Masa Kalau Tak Guna Betul-Betul Habislah

April 01, 2010

Assalamualaikum w.b.t

Hami Asraff ada blog? Ya masih. Dulu bukan main lagi satu hari update sampai dua, tiga entri. Sekarang 1 minggu satu! (-_-") Inilah yang dinamakan kekangan masa. Sebut betul betul, bukan kangkangan, tetapi kekangan.

Teringat lagu Raihan ketika entri ini ditaip (pukul 3.03 pagi) iaitu Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara. Aku fokuskan sekarang hanya satu sahaja. Lapang Sebelum Sempit. InsyaAllah kalau ada masa nanti aku cuba ketengahkan yang lain pula.

Sekarang mari bercakap mengenai Lapang Sebelum Sempit (bukan Adnan Sempit). Ala, bahasa mudahnya free sebelum busy. Cenggitulah. Ini yang selalu terjadi kepada para manusia akhir zaman ini.

"Lor sat ja esok dah hari Khamis. Macam baru saja hari Khamis."

Ya, itulah yang dinamakan masa. Orang Kedah kata tak perasan pon dia mai, tengok-tengok nak balik dah.

Jelas dan ketara. Bukti telah terpapar dan terbentang luas. Cuma kita para manusia masih leka, alpa, leka, cuai dengan 'benda paling bernilai' ini. Sebab apa? Sebab we can't predict the future.

"Ala, rileks ar beb. Assignment je pun. Lambat lagi. Minggu depan baru submit."

Esok nak submit, hari ni baru kalut nak buat. Aku pun sebegitu.

Itulah kita dan masa. Begitu juga aku dan masa. Tak kurang juga kamu dan masa. Dan sesiapa sahaja dengan masa. Aku sebagai pelajar. Ya hujung-hujung penghabisan semester, banyak benda perlu dilaksana. Perlu diselenggara dengan jayanya. Ya perlu. Semua yang pernah merasai saat dihimpit oleh tekanan masa ini. Saat masa meninggalkan kita yang masih terpinga-pinga.

Lambat laun pengakhiran akan temui destinasi. Destinasi yang kekal abadi. Tapi alangkah sayangnya ramai mengimpikannya, tetapi ramai yang tidak cuba mendapatkannya. Semua orang tahu. Semua orang sedari. Tetapi masih dan masih tidak cuba gagahi dan fahami.

Maka, sedarlah wahai pemuda-pemudi. Dunia ni dah tak lama lagi. Bila bercakap pasal Hari Kebangkitan semua orang takut. Tetapi berapa ramai yang ambil peduli dan masih bertahan di hati? Bukanlah ingin mengkhabari bahawa diri ini sudah cukup keimanan di hati. Tidak sama sekali. Cuma menasihati sesama insani.

Haih aku nak cakap pasal masa je pun. Waktu lapang hampa tu gunalah sebaiknya. Mai time busy satu benda tak dan nak buat. Capai itu dan ini seperti tak kena. Dan itu yang sedang aku alami sekarang ni. Biasalah. Lumrah.

Okeylah, gua sudah ngantuk. Aku ni memang kelawar man. Bebudak rumah dah bermimpi sampai Itali dah. Esok dan hari-hari seterusnya padat dengan aktiviti. Memang sarat dan padat. (eh kamu ingat artis je ke busy?)

Dengan ini, aku tinggalkan anda dengan sebuah lagu nyanyianku. Aicehh ~ Tak tak Lagu oleh kumpulan Snada bertajuk Demi Matahari. Sebelum tu hayati dulu lirik lagu ni. Diulang, hayati!


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila ia mengiringi

Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah








Lagu ini pernah dinyanyikan time aku join program kat U aku ni. Siap ada gaya lagi nak nyanyi. Tapi best.

Eh rasanya ada satu lagi nak post lagu. Okey try yang ni pula. Lagu oleh Shaffix bertajuk Keimanan. Aku cari lirik lagu dia tak jumpa. Hampa layan sudah. Nanti time dia nyanyi hampa salin la noh lirik dia. Hoho ~ Nah bawah ni lagu dia. Sekali lagi hayati bait-bait lirik lagu ni. Sangat bagus dan menginsafkan.




Itu saja. Selamat untuk semua. Semoga kita sentiasa meningkatkan amalan dan mendapat rahmat dariNYA. InsyaAllah.

Wassalam ~

Post Script : Aku selalu update di Twitter. Ada di ruangan side bar kanan di 'CORETAN HARIAN'. Bolehlah untuk sesiapa nak join conversation dengan aku di situ. Atau klik di sini. HamiAsraff

You Might Also Like

23 Comments

  1. masa berdesup laju dia berlari..kalah bullet train kat jepun... sehari pun rasa sesaat...dunia akhir zaman. tu pun ramai yang tak sedar, masih duk bazir masa sesuka hati..alahaiii...

    PS:jangan duk tangguh2 lagi buat assignment tu ..dah dah,pi buat skrang:P

    ReplyDelete
  2. salam ziarah... memang kena guna betul2 masa yang ada ni kan.. lagi2 sekarang ni.. tertinggal sikit memang rugi yang amat..

    ReplyDelete
  3. salam~

    masa itu seperti emas..

    tp emas yg ini tak boleh digadai dan ditukar ganti

    ReplyDelete
  4. salam bro Hami..betul tu bro...masa itu emas...pejam celik pejam celik dah hari khamis..saya duk kt terengganu ni dah 2 tahun..padahal sy rasa baru je masuk semalam kt UDM..tanpa kita sedari masa berlalu begitu cepat..siapa2 yg x menghargai masa amatlah rugi besar....

    ReplyDelete
  5. suka postni..sbb mengingatkan org bhw exam dh nak dekat.gotta go...
    btw, good luck..=D
    belajar subjek2 berkaitan fz mmg bukan bnda senang...=)

    ReplyDelete
  6. salam kunjung. (^.^)V

    masa?mengaku memang kadang2 culas utk guna masa betul-betul.apa yg saudara ckp kat atas,semua terkena pd saya,(lebih2 part assignment)! (--")

    terus menulis benda2 macam ni eh.believe it or not,sikit2 dah berubah!-salah satu function blog kan? :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    masa?? mmg bernilai.. tpi di akui selalu jer melengahkan masa2 yg bernilai tu.. as a student, mmg xleh lari la dri assignment.. nk wat saimen tu, tak sampai pn sejam dh borink.. kalu online bnda2 yg tak penting tu, tak tdo , tak makan pn xper.. yg pasti jika kita abaikan masa yg bernilai itu, byk bnda yg akan kita kehilangan.. :)

    apa2 pn, gud luck tuk smue..

    ReplyDelete
  8. demi matahari mmg best.
    surah ad dhuha kn?
    rindu nak gayakan lagu tu.haha

    ReplyDelete
  9. masa itu nyawa manusia sendiri :)

    ReplyDelete
  10. salam

    wah..terkena kt btg hidung ana je..huhu..tapi tu la, tau keje tu melambak2..tapi still mls nk wat..mmg x patut..at last..diri sndiri merana penuh penyesalan..cehh,ckap je pndai..tapi insaf x jugak..huhu

    demi matahari ~ surah asy-syams ~ penuh pengajaran dari surah ni ~ hanya pada hamba2nya yang berfikir :)

    ReplyDelete
  11. terkangkang masa... ahaks... biasalah tu bro... masa semakin padat

    ReplyDelete
  12. betul lah, bro. skang ni cepat ja masa berjalan.. pheww..

    ReplyDelete
  13. wah memang betul
    pejam celik pejam celik
    sy dh abis sek
    wawa..nk msuk alam U plak
    eh hari tuh baru tahu ade lg demi matahari

    sgt bes
    ske2

    ReplyDelete
  14. memang cepat je mase berlalu lagi2 bile byk bnda nk kene buat esp dah nk final ni..tp bile time tgh2 sem, rase cam lambat plak mase berlalu..camne tu? hehhe

    ReplyDelete
  15. masa itu ibarat pedang (bak kata pengetua sek menengah aku dulu..ahahaha)

    ReplyDelete
  16. Demi Matahari: lagu ESQ165 training. Itulah tujuh sumpah Allah.

    demi matahari,
    demi bulan,
    demi siang,
    demi malam,
    demi langit,
    demi bumi,
    demi jiwa.

    surah asy-syam.

    ReplyDelete
  17. love this post..reminds me of how valuable time is..don't waste it, cuz when it's gone...you can never get it back..huhu..let's use our time wisely..chaiyyok2!!=))

    ReplyDelete
  18. love this post..reminds me of how valuable time is..don't waste it, cuz when it's gone...you can never get it back..huhu..let's use our time wisely..chaiyyok2!!=))

    ReplyDelete

Setiap komen anda akan diapprove dengan senyuman :)

Subscribe