawan kite 2 jahat..matrempit cnthnye,,jgn kite terpgaruh dgn die sbaliknya..jadikan pengaruh kebaikan kita kuat supaya die tertarik utk bertaubat dn insaf..:)

    ReplyDelete
  13. salam hami..

    lama tak komen kt blog ni..
    menarik gak isu yg diketengahkan kali ni.. 'friendship'..

    sebenarnya kita kenal seseorang kawan tu hampir 10 tahun sekalipun tak menjaminkan kita saling memahami.. kekadang mereka tulah yg selalu menyakitkan mata dan hati bukan kerana fizikal tetapi sikap dan perangai.. kerana ego, sampai tak bertegur sapa.. sampai snggup menceritakan keburukan kawan yg dah lama kenal kepada kawan yg baru 2 3 hari kenal..

    'kawan makan kawan' dan 'kawan tikam belakang'.. tak nak lagi semua tu berulang kembali.. cukup sekali sebagai pengajaran dan pengalaman dalam mengharungi hidup dalam sebuah persahabatan..

    ReplyDelete
  14. tq sbb sudi ziarah blog ak...erm blog nie menarik untuk ak follow...salam perkenalan....come visit my blog n follow

    ReplyDelete
  15. salam..
    dulu masa zaman sekolah rasanya ramai rakan sejati..tapi bila dah semakin berumur ni tak tahu kemana semua menghilang..sedih gak..bila jumpa balik feeling pun dah tak sama..masing2 berubah..

    ReplyDelete
  16. bg tora faktor kawn ni mempengaruhi tora jgk klo kwn mlas stdy tora pn malas hehe..kena btol2 kuat kalo x mo ikut drg..tp btlla kena behati3 dlm bekawn ni..

    ReplyDelete
  17. erm...lau cm2 kawan jum en hami...

    ReplyDelete
  18. bg dila, sgt susa nak cari kawan yg betol2 nak brkwn. hurm.

    ReplyDelete
  19. salam..berkaca pula mata bila membaca entry ini...teringat pula pada sahabat yang menjauh dari hidup ku..bukanlah mudah untuk mengekalkan perhubungn yg terjalin andai tiada keserasian, kefahaman dan kesabaran yang tinggi..persahabatan adalah suatu nilai yang berharga yang perlu dihargai dan dipelihara..

    ReplyDelete
  20. salam..
    wah, suke entri ni
    kupasan yg menarik
    mmg kne
    =)

    ReplyDelete
  21. salam
    baik2 pilih kawan!

    kalau berkawan dengan penjual minyak wangi, akhirnya kita juga akan terbau wangi

    kalau berkawan dengan penjual jeruk, kita juga nanti akan terbau jeruk

    pilih kawan yang beriman dan bertaqwa

    ReplyDelete
  22. Bagus topik anda hami..fyi ni pestime saya berkesempatan utk baca secara santai.. so pd saya nilai persahabatan itu amat tinggi nilai nya bg yg mengerti.. pd yg tak brpa fhm ni akan wujud lah berbagai-bagai.. ada yg lbh kpd kepentingan diri (opportunist), ada yg kerana populariti, materialis dll lg. namun persahabatan yg sebegitu tidak kuat akar nya.. amat mudah patah walau pun sekadar kena tiupan angin kentut je hehe *maaf ye hami ayat krg sopan skt :-). Sedang kan lidah lg tergeget.Persahabatan yg ikhlas/murni tak kan sesekali retak walaupun sekuat mana perselisihan nya.. Wallahuaklam (pakteh)

    ReplyDelete
  23. maksudnya xada istilah 'memilih' di dlm berkawan?

    sy pernah dgr statement 'kalau nak tau seseorg llk itu baik atau tidak, lihat pd teman2 nya'. mean, kalau baik teman2nya, baik la seseorg llk tu.

    setakat ni sy xpernah memilih di dlm berkawan, sy berkawan dgn semua org. tp baru2 ni, sy berkenalan dgn seorg teman yg agak socialize (bersekedudukan llk & perempuan). sy xada keberanian utk menegur cara hidup dia dan hny mampu melihat dan berdiam diri. tp sy takut perbuatan sy ini dianggap bersubahat dan secara tak lansung berdosa. wuuu. adakah sy masih boleh terus berkwn dgn dia?

    kwn oh kwn :)

    ReplyDelete
  24. yup..berkawan la dengan sesiapa pon yg penting masing2 kena jujur dan ikhlas. =)

    ReplyDelete
  25. kawan tak boleh memilih rupa paras kan bro.. :)

    ReplyDelete
  26. kawan adalah salah satu anugerah tuhan yang x ternilai.. :) oleh yg demikian, sayangi kawan anda itu..

    ReplyDelete
  27. salam..
    nice post..suke bce post ni..dan post yg len juge..

    mmg btol,sahabat mmg dtg dan pergi..kawan yg tikam kot belakang pon ade..apepon sabar aje la..

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe